Friday, July 29, 2016

Mandi bunga laman sejentik

Bukak mood dipetang yang senja dah melambai.... hilang penat balik dari work.... and ofcourse tak sah kalau tak ambik bau 2 pokok kemboja yang wangi amat tu... natural theraphy. Tak yah bukak lilin ke... ionizer ke... perfume ke.... got a few type of flower plants kat tanah yg sekangkang monkey ni. Meh ambil gambar skit.
Komboja adalah antara bunga dikaji paling  banyak memberi ion nagetif yang memberi kesegaran kepada udara dan bertindak sebagai penghalang gelombang radioaktif... terutama kemboja putih. Antara bunga therapy yang paling berkesan selain mawar putih. Pasal tu orang dulu2 suka sangat mandi bunga kannnn.
Hahah... jom tanam kemboja!! Tanam dalam pasu je pun... confirm tak melayut... nak tanam rose.. manja sangat pokoknya. Takut malas nanti nak layan.. pada hemat saya ni tak lah rajin sangat nak menjaga laman.
Kemboja putih. bukan spesis kacuk. confirm kalau tanam kat tanah besar tinggi nih.
bunga sawi... nak jugak ambik gambar. sawi ini dibiarkan berbunga dan tinggi utk menjadi ibu penghasilan benih... tak payah nak beli lagi.
kemboja katik. 2 pokok lagi dah kena curi...
tak tahu apa nama pokok ni. dahan berduri macam kaktus. tanam pakai batang. kidnap dari rumah nenek di kampung.
my chik kemboja yang senantiasa berbunga... yang ni kacuk... kalau tanam atas tanah pun tak tinggi.
pokok bunga pukul 10. sebab ambil gambar pukul 6... maka tak ada lah bunganya. tapi time pagi2 matahari tengah garang.... memang meriah sangat tembok nui.

Wednesday, July 27, 2016

Home garden updated

Update home garden....

Semua pokok-pokok sayur saya dah pindahkan ke tempat yang lebih panas. lebih ruang utk cahaya matahari...

Saya letak dipenjurui depan sebelah pintu pagar.. 

gambar dibawah ni saya ambil minggu lepas... pasu atas baris hadapan pokok bayam... sekarang dah 20cm tingginya. sawi kat baris kedua tu nampak lembab sikit... tak macam sawi yang ditanam dalam pasu besar dibawah. wal hal.. umurnya sama sahaja... mungkin pasu besar lebih lembapan berbanding pasu panjang di atas... semalam dah selamat saya kerat 3 pokok utk dicampur dalam sup telur.

baris ketiga sawi yang dah lama saya bela... kerat dan tumbuh lagi... selepas bercuti lama dikampung raya tempoh hari terus keluar bunga... sawi yang hendak dimakan tak sesuai dibungakan sebab nanti daunnya jadi kecil... jadi saya fikir elok lah saya indukkan sahaja sawi ini utk jadi producer benih... pokok bayam dah sedia ada induk... jadi benih bayam tak putus...

belakang sekali sayur kang kung... nampak baru nak naik... sejak saya kerat besar-besaran dan beberapa kali di bulan puasa tempoh hari... 

dibawah sekali kelihatan pokok kuchai. 3 pasu semunya. satu lagi terperosok dibawah dalam bekas putih sebab dah tan ada tempat nak letak... kuchai paling berjasa... sebab rasanya dah lebih setahun bela dan banyak kali dituai makan... 

waktu belum tambah anak pokok... lepas kehabisan stok sayur matang sebab selalu sangat menuai... sebelum raya tempoh hari terus semai banih baru sawi dan bayam. buat tambah bekalan. hasilnya seperti gambar atas tadi.

En suami paling gemar sayur kang kung.... sebab boleh digoreng dengan belacan..

 Selepas balik bercuti raya... pokok bendi semuanya diambang maut... sekarang dah tak ada... gambar di atas sempat diambil ketika zaman-zaman kemuncak bendi.. 3 pokok semuanya habis... belum tanam lagi benih baru...  sebab tak ada pasu lebih... pasu-pasu semuanya dah diisi sawi dan bayam.

tak ditunjukkan dalam gambar adalah pokok sup yang baru keluar anak pokok...(terlupa nam ambil gambar) saya tanam ketika minggu pertama raya... daripada daun sup yang dibeli ditesko yang telah dikerat daunnya. hanya tinggal akar... terus tanam... kot-kot nak naik... selepas 2 minggu dah keluar anak.. 

saya dah ada pokok betik... pun tak ambil gambar... hidup subur lepas saya pindahkan dari pasu ketanah kecik luar pagar depan rumah... mungkin kena tunggu berbulan2 nak nampak buah.



Nak juga saya masuk masukkan pokok kesayangan saya. Cik Kemboja. yang kacuk memang tak lekang berbunga dan bulan puasa tempoh hari saya perasan kenaikan hujung-hujung dahan dalam 5-7 cm setiap satunya... makin membesar...

Cik Kemboja putih... lepas 2 tahun baru lah kini nak berbunga... nak juga dia berbunga rupanya... pernah saya terdetik nak mansuhkan sahaja pokok ni sebab tak berbunga-bunga... gambar ini dipetik ketika kudup  pertamanya berkembang... gembira sungguh saya melihat pokok kemboja yang tak pernah berbunga ni tiba-tiba berbunga... setiapkali sembur cecair penggalak bunga setiap kali itu saya memarahi dan mempersoalkan cik kemboja putih yang tak nak berbunga ni... agaknya dia dengar keluhan hati saya...

ada satu pokok yang saya tak pasti pokok apa... tapi saya tetap maintain dalam pasu... banyak sangat benih yang ditanam sampai bila bercambah hidup... tak pasti pokok apa... ketika 5 cm... saya sangka adalah pokok cili... tapi kemudiannya daunmya nampak tebal memanjang... tak ambil pula gambar.. sekarang dah dalam 30 cm. belek-belek daunnya semalam tetiba rasa ia adalah pokok mempelam... memang saya pernah benamkan 2 biji pulur mempelam selepas habis mentekedarah dimakan...  tak bajet pulak nak tumbuh anak... lagipun ia berlaku dalam 2 atau 3 bulan yang lalu... kesimpulannya saya masih berteka-teki apakah gerangan pokok tersebut. sebab pernah juga saya tanam biji kentang... lobak... cili... dan entahlah...

 kalau betul mempelam... terpaksalah saya sedekahkan kepada keluarga angkat sebab rumah saya tak ada halaman yang boleh tempatkan pokok mempelam....

sekian, 27/07/16

Tuesday, July 19, 2016

Abu bakr turns 4

Happy birthday Abu Bakr Al-Kauthar. Semoga jadi anak soleh....
Kali ni jatuh bulan Puasa... 3 Julai.
Kami sambut dengan berbuka puasa di rumah Sepupunya sebab memang tengah balik kampung... tak beria mana sangat... setakat sediakan cup cake dan belon cukup utk budak-budak berenam tu...



Bermula dari puasa tempoh hari, Abu Bakr mohon dipanggil ustaz... ntah kenapa sejak ayah belikan kopiah, dia rasa macam dirinya ustazlah sangat... sampai belubang kopiah tu dia balon pakai pegi sembahyang teraweh.... Abu Bakr memang suka sangat gi masjid... tapi bukan sembahyang... setakat dua ... empat rakaat boleh tahanlah... lepastu ligat kakinya...
kakak lepas jugak 8 rakaat kalau dibawa ke teraweh..


Sampai sekarang....dia masih panggil dirinya ustaz... kami sekeluarga layan je panggil dia gitu... title adik memang dah jauh... sebab awal tahun tempoh hari dah mula panggil Abu Bakr dengan panggilan abang... 
tapi bila bonda panggil 'ABANG'
ada dua orang akan menoleh.... ayah dan Abu Bark...
jadi bagus jugak bila Abu Bakrk tukar title ustaz...


Tahun ini kami raya di KL. Pagi pagi usai solat Aidilfitri, kami berempat dah merempuh ke Mines Shopping Mall. rekos tahun ni... raya kat Mall... sebab nak repair telefon bimbit ayah yang selamat dikerjakan oleh ustaz. kelam kabut ayah dibuatnya kerana kebetulan seorang client ayah warded hospital. nasib baiklah tak lama... dalam hampir 2 jam di Mines...

Gambar di pagi raya......

Tuesday, July 12, 2016

Pau cendawan. Nyummmy

Viral Sangatkan pau cendawan semasa Ramadhan lepas... bagi penggemar cendawan seperti saya, memang tak melepaskan peluang merasai keenakkan cendawan yang di pau ini...

malangnya tuan punya badan malas nak que panjang... 

lagi sonang den buek sendirik jer kan.... 

nasib baik ada hamba Allah yang murah hati share resepi pau cendawan ni...

tak susah nak buat... serius tak susah... mungkin jugak pasal saya short cut pakai NOXXA BREAD MAKER. Maka tak ada lah saya nak menguli bagai walaupun resepi yang dia bagi adalah manual pakai tangan...

tepung pau 300g
bread softerner dalam setengah sudu kecil (x pakai pun boleh)
yis dalam 1 setengah sudu kecil
air secukup rasa
(pendek cerita resepi buat pau biasa)
-letak semua dalam loyang noxxa bread maker. tekan mode 10 utk buat dough. padailah noxxa tu bagi kembang sendiri. dalam 10 minit lepas putar hentikan sekejap dan sila check apa yang terkurang.. kot nak tambah air atau tepung... pasal resepi ni main campak je kan... nak uli pakai tangan pun tak ada masalah....

pakai cendawan shitake cincang 1 cawan
bawang besar cincang 1 cawan
ayam cincang 1 cawan
lain-lain yang nak dimasuk ( saya suka saleri)
rencah -- kari / sos prego putih
garam, lada hitam, lada putih
saya masukkan jugak rempah lime & origano
saya tak pakai apa-apa rencah pun... sebab nak rasa keenakkan shitake
masuklah semua dalam kuali sampai masak

dah gemok kan dough tu... tapi jangan bagi kembang sangat... nampak dia naik sikit je dalam bread maker tu (bread maker memang dah di set suhu 60' selepas putaran bagi memangkin dough utk naik) keluarkan dan buat lah bola pau ... masuk inti. lepak dalam loyang leper...

serbuk koko dalam 2 sudu besar. soda bikarbonat 1 sudu kecil
bancuh dan sapu atas bola pau...
 
masuk dalam loyang leper dan sambung balik dalam oven noxxa yang tadi kita berenti separuh... sambung bagi dough naik lagi...   bila bola pau gemok ... lapisan koko yang disapu tadi start cracking macam butang cendawan shitake...

lepas tu kukus.... rekahan koko semakin nyata dan cantik.
siap!!! dapat lah dalam 12 bijik. rezeki bukak puasa.

utk penggemar shitake macam saya... dapat menikmati rasa kuat shitake dalam pau ni memang best. terbaik. alah... shitake ni buat apa pun sedap!!!

Friday, July 01, 2016

Sesiri Kuih Raya

Anak dara dah besar... dah request buat kuih raya... maka bobndanya pun dengan silu-silu buat kuih raya yang paling senang sekali...

Dia Punya excited nak buat kuih raya...
Kuih pertama yang dibut dalam 2 minggu sudah. kuih suji... tak banyak songeh. tuang minyak sapi gula tepung gaullllll... tetiba teringat nak kasi kaler. last minit campak warna merah. jadi tak berapa rata warna nya. jadi berbintik merah... maka bonda namakan KUIH SUJI DENGGI

nampak tak bintik-bintik merah
Esoknya Ahad, buat lagi. kali ni dah pandai... letak color sebelum letak tepung... buat dua color. merah dan hijau... Wahhh meriah suji ni... cantik bila dah bakar jadi kuih

belum bakar... lepas bakar lupa pulak ambil gambar...
Minggu lepas pun buat jugakk. kali ni conflake je lah... gaul dengan chocolate...
excited kakak ni...
lepas ni tak pasti sempat buat lagi ke tidak... dah nak raya...


penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...