Tuesday, April 02, 2013

Piano Training


This is how i train Aiesyah to play the piano.
she can play the twinkle twinkle little star song (tapi 2 baris jer...). its still a good progress to me ( for 3 yrs 3 month old todler) as my intention to develop her brain and skills. 

 i wrote the note on the wall. as she is good in numbering, so i transform the notes into numbers. the piano keys also have been numbered from 1 to 7 (basic key).


 At the beginning she followed the instruction but later she already memorized it. but the next day she has forgot it... ha ha... need more exercise.



seriously i don't have much time to train this young lady on her keyboard learning. and i also don't have any intention sending her to any music class. let she be like her bonda,  exploring herself....

Aiesyah is very energetic girl from top to toe....
she's seem not too interested in music tools like her bonda... but she love dancing and drawing more... that make me even harder to teach her the piano lesson. she always give up when she can't make a perfect rhythm and refuse to play anymore.. Sabarlah bonda..... anak awak perfectionist...

Monday, April 01, 2013

Animated Movie....


secara tiba-tiba terasa nak buat review movie sikit. 

I love animated story more than regular movie. why? obviously, lebih menghiburkan dan humor juga. more creative element with so much double tripple cute hero / heroin. (sebenarnya saya memang kaki kartun).

saya pernah menjadi seorang maniac yang mendownload drama kartun jepun setiap hari... waktu tu tengah terkena penangan naruto, bleach dan One piece... hah sekarang dah tak ada masa nak buat semua kerja tu... harus lah dawnload sebab yang tayang kat TV tak terkini. kalau download kira sealiran dengan yang ditayangkan kat Jepun. dah advance beratus episod. Dizaman yang saya betul-betul tengok kartun ini saya boleh menghabiskan masa saya dengan tengok2 kartun ini sepanjang hari cuti hujung minggu tanpa keluar dari bilik. saya tengok cerita seperti yang telah disebut diatas termasuklah Full metal panic, prince of tennis, cikgu saya mania (dah lupa apa tajuk sebenar tapi kalau translate jadi cam gitu lah), dan bermacam jenis drama kartun jepun lagi.


 

Namun naruto, bleach dan one piece bukan Fav japan animated drama saya. Saya suka cerita Saiyuki. Tapi kartun Saiyuki ni 13PG. sebab ada unsur-unsur ketuhanan yang tersimpang dari Islam dan unsur-unsur ganas sikit... (hai ...apsallah kartun ni jugak saya suka). serial saiyuki diterbitkan bermula 1997 hingga 2002. ada beberapa trivia. season pertama lebih klasik... manakala saiyuki reload mengambil invironment semasa yang moden.  Cerita saiyuki ini digarap dari novel klasik cina yang terkenal 'journey to the west'. apa yang membezakannya adalah cerita saiyuki ini digarap dengan watak-watak yang sangat cool daripada Goku (raja monyet) yang sangat humor dan kebudakkan, genjo sanzo/paderi yang sangat tak macam orang yang dipanggil paderi... dan 2 rakan lain yang cool dan gila-gila seperti Cho Hakkai dan Sha Gojyo yang merupakan pahlawan terbilang tapi parangai sangat hampeh. Boleh review epilog kartun ini yang banyak di internet/blog kerana mempunyai jutaan peminat seluruh dunia.

SAIYUKI
Untuk movie saya lebih suka western.  i love 'how to train your dragon' the most. belum ada lagi animated movie yang dapat challenge H2-TUrD (how to train ur dragon).Cerita mengenai seorang anak suku viking yang sering dipandang lemah... tapi akhirnya bersahabat dengan dragon yang paling ditakuti oleh puak ini secara rahsia... hah... nak tahu cerita selanjutnya belilah CD di kedai CD yang berdekatan. tapi tak rugi beli sebab ceritanya sangat best.

Movie lain yang sangat saya suka of couse lah all people choice 'kung fu panda' dan saya juga suka Brave. Bila saya tengok Brave ada seseorang yang saya rasa mirip betullah dengan watak Merida ni... 







Nampak kolerasinya....
the Cronicle of Curly Girl...
ha hah...






Hospital HUKMSC Vs An-Nur Hasanah Bangi Part 2


lama sungguh nak sambung balik entry hospital ini. 

Sambungan dari entry ini




Waktu mengandung Abu Bakr, Aiesyah dalam dua tahun lebih. Abu Bakr lahir Aiesyah belum cukup 3 tahun. Sama macam Aiesyah dulu, check up memang dekat klinik An-Nur. Dah masuk 7 bulan baru transfer pakar. Tapi meroyan sikit nak jumpa pakar kat An-nur nih… kalau tak 2 jam tak sah. Lagi lebih adalah…

So biasanya lepas saya daftar dalam pukul 8.00 saya pergi makan dulu… lepas tu saya lepak kat masjid Hasanah depan hospital tu dalam sejam lebih. Kalau ada nak beli barang bebudak saya pergi Manja Ku kat blok sebelah… dalam dekat pukul 11 baru saya datang balik. So tak adalah saya kebosanan menunggu. Pernah jugak saya daftar ambil nombor dan balik office dulu.

Tapi walaupun tunggu lama, bila jumpa Dr Khamsiah sejuk balik hati… siap jampi lagi kat perut nak bagi advice kat baby minta jangan susahkan bonda… sebab Dr K punya pasal relalah ku tunggu 2-3 jam sekali pun.

Walaupun saya check up dekat sini tapi saya langsung tak rancang nak bersalin di sini. Sebab ‘di sini ‘ memanglah sangat terkenal dengan mahalnya… anak kedua, saya dah berani sikit. Jadi memang bertekad nak bersalin kat GH. Boleh jimat duitkan… dari awal mengandung lagi saya dah set mind utk bersalin di GH. Tapi last minute Mr Habib tak setuju. Dia takut (saya pun jugak) kalau tak kena masa, GH full… akan berlakulah situasi tendang menendang ke hospital-hospital berhampiran ( Putrajaya-serdang-Kajang). Mungkin sebab dia kerja kat hospital selalu Nampak Ibu-ibu yang telah kesakitan tapi still tengah que ke labour room… Itu rezeki masing-masing. Jadi last skali sebab dia kata nak sponser maka last skali malas nak fikir-lagi saya pilihlah di Hospital An-Nur Hasanah ni. Sebenarnya pernah pergi ke KPMC (KPMC ni bajet dia mesra sikit). Tapi susah bebenau nak buat oppointment dengan Dr dia. mungkin time tu tengah ramai betul ibu-ibu mengandung. Nak pergi ke HUKMSC jauhlah pulak sebab waktu Aiesyah saya tinggal di serdang (20 min ke HUKM) tapi sekarang dah di Kajang.

Mengandungkan Abu Bakr ni saya nervous sikit. Sebab saya tak tahu contraction macam mana. Kan waktu Aiesyah dulu sampai sudah saya tak sakit. Tapi bila sampai masa hahhh ha kita tau sendiri…so bila fikir balik... contraction dah rasa seawal malam sebelum. tapi saya ignore and ralit dok tengok TV. cerita apa saya pun dah lupa.

Jadi perjalanan saya ke Hospital An-Nur bermula jam 4.00 pagi. Sampai-sampai nurse terus check dah 4.5cm so terus masuk LB. Dr K ada bagi tau saya minggu lepas if saya bersalin minggu ni dia tak ada tengah cuti so saya kena bersalin dengan Dr F (macam kes Aiesyah jugak). Jadi nurse pun bagi tau yang Dr K tak ada tengah cuti… tapi dalam pukul 8, dr K datang melawat saya. Heran jugak saya. Dia kata dia balik awal dan masuk kerja awal start hari ni… (ha ha saya memanglah sangat beruntung).

LB An-nur memanglah sempit sedikit dari HUKM. Tapi dalam LB ada bilik air. So bosan-bosan (atau lebih tepat sakit-sakit) saya pergi basuh muka, kepala dan mandi juga (sempat lagi). Dalam LB juga diberi kemudahan yang berpatutan kepada ibu-ibu (yang sedang sakit tu..) untuk sembahyang. Jadi senang sikit saya nak sembahyang subuh waktu tu… dalam LB memang bertempek macam-macam doa yang ada. So tak yah susah-susah nak hafal. Toleh kat dinding je… pilihlah doa mana yang nak baca. Jadi An-Nur memanglah hospital bersalin yang mesra muslimah.

Kerana ini first time saya bersalin normal, nurse yang temankan saya ajarkan cara bersalin (dengan tips) yang betul untuk mudahkan saya. Dalam 9pagi  lebih Abu Bakr lahir secara normal+vacuum. Kali ni saya tak ambil sebarang bius. Tapi time nak bersalin LB tu memang lah saya rasa sangat gamat. Nurse-Nurse dah bertukar jadi Pom-Pom girl. Akhir sekali saya dengar Dr K bagi salam. Tahulah saya anak saya dah keluar…Selepas dari itu memang saya dah tak sedar lagi. Ayat terakhir yang saya dengar adalah Dr K adalah dia nak inject ubat tidur kat saya. Dan tidurlah saya (lena betul)… jadi sakit semasa jahit memang saya tak tahu… 

Saya duduk di An-Nur pun seminggu jugak. kalau ikut sebenar esoknya tu saya dah boleh keluar. Tapi baby detect jaundice. Walaupun tak tinggi dan sepatutnya boleh release tapi dr tahan jugak sebab Adik Abu BAkr ada G6PD deficient (entry lain kita cerita) yang boleh mamangkin peningkatan joundice. Maka saya sewalah bilik wad kat An-Nur tu..

Ohh lupa pulak saya nak cerita… Saya ambil bilik single. Sempit banyak dari HUKMSC. Tapi ada kerusi arm chair yang boleh tungging baring tu. En Wan sangat suka kerusi tu. TV, almari baju, bilik air semua pun ada.
Makan …? Tak lah berapa menyelerakan… tapi licin jugak saya bedal sebab lapar. Makan ok lah… semuanya Melayu Style.

Bil…? Ini yang nak dengarkan… bil 3k lebih. Banyak bil selain daripada +- 2k pergi kepada pakej bersalin saya… yang lain lainnya adalah kepada adik ABu Bakr dan sewa bilik extra 3 hari. Sebab Dr bawak adik pergi banyak treatment jugak. (jaundice and beberapa ultra sound).

Caya tak caya… waktu 4-5 hari kat An-Nur ni… rindu sangat kat Aiesyah… but she was well look after by her nanny and atok (hari-hari pun datang visit bonda).
Saya percaya yang saya dah ada nak dua… saya susah nak percaya yang aiesyah dah jadi kakak… tapi sekarang dah percaya…


Friday, March 29, 2013

Adik kakak 9



Aiesyah Humaira 8 M

Abu Bakr Al-Kauthar, 8 M


piece...

calm...

make my eyes going to shut....close......ZZzzzzzz

Monday, March 25, 2013

Masih manusia???

Hapuskan sengketa
apakah berbeza warna punca sengketa
sedangkan merah darah kita sama
apakah kerana agama kita berperang
sedang Tuhan mengajar kasih sayang
apakah berbeza idealogi punca kita berseteru
sedangkan semua pemuka menyeru kita bersatu
hairan...
insan sudah seperti haiwan
lebih rela berunding dengan api dan besi
daripada menggunakan akal dan budi
telah hancur segala toleransi dan diplomasi
diamuk kepentingan diri
apakah kita lebih memahami
berlaga senjata letusan tragedi
daripada berbahasa mesra mencatus hati?
Apakah segala yang indah-indah ini akan hancur
diamuk sengketa sesama kita?
dan sesekali kita perlu bertanya...
apakah kita masih manusia


di ambil dari Dimana Dia dihatiku

Friday, March 22, 2013

Mencari Siti Khadijah




Dia seseorang di hati Rasul Allah
Kerana itu dia di Pilih Tuhan Ku
Pastinya dia juga paling tabah dan paling tega
 untuk berdamping dengan dengan pejuang kalimahNya
Tatkala yang lain meminggir
Dia menjadi insan paling hampir
Menyelimuti tubuhmu yang menggigil
Itu mahkota di hati Rasulallah

Namun aku tak sebaik Siti Khadijah
Hatiku tidak sebegitu tabah
Karana kau juga tidak semulia Rasulallah
Namun hakikat cinta itu tidak pernah punah
Hanya teknologi yang berubah
Zaman yang diredah…
Kita mencari sunnah
Khadijah dan Rasulallah

Ya Allah
Jangan biar aku lupa
siapa yang bersama ku ketika merangkak
Nescaya aku tidak tersungkur ketika berada di puncak
Jangan sekali aku lupa dirinya
Lupakan dia bererti aku lupakan diri ku jua
Kerana dia itu untuk aku
Dan aku ini untuk nya…

Pena menulis, 16 mac 2013

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...