Kalau dah Jadi Suri rumah sepenuh masa pun penat... jadi suri rumah sepenuh masa yang berkerjaya berganda penatnya...
Bayangkan... jejak kaki dirumah jam 6.30 petang terus melangkah kaki ke dapur mengeluarkan ayam / ikan /sayur dengan harapan sekejap lagi proses masak memasak untuk makan malam akan berlaku...
Baru sentuh soal memasak, belum mengemas, mendobi dan lain-lain perkara yang sama waktu dengannya termasuklah menelaah bersama anak-anak...
Justeru, walaupun saya bukanlah seseorang yang sesuai berbica mengenai hal ini, mari jadikan ia sebagai motivasi diri dan panduan untuk ibu-ibu dalam mengurangkan beban memasak setiap hari.
Setiap hujung minggu akan menjadi hari yang paling sibuk. Belilah semua keperluan makanan untuk seminggu dan rancang menu masakan setiap hari.
Masak semua menu anda pada hujung minggu. Justeru lebih baik kalau ia adalah menu berkuah kerana ia lebih tahan lama untuk disimpan dan bantuan air kuah dapat mengekalkan kualiti tekstur ayam dan ikan anda yang telah dimasak. Anta pihan resepi yang sesuai dimasak adalah masak lemak, singgang, asam pedas, sambal(dengan kuah lebih), kari, kurma dan lain-lain.
Setelah selesai memasak masukkan ke dalam bekas dan jangan tutup dahulu sehingga wap panas dikeluarkan dan barulah masukkan ke dalam peti simpanan sejuk beku anda. tindakan ini akan melanjutkan tempoh 'baik sebelum..." makanan. Pastikan bekas yang digunakan adalah bekas yang tertutup bagi mengelakkan ia kekeringan dalam sejuk beku.
Makanan anda secara puratanya boleh digunakan dan disimpan dalam tempoh sebulan hingga 4 bulan sekiranya disejuk beku. justeru tak kira jam berapa anda pulang dari kerja... hanya melangkak ke peti sejuk, pilih lauk yang telah tersedia dan panaskan semula.
Walaubagaimanapun, pilihan ini tidak sesuai untuk sayur-sayuran kerana kandungan nutrien sayuran yang sangat sensitif... Begitu juga dengan telur...
Tips untuk storan makan bermasak sejuk beku.
1. Pastikan bekas adalah bertutup, kalau boleh kedap udara. ia bagi memastikan penghidratan tidak berlaku sehingga merosakkan tekstur makanan.
2. Simpan terus makanan dalam peti sejuk beku sebaik sahaja wap panas telah di nyahkan.
3. Asingklan simpanan makanan sejuk beku yang telah diproses (lauk) dan mentah. Jika peti sejukbeku hanya mempunyai satu ruangan, letakkan bahan mentah dibawah dan makanan terproses di atas.
4. Masaklah makanan berkuah kerana ia boleh memanjangkan tempoh hayat sehingga 6 bulan!
Tempoh Baik makanan Sejuk Beku yang sesuai bagi makanan yang telah dimasak:
1. Ayam berkuah - 6 bulan
2. ayam goreng - 4 bulan
3. ikan - 1 bulan
5. Kerangan / kepah - 2-4 minggu
6. Ketam- 2-4 minggu
7. Udang / Sotong - 1 bulan
8. daging (berkuah dan kering) - 2-3 bulan
Rujukan
1. Pengendalian makanan selamat- KKM
2. http://whatscookingamerica.net
3. https://food.unl.edu/safety/chart
4. usda
5. Karren P. Penner, kansas State University
Sunday, June 07, 2020
Saturday, June 06, 2020
Tips memasak Setiap hari Ibu Bekerjaya
2018 and 2019 have been a tough year for us in
term of family economy. It’s a bless too when we had our baby umar. Selalu
terbaca yang Allah menguji bila umur nak masuk 40 kan…. Hahahaha… kira ok lah
tu. How tough it was??? Sampai saya bekukan penghantaran anak ke dua ke tadika
untuk menjimatkan komitmen bulanan. Itulah tahapnya. Waktu ini juga lah saya
merasa jumpa manager bank-bank yang saya ada komitment bulanan sewa beli untuk
merayu membuat penangguhkan dan memberi kelonggaran melangsaikan komitmen
tertunggak sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Semua tu dah hampir berlalu
walaupun belum cukup stabil lagi kewangan kami. Kami masih cukup makan minum
yang lazat2. Makanan yang lazat memang pengubat stress…. Pengalaman ini banyak
hikmahnya. Antaranya adalah saya memberi full komitmen memasak setiap hari.
Selaku wanita yang bekerja dan memegang post
middle management. Saya memang kerap datang awal dan balik lambat. Makan diluar
atau membeli di luar menjadi pilihan utama kami sekeluarga bila suami saya
memang mithali dan tak mahu memenatkan isteri kesayangannya ini. Bekerja hujung minggu dan meninggalkan
anak-anak bersama suami juga antara rutin saya. Namun semua itu bukan pilihan
ketika kegawatan ekonomi. Rutin bekerja tetap tak boleh ubah. Mahu tidak mahu
saya membiasakan diri memasak juga.
Tips Memasak Jimat Bajet dan mudah
dipraktikan.
Setiap hujung minggu awal pagi sabtu kami akan ke
kedai borong ikan. Nasib baik berdekatan dengan rumah ada sebuah kedai borong
yang ikannya murah dan segar2 diambil terus dari jeti. Saya dapati memang kos
ekonomi berbanding membeli di kedai runcit mahupun pasaraya. Ikan kebiasan yang
dibeli adalah siakap 2 ekor, ikan bajet (kembong / selar) 8 ekor, ayam seekor,
udang dan sotong. Sesuai untuk seminggu dan 4-5 orang makan. Semuanya dibawah
RM 100.00 (biasanya RM70) kadang2 bila time harga promo saya dapat beli semuanya
dalam RM60. Termasuk sedikit sayuran. Menu mentah ini kira mewah jugalah kan
yang sedap tekak nak makan. Kebayakan sayuran kami, saya tanam sendiri. Dapatlah
jimat lagi disitu. Kuchai, pak choy, bayam hijau dan kangkong memang sayuran
tegar dilaman. Sebulan sekali kami beli nyok2 atau ikan merah. Masih di bawah
RM 100 lagi. Perbelanjaan sebulan akan kurang dari RM400. Bahan kering yang
lain kosnya tak tinggi. Dalam lingkungan rm 20 untuk sedikit bebawang, mee,
bihun, kunyit, rempah ratus dan lain-lain yang tidak dibeli setiap minggu. Kalau
masuk bahan kering ini mungkin mencecah RM400 juga sebulan. Masih mampu milik.
Masak sekali gus
Balik sahaja terus saya akan siang dan basuh semua
bahan mentah. Hari sabtu memang saya back to back memasak sehingga kekadang 8
lauk sekali siap. Saya habiskan paling kurang pun 3 jam didapur untuk semua
aktiviti tersebut. Dapur saya ada 4 tungku. Semuanya occupied. Saya masak
sekali gus untuk jimatkan masa.
Bagi memelihara tekstur dan rasa, saya akan
masakkan lauk berkuah untuk disejuk beku. Ais dan air adalah boleh memelihara
tekstur dan rasa sebagai bahan awet. Antara masakan rutin kami adalah kari,
kurma, asam pedas, sambal (berkuah), masak kicap, masak asam, singgang, tom
yum, sup, masak merah, masak lemak…. Hah apa lagiiii. Semua lah yang terfikir
dek akal.
Kemudian saya terus letakkan dalam bekas makanan
yang sesuai untuk disejuk beku. Sebelum masuk ke peti ais, jangan lupa sejukkan
dahulu lauk-lauk. Penting untuk tidak merosakkan peti ais. Bersusun kaunter
dapur saya dengan lauk-pauk yang sedang disejukkan. Meriah. Saya akan bajetkan
satu bekas untuk sekali makan untuk 5 orang walaupun kami Cuma 2 dewasa, 2 kanak2
dan 1 bayi. Kira dah masuk bab nasi tambahlah.
Tiba hari bekerja saya dah tak runsing nak
memasak. Kalau saya buka dapur pun hanya untuk side dish lain seperti sayuran
atau telur goreng. Jika saya balik malam atau out station, suami pun boleh
panaskan lauk yang telah siap dimasak.
Masakan kurang kuah atau tidak berkuah?
Untuk masakan goreng, saya hanya garam kunyitkan
sahaja dan simpan terus ke sejuk beku. Kalau malam itu saya nak goreng, paginya
saya dah pindahkan dari peti atas ke peti paling bawah untuk nyah beku sebelum
bertolak untuk bekerja. Balik kerja bolehlah terus goreng.
Begitu juga ikan yang nak dibakar atau dikukus. Saya
perapkan dahulu siap2 dengan bahan perap dan baru bekukan. Bab ikan kukus ni memang
kegemaran saya nak masak. Senang dan tak renyah. Sebab kalau nak masak, seketul
yang beku tu terus saya kukus tak perlu nak nyah beku. Lagi senang masuk periuk
kukus , bagi air lebih sikit dan tinggal. Boleh kita mandi dan urus diri dulu. Begitu
juga dengan bakar. Saya biasa bakar pakai oven. Jadi masak dan tinggal. Tak penat
sangat.
Saya terima banyak pandangan mengenai makanan yang
dibekukan. Ada yang positif ada banyak juga yang negatif. Terutamanya bila
penggunaan santan kelapa. Bagi saya, saya tak mahu nak peningkan kepala. Nak memasak
hari-hari saya tak mampu. Memang penat. Itu baru masak, belum lagi bab nak urus
rumah dan nak-anak. Hanya mak-mak yang bekerja tanpa pembantu rumah sahaja yang
faham. Daripada makan diluar yang belum tentu pun baik kepada kesihatan, lebih
terjamin masak sendiri walaupun makanan sejuk beku. Kalau yang sensitive terhadap
perkara ini, bolehlah dipilih menu-menu yang tidak bersantan seperti singgang,
asam pedas dan sebagainya. Kadang-kadang ada juga saya buat kari dan kurma
kosong (tanpa santan). Bila panaskan baru saya masuk santan. Tapi kalau time
saya tiada dan suami yang ambil alih tak bolehlah saya nak buat begitu. Namun begitu
ia agak renyahlah juga sebab kita nak tunggu kuah cair, masuk santan dan
stabilkan rasa makanan.
Saya memang tak kisah kalau ada yang nak lebel
saya malas. Sebab merehatkan diri amat penting pada saya. Nak kurangkan stress
dan penting dalam menjaga kesihatan. Stress adalah punca kebayakan penyakit. Boleh
lah listkan. Darah tinggi, sakit jantung, kanser dll. Org yang stress mempunyai
risiko untuk makan lebih banyak. Jadi kalau kurang stress waras sikit otak
kita. Dengan rehat yang cukup, saya masih boleh meneruskan kehidupan dan
bekerja dengan senyum dan ceria. Chee wahhh.
Saya peka yang ramai lagi diluar sana yang
ditakdirkan hidup jauuuhhh lebih sukar dan suram. Mereka ini penghuni jalan
pintas syurga. Ye lah… banyak harta banyak timbangan… kurang harta kan ke kurang
sikit masa timbangan. Sama juga dengan masa. Banyak masa banyak jugalah yang
buang masa. Kurang masa kurang sikit nak buang masa.
Thursday, June 04, 2020
Plane watching
Gambar ini adalah gambar lama. rasanya awal tahun tempoh hari. Ia sememangnya aktiviti yang agak kerap juga kami lakukan. Mudah dan kos rendah. Ada banyak port menarik sekitar KLIA. Port Berlepas, Port sisi dan Port mendarat. Tengok Kapal terbang dari jarak dekat ni memang menarik dan melekakan. kali ini kami bawa atok dan nenak sekali. asalnya ikut atok dan nenek cukuplah 20 minit selepas kami menghantar achik ke KLIA. tapi kejadiannya lebih 2 jam. dah temgok sebuah tunggu lagi sebuah..... Pada saya ia aktiviti keluarga yang sesuai dengan semua peringkat umur.
Thursday, May 28, 2020
MENANAM POKOK BUNGA MATAHARI
Bunga Matahari seringmenjadi pilihan penggemar
tanaman dek kecantikan kuntuman bunganya yang bersinar garang umpama matahari. Bunganya
sahaja bersaiz besar pasti menenggelami bunga-bunga lain disekitarnya.
Perkara yang paling menggamit hati adalah ketika
tuan tanah melaksanakan sedikit penyelidikan mengenai penjagaan pokok bunga
matahari, hasil carian menunjukan ianya adalah ‘low maintainance’. Tertarik dengan
itu, maka bermulalah projek bunga matahari.
Tarikh semai: 10 April 2020
Cambahan : selepas 2 hari (medium peatmoss)
Tempat tanaman:
Pasu
Medium: cocopeat sederhana halus + tanah campur
Siraman : 2 x sehari
Cahaya matahari: Penuh
Tarikh bunga pertama kembang : 26 April 2020 ( ±7weeks)
Tinggi pokok: 150m
Lebar bunga = 15cm (diameter)
Berasarkan pengalaman pertama ini, diakui bahawa,
memanamam pokok bunga matahari tidak rumit. Memerlukan kuantiti air yang banyak
serta cahaya matahari yang penuh sudah cukup membesarkan bunga matahari yang
sihat. Tuan tanah hanya menggunakan baja standard NPK yang ditabur setiap 2
minggu.
Memandangkan dari pembacaan mengatakan pokok ini
tidak suka air bertakung, maka tuan tanah gunakan medium peat sederhana halus
yang dicampur dengan tanah tanaman. Mungkin disebabkan kurang tadahan air dalam
medium, pokok yang ditanam ini memang cepat layu kalau tertinggal siraman 2
kali sehari. Mungkin juga disebabkan pokok yang berkongsi pasu.
![]() |
| WARNANYA CANTIK BERSINAR..... |
Pokok yang naik memang besar. Seeloknya satu pasu
satu pokok. Tapi tuan tanah tibai pasu besar (pizza domino xtra large) 4 pokok
dan pasu sederhana (pizza domino large) 3 pokok. Dah main saiz pasu ikut saiz
pizzah pulak. Tapi masih tumbuh membesar dengan jaya nya. Kalau asingkan
mungkin tinggi pokok boleh cecah lebih 180cm.
Ikutkan baka pokok yang ditanam ini baka hobbit (common
flower). Tingginya tak lebih dari 2meter. Amalan saya memang tidak pernah
gunakan racun serangga. Sekitar pokok bunga matahari ada pokok bendi, cili dan
tomato. Bena lebih suka pokok ini. Jadi pokok tak diserang. Musim PKP ini
banyak pula ladybird datang singgah menolong kawalan serangga perosak secara
semula jadi. Baka renek pun dah dekat 2 m. tak dapat bayangkan saya baka
mammoth yang terkenal itu.
Paling kelakar mengenai pokok ini adalah obsesinya
terhadap matahari. Disebabkan pasu diletakkan dikawasan cahaya penuh, maka
pokok semuanya naik tegak dan segak. Namun apabila bunga dah mulai berputik,
putik bunga boleh bergerak halanyanya dalam masa beberapa jam sahaja. Mulanya saya
perasan tapi tak pasti. Jadi hari-hari saya jengok arah putik bunga. Memang ia
bertukar. Pagi nya mengala kanan dan petangnya akan sengek ke kiri arah
matahari terbenam. Jadi janganlah dianiaya pokok ini dengan meletakkan di
tempat teduh. Senget dia cari matahari.
Ikutkan hati nak tanam berpasu-pasu pokok yang
cantik ini. Tapi kawasan laman tak mengizinkan…. Sayur pun nak maintain juga….
PUTIK KECIL- waktu inilah dia suka menunjuk ke arah matahari dengan sangat ketara.
PUTIK BESAR - tunggu kembang
bunga yang baru kembang. kelopak belum habis terbuka.
insyaallah saya update post ini dari masa ke semasa. sebab ketika penilisan ini, tuan tanah belum tahu bunga kat taman kekal berapa minggu sebelum gugur.... eksperiment nak menanam kembali dari kuaci yang terhasil pun belum lagi dapat dibuat.
Friday, May 22, 2020
PEKEBUN PKP
Tinggal di rumah teres lot tengah memang tak banyak pilihan selain meamam dalam pasu. bermula sahaja PKP saya terus mengemas laman. sebelum ini hanya beberapa pasu sahaja ditanam sayuran. banyak tak terjaga. mana yang elok saya kekalkan. yang lain semuanya dikemas dan baik pulih. dalam seminggu saya akan ke pejabat lebih kurang 2x. yang lain saya berada dirumah. rutin PKP saya dapati hanya selepas jam 10 baru akan sibuk. jadi sebelum itu sempatlah saya jengok sekejap (kadang-kadang sampai 2 jam) kebun PKP saya. seawal jam 7.30 saya dah terpacak.
Thursday, May 14, 2020
NORMA KERJA BAHARU
Perintah kawalan Pergerakan (18 Mac 2020 - kini pun belum tamat lagi....)
Memandangkan jabatan berada dibawah kategori
essential, penggiliran dilaksanakan bagi memastikan operasi berjalan. Yang lain
WFH. Jadi kami datang bila sampai giliran dan datang bila memang perlu datang
apabila kerja tersebut memang tak boleh nak WFH.
Tak ada beza sangat utk anak2 buah saya. Satu tim
jawab aduan… 4 komputer riba di tempat kerja masing-masing kelek bawa ke rumah.
Aduan dan pertanyaan kami bukan sedikit. Paling tinggi dalam agensi kerajaan. Sehari
kalau tak buka… maka bergandalah yang tertunggak. Call public memang banyak
macam-macam ragam. Semuanya divert ke telefon mudah alih masing-masing. Setia jawab
panggilan… berada di agensi ini kami memang redha jadi agensi kerajaan yang
terima panggilan tinggi. Dalam tempoh PKP, panggilan dan pertanyaan jadi
berganda. Maka bergandalah usaha anak-anak buah saya sampai terpaksa extend kerja kepada anak-anak buah orang lain juga. Terima kasih anak-anak buah orang lain.
Satu tim lagi media dan publisi. Kalau kat office
pun memang invisible. Terlindung dan berteleku dengan komputer masing atau pun
kesana dan sini bertemu guest, buat shooting atau jumpa pihak pengurusan untuk
ambil mandat. Siapkan statement media…. Siapkan design….. jawab pertanyaan
public dalam media social. jawab pertanyaan media. Jadi orang tengah antara
atas dan bawah, kiri dan kanan, agensi dengan agensi…. Kerja paling tabah adalah berperang dengan netizen. Had pertemuan minimum
menyebabkan diskusi kami kadang kala sehingga lewat malam…. Setiap kali dasar
baharu keluar, kami studi sefaham mungkin; menyedari peranan kami sebagai orang tengah.
Saya gagahkan juga untuk coretkan blog berhabuk
ini untuk kenangan dan penghargaan terima kasih saya pada mereka. Semoga saya
tak lupa jasa dan usaha mereka yang berganda dari norma biasa. Biasanya saya
buat tribute utk x boss saya… kali ini untuk anak buah…
Kenapa kena hargai??? Perlu maklum bukan senang
nak WFH dalam keadaan anak-anak juga ada dirumah. Dengan kapasiti kerja yang
sama tapi selesaikan dirumah memakan masa yang lebih panjang. Gangguan dari
anak2, siapkan keperluan kerluarga, masak dan pelbagai lagi. Belum masuk hand
phone kena kidnap dengan anak2. Hahahah…... akan jadi kenangan masam manis semua ini.
WFH risiko memang tinggi. Berperanan sebagai orang tengah, tahap elert perlu tinggi. kadang-kadang ada mesej dan panggilan yang terlepas pandang. HP kongsi dengan anak2 yang online chat dengan cikgu-cikgu yang rajin buat kelas memang tinggi risiko nak terlepas pandang ni. pun begitu, tiada paksaan dari cikgu untuk join. Sebab dah jadi pada diri sendiri juga. hahahah. kita paham juga kalau anak buah lambat reply dan tak angkat telefon. tak dapat bayangkan saya kalau anak yang bersekolah lebih dari 4 orang dan berlumba-lumba buat kelas online chat... yang rezeki baik, bolehlah beli gajet untuk anak2.
WFH risiko memang tinggi. Berperanan sebagai orang tengah, tahap elert perlu tinggi. kadang-kadang ada mesej dan panggilan yang terlepas pandang. HP kongsi dengan anak2 yang online chat dengan cikgu-cikgu yang rajin buat kelas memang tinggi risiko nak terlepas pandang ni. pun begitu, tiada paksaan dari cikgu untuk join. Sebab dah jadi pada diri sendiri juga. hahahah. kita paham juga kalau anak buah lambat reply dan tak angkat telefon. tak dapat bayangkan saya kalau anak yang bersekolah lebih dari 4 orang dan berlumba-lumba buat kelas online chat... yang rezeki baik, bolehlah beli gajet untuk anak2.
Nak bandingkan kami dengan dengan orang lain, kami
masih berada dalam keadaan yang bernasib baik berbanding barisan hadapan yang lain yang tugasan jauh lebih mencabar. Semoga Allah memudahkan usaha dan
kehidupan insan2 ini.
Biasakan yang bukan biasa.
Tuesday, June 12, 2018
Merah itu Cinta: Resepi kimchi yang sangat2 simple
Merah itu Cinta: Resepi kimchi yang sangat2 simple: Assalamualaikum. Sejak pertama kali buat kimchi yang rasanya sangat hell dulu2, aku ingat aku dah berputus asa. Rupa-rupanya aku tersilap...
Subscribe to:
Posts (Atom)
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...












