Showing posts with label parenting tips. Show all posts
Showing posts with label parenting tips. Show all posts

Saturday, June 06, 2020

Tips memasak Setiap hari Ibu Bekerjaya





2018 and 2019 have been a tough year for us in term of family economy. It’s a bless too when we had our baby umar. Selalu terbaca yang Allah menguji bila umur nak masuk 40 kan…. Hahahaha… kira ok lah tu. How tough it was??? Sampai saya bekukan penghantaran anak ke dua ke tadika untuk menjimatkan komitmen bulanan. Itulah tahapnya. Waktu ini juga lah saya merasa jumpa manager bank-bank yang saya ada komitment bulanan sewa beli untuk merayu membuat penangguhkan dan memberi kelonggaran melangsaikan komitmen tertunggak sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Semua tu dah hampir berlalu walaupun belum cukup stabil lagi kewangan kami. Kami masih cukup makan minum yang lazat2. Makanan yang lazat memang pengubat stress…. Pengalaman ini banyak hikmahnya. Antaranya adalah saya memberi full komitmen memasak setiap hari.

Selaku wanita yang bekerja dan memegang post middle management. Saya memang kerap datang awal dan balik lambat. Makan diluar atau membeli di luar menjadi pilihan utama kami sekeluarga bila suami saya memang mithali dan tak mahu memenatkan isteri kesayangannya ini.  Bekerja hujung minggu dan meninggalkan anak-anak bersama suami juga antara rutin saya. Namun semua itu bukan pilihan ketika kegawatan ekonomi. Rutin bekerja tetap tak boleh ubah. Mahu tidak mahu saya membiasakan diri memasak juga.

Tips Memasak Jimat Bajet dan mudah dipraktikan.

Setiap hujung minggu awal pagi sabtu kami akan ke kedai borong ikan. Nasib baik berdekatan dengan rumah ada sebuah kedai borong yang ikannya murah dan segar2 diambil terus dari jeti. Saya dapati memang kos ekonomi berbanding membeli di kedai runcit mahupun pasaraya. Ikan kebiasan yang dibeli adalah siakap 2 ekor, ikan bajet (kembong / selar) 8 ekor, ayam seekor, udang dan sotong. Sesuai untuk seminggu dan 4-5 orang makan. Semuanya dibawah RM 100.00 (biasanya RM70) kadang2 bila time harga promo saya dapat beli semuanya dalam RM60. Termasuk sedikit sayuran. Menu mentah ini kira mewah jugalah kan yang sedap tekak nak makan. Kebayakan sayuran kami, saya tanam sendiri. Dapatlah jimat lagi disitu. Kuchai, pak choy, bayam hijau dan kangkong memang sayuran tegar dilaman. Sebulan sekali kami beli nyok2 atau ikan merah. Masih di bawah RM 100 lagi. Perbelanjaan sebulan akan kurang dari RM400. Bahan kering yang lain kosnya tak tinggi. Dalam lingkungan rm 20 untuk sedikit bebawang, mee, bihun, kunyit, rempah ratus dan lain-lain yang tidak dibeli setiap minggu. Kalau masuk bahan kering ini mungkin mencecah RM400 juga sebulan. Masih mampu milik.

Masak sekali gus

Balik sahaja terus saya akan siang dan basuh semua bahan mentah. Hari sabtu memang saya back to back memasak sehingga kekadang 8 lauk sekali siap. Saya habiskan paling kurang pun 3 jam didapur untuk semua aktiviti tersebut. Dapur saya ada 4 tungku. Semuanya occupied. Saya masak sekali gus untuk jimatkan masa.

Bagi memelihara tekstur dan rasa, saya akan masakkan lauk berkuah untuk disejuk beku. Ais dan air adalah boleh memelihara tekstur dan rasa sebagai bahan awet. Antara masakan rutin kami adalah kari, kurma, asam pedas, sambal (berkuah), masak kicap, masak asam, singgang, tom yum, sup, masak merah, masak lemak…. Hah apa lagiiii. Semua lah yang terfikir dek akal.

Kemudian saya terus letakkan dalam bekas makanan yang sesuai untuk disejuk beku. Sebelum masuk ke peti ais, jangan lupa sejukkan dahulu lauk-lauk. Penting untuk tidak merosakkan peti ais. Bersusun kaunter dapur saya dengan lauk-pauk yang sedang disejukkan. Meriah. Saya akan bajetkan satu bekas untuk sekali makan untuk 5 orang walaupun kami Cuma 2 dewasa, 2 kanak2 dan 1 bayi. Kira dah masuk bab nasi tambahlah.

Tiba hari bekerja saya dah tak runsing nak memasak. Kalau saya buka dapur pun hanya untuk side dish lain seperti sayuran atau telur goreng. Jika saya balik malam atau out station, suami pun boleh panaskan lauk yang telah siap dimasak.

Masakan kurang kuah atau tidak berkuah?

Untuk masakan goreng, saya hanya garam kunyitkan sahaja dan simpan terus ke sejuk beku. Kalau malam itu saya nak goreng, paginya saya dah pindahkan dari peti atas ke peti paling bawah untuk nyah beku sebelum bertolak untuk bekerja. Balik kerja bolehlah terus goreng.

Begitu juga ikan yang nak dibakar atau dikukus. Saya perapkan dahulu siap2 dengan bahan perap dan baru bekukan. Bab ikan kukus ni memang kegemaran saya nak masak. Senang dan tak renyah. Sebab kalau nak masak, seketul yang beku tu terus saya kukus tak perlu nak nyah beku. Lagi senang masuk periuk kukus , bagi air lebih sikit dan tinggal. Boleh kita mandi dan urus diri dulu. Begitu juga dengan bakar. Saya biasa bakar pakai oven. Jadi masak dan tinggal. Tak penat sangat.

Saya terima banyak pandangan mengenai makanan yang dibekukan. Ada yang positif ada banyak juga yang negatif. Terutamanya bila penggunaan santan kelapa. Bagi saya, saya tak mahu nak peningkan kepala. Nak memasak hari-hari saya tak mampu. Memang penat. Itu baru masak, belum lagi bab nak urus rumah dan nak-anak. Hanya mak-mak yang bekerja tanpa pembantu rumah sahaja yang faham. Daripada makan diluar yang belum tentu pun baik kepada kesihatan, lebih terjamin masak sendiri walaupun makanan sejuk beku. Kalau yang sensitive terhadap perkara ini, bolehlah dipilih menu-menu yang tidak bersantan seperti singgang, asam pedas dan sebagainya. Kadang-kadang ada juga saya buat kari dan kurma kosong (tanpa santan). Bila panaskan baru saya masuk santan. Tapi kalau time saya tiada dan suami yang ambil alih tak bolehlah saya nak buat begitu. Namun begitu ia agak renyahlah juga sebab kita nak tunggu kuah cair, masuk santan dan stabilkan rasa makanan.

Saya memang tak kisah kalau ada yang nak lebel saya malas. Sebab merehatkan diri amat penting pada saya. Nak kurangkan stress dan penting dalam menjaga kesihatan. Stress adalah punca kebayakan penyakit. Boleh lah listkan. Darah tinggi, sakit jantung, kanser dll. Org yang stress mempunyai risiko untuk makan lebih banyak. Jadi kalau kurang stress waras sikit otak kita. Dengan rehat yang cukup, saya masih boleh meneruskan kehidupan dan bekerja dengan senyum dan ceria. Chee wahhh.

Saya peka yang ramai lagi diluar sana yang ditakdirkan hidup jauuuhhh lebih sukar dan suram. Mereka ini penghuni jalan pintas syurga. Ye lah… banyak harta banyak timbangan… kurang harta kan ke kurang sikit masa timbangan. Sama juga dengan masa. Banyak masa banyak jugalah yang buang masa. Kurang masa kurang sikit nak buang masa.


Friday, July 01, 2016

Sesiri Kuih Raya

Anak dara dah besar... dah request buat kuih raya... maka bobndanya pun dengan silu-silu buat kuih raya yang paling senang sekali...

Dia Punya excited nak buat kuih raya...
Kuih pertama yang dibut dalam 2 minggu sudah. kuih suji... tak banyak songeh. tuang minyak sapi gula tepung gaullllll... tetiba teringat nak kasi kaler. last minit campak warna merah. jadi tak berapa rata warna nya. jadi berbintik merah... maka bonda namakan KUIH SUJI DENGGI

nampak tak bintik-bintik merah
Esoknya Ahad, buat lagi. kali ni dah pandai... letak color sebelum letak tepung... buat dua color. merah dan hijau... Wahhh meriah suji ni... cantik bila dah bakar jadi kuih

belum bakar... lepas bakar lupa pulak ambil gambar...
Minggu lepas pun buat jugakk. kali ni conflake je lah... gaul dengan chocolate...
excited kakak ni...
lepas ni tak pasti sempat buat lagi ke tidak... dah nak raya...


Wednesday, April 20, 2016

Malas Mata???


Secara rasminya Kakak pakai cermin mata isnin lalu… napak segan-segan nak pergi sekolah… tapi bila puji muka Nampak bijak bila pakai cermin mata terus bersemangat.

Waktu umur 6 tahun lagi kakak dah Nampak tanda rabun… rabun kakak ni memang mengingatkan pada saya… saya pun dulu gitu…

sebelum masuk darjah satu mata dah tak Nampak… nak pulak cikgu Zau Zai (cikgu darjah satu saya dulu… ku ingat sampai sekarang sebab dia memang pandai mengajar. Terima kasih cikgu) letak saya dikerusi paling belakangggg dalam kelas… katanya budak dah pandai baca duduk belakang… biar kawan-kawan yang belum pandai baca duduk dihadapan… waktu itu saya kecik lagi… jadi pasrah dan redha… tapi saya stress setiap kali nak kena salin nota atau kerja yang cikgu tulis kat papan hitam… tak Nampak tauuuu… biasanya saya tiru kawan sebelah. Tapi selalu kena marah ngan cikgu sebab tak baik tiru kawan. tapi sebab bonda memang waktu tu memang tau malu… terus kedepan dan bersila betul-betul depan papan hitam dan salin atas lantai je…

Perasaan waktu tu…? puas hati ku… ada cikgu yang tak kisah… ada jugak yang perambat saya balik ketempat… ada jugak cikgu yang tolong ambik kerusi saya dan kongsi meja dengan budak kat depan… stress pulak budak kat depan sebab kena kongsi meja ngan saya… saya darjah tiga baru dapat duduk kat depan… baik cikgu kelas saya yang saya mohon maaf dah tak ingat namanya… tapi muka tetap dalam kepala saya… saya dapat cermin mata saya pada umur 10 tahun… darjah 4.

Ok … cukup cerita saya… kembali kepada kakak yang baru dapat cermin mata…

Dalam kelas kakak duduk belakang (cam bonda dulu). Kelas asalnya dulu kakak duduk dihadapan. Sebab bonda jumpa cikgu kelas bagi tau kakak rabun… bila kena tukar kelas… agaknya cikgu tak perasan nota saya dalam maklumat murid yang kakak rabun… (dan bonda pun tak gi jumpa cikgu) jadi cikgu pun letak kakak di belakang. Awal april tempohhari baru cikgu ubah kehadapan sekali…

Menyelami zaman saya tak Nampak papan hitam dulu… rasanya saya pun faham perasaan kakak yang tak Nampak papan putih tu… nak pulak kakak ni segan silu budaknya… tak macam saya yang muka tebal. Kena pulak terdengar ceramah Prof Muhaya pasal fenomena lazy eyes sewaktu perjalanan ke Melaka menerima jemputan ceramah di akedemi… lagilah menguat saya untuk pakaikan kakak cermin mata…   
Power kakak tinggi jugak… memang sebijik cam saya dulu… rabun kakak 125… power cermin pun buat 125.

Kakak lepas semua ujian mengenalpasti huruf bila pakai cermin mata ni kecuali huruf yang sangat kecil… bukannya dia tak Nampak… tapi daya pengecaman nya kurang… kakak tak dapat nak kenal pasti huruf yang terlalu kecil… inilah yang dinamakan fenomena lazy eyes atau mata malas… sebab kakak dah biasa rabun dan tak Nampak jauh… jadi perkara details kakak akan ignore. dulu pun saya mengalami perkara yang sama… Cuma waktu tu saya tak tahu sindrom ini. Benda yang Cikgu bolian suruh cari jarang sungguh saya dapat jumpa walau didepan mata… daya pengecaman saya kurang sungguh. Namun dapat dibetulkan dan meningkat dari hari ke hari.

Perkembangan otak kakak-kanak akan membangun sepenuhnya seawal usia 9 hingga 12 tahun… justeru sebarang kecacatan kepada deria utama akan mempengaruhi fungsi-fungsi otak yang berkaitan… adalah amat penting untuk mengenalpasti kecacatan dan kekurangan kanak-kanak ketika perkebangan otak sedang pesat berlangsung seawal di usia bayi… kerana itu bayi yang rabun terus diberi pakai cermin mata, bayi yang kurang pendengaran terus diberikan alat bantuan dengar… supaya tidak membantut perkembangan otak utama.

Penyakit lazy eyes atau mata malas banyak didiskusikan oleh pakar pakar opteo dan boleh scroll sahaja dalam mr google…

Selagi mana kerabunan tidak mempengaruhi perkembangan otak pada pusat-pusat utama (direct translate), sindrom mata malas boleh dibetulkan walaupun ketika dewasa…


Akhir kata… kakak ada followup check up nak tengok perkembangan pengecaman objek kecil dia lagi 6 bulan…gambar kat atas... adalah sewaktu baru ambil cermin matak kat kedai... anak ayah sangat gambar tu kan...
 


Monday, July 22, 2013

Allah The Greatest




Assalamulaikum

Sunday, 21st of Julai 2013, Ramadhan 11.

Secara tiba-tiba pagi itu aiesyah mengeluarkan statement yang tak semena-mena dan berkaitan dengan pagi itu...

Aiesyah:  Siang-siang mana ada hantu...

Bonda..: Habis... malam ada hantu ke?

Aiesyah: Tak apa... Allah kan ada

Bonda: Allah nak tolong ke?

Aiesyah: Allah kan hebat... dia tolong orang baik...

Bonda: Orang jahat Allah tak tolong?

Aiesyah: tak tolong lah... nanti orang jahat tu pukul Allah cam mana...? kesian Allah

Bonda:  @#!!? (ingatkan dia nak jawab Allah tak tolong sebab orang tu jahat...)

Pengajaran:

Please educate your children wisely that Allah is the Greatest and Allah helps all people although they are bad person. Allah helps and loves more to the kind people... (fail betul bonda educate aiesyah....)














Monday, July 15, 2013

Bila Aiesyah Puasa???


Assalamulaikum

Before ramadhan, I had download ‘upin ipin satahun kemudian’ to teach my little 3 and half years old Aiesyah about Fasting…. Ramadhan… Sahur … Iftar and Teraweh….  
I was hoping that this ramadhan I could train her slowly fasting everyday in her “own way”. I was thinking about couple of hours fasting or just allowed her to drink with no eating…



And
Ramahan Finally met her…

Aieyah : bonda aiesyah tak nak puasa...

Bonda: ( ???? asal anak aku ni tak nak posa… bebudak lain seronok-seronok nak join puasa walaupun ta ya pa wau…) . Kenapa aiesyah tak nak puasa??

Aiesyah: puasa kan tak boleh makan… aiesyah nak makan nanti lapar….

Bonda: ok tak pa... aiesyah makan sekarang lepas tu puasa sekejap... bila aiesyah lapar bagi tau bonda...

Aiesyah taking her sahur at 9.00 in the morning. she never ate after that but only drink her milk and she had her iftar at 5.00 in the evening.... she ate a full bowl of mee without anything left in it.  
Nampak sangatlah sangat lapar si Aiesyah ni…

Bonda: best tak puasa aiesyah… hari ni aiesyah puasa tak makan kan….

Aiesyah:  mana ada aiesyah puasa… apalah bonda ni. itu pun tak tahu ke? Kan aiesyah minum susu banyak…. Puasakan tak boleh makan dengan minum…

Bonda: (sambil mata dipejam.... aku kah yang stupid???...) Ye lah Aiesyah.... pandai aiesyah...

Budak zaman sekarang dah tak main puasa yang yong… dia tahu apa itu puasa… tak boleh makan… tak boleh minum…. Boleh makan waktu malam sahaja….
penangan upin ipin yang di download.... 
Kefahaman... : A++
practical : belum tentu A... berapa ye nak bagi..... C- ??

Tuesday, May 21, 2013

Mimpi Semalam, Cita-cita Hari ini, Realiti Masa Depan...



Waktu saya kecil
Saya bercita-cita nak macam mama dan abah
Itu sahaja yang saya Nampak hari-hari…
Buktinya
Saya suka main masak-masak
Main pondok-pondok
Saya akan jadi mak…
Ambil rumput, potong-potong
Buat-buat potong sayur…
Masuk dalam tin kacau-kacau…
Sekali sekala saya dodoikan anak patung yang mama belikan
macam mama yang dodoikan adik saya menangis
Terasa cita-cita tu terlaksanan walaupun tipu-tipu

Bila saya dah pergi tadika/ sekolah
Saya berangan nak jadi cikgu…
Saya main pulak cikgu-cikgu dengan adik saya
Sayalah cikgunya…

Dah lagi besar…
Bermimpi Nak jadi doctor pulak…
Sebab selalu jugak saya demam dan abah bawakkan ke klinik
Tengok doctor dengan wayar yang berbelit dileher
Dari telinga dan hujungnya bulat diletak di dada saya
“ tarik nafas….”
Saya main pulak doctor-doktor
Macam selalulah…
Sayalah doktornya…

Sehingga satu tahap
Saya pernah nak jadi PM
Waktu tu dah pandai baca surat khabar
Nonton warta berita
hari-hari Nampak PM
Seronok jadi PM ni
Cakap sana
Cakap sini
Sampai kekadang saya tak faham
Apalah yang seronok sangat orang yang mendengar sampai bertepuk-tepuk tangan
Ohh… diakan PM
Tapi tak adalah saya nak main PM-PM pulak
Dah besar
Waktu tu saya suka bercakap, mencapap (boleh kata gila glamor jugak)
Nak jadi PM…..
Pantang ada pertandingan bercerita/ bersyarah/ berdebat
Kat situlah saya berlagak jadi PM (ehh hemmm hmmm)

Bila saya masuk matrikulasi dan IPT
                                         Standard otak dah tinggi
Jadi dah sedar diri
Tak ada nak gila capap lagi
Jadi cita-cita PM tu mati sendiri…
Macam-macam saya nak jadi
Loyer, engineer, architect semua pun saya bermimpi...
mana tahu jadi realiti

Saya dah dapat dah jadi jurutera
Tapi tak sampai tahun saya berenti kerja
Rasa tak kena dengan jiwa
Rasa tak merdeka..
Saya sambung buat sarjana
Sempat merasa jadi researcher dan tutor
Konon-konon nak jadi pensyarah muda

Tok tik tok tik (bunyi jam)
Sekarang saya jadi pegawai tadbir dan diplomatik
Memang sikit pun tak pernah terdetik
Tapi tuhan lebih tahu
Sememangnya ini yang saya mahu

Benarlah hidup ini macam pusingan jam
Habis pusing kembali ke asal
Pelik…
Sekarang saya nak jadi macam mama dan abah balik
Anak membesar dan terdidik

Bezanya
Saya adalah mama yang pernah jadi engineer, researcher, tutor
Pernah bermimpi nak jadi Lawyer, Lecturer, Doctor
mahu pun Prime minister

kata mama
biar lah anak saya
paling kurang hebatpun
jadilah macam saya…

the end….

Moral of the poem (kalau boleh dikategorikan poemlah)…

Anak-anak akan bercita-cita dengan apa yang di rasa dan Nampak…
Standard ambition bagi kanak-kanak yang bercita-cita nak jadi cikgu atau doctor atau polis mahu pun princess sebab itu yang dilihat hebat pada usianya.
Dia tak kenal lawyer, tak tahu architect…
Lebih tinggi exposure kepada kanak-kanak lebih tinggi dan jauh pemikirannya

Usia yang kecil bukan penghalang ibu bapa membawa pencerahan jauh kepada kanak-kanak (kerana ramai ibu bapa memberi alasan anaknya kecil lagi… kesian nak ajar itu dan ini)
Terpulang kepada kreativiti ibu bapa untuk mengajar dengan cara yang lebih santai sambil bermain…
Biarkan anak bermimpi dan berangan menjadi apa yang dia mahu
Mimpi itu adalah kunci
Untuk sesuatu yang lebih besar dan tidak kita ketahui…

Bercita-citalah
Seperti mana
Muhamad al fateh bermimpi untuk menawan Rom
Seperti salehudin ayubi berangan-angan menakluk Jurusalem

Cita-cita hari ini
Adalah mimpi semalam
Reality di masa depan…

Saya paste sikit dari langit ilahi sedikit sirah mengenai cita-cita dikalangan para sahabat

Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab – suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut :
“ Aku ingin sekali seluruh bangunan ini terisi emas yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :
“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi dengan permata dan mutiara yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata :
“ Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah, sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Subhanallah.Subhanallah. Subhanallah.
Luar biasa hebat!
From
http://langitilahi.com/12887


penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...