Showing posts with label sajak semasa. Show all posts
Showing posts with label sajak semasa. Show all posts
Tuesday, December 22, 2015
Mahu Syurga Di Dunia
MAHU SYURGA DI DUNIA
Ada sahaja yang kau cemuhkan tentang dunia mu
kesulitan mu
rintangan mu
kesakitan mu
kekurangan disekeliling mu
pengorbanan mu
ketidakpuasan hati mu
teraniayanya mu
kalau yang tenang itu
bukan dunia
tapi syurga
kalau yang gembira itu
bukan dunia
tapi syurga
kalau yang penuh kerehatan itu
juga bukan dunia
tapi syurga
Kalau mendapati segala yang didamba
mustahil dunia
pasti syurga
tiada bingit
tiada ketidak adilan
tiada kejahatan
tiada fakir
pastinya juga bukan dunia
ianya syurga
apa lagi yang harus kau dambakan didunia?
keadilan?
keseronokan?
ketenangan?
Terimalah perihal dunia
itu lebih menenangkan
Carilah secebis syurga di dunia
dengan mensyukuri nikmat yang ada
Tak perlu lagi kamu bebelkan...
Pena Menulis
22/12/2015
Tuesday, December 17, 2013
Bebelan Hati: Selamatkah tiba ke Destinasi; M, C dan DG
Kenapa pulak hanya
3 skim ni saya sebutkan? Bukan menganaktirikan skim lain… tapi yang tiga ini
dekat dengan saya. pertamanya sebab saya sendiri skim M (PTD), Mr Habib Pegawai
Sains dan mama, abah, kakak dan hampir separuh sanak-saudara saya cikgu… jadi dekat dihati…. Atau mungkin jugak perlu saya sebutkan Doktor sebab adik dan
adik ipar saya keduanya doctor. Dah dekatlah tu dengan Mr habib pun sebab semua
mereka di Hospital….
P/S
saya dapat membayangkan... 10 tahun akand atang kalau baca entry ni saya akan senyum sorang-sorang..... mungkin pada waktu tu persepsi saya pun dah berubah....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
GURU
DIHATIKU
Dari kecil
memang usai saya sedar diri… memang itu profesion pertama yang saya kenal… mama
kerja apa? Cikgu jawab saya… abah pulak? Pengetua…. Saya sengih lagi. Kata mama
mulut saya yang antara pelat dan betul tu memang laju menjawab dan tak tinggal
sengih saya yang macam kerang busuk tu. pernah jugak saya kerja jadi cikgu
ganti guru yang berhaji dalam sebulan setengah. Kesimpulan yang saya buat… saya
ni bukanlah penyabar sangat. Dapat kelas budak bijak… sebang hati saya. Capat je
saya melangkah masuk… dapat kelas yang paling bawah masih senang hati lagi. Walaupun
tak dikurniakan akal yang cepat belajar… merwka ni kaya dengan busi bahasa dan
hormat saya sebagai cikgu… dapat kelas yang ditengah-tengah membuatkan saya
melangkah sedikit longlai… nakalnya tak payahlah cakap… emmm… budak-budak
panjang akal saya pujuk diri sendiri.
Abah… memang
jarang saya jumpa. Sibuk memanjang. Kadang-kadang di ipoh… Taiping… Kuala
Lumpur…ada sahaja kerja nya. Lewat malam… itupun kalau kami adik beradik tak
tidur lagi baru Nampak kelibat abah. Atau pun tunggu hujung minggu. Kalau tak
dirumah pun… abah di Masjid… di kebun… di persatuan…
Jadi cikgu dah
macam jadi ibu kat sekolah… bargaduh… jumpa cikgu. Sakit pun cikgu. Yang perempuan
datang bulan pun cikgu. Kalau selongkar laci meja guru dalam bilik kelamhiran
hidup (mama cikgu ekonomi rumah tangga), macam macam dalam tu. ubat… tuala
wanita… kapas. Semuanya complete. Dah macam BPA (biro pengaduan Awam versi
sekolah). Hantar ke klinik, hantar sampai rumah…. Belum masuk lawatan-lawatan
mama ke rumah-rumah pelajar. Nak tengok layak tak layak dapat bantuan. Tak payah
cakap macam mana yang miskin tak mengaku miskin (I give my respect to them), dan
yang tak berapa nak miskin menjela alasan mohon dapat bantuan. Dah jadi pegawai
kebajikan.
Dalam memori
yang samar pernah saya dengar mama komen… macam mana nak bagi bantuan… kata
susah… tapi bila datang rumah… anak ada gitar sorang satu… TV complete dengan
astro… bila tak bagi marah… buat laporan… cikgu jugak yang kena. nun ha… yang
duduk tepi bukit tu, rumahnya berlantai
kayu buluh. Masuk rumah… menderu bau hamis najis dek kerana haiwan belaan
dibela dibawah rumah… ayam itik…. Kalau dah lantainya buluh faham sahajalah…
memang tak tertapis bau tu… lagi susah… masih hantar anak ke sekolah. Tak ada
nak komen merayu macam bagai. Dapat- alhamdulillah. tak dapat bukan rezeki
sayalah cikgu….
Mek ayah
sekarang dah educated… agaknya cikgu tu tak setandingkah kot. Maka persepsi
mesyarakat yang dulunya guru disanjung dan dijunjung tak lagi berlaku dalam
dunia saya hari ini… cikgu dikerah dan dierah mendidik anak-anak….
Tapi bila saya
fikir balik…. Kalau dah mak dan bapa sibuk memanjang (katakanlah dua-duanya
pegawai hospital)… bila masa pulak nak mendidik anak. Kerja sendiri pun tak
tentu masa…. Mana tak tugas didikan bersandar pada cikgu seorang…..
Bila mama dan
abah dah bersara… anak muridnya ramai… dalam daerah tak payahlah nak lawan…. Malah
dah tersebar keserata pelusok negara. Ada yang jadi doctor, engineer, pegawai
kerajaan, banyak jugak yang ikut jejak jadi cikgu. Berderet dan berterusan pahala
mama dan abah. Didoakan anak murid.
Wa bijami’i
muslimin wal muslimat,
Mukminin wal
mukninat
Wal mu’alimin wal mu’alimat
Mujahidinna wal
mujahidat
Melimpah rezeki
mereka hingga saat ini. Selain saham di duania… saham diakhirat pun tinggi lah juga… pahala memberi ilmu kan berpanjangan.
Moga Allah
teruskan mengurniakan kesihatan yang baik… dan kesejahteraan yang berpanjangan…
Bertuah sungguh
mereka…
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
MENGGADAI NYAWA
Sebelum Mr habib
di hospital, dia di DBKL. Buat penilaian harta… penat kata… hampir setiap hari
ke site… pergi dari rumah ke rumah… sebab kl punya jalan ambil maklum lah
sendiri… jadi dia bermotosikal sahaja… berhujan berpanas…. Waktu tu… kerap
jugak dia merungut… perasan saya waktu tu terasa…. Kesian dia… cara dia
merungut tu macam kerja dialah yang paling penat betul…. Nak bagi semangat
waktu tu…. saya cakap… ada lagi orang lagi susah… lagi penat. Tak tahu saya
penerimaan dia…
Bila dia kerja
di HKL…. Nah… ni namanya buku bertemu ruaslah… kalau dulu dia rasa buat
penilaianlah paling penat. Sekarang dia kerja macam kat kilang…. Non-stop. Nak minum
pun tak sempat. Test pesakit beratur memanjang… doctor call asal nak cepat je
result. Pagi petang siang malam sama sahaja. Ada kala lewat malam baru dia
balik. Hujung minggu bergilir-gilir dengan rakan sejawatan. Dah macam kerja
shif saya tengok. Sekejap siang, kekadang malam. Ada memori kabur tentang ayat
Mr Habib lebih kurang seperti ini…
“ dulu ingat
buat penilaian , berhujan berpanas tu penat sangat…. Rupanya running test
sampel pesakit kat hospital ni lagi tak ada life… rasa macam dah tak hidup
bermasyarakat dah… kiri kanan depan belakang rasa depenuhi kuman…”
Itu nature kerja
di hospital. Nak pulak hospital besar kuala lumpur. Panawar hari Mr Habib waktu
tu… dia Cuma ingat dia dapat bantu doctor… dapat bantu pesakit. Lagi cepat dia
keluarkan result lagi cepat dapat kenalpasti sakit si pesakit… lagi cepat doctor
boleh ikhtiarkan untuk sembuhkan pesakit. Insentif kerajaan memang tak boleh
harap. Tak ada elaun lebih masa pun. Saya ingat lagi jari Mr habib pernah
cedera… dan akhirnya disebabkan suasana kerja yang dipenuhi sampel pesakit yang
bermacam virus/kuman/toksin, ibu jari yang asalnya hanya luka kecil akhirnya
membengkak dan di tahan di wad untuk buat operation. Dapat duaminggu MC. Risiko
betul bisik hati saya… pun tak ada elaun khas atau elaun kritikal… dalam hati saya…
besar pahlanya… tak dapat di dunia…Allah simpan untuknya di sana kelak.
Bila dapat
transfer ke Hospital Putrajaya terus dia terima. Tak fikir panjang. Kot lah
dapat banyak masa sikit untuk family. Memang betul pun… nature kerja dia
sekarang lebih teratur… ada pro dan kontranya. Tapi risiko bermain dengan
radioaktif terpaksa diterima. Kalau komuniti di Kulim berperang dingin tak mahu
kilang Linus diwujudkan disebabkan kesan radiasi… suami saya hari-hari bermain
dengannya , di jarinya, disekelilingnya. Kadang-kadang saya Nampak dia asingkan
baju-bajunya dan basuh berasingan dengan kami semua. Setiap dua minggu kadang-kadang
sebulan ada rutin health check up dari pihak hospital untuk pantau
kesihatannya. Pun tak ada elaun khas mahupun kritikal sedangkan mereka ini
bergadai nyawa kesihatan sendiri dalam menghadapi tugas seharian. Mahupun begitu
dia Nampak lebih gembira… masuk jam 6.00 pagi… baliknya jam 3 petang… masuk jam
4 pg balik jam 1. Sekurangnya dapat nikmati hidup. Bergelumang dengan dunia
rawatan kanser dan radiasi membuatkan
kita lebih hargai hidup, langsung dekatkan diri dengan Pencipta… itu bayaran
yang saya kira setimpal dengan gadaian kesihatan… tak perlu $.
Betapa Allah
sayangkan Skim pegawai Sains hospital ini….teruknya mungkin di sini tapi semoga mudahnya di sana...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
CREME OF THE CREME atau JALAN SUMPAHAN?
Entah bagaimana
saya boleh terjebak ke Pegawai tadbir Diplomatik… rasanya pernah saya postkan
dalam entry yang terdahulu. Seawal pembabitan dalam ptd acapkali saya dengar
frasa seperti crème of the crème , tonggak utama pentadbiran negara, jentera
pentadbiran kerajaan…. Tak kurang juga sinis kata jentera ‘parti kerajaan’,
pengelap duit, rasuah… gila pangkat, gila kuasa, cepat naik pangkat, pangkat
besar duit pun besar…. Penindih dan pencantas skim-skim lain (pastilah bukan dari kalangan
kami yang mengeluarkan frasa ini). juga beberapa frasa mengecewakan dari
kalangan kami sendiri seperti frasa kuli cacai…. Kuli batak… tong sampah, ada
frasa yang kadang-kadang saya tak faham pada usia yang baru setahun jagung.
Namun lama
kelamaan saya sendiri dapat tangkap maksudnya…. Ha ha…
Mahu tak mahu…. Saya
tak ada pilihan. Saya perlu menjadi
pegawai multi tasking. Aptahlagi di zaman mengejatkan organisasi yang
menyaksikan satu persatu jawatan PTD disungkurkan, di nyahkan, ditukar, di open
postkan… saya perlu lebih relevan.. Akauntan tak ada… saya lah kena jadi
akauntan… jurutera tak ada saya lah perlu ganti… Pentadbiran, kewangan,
perolehan, pembangunan memang ruang lingkup kerja saya. Target saya setiap kali
audit datang saya nak dapat 4 bintang. Yang tak ikut prosedur dan arahan
perbendaharaan, saya prosedurkan… betulkan. Pendek kata memang tak jemulah
kerja saya… sebab macam-macam yang datang. Dari komplen bumbung bocor sampai
dal dasar-dasar kerajaan. Dari saya tak tahu tentang pengurusan keselamatan
kerajaan… pengurusan rekod dan fail arkib negara… Out come based budgeting sistem…
Perakaunan akrual…. Semua sistem yang saya sebutkan dibangunkan dizaman saya
bekerja dan saya terlibat dari mula hingga sekarang (tak habis-habis lagi). Bila
sistem baru diwujudkan banyaklah data entry nak buat…. Patutlah ada rakan saya
yang terpaksa 24-7. Mana suami, mana isteri… anak-anak… tak mahu saya berada
dikedudukan mereka….
Saya pun tak
terkecuali…. Saya sendiri turun buat data entry SPP (sistem pemantauan projek)
hingga jam 12 malam di HQ… menunggu untuk tapisan kewangan RMK 9 di EPU hingga
jam 1 pagi… bekerja pada hari sabtu dan ahad bukan satu kepelikan bagi M. Otak
saya tak pernah keluar dari matlamat….
MAHU SIAPKAN
KERJA….
AUDIT DAPAT
4 BINTANG….
BAYARAN DAN
KERJA-KERJA PEROLEHAN SIAP SEBELUM TUTUP AKAUN
PRESTASI BELANJA
KENA TINGGI
FOLLOW ARAHAN
PERBENDAHARAAN
Betapa otak saya
dirangka untuk matlamat-matlamat tersebut….. ternyata 7 bulan kursus DPA bagi
kadet PTD Berjaya membantu saya menjadi jentera pentadbiran kerajaan yang “boleh
tahan efisyen”.
Bila saya
bandingkan dengan dua penceritaan sebelum….
Dimanakah kedudukan
saya agaknya….
Suami saya
mengumpul banyak saham-saham di sana
Ibu bapa saya
yang senantiasa didoa dalam doa-doa para pensujud Maha Pencipta
Apa yang saya
korbankan…?
Dalam kedudukan
saya… saya mendongak ke atas…
Melihat dan
mengintai yang orang di atas
Yang dikata the
top of crème of the crème
Betapa banyaknya
dugaan dan cubaan mereka
Di telan mati
anak, diluah mati bapak, di lontar mungkin mati emak
Otak perlu sentiasa
ligat berfikir…..
Semoga Allah
sentiasa memberikan mereka ilham
Memberi harapan
Dalam mencipta masa
depan
Kekadang terlintas
dihati
Saya rela hanya
disini…. Dari diberi beban segunung dibahu
Selautan Stress di kalbu
itu jalan SUMPAHAN
itu jalan SUMPAHAN
Pujuk hati saya
yang sedikit merajuk
Sayakan memudahkan
tugas orang lain
Sayakan menyenangkan
pengurusan
Itulah sahaja
sumbangan saya
Tak ada yang
saya nak bawa ke ‘Sana’.
Hanya amal
ibadat biasa yang tak seberapa
Pastinya
Saya tak akan
terkenal di sana
Seperti mana
yang pertama dan kedua
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INI INTIPATINYA
Dia Tuhan ynag
telah menciptakan
Yang adil dalam
memberikan kedudukan
Yang telah
mencipta jalan-jalan untuk kami lalui
ke destinasi yang telah Engkau tetapkan bagi kami
ke destinasi yang telah Engkau tetapkan bagi kami
Sepanjang jalan
kami Ya Allah
Jangan sesekali
engkau palingkan kami dari mu
Jangan engkau
jauhkan kami dari Mu
Tetapi Engkau
bimbinglah kami
Dalam melalui
jalan-jalan kami
Jika kami sesat
Engkau
ilhamkanlah kami
Jika kami penat
Engkau perkuat kami
Sesungguhnya
hanya Engkau yang lebih mengetahui
Apa yang terbaik
untuk kami
Kami serahkan
kepada Mu
Cukuplah bagi
kami hanya dengan Mu….
Monday, November 18, 2013
Puisi Buat Pencinta
Ya Allah
Panjangkanlah umur
nya
Murahkanlah rezekinya
Permudahkanlah hidupnya
Jauhkan fitnah
darinya
Simpangkan kejahatan
dari kalbunya
Andai Kau berikan
ujian
Kau ilhamlah
kepadanya penyelesaian
Andai Kau berikan
kepadanya kesusahan
Kau kuatlah dia dengan
ketabahan
Andai Kau takdirkan
kesakitan
Kau datangkanlah
penawar kesembuhan
Jika Kau berikan
kemewahan
Mohon kau rentap
kealpaan
Ku Mohon Kau beri rahmat
dan pekerti
Lansung Kau ranapkan
keangkuhan
Kau simpangkan jauh
fitnah dan kejahatan
Ya Tuhan
Kau dengari rintih
doanya
Kau Perkenankanlah permintaannya….
Pena Menulis 17/11/2013
Selamat Hari Lahir
Monday, August 19, 2013
Belum Penat aku Fikir....
Aku
fikir
Itu
kezaliman
Sebenarnya
satu kegilaan tiada tara
Aku
fikir
Mereka
itu manusia
Namun
tiada pula kemanusiaannya
Aku
fikir
Kalian
islam
Tidak
pula zahirnya keislamannya
Aku
fikir
Sudah
demokrasi
Namun
kalian menafikannya
Aku
fikir
Sudah
cukup dilihat patung Sphinx
dan Obelisk
Tidak
pula kalian semak sejarahnya
Mahupun
pyramid yang berjela-jela
Hanya
monument yang kalian pelihara
Hanya sekadar mencuci mata
bukan ceritanya...
bukan ceritanya...
Aku
fikir
Kalian
agungkan Salehudin dari kalangan kalian
Nyata
Kalian
tidak mahu menyambung perjuangnyanya
aku fikir
kalian akan akhirnya sertai tanah-tanah yang lain
aku fikir
kalian akan akhirnya sertai tanah-tanah yang lain
dengan cengkaman sirah islamiah
di tanah-tanah ini para nabi datang membela
di tanah-tanah ini para nabi datang membela
dan Sejarah
keegoan manusia yang tiada tara
Tanah-tanah
ini yang melahirkan ramai adiwira
Pembebas
Al-Aqsa
Pemusnah
Rejim Tar Tar
Signifikasinya
bumi ini dengan kejatuhan kekejaman
Dan
syiar Agama Tuhan
itu yang kalian takutkan??
itu yang kalian takutkan??
Tuesday, May 21, 2013
Mimpi Semalam, Cita-cita Hari ini, Realiti Masa Depan...
Waktu saya kecil
Saya bercita-cita nak
macam mama dan abah
Itu sahaja yang saya Nampak
hari-hari…
Buktinya
Saya suka main
masak-masak
Main pondok-pondok
Saya akan jadi mak…
Ambil rumput,
potong-potong
Buat-buat potong
sayur…
Masuk dalam tin
kacau-kacau…
Sekali sekala saya dodoikan
anak patung yang mama belikan
macam mama yang
dodoikan adik saya menangis
Terasa cita-cita tu
terlaksanan walaupun tipu-tipu
Bila saya dah pergi
tadika/ sekolah
Saya berangan nak
jadi cikgu…
Saya main pulak
cikgu-cikgu dengan adik saya
Sayalah cikgunya…
Dah lagi besar…
Bermimpi Nak jadi doctor
pulak…
Sebab selalu jugak
saya demam dan abah bawakkan ke klinik
Tengok doctor dengan
wayar yang berbelit dileher
Dari telinga dan
hujungnya bulat diletak di dada saya
“ tarik nafas….”
Saya main pulak doctor-doktor
Macam selalulah…
Sayalah doktornya…
Sehingga satu tahap
Saya pernah nak jadi
PM
Waktu tu dah pandai
baca surat khabar
Nonton warta berita
hari-hari Nampak PM
Seronok jadi PM ni
Cakap sana
Cakap sini
Sampai kekadang saya
tak faham
Apalah yang seronok
sangat orang yang mendengar sampai bertepuk-tepuk tangan
Ohh… diakan PM
Tapi tak adalah saya
nak main PM-PM pulak
Dah besar
Waktu tu saya suka
bercakap, mencapap (boleh kata gila glamor jugak)
Nak jadi PM…..
Pantang ada pertandingan
bercerita/ bersyarah/ berdebat
Kat situlah saya
berlagak jadi PM (ehh hemmm hmmm)
Bila saya masuk matrikulasi
dan IPT
Standard
otak dah tinggi
Jadi dah sedar diri
Tak ada nak gila
capap lagi
Jadi cita-cita PM tu
mati sendiri…
Macam-macam saya nak
jadi
Loyer, engineer,
architect semua pun saya bermimpi...
mana tahu jadi
realiti
Saya dah dapat dah
jadi jurutera
Tapi tak sampai tahun
saya berenti kerja
Rasa tak kena dengan
jiwa
Rasa tak merdeka..
Saya sambung buat
sarjana
Sempat merasa jadi
researcher dan tutor
Konon-konon nak jadi
pensyarah muda
Tok tik tok tik
(bunyi jam)
Sekarang saya jadi
pegawai tadbir dan diplomatik
Memang sikit pun tak
pernah terdetik
Tapi tuhan lebih tahu
Sememangnya ini yang
saya mahu
Benarlah hidup ini
macam pusingan jam
Habis pusing kembali
ke asal
Pelik…
Sekarang saya nak
jadi macam mama dan abah balik
Anak membesar dan
terdidik
Bezanya
Saya adalah mama yang
pernah jadi engineer, researcher, tutor
Pernah bermimpi nak
jadi Lawyer, Lecturer, Doctor
mahu pun Prime
minister
kata mama
biar lah anak saya
paling kurang
hebatpun
jadilah macam saya…
the end….
Moral of the poem
(kalau boleh dikategorikan poemlah)…
Anak-anak akan
bercita-cita dengan apa yang di rasa dan Nampak…
Standard ambition
bagi kanak-kanak yang bercita-cita nak jadi cikgu atau doctor atau polis mahu
pun princess sebab itu yang dilihat
hebat pada usianya.
Dia tak kenal lawyer,
tak tahu architect…
Lebih tinggi exposure
kepada kanak-kanak lebih tinggi dan jauh pemikirannya
Usia yang kecil bukan
penghalang ibu bapa membawa pencerahan jauh kepada kanak-kanak (kerana ramai
ibu bapa memberi alasan anaknya kecil lagi… kesian nak ajar itu dan ini)
Terpulang kepada
kreativiti ibu bapa untuk mengajar dengan cara yang lebih santai sambil bermain…
Biarkan anak bermimpi
dan berangan menjadi apa yang dia mahu
Mimpi itu adalah
kunci
Untuk sesuatu yang
lebih besar dan tidak kita ketahui…
Bercita-citalah
Seperti mana
Muhamad al fateh bermimpi
untuk menawan Rom
Seperti salehudin
ayubi berangan-angan menakluk Jurusalem
Cita-cita hari ini
Adalah mimpi semalam
Reality di masa depan…
Saya paste sikit dari
langit ilahi sedikit sirah mengenai cita-cita dikalangan para sahabat
Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab –
suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka
cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut :
“ Aku ingin sekali seluruh
bangunan ini terisi emas yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :
“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi
dengan permata dan mutiara yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami
tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul
Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata :
“ Aku bercita-cita kalau ruangan
ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah,
sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Subhanallah.Subhanallah.
Subhanallah.
Luar biasa hebat!
From
http://langitilahi.com/12887
Subscribe to:
Posts (Atom)
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...





