Thursday, October 18, 2012
Tiba-tiba teringat; Oh Ahmad Faris...
Wednesday, October 17, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Thursday, October 11, 2012
Bulan Bahasa '12
Puisi Awak
Sunday, October 07, 2012
Kembali sedia kala
Dah masuk kerja pun minggu sudah. Kalau dulu saya blur lepas habis cuti bersalinkan aiesyah 2 bulan.
Tapi kali ini, walaupun 3 bulan cuti.... tak blur...
Hari prtama krja saya dah buat paper utk board.
Mungkin sebab dah 5 tahun buat kerja yang sama....
Cuti lama pun , otak dah cekap
Banding dgn waktu lahirkan aiesyah, baru setahun krja,
Tolak 7 bulan cuti belajar dpa.
Aiesyah dah start silivers membaca di tadika.
Rajin dia ulang kaji di rumah.
Azam saya sebelum akhir tahun ini
Nak habiskan data entry sistem pengurusan aset online.
Inilah pertama kali dalam tempoh 5 tahun saya kerja
Hujung tahun saya tak bertumpu sangat pada kewangan
Akauntan dan Eo dah ada...
Saya habiskan pengurusan aset dulu.
Memandangkan 3 blok baru telah diserahkan
Banyak aset baru nak didaftarkan.
Manakala aset lama perlu di re-register balik.
Kudratnya cuma 3 org shj.
Saya dan 2 orang kerani stor....
Jadi hari pertama masuk kerja terus saya melawat 2 blok baru
Dapatkan pelan lantai utk register location
Bangunan tadika pun saya pergi
Hajat dihati nak kira aset dalam tu...
Dari pejabat saya saya dah dengar bunyi terpekik terlolong...
Bila buka pintu wing kanan yang menghala terus ke tadika
Rupanya teacher tengah pancutkan air kat 10 orang budak tu
Seronok tak kira dapat mandi hujan kat luar tepi surau...
Saya abaikan saja
Masuk terus tadika semak pelan lantai
(Cam arkitek plak)
Tetiba bunyi bedebur tapak-tapak kaki brlari2 masuk dalam bilik yang saya sedang brdiri
10 orang budak berlari dengan telanjang bulat...
Ahh hah trmasuklah si aiesyah....
Masing-masing berebut ambil beg
Ambil diapers dan baju ganti...
Senyum saya trhibur tengok bebudak ni
Belum kenal lagi rsa malu...
Adik pulak masih tak mahu botol
Jadi siang hari adik kurang minum...
Malam dia melantak sakan..
Bila siang kurang minum
Duduk pun tak mahu sangat
Menangis sahaja.
Tidur pun tak lama
Harap-harap ragam adik ni tak lama....
Wednesday, September 26, 2012
Murah rezeki
Hari ni saya ke ofice....
Dari 2.30 sampai 4.30
Saja skodeng bilik saya....
Tak adalah blur nanti.
Sebenarnya cuba tolong mama buat cadangan untuk persidangannya ahad ini
Cari bahan kat internet.
Cuba risik surat tranfer yang baru
Belum dapat lagi.
Yang lama punya bulan 6 hari tu
Tapi dah ditangguhkan
Tapi saya jumpa satu surat yang best
Surat pengesahan kenaikan pangkat
Alhamdulillah
Dah confirm pun
(Mod hati sedang berbunga naik lagi gaji)
Alang2 dah duduk kat ofice tu terus semak borang gaji tertunggak yang kerani saya dah siapkan.
Ingat nak remind buatkan penyata perubahan terus
Cepatlah sikit gaji baru saya masuk
Rupanya dah buat pun
Cepat betul kerani saya ni buat kerja...
Selepas pelarasan masuk gaji baru dan tarik balik elaun memangku saya kena bayar kat kerajaan 900...
Huk huk...
Selama ni kerajaan terlebih bayar elaun memangku kah?
(Secara logiknya tidak masuk akal- otak saya sedang mengira dgn pantasnya)
Sib baiklah kerani saya tak hantar ke akaun lagi.
Jadi saya query kat akauntan yang 10 tapak dr bilik ofice sy
Beserta slip2 gaji saya
Rupanya ada figure yang salahfaham
Maka angka negatif di bawah sekali pun brrtukar kpd positif
Seronok betul kacau mama mukhsin ni(akauntan)
Sangat Komited mencari dan menyiasat figure mana yang menyababkan saya akan dipotong gaji....
Semoga saya dan keluarga sentiasa akan dimurahkan rezeki....
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...







