Wednesday, February 20, 2013

Hospital HUKMSC vs An-Nur Hasanah Bangi


Dah lama dah saya simpan entry ini… tak tahu nak post atau tak…

Tapi akhirnya saya rasa kalau saya postkan pun ada manfaat untuk rujukan mummy-mummy yang mencari hospital bersalin yang sesuai…

Daripada Aiesyah humaira yangs ekarang 4 tahun (bulan 12 nanti) dan adik abu bakr (7 bulan), waktu mengandung memang saya check up di hospital An-Nur Hasanah Bangi… Habibi cakap (En wan; saya nak tukar kod panggilan) sebab namanye sama dengan dengan saya. Nur hasna dan Nur Hasanah… oh sungguh tiada kaitan. Saya pergi klinik biasa An-nur sahaja (tak jumpa pakar) dari usia kandungan awal sehingga 6 bulan. Sebab kliniknya cepat sikit. Saya memanglah bukan orang yang penyabar nak tunggu que lama-lama. Boleh dapat ‘waiting room sindrom’ tau… (yang tak ada darah tinggi boleh ada darah tinggi). Masuk bulan ke-7 baru transfer ke pakar di Hospital An-nur. Pakar dia memanglah que sesangat.

Klinik ni letaknya di Tingkat 7 bangunan HUKM.

Waktu mengandungkan aiesyah… masuk bulan ke-8 saya transfer ke HUKMSC dengan prof Jamil. Waktu tu memang dah plan nak bersalin disini. Tapi saya still ambil private wing… pasal saya tersangatlah takut nak bersalin. Prof orangnya sangatlah low-profile. Ada masalah sikit kat kakinya dan bertongkat. Pakar??? Bagi saya memang sangat pakar… main pegang je dia bagi tau kepala anak saya ngadap bawah yang sepatutnya ngadap atas… consultation nya memang lama. Jadi puas hati. Dr-dr kat annur hasanah tu pun semuanya anak murid dia….

Kalau ikut due tumbesaran baby, Aiesyah punya edd adalah awal bulan 12. Saya sendiri pun tak ingat… kalau ikut tarikh period, duenya adalah 29 Dec. tapi entah mana calculation prof ni pakai setelah menyoal siasat saya dan tengok progress serta ke aktifan baby dia bagi saya due 21.12.09. last check 2 weeks check up saya dengan dia dia bagi tahu dia dah transfer kes saya ke seorang lagi prof.. sebab dia ada surgery di kaki pada minggu tersebut… hua haha… tak best betul dengar sebab saya dah biasa dengan prof J. tapi tak apalah.. but final week check up saya tengok dia ada lagi dan dia kata dia dah tunda surgery dia… (dalam hati saya syukur sangat). Dia siap pesan kalau sampai 21hb tak rasa sakit mai je lah admit hospital…

Memang sampai sudah saya tak rasa sakit. Jadi pepagi senin 21hb seperti mana nasihat Prof J, saya teruslah admit wad kat HUKMSC. Bilik..? sangatlah besar. Tu pakage single duluxe room yang paling murah. Katil, kerusi rehat arm chair, TV almari baju, bilik air yang sangat besar, meja kerja… dan lain-lain saya tak ingat lagi…

Check in bilik seorang dr wanita yang kenalkan dirinya sebagai dr under prof J dah tunggu nak check jalan keluar… ohh! Sudah 3.5cm… boleh masuk labour room katanya. Ohhh jugaklah saya. Kaget sekejap. So memang terrerlah Prof J punya kiraan saya deliver 21.12.09 tu… masuk labour room … labour roomnya pun sangat besar. Number bilik wad saya 11 dan labour room saya no 2. Saya check in labour room pukul 11 pagi. Nurse dan bidan sangatlah baik melayan saya (huhh sapa kata nurse hospital kerajaan garang2). Sekali sekala prof jamil turun datang melawat saya. sampai sudah saya tak rasa sakit sebab waktu dah 5cm saya ambil epidural… kenapa saya ambil pun saya tak tau… termakan pujuk dr cina epidural tu. ramai kata sakit cucuk epi… tapi dr cina tu cucuk tarak sakit dan tarak rasa pun… dia kasi saya bantal suruh peluk. Sepanjang duduk di LR, ramai sungguh student yang mintak nak masuk tengok saya buat bahan rujukan dan kajian (UKM punya student) tapi saya dengar yang nurse tu cakap semua bilik boleh masuk kecuali bilik no 2 (bilik saya).. ngeh-ngeh saya sengeh sorang-sorang. Sepanjang duduk kat LB jugak berkali saya dengar bunyi baby nangis (hamba tuhan baru lahir), tak kurang erangan kesakitan yang menakutkan saya… kasi saya panic sekejap..

Sampai pukul 7.50 malam (lama sungguh sampai naik bosan saya kat L.R tu) dah 8cm, dr decide nak operate because fetal distress. Saya ikut je… tapi muka saya muka terkejut sebab tak langsung expect nak operate. Tapi yang bestnya dan tak dapat di mana-mana hospital mahupun dr (jarang-jarang), prof J benarkan Habibi masuk jugak… tak sampai 5 min saya dah kat OR dengan habibi yang dah dressing warna hijau dan bermask macam dr jugak. Oh ya… sebelum tu, selepas dia bagi tau nak operate saya dia tertinggal tongkat dia kat bilik labour saya… pasal excited sangat nak gi OR dah…. Padanlah dia kata dia rasa dia jalan pelahan sangat. Lupa kaki nombor 3…

Sebab saya dah ambil epi, jadi tak lagi di bius. Huhh! Saya memang boleh rasa apa doc buat. Dia hiris dan seluk perut dan godek-godek semuanya boleh dirasai tinggal tak sakit je. Dan tau tak… en habibi pun sangatlah enjoy melihat operation tu… saya tengok dr-dr yang mengoperate saya (diketuai oleh Prof J) pun bersembang macam kat kedai kopi.

Sesuatu yang paling saya tak boleh lupa adalah satu keadaan saya tak dapat bernafas. Paru-paru ‘hang’ sekejap. Cemas betul saya. Cam tu rupanya rasa lemas. Tapi dr bius kat kepala saya tu selamba je…” ohhh… tak leh nafas ye… meh saya tinggikan sikit kepala awak”.  Ada TV besar kat atas menunjukkan apa yang terjadi kat tempat operate (saya bolehlah tengok), tapi saya kan rabun tahap gaban. Doc tak bagi pakai glass saya, jadi satu apa pun saya tak Nampak kat skrin tu…

8.15 aiesyah pun lahir dengan dimulai jeritan nagis yang nyaring amat. 3.45 kg. very healty. Mata pun terus celik…. Rambut nya lebat panjang mencecah leher…

Masuk balik wad saya. Cikgu bolian yang tunggu. Badan saya menggeletar akibat kesan bius. Bila saya stop menggeletar saya pun tak ingat. En habibi tidur kat bilik pelawat yang ada sofa besar dan TV katanya. Kat situlah dia selalu lepak sepanjang 5 hari saya kat wad (lamakan saya kat wad). Makan??? Fuhh best giler… nasi briyani, chicken chop, fish grill, nasi lemak ayam rendang, … korang sebut je lah semua ada dan menyelerakan. Tapi Prof dah buat special order untuk saya (bubur nasi). HUKMSC tak caj (dia janji), kasi free dan tak masuk bil. Makanan-makanan yang sedap semuanya dibedal oleh En habibi.

Sepanjang 5 hari saya kat HUKMSC anak saya sorang je kat nursery. Jadi memanglah dibelai oleh staff nurse kat situ. Setiap pagi dalam jam 7.30 saya akan dengar tangisan nyaring. Bunyi anak saya dimandikan. Kuat sungguh sampai boleh dengar dari bilik saya.

Isnin saya masuk, jumaat baru saya keluar. Bil…? ribu. Tapi consider termurah. Kalau hospital yang fully private dengan 5 hari di hospital dah 7-8k agaknya. Tapi bil saya tak sampai 5k. kata prof J, bil di labour room tak dikira. Kalau private hospital, walaupun last skali masuk OR, berapa jam di LR tetap dikira dalam bil… wokeh… itu bil 3 tahun lepas punya. Tahun 2013 mungkin dah lain…

Parut c-sar saya mamang tak Nampak. Setiap kali nurse datang belek (waktu berpantang) memang akan puji… tak Nampak kecacatannya… ok thumb up for prof J.  Waktu berpantang pun sampai baik parut pun saya tak rasa sakit… (terima kasih cikgu bolian yang pandai jaga saya). Doc hasni waktu tu baru habis belajar pun dok belek parut saya (buat kajian).

Kesimpulannya…
HUKMSC saya kasi 5 star. Sebab saya dah puas buat comparison dengan kekawan saya mamang tarak boleh cari punya bil bersalin c-sar, 5 hari di wad, dengan makanan 5 star, bilik besar, bilik air besar, dan angka bil bawah 5k (kecuali korang bersalin hospital kerajaan laa…).

Cerita abu bakr dan hospital Annur hasanah kita sambung lain entry k…

sambungan part 2 di entry ini

Princess Aiesyah...


Precaution !!! to all mum dan dad who has daughter…

Yep… cerita pasal Aiesyah lagi…
Agaknya sebab hari-hari tengok serita princess Barbie tu… obsess sungguh dengan dengan barang-barang princess…

Warna dah dah tentu pink colour.

 Minggu lepas waktu sedang membeli bahan dapur di econsave, aiesyah terjumpa baju princess (Disney)… and she really want it and her legs started jumping all around. She made her eyes big and it really look cute and pity too… Disebabkan bonda dah menghangitkan satu baju fav’ princess aiesyah (she call it baju pusing), and the blouse cost RM15 (baju pusing tu lagi mahal…) so without further thinking I just bought the blouse and make the day for aiesyah. Immediately she wanted to change her cloth…

The next day, because both of aiesyah and abu bakr not felling well, semuanya dihantar ke rumah Cik Ana. (aiesyah tak sekolah). Sudah tentunya tengah pakai baju princess Disney tu… ok… so dalam kul 5.00 bonda ambil kakak dan adik. Aiesyah pakai buju mickey. Cik ana ada cakap… aiesyah nak pakai baju princess tapi mama dah cakap tak boleh sebab dah kotor tak basuh lagi…Bila balik rumah… ayah was already arrived so I went to washroom siapkan diri sebelum nak start masak. Suddenly Aiesyah knock the door and crying. So saya dah rasa yang aiesyah want something but her ayah ignore her…

Rupanya dia cari baju princess Disney dalam beg dia tak jumpa… jadi saya cari pulak dalam beg adik… “ohh cik ana letak dalam beg adiklah Aiesyah” I told him. Tapi tak sangka pulak immediately dia bukak baju mickey dan sarung balik baju princess tu… kalau saya nak tegah… sure bising rumah dengan suara nangis dia… jadi biarlah….

Esok pagi bonda hantar aiesyah rumah cik ana (demam lagi) dengan pakai balik baju princess tu…

Haahh … guess what happen on the evening tu pulak… waktu nak ambil aiesyah and adik balik dari kerja … Again! Aiesyah wore the princess Disney blouse… (kronik budak ni).. dah tiga hari tak basuh ok… cik ana pun dah suruh saya gi cari baju tu lagi buat gilir dengan baju yang ada sekarang… hari itu jugak saya gi econsave cari baju Disney princess lagi… tapi kali ni aiesyah tak nak blouse, dia pilih baju T’shirt and pant.

Start dari minggu lepas… dua baju princess ni sentiasa harus ada dalam beg sekolah Aiesyah bergilir-gilir..…

 Baju yang telah mencetus huru hara...... tak adalah cantik mana pun.... pusing pun tak kembang... tapi telah mengalahkan baju-baju kembang yang lain...

 kasut fav'. pun princess jugak...


 CD collection. tapi fav' adalah 12 dancing princess tu.....



Tuesday, February 19, 2013

Nothing Important

Bebar-benar rasa nak menulis 'sesuatu' topik. tapi masa adalah sangat tidak mengizinkan. sibuk dengan persiapan MTE (Malaysia Technology Expo ) 2013 . disamping tidak cukup tidur sepanjang minggu Raya Cina kerana dek dentuman bunga api sehingga ke dini hari.....

Berkesempatan jumpa KSN baru dalam majlis dialog semalam yang menyebabkan saya sampai di rumah waktu magrib.... hmmmm KSN punya pasal.....

Beberapa rakan dan bos telah menemui saya, menguatkan bahawa saya akan bertukar ke HQ tidak berapa lama lagi... cuma saya terfikir tarikh dan masa yang sesuai dan post mana yang saya nak pilih kerana saya sudah ada beberapa pilihan. terfikir juga nak isi borang posting minta putrajaya.... tapi tefikir nanti saya perlu mula dari A untuk kenalkan diri and gaining trust from new bosses and new friends. juga ada terfikir nak tunggu sahaja rotation plan from HQ... tapi takut terdapat post yang tak best pulak.... tapi sebenarnya tak wujud istilah best or tak best. semuanya bergantung kepada diri sendiri...

semalam juga saya berkesempatan jumpa x-pengarah saya (a lady). she's telling me how busy she is since she had to handle the Development Department. she also advice me untuk minta tukar ke putra jaya memandangkan nak berulang Kajang-KL- Kajang akan menempuh Jem yang amat tidak memotivasikan diri.

Walaubagaimanapun setelah beberapa ujian dilakukan terhadap jalan-jalan tikus yang availabe, saya manage untuk sampai dirumah in one hour. ok lah kan. kalau saya bertolak jam 4.30, 5.30 dah sampai rumah. bertolak 5.30, 6.30 dah sampai rumah... so saya rasa saya on dulu kat HQ. nanti kalau dapat rezeki naik pangkat baru nak minta ke putrajaya. itu pun kalau ada rezeki....

Hopefully dapat siapkan kerja-kerja saya di jabatan ni ASAP....

Pengasuh Abu Bakr dan Aiesyah nak pergi umrah... nak kena cari pengasuh baru sementara. aiesyah memang rancang letak sepanjang hari kat sekolah... tinggal adik abu bakr...

ok

Friday, February 15, 2013

Heaven On Earth 2

10 hari bercuti di Rumah mama & Abah. sebab Mr Habibi pergi umrah.....28 jan - 3 feb 2013

Aiesyah dah pandai naik basikal.... Nangis sebab hampir terjatuh (tak jatuh pun lagi....)

Bersama Cousins main bubbles...

The best Cousin-Mate ; Aiesyah and Nailah


Both of Them love to dance like a princess. tengok baju yg dipakai pun baju kembang ala-ala princess...



Thursday, February 14, 2013

Parenting Seminar

tO aLL mUMS AND dADs TOO...



Butik tateh akan menganjurkan seminar High Impact Parenting dengan 3 speaker jemputan. menariknya perbincangan akan menjurus kepada pendidikan anak melalui teknik islam dan cara Rasulallah SAW. Panel adalah seperti berikut:
1. Prof Dr Rozieta Shaary, Human Capital dev. Specialist
2. Dr Nik Salida Suhaila, USIM
3. Ust Fauzi Mustafar (Al-kuliyyah)

Seminar akan berlangsung di NIOSH, Bandar Baru Bangi, 23 Februari ini (sabtu) jam 8.30pagi  hingga 5.00 petang. Datang mendaftar ramai-ramai. Pendaftaran berkumpulan lebih murah !! Jom Memperkasakan parenting Skill......

Saya??
Buat free promotion untuk Butik Tateh ni.... orang macam saya yang selalu naik hangin dengan kerenah dua orang sikecik tu nak gi cari motivation sikit.....

Maklumat lanjut boleh layari di ( SILA KLIK SINI).

"Anak-anak dilahirkan genius tetapi ibu bapa yang menghabiskan
6 tahun pertama hidup anak-anak itu menyah-geniuskan mereka.
"Dr. Richard Buckminster Fuller"

Wednesday, February 13, 2013

LiVe Band



18 Jan 2013....
Biasanya orang lain live band waktu zaman memuda. Tapi saya terbalik plak… dah tua-tua ni baru berlive band. Muda-muda dulu sibuk belajar… Tapi live band group saya ni memang kokap gila… gambar di atas ini hanya memperlihatkan geng-geng live band… penyanyi koirnya tak nampak pulak. Benda yang saya main tu namanya keyboard yang telah berusia belasan tahun kepunyaan family (sebab sponsornya adalah Cikgu bolian) namun ditempatkan secara tetap di rumah saya….

Ini adalah kali ke-2 saya saya join group ini. Kali pertama rasanya 2 atau 3 tahun lepas. Orangnya pun semua sama kecuali 3 tahun lepas tak ada drummer. Tahun ni dah ada peningkatan dengan adanya drummer ni. Semuanya rakan-rakan ofice bahagian saya. lain bahagian lain persembahan... Alat-alat music ini adalah sendirian berhad…. Kitorang angkut ke pejabat. saya sorang je Lady yang bersopan santun  memetik key...

3 tahun lepas kitorang iring bahagian buat persembahan boria jer. Jadi memang tak mencabar langsung… tahun ini kami bawak dua lagu. Standing in the eyes (ella) dan kita satu Malaysia. Al maklum persembahan di Jabatan kerajaan. Jadi bawa lagu yang baik-baik kan…

Lagu Standing in the eyes memang dah diberitahu kepada saya awal sebulan dari tarikh kejadian. Jadi sangat sempatlah saya cari note dan belajar nota chord. Inilah kali pertama saya main chord. Sebab saya tak pernah belajar main piano… main belajar sendiri sahaja (sejak darjah 2). 4 jam jugak saya transfer nota chord guitar kepada piano. nota chord memang berlambak di internet. Jadi tak ada masalah. Nota solo piano jarang sangatlah ada tambah lagi lagu M’sia. Jadi selain guna chord saya jugak kena cari sendiri nota solo piano dengan memetik sendiri jejari di keyboard dan menulis nota-nota.

Lagu kita satu Malaysia adalah last minit 3 hari sebelum kejadian kerana kami merasakan persembahan satu lagu sangat pendek. Jadi tambahlah satu lagu. Dah lah lagu kita satu Malaysia ni banyak solo piano. jadi saya ambil short cut sahaja. Sebab malas nak memerhati melodi satu-per satu demi mencari nota yang sesuai… Jadi saya ikut suka hati je create back ground music yang dirasakan hampir menyamai melodi back ground asal dan bersesuaian dan di chorus saya terus main nota melodi lagu itu sendiri (mode dah malas nak cari melodi background). Bebudak main guitar ni jugak seronok sebab nota chord berlambak-lambak dalam internet. Saya je yang pecah kepala nak cari nota keyboard.

Tapi akhirnya Berjaya jugak persembahan kami walaupun kedengaran agak sumbang……

Parenting Tips
Ramai kekawan tak caya saya boleh main keyboard. saya dah main depan mata baru percaya. Ok… main music utk membanyakkan lagi cecabang otak yee… tarak lebih dari itu… macam mana dia boleh membanyakkan lagi cecabang otak? Rahsianya… bila kita suka satu lagu… jangan ambil shortcut cari nota di internet… silalah cari sendiri. Setakat nak cari melodi lagu senang sikit berbanding nak cari melodi banckground lagu….. kalau melodi lagu sudah ada dalam kepala dan kita pun dah biasa dengan sound every key, biasanya sekali tekan je terus kena… best kan… selain dari itu, pergerakkan tangan (kalau dua tangan lagi bagus) yang banyak pun dapat meningkatkan fungsi otak. Jadi otak tak mati cepat… 

semua adik beradik saya dari abang, kakak, Doc hasni dan PinchMe fatini semuanya boleh main keyboard ni. tinggal terror dengan tak terror je (saya lah yang paling terror kot; pinch me Fatini sila jawab). tapi yang masih maintain bermain hanya saya dan pinch me Fatini dan kadang-kadang Doc Hasni. mungkin sebab location keyboard di kajang bukan di selama jadi tak dapat dia nak main sokmo.

Nak banyakkan cecabang otak bukan hanya main muzik sahaja… ada banyak bermacam cara lagi. Lagi banyak cara kita apply lagi bagus.. jangan tumpu pada satu sahaja. Lain application mewujud corak cabangan yang berlainan. Jadi kalau main muzik jer… cabang otak kita bercambah dengan hanya satu corak… jadi banyakkanlah aktiviti yang boleh membanyakkan cabang dan membanyakkan corak/jenis cabang terutama kepada anak-anak kita….


3 years old Aieyah Humaira


Siaran tertunda dari entry ini

Bonda minta maaflah Aiesyah. So busy with work and hectic life since you have a baby brother… Selamat hari lahir Aoesyah – 3 tahun -. Lambat betul nak tunggu hujung tahun baru aieyah 3 tahun – 21 Dec 2012

Birthday Aiesyah ada dua versi. Satu di rumah pengasuh. Dan yang ke dua di sekolah. Kita layan gambar gambar dulu ye…

@Rumah Cik Ana

 Kek yang telah ditempah awal 3 hari... 




dengan Mohd Muhsin. kat belakang boleh nampak adik Sarah (adik muhsin) dan baby Amar yang sebaya dengan Abu Bakr.




@ Tadika Nasyrah

Kek yang dipilih sendiri oleh birthday girl and Cup cakes

 Aiesyah with Zaim on the left, haziq and muhsin on the right. Bonda sangatlah jealous kat zaim yang dah pandai membaca ni. sebaya aiesyah tapi lahir bulan 4. 
 
 Budak-budak lain tak termasuk pulak dalam gambar ni.....


Ha ha… bonda dah lama tak story telling Aiesyah punya perkembangan kan. Sangat banyak nak cerita… satu-satu lah ye… Aiesyah ponteng sekolah hampir 3 bulan. Bonda cuti bersalin… Aiesyah pun cuti sekali.. seronok duduk rumah nenek kan. Baru rasa feel of life. Lari depan laman… main longkang… cabut bunga nenek… nasib baik tak pandai panjat pokok lagi.

Aiesyah dah masuk sekolah…(sejak 2 tahun 2 bulan) jadi dah pandai serba-serbi… seperti yang diramalkan aiesyah play well with number. Kurang sikit kat alphabet. Jadi walaupun zaim waktu hujung tahun lepas dah pandai membaca… aiesyah masih merangkak-rangkak lagi. Ye lah… kan aiesyah ponteng 3 bulan kan… walaupun aiesyah paling muda kat sekolah (dikalangan rakan sebaya sebab lahir bulan 12), tapi macam biasalah, fizikal aiesyah lebih besar dan tinggi… tapi paling tak sangka… aiesyah sangat cepat belajar iqra’. Dan dah pandai lukis orang…. Dan dah tak pakai pampers…

Sehingga post ini ditulis… aiesyah dah pandai explain thing. Seperti menerangkan bentuk dan warna sesuatu. Dah pandai kira. Suka belagak macam teacher dan mengajar kat rumah…

Aiesyah dah tak heran lagi dora/barney or mickey. Sekarang tengah crazy tengok cerita princess. Jadi ayah beli cd Barbie x 3. Hari hari aiesyah layan cerita Barbie ni. Siap dah bleh buat ballet dancing lagi… jadi hari-hari aiesyah akan pilih baju kembang (aiesyah panggil baju pusing), supaya baju tu sama macam princess dancing tu. Cd Fav’ aieyah adalah 12 dancing princess.

Adik tu memang aiesyah buat kawan walaupun kecik lagi. Buktinya… kalau adik bonda letak dalam walker… aiesyah akan pimpin tangan adik menari skali. Bahayanya aiesyah suka sangat buat aksi WWF dengan adik. Aksi golek-golek…

Paling bonda tak tahan… aiesyah dah pandai memujuk. Kalau bonda naik hangin dengan awak… awak akan buat muka sedih dan cakap “bonda… bonda janganlah marah aiesyah…..”cair sekejap hati bonda…

Kesimpulannya… lagi besar awak tu… lagi banyak bonda nak kena sabar layan kerenah awak. Sebabnya walaupun dah besar manjanya bertambah-tambah… dan masih nak berkepit dengan bonda.




















penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...