lama sungguh nak sambung balik entry hospital ini.
Sambungan dari entry ini
Waktu mengandung Abu Bakr,
Aiesyah dalam dua tahun lebih. Abu Bakr lahir Aiesyah belum cukup 3 tahun. Sama
macam Aiesyah dulu, check up memang dekat klinik An-Nur. Dah masuk 7 bulan baru
transfer pakar. Tapi meroyan sikit nak jumpa pakar kat An-nur nih… kalau tak 2
jam tak sah. Lagi lebih adalah…
So biasanya lepas saya
daftar dalam pukul 8.00 saya pergi makan dulu… lepas tu saya lepak kat masjid
Hasanah depan hospital tu dalam sejam lebih. Kalau ada nak beli barang bebudak
saya pergi Manja Ku kat blok sebelah… dalam dekat pukul 11 baru saya datang
balik. So tak adalah saya kebosanan menunggu. Pernah jugak saya daftar ambil
nombor dan balik office dulu.
Tapi walaupun tunggu lama,
bila jumpa Dr Khamsiah sejuk balik hati… siap jampi lagi kat perut nak bagi
advice kat baby minta jangan susahkan bonda… sebab Dr K punya pasal relalah ku
tunggu 2-3 jam sekali pun.
Walaupun saya check up
dekat sini tapi saya langsung tak rancang nak bersalin di sini. Sebab ‘di sini
‘ memanglah sangat terkenal dengan mahalnya… anak kedua, saya dah berani sikit.
Jadi memang bertekad nak bersalin kat GH. Boleh jimat duitkan… dari awal
mengandung lagi saya dah set mind utk bersalin di GH. Tapi last minute Mr Habib
tak setuju. Dia takut (saya pun jugak) kalau tak kena masa, GH full… akan
berlakulah situasi tendang menendang ke hospital-hospital berhampiran (
Putrajaya-serdang-Kajang). Mungkin sebab dia kerja kat hospital selalu Nampak
Ibu-ibu yang telah kesakitan tapi still tengah que ke labour room… Itu rezeki
masing-masing. Jadi last skali sebab dia kata nak sponser maka last skali malas
nak fikir-lagi saya pilihlah di Hospital An-Nur Hasanah ni. Sebenarnya pernah
pergi ke KPMC (KPMC ni bajet dia mesra sikit). Tapi susah bebenau nak buat
oppointment dengan Dr dia. mungkin time tu tengah ramai betul ibu-ibu
mengandung. Nak pergi ke HUKMSC jauhlah pulak sebab waktu Aiesyah saya tinggal
di serdang (20 min ke HUKM) tapi sekarang dah di Kajang.
Mengandungkan Abu Bakr ni
saya nervous sikit. Sebab saya tak tahu contraction macam mana. Kan waktu
Aiesyah dulu sampai sudah saya tak sakit. Tapi bila sampai masa hahhh ha kita
tau sendiri…so bila fikir balik... contraction dah rasa seawal malam sebelum. tapi saya ignore and ralit dok tengok TV. cerita apa saya pun dah lupa.
Jadi perjalanan saya ke
Hospital An-Nur bermula jam 4.00 pagi. Sampai-sampai nurse terus check dah
4.5cm so terus masuk LB. Dr K ada bagi tau saya minggu lepas if saya bersalin
minggu ni dia tak ada tengah cuti so saya kena bersalin dengan Dr F (macam kes
Aiesyah jugak). Jadi nurse pun bagi tau yang Dr K tak ada tengah cuti… tapi
dalam pukul 8, dr K datang melawat saya. Heran jugak saya. Dia kata dia balik
awal dan masuk kerja awal start hari ni… (ha ha saya memanglah sangat
beruntung).
LB An-nur memanglah sempit
sedikit dari HUKM. Tapi dalam LB ada bilik air. So bosan-bosan (atau lebih
tepat sakit-sakit) saya pergi basuh muka, kepala dan mandi juga (sempat lagi).
Dalam LB juga diberi kemudahan yang berpatutan kepada ibu-ibu (yang sedang
sakit tu..) untuk sembahyang. Jadi senang sikit saya nak sembahyang subuh waktu
tu… dalam LB memang bertempek macam-macam doa yang ada. So tak yah susah-susah
nak hafal. Toleh kat dinding je… pilihlah doa mana yang nak baca. Jadi An-Nur
memanglah hospital bersalin yang mesra muslimah.
Kerana ini first time saya
bersalin normal, nurse yang temankan saya ajarkan cara bersalin (dengan tips)
yang betul untuk mudahkan saya. Dalam 9pagi
lebih Abu Bakr lahir secara normal+vacuum. Kali ni saya tak ambil
sebarang bius. Tapi time nak bersalin LB tu memang lah saya rasa sangat gamat.
Nurse-Nurse dah bertukar jadi Pom-Pom girl. Akhir sekali saya dengar Dr K bagi salam.
Tahulah saya anak saya dah keluar…Selepas dari itu memang saya dah tak sedar
lagi. Ayat terakhir yang saya dengar adalah Dr K adalah dia nak inject ubat
tidur kat saya. Dan tidurlah saya (lena betul)… jadi sakit semasa jahit memang
saya tak tahu…
Saya duduk di An-Nur pun
seminggu jugak. kalau ikut sebenar esoknya tu saya dah boleh keluar. Tapi baby
detect jaundice. Walaupun tak tinggi dan sepatutnya boleh release tapi dr tahan
jugak sebab Adik Abu BAkr ada G6PD deficient (entry lain kita cerita) yang
boleh mamangkin peningkatan joundice. Maka saya sewalah bilik wad kat An-Nur
tu..
Ohh lupa pulak saya nak
cerita… Saya ambil bilik single. Sempit banyak dari HUKMSC. Tapi ada kerusi arm
chair yang boleh tungging baring tu. En Wan sangat suka kerusi tu. TV, almari
baju, bilik air semua pun ada.
Makan …? Tak lah berapa
menyelerakan… tapi licin jugak saya bedal sebab lapar. Makan ok lah… semuanya
Melayu Style.
Bil…? Ini yang nak
dengarkan… bil 3k lebih. Banyak bil selain daripada +- 2k pergi kepada pakej
bersalin saya… yang lain lainnya adalah kepada adik ABu Bakr dan sewa bilik
extra 3 hari. Sebab Dr bawak adik pergi banyak treatment jugak. (jaundice and
beberapa ultra sound).
Caya tak caya… waktu 4-5
hari kat An-Nur ni… rindu sangat kat Aiesyah… but she was well look after by
her nanny and atok (hari-hari pun datang visit bonda).
Saya percaya yang saya dah
ada nak dua… saya susah nak percaya yang aiesyah dah jadi kakak… tapi sekarang
dah percaya…
mak aihhh..sampai 3k++ ? :(...baru plan nak bersalin kat annur. tgk pakej single room 2150 je. aduhh..ni nak kena revise balik either az zahra or annur ni..thanks for ur entry yaa
ReplyDeletekos saya meningkat hanya disebabkan oleh Adik Abu Bark yang di tahan beberapa hari dan kos sewa bilik. saya rasa kalau tolak 2 butiran tu, masih bawah 2.5k.
DeleteSy bersalin jun 2011 3ari 2mlam + epidural+single room sme skali rm2400 jerk,mse tu dr.k xd so dr.f yg smbut..lembut sgt dr.f tu..skang preggy lg stil checkup ngan dr.k n insyaallah bsalin annur lgik.
ReplyDeleteunder 3k saya rasa masih affordable. rasanya kalau anak saya tak di poolkan lama mungkin sekitar itu juga kos saya.
Deletei like ur entry. saya pun sangat suka dengan An-Nur ni. Nanti untuk bersalin, saya akan pilih hospital ni
ReplyDeletethanx atas info...ni rasa lebih nk bersalin kt an-nur utk 2nd baby..anak 1st kt hosp putrajaya, now risau kena tendang ke hosp2 sekitar...
ReplyDeleteSama-sama. gembira dapat berkongsi pengalaman. semoga selamat melahirkan anak ke dua nanti ya...
DeleteSaya bersalin 6 sept lepas kat annur, normal+vacuum dgn anak kena thn ward 3 hari total 8ooo++. Ngalahkan czer plak aih
ReplyDeleteSaya punya bill je dh 5k++, the rest tu bill anak... naik terkejut gak la
ReplyDeletehaa... saya pun terkejut jugak... ambil pakej bilik apa yek??? pakej saya dulu dalam RM 2000 untuk singgle room standard. billing tahun 2013 dah naik kot... awat mendadak sangat??! emmm mungkin jugak dok kat labour room tu lama... so caj labour room tinggi... cerr tengok butiran billing dia... dia kan senaraikan semua kos yang di caj dari lampin ibu dan anak sampailah kos ubat...
Deletewaktu saya admit kat annur... saya guna banyak barang sendiri... untuk pamper anak dan ibu... jadi Annur tak caj dekat butiran pakai habis...baby pun pakai baju dan selimut yang dah saya sediakan...
DeleteSaya bersalin nov2012....normal ..3 hari warded...bilik single...bil 2200....
Deletebeza sethn ...byk nye sampai rm8k +++...
Bole share details billing ...risau gak ni..ni tgh pregnant lagi..hujung thn ni inshaaAllah nak kat annur lagi...
sya bersalin kat annur tahun 2012.. dengan Dr Khamsiah juga.. sangat2 best.. bil 3k lebih.. sbb panel.. kalo byr cash murah sket.. ni ngah preggy 2nd bby.. inshaallah ke annur lagi.. tp biar betul bil skrg 8k.. wawawawa risau plak..
ReplyDeleteha... selamat bersalin..
DeleteSama la...saya bersalin ngan dr kam ...nov2012....dgn panel juga, rm2200....
DeleteSept 2006 ..rm2100++ ..vacuum n single bed..dr fatimah
mei2008 ..rm2200++ ..vacuum n single bed..dr fatimah
nov 2012 ...rm2200++ ...svd n single bed...dr kam
tu la betul ke rm8k....ni tgh pregnant ...due inshaAllah nov 2014 ni....takut gak dgr 8k
Puan Zaiti... loyal patient of Hospital annur... dah 3x disana ye... insyaallah. akhir sekali empunya rezeki yang menentukan betul tak? Saya doakan puan Selamat bersalin dan dipermudahkanNya...
DeleteSiapa yg ade pengalaman bersalin di annur 2017.. harap dapat la share sedikit sebanyak ya.. susah nk dpt review tahun ni.. :(
ReplyDelete