Thursday, March 10, 2011

Over Haul




Saya sangat penat minggu ni.... OVER HAUL... 

Mohon cuti minggu depan. rehat.....

Wednesday, March 09, 2011

tHE gANG!!!

Berdiri dari kiri Deq Na dan Dini, Duduk dari kiri, Mohsin, Aieshah


Suasana di Rumah Cik Ana, Pengasuh Aieshah....

Budak-budak ni tengah melaram sakan....

tapi tak ada dalam gambar Si Amir dan Si Adam....

Muhamad mohsin dah hilang dalam gambar ni

Aieshah pula yang dah hilang...
Kat sini rupanya budak berdua ni!
baju pinjam untuk tujuan pengambaran



Dek Na, Aiesyah dan Dini


Semoga kalian sihat membesar dan ceria selalu!!!

Tuesday, March 08, 2011

Minat Membaca

Aieshah sewaktu 6 bulan


Dari Aieshah kecil lagi, Ayah dan Bonda dah beli buku untuk Aieshah. Aieshah memang suka belek. Buku Aishah dulu Cuma ada gambar dan a word sahaja. Buku Aieshah sekarang dah ada cerita pendek. Tak sangka pula Aieshah sangat suka baca buku. Pantang Nampak buku dia, Aieshah ambil n bagi bonda suruh baca. Dah habis baca minta ulang-ulang dan ulang. Sampai bonda pun dah tak larat nak layan.

Ada kala bonda penat sangat. Bila bonda Nampak buku dia, bonda sorok tak nak bagi Aieshah Nampak. Kalau tak nanti mesti aieshah suruh bonda bacakan dan ulang-ulang. Jahat betul bondakan. Itu kalau bonda dah penat sangat. Tapi rasanya tiap-tiap malam bonda tak pernah miss baca buku untuk aieshah.
Buku words aieshah memang banyak. Tapi buku cerita bergambar baru dua. Dua tulah yang aieshah selalu suruh bonda baca. Buku tu jugak lah yang Aieshah belek tiap-tiap hari…

Minggu ni kita pergi kedai buku belikan buku lagi yek.

Asyik membaca dengan bahasa yang tidak difahami...


Tapi yang bestnya…. Bila aieshah baca buku sorang-sorang…. Sebijik macam bonda baca. Cuma di translate dalam babinglish (baby English) yang bonda pun tak faham. Tapi beria betul aieshah baca. Macam betul saja…siap tangan tu tunjuk-tunjuk lagi…. Ho ho… terkekek kekek bonda dalam hati. Tapi tak pe. Biar lah Aieshah suka membaca.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya….

Monday, March 07, 2011

Si Cilik Mengemas Rumah



Umur nya baru 13 bulan waktu gambar ini diambil. Bonda dia tengah mengemas rumah. Si kecil ni pun sibuk nak menyepu jugak. Dah lama dah dia kerling batang penyapu dengan penyodok tu. Tunggu Bondanya letak sahaja. Terus dia sambar.

Dan bermulalah adegan Si Cilik Menyapu sampah. Lokasi: di dapur rumah.

Dah ada talent nak kemas rumah....

Berat Aieshah...



Nenek dia kata, aieshah ni kena jaga makan... sebab Aieshah nampak mok mok. dari Aieshah baby sampai umur 6 bulan. lepas dah pandai merangkak dan berhenti menyusu ibu, berat Aieshah dah tak naik banyak. Badan pun dah nampak kurus sikit. Saja bonda buat graf nie. rasanya sekarang ni ( hampir 15 bulan) berat aieshah dah nak 10 kg kot. atau 9 lebih. 23 hb ni baru kita timbang ye...


Birthday Cake Aieshah

Badminton


Dah lama jugak dewan badminton buka di Serdang Raya tu. Rasanya tahun 2009 lagi. Ataupun awal 2010. Tapi tak ada kesempatan pergi main. Tahun 2009 saya mengandung. Tahun 2010 saya berpantang agak lama sebab bersalin operation. Jadi tahun 2011 ni lah baru nak melasak sikit.

Keadaan gelanggang ok. Sewanya mahal sikit. Tapi masih mampu. RM 20 sejam. dia bagi gelanggang, dan net sekali. Sewa reket dan Shuttle tak ada. Jadi kena bawa sendiri. Rasanya dalam 4 kali sudah saya bermain di sini. saya biasanya main waktu malam. dalam pukul 9-10 malam. atau pun dari 10-11 malam. sebabnya, malam baru ada kelapangan. Tapi tak kisah. Sebab depan rumah sahaja.

Suami jadi rakan setia bermain. Kadang-kadang adik ikut sekali. Aieshah pun saya heret. Nak pergi main badminton ni saya tunggu sanak saudara datang kerumah. kalau saya dan suami berdua, susah jugak. siapa nak jaga Aieshah. Jadi bila adik di rumah, saya ambil kesempatan pergi bermain.

Sejam bermain boleh dapat 4 set. huh memang berpeluh. dah lah dalam dewannya panas. jadi peluh macam dah pusing padang 3 x. berbaloi kan....

Sampai bila boleh main ni tak tahu lah. sebab mungkin bulan ni dah nak pindah ke kajang. Kalau nak terus main, kena cari port baru yang dekat sikit...

Tuesday, March 01, 2011

Akuaria KLCC

Dah lama dah pergi akuaria KLCC ni. rasanya dalam bulan awal Jan. tapi baru nak tulis. Pergi akuaria sebab Che Ah suka ikan. Tapi hari kami pergi adalah hari minggu. tak ingat hari Sabtu atau hari Ahad. Dah lah sampai pun lambat.
Cik Penyu yang tak pemalu

 Mula-mula di kaunter tiket... Mak Oooi. ramainya manusia. beratur panjang sungguh. tapi kaunter sangat efektif. Jadi walaupun ramai, tak sampai sejam dah dapat tiket. Adalah dalam 40 minit tunggu. huh huh rupanya bukan sahaja di kaunter ramai. Dalam akuaria tu pun ramai. Memang tak seronok nak tengok ikan-ikan dalam ramai-ramai orang. bersesak lah. udara pun dah tak nyaman. Memang rimas. Nasihat saya... kalau nak pergi akuaria, ambil lah cuti. Pergi Weekdays. rasanya baru boleh menikmati ikan-ikan tu.



Seperti biasa, pergi lawatan kemana-mana, ambil servis gambar. Tapi saya memang tak puas hati dengan dengan gambar. Caj yang dikenakan pun mahal. RM40. Kualiti gambar sangat menghampakan. gelap dan pudar.

agaknya macam ni lah sandy tupai dalam sponge bob tu


Amaze...






Che Ah memang tak kelip mata... tengok ikan engan muka yang sangat kagum. Agaknya dia fikir macam mana ikan-ikan ni duduk dalam air....

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...