Tuesday, October 06, 2015

PIANO NOTE: nOW I sEE THE lIGHT (tANGLED)

lagu ni best kan... walaupun movie Disney Tangled ni dah basi... tapi sound Track dia evergreen sampai hari ni... berbanding original movie dia... saya lebih suka dengar dari versi lebih rancak dari Shannon Saunders (Disney). Shannon memang banyak nyanyi lagu-lagu utk disney movie... orangnye pun comel sahaja.

 lagu ni one of my favourate song... jadi notasinya tak susah nak cari... cuma key nye ada repeat key yang berlainan level. so notasi kali ini saya siapkan bersama level key. senang nak baca pakai G rendah atau G tinggi.  Saya ambil key utama level 4. jadi ada satu key di level 3 (G) dan satu key (C) di level 5. Anda boleh pilih level key utama yang sedap di halwa telinga masing-masing. kalau ambil level 3 maka notasi lebih rendah akan diambil dilevel 2 dan notasi lebih tinggi di level 4. alah korang lagi terer kan....

Seperti biasa ingatan dari penaja...
MUZIK adalah LAGHO.
Pastikan anda mengutamakan yang lebih utama dan solat di awal waktu.

Selamat Mencuba.





All those days watching from the windows
G4  F4 E4                    D4 F4     D4  C4   C G3
All those years outside looking in
G4  F4 E4                D4 E4     D4 C4   D4
All that time never even knowing
A4 G4 F4   G4 C5       G4 C4    G4  E4
Just how blind I've been
G4  F4   E4    C4   D4

Now I'm here, blinking in the starlight
G4  F4 E4                    D4 F4     D4  C4   C4 G3
Now I'm here, suddenly I see
G4  F4 E4                D4 E4     D4 C4   D4
Standing here, it's all so clear
A4 G4 F4    C4 B4 A4 G4
I'm where I'm meant to be
C4  CB4 A4 E4 G4

And at last I see the light
A4  B4  C5   F4  F4  G4  A4
And it's like the fog has lifted
C4 D4 D4   D4 G4 F4 F4 E4
And at last I see the light
A4  B4  C5   F4  F4  G4  A4
And it's like the sky is new
C4 D4 D4   D4 G4 B4 C5
And it's warm and real and bright
A4  B4  C5   F4  F4  G4  A4
And the world has somehow shifted
C4 D4 D4   D4 G4 F4 F4 E4
All at once everything looks different
G4  F4 E4                    D4 F4     D4  C4   C4 G3
Now that I see you
G4  G4  E4  C4  C4

All those days chasing down a daydream
All those years living in a blur
All that time never truly seeing
Things the way they were

Now she's here shining in the starlight
Now she's here, suddenly I know
If she's here it's crystal clear
I'm where I'm meant to go

Friday, October 02, 2015

Main Perang-perang

Belek post lama terbaca post 'the best week in my work life!!! oooo  rupanya time saya kursus DRCM... memang best kursus ini...2 minggu. last skali ada main perang-perang. tak pulak saya terang dalam entry tu... ada calculation untuk pertahanan dan penyerangan... siap ada calculation jugak untuk risikan dan rnd...tambah tolak lagi dengan economic condition....

Simulasi perang dilakukan selama 5 tahun dan akan extend kalau tak da pemenang...
 ada 4 perang semuanya... jadi ada 8 team...

satu tim ada 3 ke 4 orang... dalam tim akan yang ada jadi master mind (yg atur stategi, ofcourse lah yang pangkat paling tinggi dlm group), tukang kira (saya lah tu) dan runner (berlari-lari setiap kali urusetia keluarkan malumat risakan oppenent, staus ekonomi semasa dan nilai mata wang).

sudahnya tahun ke 3 tiga perang,  tim saya dah kalah teruk.... habis negara kami muflis kan... hahah.. sebab saya sorang je civilian kat situ yang lain services, jadi saya rileks je lah bila kalah... yang stress kalah tentulah yang paku paling banyak di bahu... hehehh. jatuh saham nak jadi panglima kan.

perang group lain ada yang meledak sehingga 15 tahun baru dapat pemenang..... hebat sungguh diorang mengatur stategi......

perang adalah part yang paling fun. tapi yang penting.... kursus nilah paling banyak saya belajar dalam mengira risiko membuat keputusan....

hahaha...


entry lama yang penuh gambar http://indahnyacahaya.blogspot.com/2013/12/the-best-2-weeks-work-life-in-year.html

Monday, September 21, 2015

Monyet, Jagung dan Pasu

Apa kaitan ketiganya ya??


Akhirnya berjaya jugak tukar pasu MyChikKemboja... dari awal tahun lagi nak tukar pasu... tak terbeli-beli pasu... Yeay...

Semalam ajak jugak En Habib gi beli pasu...

Ambil yang besar terus... senang... ingat lepas ni dah tak payah lah nak tukar lagiii... Bersusah payah nak keluarkan MyChikKemboja yang akar dia dah berselirat memenuhi pasu lama...

dengan harapan dapatlah MyChikKemboja dapatlah tinggi lebih kurang semeter lagi.... tak leh besar-besar sangat sebab rumah pun sekangkang kera sahaja..

Cerita pasal Kera ... semalam si monyet masuk dapur... tengok monyet tu terkejut monyet jugaklah saya yang ketika itu baru lepas solat asar dan baru nak kedapur menggoreng cucur jagung yang dah dibancuh adunan tadi... mujurlah bancuhan itu saya tutup elok dalam bekas... punyalah saya panic... takut dia ketengah rumah... saya suruh adik dan kakak lari naik atas... Macam monyet nampak ularlah jugak adik dengan kakak memanjat tangga ketakutan..

jadi rezeki monyet sebatang jagung yang saya letakkan sebelah sinki... inilah pertama kali nampak monyet tu disini... tak pernah nampak lagi masuk dalam taman perumahan saya... agaknya sebab projek baru naik kat belakang sana ... hutan lalang dah di tebang... Haahhh.. Monyet kat kajang... dah tak leh nak letak2 makanan kat sinki tu... tingkap bergrill pun dia boleh masuk...

layan gambar MyChikKemboja. pasu kat sebelah tu pun besar jugak... tapi dah nampak kecik dengan kebesaran pasu ni...



Tak dapatlah Kakak nak memetik bunga sebab dah tinggi banyak dari kakak bila dah tukar pasu ni.

Friday, September 18, 2015

Pembajaan Tanaman

Sebelum saya terlupa... baik sendiri buat catitan... senang nak refer nanti...

Nutrient utama bagi tumbuhan sifirnya NPK (Nitrogen, Fosforus dan Kalium). Micronutrient yang lain banyak... tapi tak yah ceritalah kan... penat nak ingat... kita ingat yang penting sahaja... buat bela pokok2 depan rumah..

Nitrogen untuk kesuburan daun

Fosforus untuk pertumbuhan akar

dan Kalium untuk penghasilan bunga dan buah...

Baja serbaguna biasanya dah ada kesemua kandungan nutrient ini... so tak payah pening2. tapi bila pokok yang sepatutnya bunga tapi tak bunga-bunga... ada sesuatu yang tak kenalah...

Baja bunga biasanya akan lebih kandungan kalium...

baja semula jadi daripada sisa hidup yang boleh digunakan:

Tinja
Kelawar, nitrogen 12%, fosforus 8%, kalium 3%
Ayam, nitrogen 1%, fosforus 1.5%, kalium 0.5%
Arnab, nitrogen 2%, fosforus 1.5%, kalium 0.5%
Kambing biri-biri, nitrogen 0.5%, fosforus 0.3%, kalium 0.8%
Sisa Dapur
Serbuk kopi, nitrogen 2%, fosforus 0.4%, kalium 0.25%
Serbuk teh, nitrogen 4%, fosforus 0.2%, kalium 0.3%
Air ikan, nitrogen 4%, fosforus 4%, kalium 1%
Sisa ikan, nitrogen 7.5%, fosforus 10%, kalium 4%
 
Sisa Tumbuhan
Paku pakis kering, nitrogen 2%, fosforus 0%, kalium 3%
Kompos, nitrogen 0.5%, fosforus 0.25%, kalium 1%
Keratan rumput, nitrogen 1.2%, fosforus 0.3%, kalium 2%
Rumpai laut kering, nitrogen 2%, fosforus 0.5%, kalium 2%
Abu kayu, nitrogen 0.1%, fosforus 0.5%, kalium 10%
 
kalau ikut kandungan sisa ini, sisa tumbuhan paling tinggi kalium. Begitu juga dengan sisa ikan... walaubagaimanapun mengikut orang yang lebih berpengalaman ... sisa ikan sangat sesuai untuk tanaman sayuran... tanaman bungaan tak pasti pulak..

ok. nampak tak yang Mak Cik Tani tengah singgah sekejap kat diri ini...

Thursday, September 17, 2015

Menyemai benih dari kecil.

 Memorinya agak sudah kelabu kerana ketika itu saya mungkin baru darjah satu atau tadika atau apa-apa yang masih seangkatan dengannya. Abah yang mencangkul batas. benih yang ditanam ada bendi, kacang buncis, Jagung. Kami ketika itu bermusafir di Pengkalan Hulu Perak. Dibelakang rumah ada pokok Ubi Kayu. Itu yang saya tahu namanya... yang lain belum sampai dalam kamus bahasa akal saya ketika itu. 

bermain tanah bagi anak-anak kecil seperti saya ketika itu satu keseronokan... berlumpur, di selubungi kotor tanah , mencangkul, mengorek kelihatan menarik sekali... itu antara memori paling lama antara saya dan bertani yang masih saya ingat...

Usai remaja, saya sentiasa dikerah merumput sekeliling rumah... menyiram.... dan lain-lain perkara mengenai bercucuk tanam yang ketika itu jiwa saya melihatnya dengan penuh bosan... Ketika itu kami sudah pun bermaustatin di kediaman sekarang di Selama Perak. Pun begitu, sekeliling rumah menjadi habuan permainan saya... saya bina buaian dibawah pokok limau Bali yang kelihatan paling gah dibelakang rumah. Seingat saya itu menjadi tempat saya menghafal syarahan-syarakan mahupun cerita-cerita yang selalu saya pertandingkan di sekolah. Belakang setor ada sepohon sukun... saya  ceracakkan batang-batang kayu pada lubang dinding stor dan jadikan atap ditepinya... dapat saya dirikan pondok buruk saya seketika melayan buku siri 5 sekawan sebelum dimusnahkan oleh rakan sepermaian. Bunga-bunga yang ditanam Mama seringkali menjadi mangsa permaian masak-masak kami adik-beradik... berpuluh tahun menyemai sekeliling rumah... rumah abah dan mama sekarang seperti taman.
 




 Dibesarkan dengan suasana yang menghijau semenjak kecil menajadikan mata yang semakin tua ini ingin mengekalkan suasana yang serupa. Dalam kesempitan waktu yang ada, rumah sekangkang kera yang dibeli tahun 2012 ini dihuni dan dikongsi dengan bersama dengan beberapa batang pokok penyeri pandangan.  Namun, kerana tak dijaga rapi, banyak pokok yang akhirnya mati. Pun begitu masih banyak yang dapat berdikari dengan layanan tenggelam timbul dari kami. Pejam celik sudah 4 tahun hidup kami disini ditemani oleh si pohon Kemboja yang harum, pohon buloh yang semakin manambah bilangan batang, dua pasu palm yang sudah perlu ditukar pasu untuk ditinggikan.. dan lain-lain pokok yang mejadi perintis laman ini seperti  ... 

Asal buloh ini hanya 2 batang. Perlu dirapi setiap bulan kalau nak kekalkan struktur bertingkat ini...

Pohon kemboja kacuk yang sangat rajin berbunga... Bunganya harum sungguh!!
Ada kelapangan saya merapi pokok-pokok dilaman... terutamanya si Pohon buloh yang selalu merimba. kadang-kadang abah dan mama yang datang dari kampung yang tolong rapikan...Bila teringat saya membaja... Pohon-pohon yang tinggal ini sememangnya tahan lasak... pernah saya tak menyiram hampir 2 minggu!! Kasihan.....  Ada masa saya menyemai anak-anak pokok... ditolong 2 orang petani cilik saya... nak menyemai suka bercucuk tanam biarlah dari kecilkan.

Sedar tak sedar juga... saya sudah di semai benih bertanam sejak kecil....


Semangat adik dan kakak memenuhkan tanah dalam pasu
Hasil tangan kakak dan adik. tunggu sebulih merimbunlah nanti.

Tuesday, September 15, 2015

Mudah Benar Disimpulkan...





Suka atau tidak aktiviti sosial zaman ini didominasikan oleh media maya. Facebook menjadi penyumbang terbesar selain instagram, tweeter dan lain-lain aps maya. Dan kita seringkali melihat rakan taulan memuat naik status ‘check in’, gambar mahupun fe’feeling’. Ada yang begitu aktif sehingga sentiasa update status…

Apa yang tidak bagusnya mengenai gambar… ia membawa persepsi kepada penglihat. Pelbagai telahan akan datang. Gambar-gambar pribadi pastinya yang indah-indah belaka. Kerana ia telah dipilih dan pastinya istimewa. Gambar tidak menceritakan hal sebenar. Waima gambar ‘selfie’ dengan senyuman manis mempersonakan belum tentu menceritakan yang hati pen’selfie’ sedang gembira.

Hanya gambar ‘live’ didepan mata boleh menyingkap telahan yang mungkin benar. Dalam senyuman yang dilihat kelat, mata sayu, dia masih mampu tersenyum.

Samada pemuat naik tidak mempunyai apa-apa niat melainkan berkongsi atau sebarang niat yang baik… gambar-gambar bahagian anda sedikit sebanyak akan membawa kepada pengharapan si pelihat… seterusnya membawa kepada unsure perbandingan dengan si pelihat.

Benar. Gambar tidak boleh berbicara. Namun mata mampu menjadikan hati sarat berpanglipurlara.

Melihat bahagia yang lain akan dibandingkan dengan bahagian yang dikecapi sendiri.

Melihat kekayaan orang lain akan di bandingkan dengan kekayaan diri sendiri

Melihat kecantikan orang lain, dibandingkan dengan kecantikan diri sendiri…

Setidaknya… ada hati-hati yang berkata “ bertuahnya menjadi Si A” sudahlah cantik, berkerjaya, harta pun ada”

Ataupun “ wah hebatnya… dia mampu kesana” dan dalam hati hanya mampu berharap. Menjadi seperti itu

Percayalah… gambar itu … status itu telah dipilih dan disaring …
Yang terbaik sahaja dimuat naik.
Kerana itu…
Kita hanya melihat yang cantik, yang baik, yang istimewa…

Justeru tak perlu untuk kita merasakan ‘tidak beruntungnya” kita kerana terpaksa menjadi suri rumah… atau berkerja siang dan malam atau dilanda kesibukkan, tidak mempunyai keupayaan kewangan…….

Adil itu tidak semestinya setara atau sama!!

Bukan mudah untuk disimpulkan…




Friday, September 04, 2015

Piano Note : Aplikasi Gejet "Perfect Piano"

Topik piano hari ini tak ada kaitan dengan nota piano. Motif adalah memperkenalkan aplikasi android piano yang boleh di muat turun dalam telefon atau gejet pintar anda.

Jika anda membuat carian didalam Play Store atau mana-mana carian yang lain... banyak aplikasi bagi piano atau keyboard. Pada Hemat saya yang terbaik dalam kategori 'free' adalah Perfect Piano.

Mempunyai bilangan kunci 52 key menjadikan ia setaraf dengan key board saiz large. Kerana key board saya kat rumah pun hanya ada 42 key sahaja.... namun begitu nak appearkan kesemua key dalam satu skrin adalah mustahil untuk membuat petikan jari anda apatah lagi jika jari anda bersaiz besar dan android anda bersaiz kecil!. Justeru saiz key boleh di besarkankan mengikut kesusaian padanan jari dan skrin gejet.

Jika nak dibuat contoh skrin note 2 samsung yang bersaiz 125mm boleh memuatkan sehingga 10 key pada satu masa. justeru jika saya mempunyai 5 buah note2 dan di atur sebaris mengikut aturan key saya dapat memaparkan keseluruhan key dan bermain chord n note dengan kedua-dua belah jari (berangan je lah... tapi tak mustahil untuk dilakukan). namun rasanya labih baik jika dalam 7 ke 8 key yang menyamai saiz key sebenar. bilangan paparan key ini boleh diubah suai dalam setting dan masukkan bilangan visible key. Nota Piching tinggi dan rendah bolehlah diraraskan pada skrin di bahagian atas yang menunjukkan level key anda berada smaa ada nanda sedang menggunakan not picth rendah (kiri), medium (tengah) atau tinggi (kanan).



Aplikasikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan kebolehan sama ada baru belajar atau tidak pernah langsung melihat atau memetik key piano. Mempunyai mode learning yang dilengkapi dengan panduan notasi siap tunjuk lagi nak tekan kat key mana kalau tak pandai baca note atau sheet. Mudahkan. Mode boleh diperlahankan supaya pengguna boleh mengikut tunjuk ajar perfect piano ini secara perlahan-lahan mengikut keupayaan pengguna. Pilihan lagu juga mengikut kebolehan. boleh pilih lagu peringkat biginner, medium dan selanjutnya. daripada lagu happy birthday sehingga lah lagu-lagu hebat. Lagu-lagu terkini juga disediakan namun pengguna perlu memuat turun.... Justeru anda boleh menjadikan aplikasi ini sebagai mainan si Comel anda !


Bagi yang gemar mengubah notasi, mode rekod juga disediakan... jadi anda boleh mengubah lagu dimana-mana anda berada tanpa membawa piano anda... ada ilham,.. terus buka aplikasi ini dan rekod rentak yang bermain difikiran anda. senangkan! anda juga boleh menulis notasi lagu pada paparan sheet dan perfect piano akan mainkan notasi lagu anda.


Hebatnya aplikasi ini, ia juga membenarkan paparan double layer keyboard. Justeru anda boleh memapar 2 level picth yang berbeza pada satu masa. tanpa perlu membuat pelarasan berkali-kali... Anda boleh cuba meneroka melihat banyak lagi fungsi-fungsi yang lain dan menyeronokkan.


Jika mahu mengasah minat dalam bermainkan piano, cubalah aplikasi ini dahulu tanpa kos sebelum anda membeli piano/keyboard sebenar!

Selamat Mencuba!!!


Peringatan!
Walaupun muzik boleh memangkin perkembangan sel otak ia adalah melalaikan. Pastikan anda mengutamakan perkara yang lebih penting dan solat di awal waktu. Awasi anak-anak anda.

PS# artikel ini itulis ketika En Habib sedang sibuk mencuba  ukelele di sekolah muzik Aiesyah...

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...