Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Ku Kan Berakhir di Wajah Mu...

Touching Lyric by Opick - Kerna Mu


Tanpa Mu aku tak berarti
Tanpa Mu aku pun tiada
Tanpa Mu aku ini buta
Meraba tanpa cahaya

Karena Mu aku ini hidup
Karena Mu aku pun tertawa
Karena Mu aku jatuh cinta
Karena Mu di dalam nafasku

Hilanglah sepi hilanglah duka
Bersama Mu hati ini tenang
Tak bisa ku lari tak bisa sembunyi
Dimanapun ku lihat diri Mu

Sejauh jauh diri ini melangkah pergi
Kan berakhir juga di Wajah Mu nanti
Sedalam langit biru dibawah bumiku
Masih saja kan kutemukan diri Mu

Dalam bising dan sepi rindu yang menghiasi
Dalam suka dan tawa punya arti bahagia
Dalam gemerlap dunia seindah apapun juga
Di cinta Mu semua kan bermuara...

Tuesday, December 22, 2015

Mahu Syurga Di Dunia




MAHU SYURGA DI DUNIA

Ada sahaja yang kau cemuhkan tentang dunia mu
kesulitan mu
rintangan mu
kesakitan mu
kekurangan disekeliling mu
pengorbanan mu
ketidakpuasan hati mu
teraniayanya mu

kalau yang tenang itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang gembira itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang penuh kerehatan itu
juga bukan dunia
tapi syurga

Kalau mendapati segala yang didamba
mustahil dunia
pasti syurga

tiada bingit
tiada ketidak adilan
tiada kejahatan
tiada fakir
pastinya juga bukan dunia
ianya syurga

apa lagi yang harus kau dambakan didunia?
keadilan?
keseronokan?
ketenangan?

Terimalah perihal dunia
itu lebih menenangkan

Carilah secebis syurga di dunia
dengan mensyukuri nikmat yang ada

Tak perlu lagi kamu bebelkan...


Pena Menulis
22/12/2015

Monday, August 24, 2015

24 jam Yang Berbeza


Diberi kesempatan berpuasa 3 hari bersama Ayah Bonda di kampung halaman sesuatu yang saya syukuri. Bangun dinihari, bersahur, masak bersama juadah berbuka bersama kak Nor dan Mak Pah, bingitan 6 anak kecil beraudara bertempiaran dan tak lupa bebebalan mama menjadi halwa telinga yang indah.

Setiap hari saya melihat mama akan masak juadah berbuka untuk dibawa ke masjid. Dia memilih untuk bersedekah dibulan puasa. Dalam kesibukan dia mengurus persatuan, mengendalikan butik di pekan, masih sempat mengacau senduk memasak sesuatu walau jam menunjukkan waktu berbuka puasa hampir lagi sejam….

Sesuatu yang perlu untuk saya lihat.

Selaku wanita yang bekerja seawal jam 6.30 pagi hingga ke senja baru melihat anak-anak… saya sering merasai ‘kehilangan’ waktu. Seringkali saya 'membeli masa' melalui tol-tol lebuh raya berbayar yang memungkinkan saya tiba di rumah awal sedikit dengan mengurangkan kesesakkan jalan. Biasanya, sampai ke rumah saya telah keletihan. Justeru nak melayan kerenah dua beradik ini pun  kekadang rasa membebankan… Kadang-kadang saya terasa benar-benar keletihan akibat tugas seharian di pejabat sehingga akhirnya saya menghabiskan waktu-waktu di rumah dengan berbaring… apatah lagi bila keadaan yang tidak lagi muda ini seringkali didatangi sakit di sana-sini.

Bagi meringankan penderitaan emosi , saya seringkali mengikut kata-kata suami yang sangat memahami. Justeru kerja-kerja dirumah banyak saya tangguhkan sehingga dirasakan ada kesempatan mealakukannya. Makan pun seringkali dibeli dari kedai. Kesepahan ruang rumah kerana dua anak kecil ini seolah-olah tak terlihat dipandangan mata saya…

Suatu hari saya seperti kebiasaannya sambil meredah kesesakkan ibu kota untuk pulang kerumah, saya malayani tazkirah saluran radio yang memang sentiasa terpasang. Petang itu diceritakan tentang sakaratul maut. Namun yang mengetap hati saya patang itu bukan dasyatnya sakaratul maut… tapi kata-kata ustaz yang tertangkap hebat dihati saya adalah bagaimana panjangnya waktu sakaratul maut itu kepada si mati sedangkan kepada kita yang hidup ini hanya sekelip mata. Lantas ditekan bahawa waktu itu milik Pemberi. Jika kita melihat mangsa kemalangan maut sekelip mata, tak sampai pun mata sempat berkelip, tapi bagi mangsa kemalangan yang telah didatangi sakaratul maut itu, sekelip mata itu adalah sangat panjang bagi baginya yang perlu melalaui perjalanan dari langit ke langit untuk bertemu tuhannya, perjalanan roh yang keluar dari kakinya sehingga ke ubun-ubunnya.

Sangat berkesan di hati saya adalah pemberian masa itu adalah daripada Allah, walaupun setiap hari setiap daripada kita yang bernyawa di beri 24 jam… namun atas kuasanya, masa 24 jam yang berbeza… ada antara kita menikmati 24 jam yang panjang. Ada antara kita menikmati 24 jam seperti sekelip mata.

Justeru saya memohon kepada yang berKuasa, agar memberi kesempatan waktu untuk saya menyelesaikan urusan dunia dan memudahkan urusan akhirah.

 Bayangkan... setiap hari saya akan membelanjakan hampir 10 ringgit untuk membeli waktu diperjalanan....



Thursday, October 09, 2014

Wasatiyah; Pembudayaan Bangsa Malaysia




Jika merasakan isu ini remeh... semasa penulisan ini dibuat, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkannya di debat umum PBB, New York....

Ia bukan satu prinsip baru... ia ditonjolkan sejak bermula islam dan mengalir dengan aman dalam perkembangannya. justeru jika ada merasakan perjuangan Islam bertonggakkan mata pedang, perkembangan Islam dari zaman khalifah al-Rasyidin lagi telah amembentangkan pengembangan Islam melalui penaklukan wilayah tanpa pertumahan darah... tanpa runtuhan gereja... takpa paksaan memeluk agama.

Kita seketika lupa mengenai keserdehanaan kerana kebanyakkan yg lantang bersuara bukan mereka yang moderate. Dalam segala bidang, sama ada extremist agama, extremist budaya, politik mahupun isu remeh seperti extremist skim perkhidmatan sekalipun. Percaya atau tidak golongan yang jumlahnya mungkin tak sampai 1 % pun dalam Malaysia ini mampu memecahbelahkan pemikiran , mencetus perbalahan, dan mendatangkan situasi yang 'tidak aman' dikalangan masyarakat multi budaya dan agama seperti Malaysia. 

Malang bagi kita tidak ramai walaupun ada sedikit dikalangan kita reformisme yang pembawaannya adalah moderate, seimbang seanalogi secukup rasa... reformisme yang wasatiyah ini terpaksa berkerja keras untuk meneutralkan kembali situasi yang tidak seimbang dicetuskan oleh para extremisme... sedikit syukur kerana jika dilihat raja-raja kita dan pemimpin tertinggu kita terdiri dari golongan moderate ini....

Liberalisme mengertikan wasatiyah adalah amalan yg ketingalan kerana prinsip keserdehanaan. Tidak mengambil ruhul wasatiah ini dengan baik, kesederhanaan memang mengambarkan prinsip wasatiyah namun tidak keseluruhannya. Seimbang dan adil ; meletakkan sesuatu ditempatnya mungkin lebih mengambarkan wasatiyah... justeru dalam mengejar ilmu dan kemajuan, kecemerlangan tetap dikejar... namun wasatiyah dengan prinsip moraliti.

Mungkin boleh diambil korea selatan sebagai contoh yang mudah difahami... 20 atau 30 tahun dahulu mereka lebih ketinggalan daripada malaysia dengan pemerintah tentera... kemudian mereka menjadi pengilang dunia dengan produk produk antarabangsa melabur disana... pencapaian dalam jangka pendek korea selatan amat menghairankan dunia kerana sekarang mereka adalah makmal teknologi dunia bukan lagi kilang dan hasil produk korea menyaingi pencetus revolusi teknologi seperti jerman mahupun jepun... namun ketinggian ilmu dan kejayaan korea selatan tidak disokong oleh nilai -nilai moral yang kuat menjadikan korea selatan mencatat kes bunuh diri kerana tekanan hidup paling tinggi didunia... ini yang dinamakan tidak seimbang... disini perlu hadirnya wasatiyah.. belum mengangkat satu ketamadunan dengan satu aspek masih cacat! Wasatiyah perlu dilihat dengan 'big picture thinking. (Kata john mexwell).

Wasatiyah adalah To be moderate to be in the midle to be the best... not to be too much...

Analogi paling ,udah untuk memahami wassatiyah...

Air itu bagus, terlalu banyak air ... banjir! terlalu kurang... kemarau!
cahaya itu baik, terlalu banyak cahaya... silau! terlalu kurang.... suram!
makan itu perlu, terlalu banyak makan... sakit. terlalu sedikit makan... akan lapar...

Indahnya wasatiyah

Aplikasi keseimbangan ini adalah norma dan fitrah manusia....
Islam itu syumul (tinggi) dalam wasatiyah.
sehingga ajal itu datang
ia tidak dilewatkan mahupun diawalkan biarkan 1 mili-saat.

Thursday, August 01, 2013

Nur memancar Cahaya....






Bila berada disisinya kita hanya akan mendengar yang baik-baik sahaja…. Lidahnya hanya menuturkan khabar gembira…. Riak wajahnya yang sentiasa senyum memancarkan ketenangan…. Berada ditepi insan begini terasa jiwa tak ada masalah… stress pun hilang… tidak ada langsung kata mengata mahu pun apa-apa rungutan…. Semuanya baik-naik belaka… kalau ada ujianpun atau kesusahkan… dia cerita dalam keadaan ketawa … mentertawa dirinya sendiri yang menjadi penyebab kelewatan, kerosakan, atau sebagainya… tak ada langsung disalahkan orang lain… orang sebegini memberi aura yang positif kepada orang sekitar.... (gelombangkan boleh dipindahkan... ingat tak belajar fizik dulu?)... 
tak caya...
sebab tu kalau kita duduk masjid kita rasa tenangkan.... selain dari Rahmat Allah... gelombang yang terserak dipersekitaran masjid adalah gelombang dari jiwa-jiwa yang baik.....





Berada disisi orang tenang sebegini secara tidak langsung meleretkan ketenangan yang dia miliki kepada kita….

Bandingkan….




Bila kita duduk ditepi seorang yang tak henti merungut… itu salah ini salah… sampai kitapun naik tention…. Kadang-kadang kita jumpa geng mengumpat mengata atau sedap sikit panggil gossip… ha ha… kita ketawa… kadang-kadang hati rasa puas hati,… padan muka dia… tapi lepas tu…..???
Gembira sampai setakat tu sahaja….



Sekarang kita pilih kita nak yang mana?
Nak berkawan dengan yang pertama atau yang kedua…
Nak jadi orang yang memberi ketenangan pada orang lain atau orang yang menambah kekusutan pada kawan-kawan kita…

Tapi ingat….
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya…
Orang yang kita lihat paling tenang
Itulah yang Allah pilih paling kuat dugaannya….

Kita ingat kita yang berduka lara
Dia tengah bahagia gembira seperti mana raut wajahnya…
Hebat orang ini…
Dalam duka lara
Dia masih boleh memberi bahagia dan kegembiraan pada orang sekelilingnya….
Hebatlah dia…
Sebab orang tak pernah tahu masalahnya
Dia simpan dan kunci antara dia dan Tuhannya sahaja…

Lebih hebatlah dia…
Kasih sayang Allah pada dirinya
Dia sebarkan pada orang lain juga…..

Dia cahaya yang memancar kegembiraan ketika kegelapan…..






Thursday, June 27, 2013

Teh O Ais Limau Sebungkus...




Rutin bekerja saya berlaku seperti biasa hari ini. Tengahari, sebelum saya ambil anak di tadika utk hantar ke rumah Pengasuhnya… saya singgah ke kafe tapau nasi untuk makan tengahari beserta teh o ais limau penghilang dahaga hari itu…sampai sahaja di Rumah pengasuh, terus saya melangkah buat pitt stop sekejap melihat anak bujang saya yang akan berumur 1 tahun minggu depan belum tidur (tengahari) dan sedang memandang saya. Hampir setengah jam melayan anak-anak disana lantas saya mengundur diri. Saya singgah lagi ke kafe lagi pesan teh o ais bungkus kerana teh o ais sebelumnya telah dikebas oleh anak dara saya… kemudian baru saya masuk ke pejabat.

Sampai sahaja terus saya buka  bungkusan air… terus disedut.. panas hari ini memang sejuk tekak minum teh o ais limau. Dari dalam kereta tadi dah terbayang rasa limau masam manis. Sejurus diminum… pahit… emmm akak tu lupa nak letak gula agaknya. Tak apalah… bukan rezeki saya agaknya nak merasa nikmat air yang sedap tekak. Tapi saya sedut jugak… hampir separuh plastic. Pahit pun saya telan jugak. Rugi… air dah dibeli. Kemudian saya keluar dari pejabat ke beberapa destinasi pegawai sekitar untuk urusan kerja.

Lebih kurang 40 minit kemudian baru saya masuk semula ke konti pejabat saya. Saya lihat ada the o ais limau tak berbuka dan berusik atas meja. Kata staff saya…
“ada orang hantar teh tu… dia kata tadi dia lupa masukkan gula”
Haaa… terkedu sekejap saya… hanya sebungkus teh yang nilainya lebih kurang seringgit sanggup dia buat semula dan hantar terus ke pintu konti saya.

Bagi saya walaupun saya tidaklah mengenali dekat dia… tapi itu perbandingan orang yang beriman. Sama ada ia adalah persoalan halal haram mahupun soal dihimpit rasa bersalah, jelasnya hatinya didorongi sifat yang betul dan terpuji sehingga sanggup “memulangkan” teh o ais yang tak seberapa nilainya…

Dalam hati saya pulak… saya dah sedut dah teh sebelum tu… saya nak pulangkan ke??? Esok saya akan ke sana lagi… sekurangnya mengucapkan terima kasih dan mohon dihalalkan teh o limau pahit yang saya dah minum tu….

Hari itu merasa jugak saya Teh o ais limau yang enak….

##orang yang beriman tak pernah tergugat mengambil harta bukan miliknya sekalipun sebesar zarah, berbanding orang yang lemah iman nya… ia akan hilang rasa gentarnya (takut kepada Allah)###

Ya Allah, Jadikanlah kami insan-insan yang beriman, yang takut akan kesalahan yang dimurkai Mu.
Amin…

Monday, June 24, 2013

Semut pun tahu Berdoa....




Berjerebu sekarang…
Udara pun berbau asap
Pening kepala…
Orang smoking kat sebelah pun saya dah lemas bagai…. Tapi boleh lari…
Kalau dah berjerebu macam ni nak lari ke mana…

Jerebu ini menunjukkan kepada kita Win-Lose situation usually practice among business person.
They don’t care about others…
The most important they generate their income…

Haiyaa…
Cakap pun tak guna…
Dah berselubung satu Malaysia…

Ia mengingatkan saya kepada bencana tuhan yang murka kepada yang kufur tapi ditimpakan pada semua…

Banjir kepada kaum Nabi Nuh A.S. adakah Nabi Nuh tidak mengharunginya… insan soleh dan tidak bersalah pun terpaksa mengharungi banjir walaupun diselamatkan oleh Allah yang berkuasa. Lebih terseksa batin tatkala Nabi Nuh yang kuat imannya itu melihat ahli keluarganya terumbang ambing dalam ombak ganas. Terlintas dikepala saya seperti Tsunami.

Sekadar satu contoh yang peringatan Allah itu datang kepada semua… tak kira yang soleh/ah mahupun yang kufur. Bagi kita yang sedang melalui musibah ini ingatan pada hati dan nurani yang segalanya hanya tertakluk kepada kekuasaan yang Maha Berkuasa. Kita mengharapkan hujan Turun… dan hujan itu diciptakan dan diturunkan atas kehendak Allah… sekalipun manusia zaman teknologi canggih ini sudah bleh mencipta awan klon… namun jika angin diperintahkan meniup awan ciptaan tersebut… maka tidak turun juga hujan dibuni yang hendak dihujankan….

Suasana berasap seperti ini akan terus mengikatkan kita pada surah Al-Dukhan.

#10#  Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)
#11#   Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: “Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan”.
#12# (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!”.
#13#  Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
#14#  Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”
#15#  Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
# 16#  (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya)

Juga mengungatkan saya bagaimana Semut yang memohon hujan pada zaman Nabi Sulaiman dan Allah memakbulkan doa semut tersebut….

kalau semut pun tahu berdoa dan merujuk kepada Pencipta... apatah lagi makhluk yang dikurniakan akal...
Semoga Kau menurunkan hujan yang melata, menyegarkan tubuh, menyuburkan tanaman, bermanfaat dan tidak membahayakan di Bumi tanah tumpah ini dan tidak ditunda-tunda lagi…
Amin….

#########
pada hari ini (nisfu Sya'ban), saya diijabkabulkan dengan suami tersayang selepas solat asar.....
jadi...
happy annivasary 

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...