Dah lama dah saya simpan
entry ini… tak tahu nak post atau tak…
Tapi akhirnya saya rasa
kalau saya postkan pun ada manfaat untuk rujukan mummy-mummy yang mencari
hospital bersalin yang sesuai…
Daripada Aiesyah humaira
yangs ekarang 4 tahun (bulan 12 nanti) dan adik abu bakr (7 bulan), waktu
mengandung memang saya check up di hospital An-Nur Hasanah Bangi… Habibi cakap
(En wan; saya nak tukar kod panggilan) sebab namanye sama dengan dengan saya. Nur
hasna dan Nur Hasanah… oh sungguh tiada kaitan. Saya pergi klinik biasa An-nur
sahaja (tak jumpa pakar) dari usia kandungan awal sehingga 6 bulan. Sebab kliniknya
cepat sikit. Saya memanglah bukan orang yang penyabar nak tunggu que lama-lama.
Boleh dapat ‘waiting room sindrom’ tau… (yang tak ada darah tinggi boleh ada
darah tinggi). Masuk bulan ke-7 baru transfer ke pakar di Hospital An-nur. Pakar
dia memanglah que sesangat.
Klinik ni letaknya di Tingkat 7 bangunan HUKM.
Waktu mengandungkan
aiesyah… masuk bulan ke-8 saya transfer ke HUKMSC dengan prof Jamil. Waktu tu
memang dah plan nak bersalin disini. Tapi saya still ambil private wing… pasal
saya tersangatlah takut nak bersalin. Prof orangnya sangatlah low-profile. Ada masalah
sikit kat kakinya dan bertongkat. Pakar??? Bagi saya memang sangat pakar… main
pegang je dia bagi tau kepala anak saya ngadap bawah yang sepatutnya ngadap
atas… consultation nya memang lama. Jadi puas hati. Dr-dr kat annur hasanah tu
pun semuanya anak murid dia….
Kalau ikut due tumbesaran
baby, Aiesyah punya edd adalah awal bulan 12. Saya sendiri pun tak ingat… kalau
ikut tarikh period, duenya adalah 29 Dec. tapi entah mana calculation prof ni
pakai setelah menyoal siasat saya dan tengok progress serta ke aktifan baby dia
bagi saya due 21.12.09. last check 2 weeks check up saya dengan dia dia bagi
tahu dia dah transfer kes saya ke seorang lagi prof.. sebab dia ada surgery di
kaki pada minggu tersebut… hua haha… tak best betul dengar sebab saya dah biasa
dengan prof J. tapi tak apalah.. but final week check up saya tengok dia ada
lagi dan dia kata dia dah tunda surgery dia… (dalam hati saya syukur sangat). Dia
siap pesan kalau sampai 21hb tak rasa sakit mai je lah admit hospital…
Memang sampai sudah saya
tak rasa sakit. Jadi pepagi senin 21hb seperti mana nasihat Prof J, saya
teruslah admit wad kat HUKMSC. Bilik..? sangatlah besar. Tu pakage single duluxe
room yang paling murah. Katil, kerusi rehat arm chair, TV almari baju, bilik
air yang sangat besar, meja kerja… dan lain-lain saya tak ingat lagi…
Check in bilik seorang dr
wanita yang kenalkan dirinya sebagai dr under prof J dah tunggu nak check jalan
keluar… ohh! Sudah 3.5cm… boleh masuk labour room katanya. Ohhh jugaklah saya. Kaget
sekejap. So memang terrerlah Prof J punya kiraan saya deliver 21.12.09 tu…
masuk labour room … labour roomnya pun sangat besar. Number bilik wad saya 11
dan labour room saya no 2. Saya check in labour room pukul 11 pagi. Nurse dan
bidan sangatlah baik melayan saya (huhh sapa kata nurse hospital kerajaan
garang2). Sekali sekala prof jamil turun datang melawat saya. sampai
sudah saya tak rasa sakit sebab waktu dah 5cm saya ambil epidural… kenapa saya
ambil pun saya tak tau… termakan pujuk dr cina epidural tu. ramai kata sakit
cucuk epi… tapi dr cina tu cucuk tarak sakit dan tarak rasa pun… dia kasi saya
bantal suruh peluk. Sepanjang duduk di LR, ramai sungguh student yang mintak
nak masuk tengok saya buat bahan rujukan dan kajian (UKM punya student) tapi
saya dengar yang nurse tu cakap semua bilik boleh masuk kecuali bilik no 2
(bilik saya).. ngeh-ngeh saya sengeh sorang-sorang. Sepanjang duduk kat LB
jugak berkali saya dengar bunyi baby nangis (hamba tuhan baru lahir), tak
kurang erangan kesakitan yang menakutkan saya… kasi saya panic sekejap..
Sampai pukul 7.50 malam
(lama sungguh sampai naik bosan saya kat L.R tu) dah 8cm, dr decide nak operate
because fetal distress. Saya ikut je… tapi muka saya muka terkejut sebab tak
langsung expect nak operate. Tapi yang bestnya dan tak dapat di mana-mana
hospital mahupun dr (jarang-jarang), prof J benarkan Habibi masuk jugak… tak
sampai 5 min saya dah kat OR dengan habibi yang dah dressing warna hijau dan
bermask macam dr jugak. Oh ya… sebelum tu, selepas dia bagi tau nak operate
saya dia tertinggal tongkat dia kat bilik labour saya… pasal excited sangat nak
gi OR dah…. Padanlah dia kata dia rasa dia jalan pelahan sangat. Lupa kaki
nombor 3…
Sebab saya dah ambil epi,
jadi tak lagi di bius. Huhh! Saya memang boleh rasa apa doc buat. Dia hiris dan
seluk perut dan godek-godek semuanya boleh dirasai tinggal tak sakit je. Dan tau
tak… en habibi pun sangatlah enjoy melihat operation tu… saya tengok dr-dr yang
mengoperate saya (diketuai oleh Prof J) pun bersembang macam kat kedai kopi.
Sesuatu yang paling saya
tak boleh lupa adalah satu keadaan saya tak dapat bernafas. Paru-paru ‘hang’
sekejap. Cemas betul saya. Cam tu rupanya rasa lemas. Tapi dr bius kat kepala
saya tu selamba je…” ohhh… tak leh nafas ye… meh saya tinggikan sikit kepala
awak”. Ada TV besar kat atas menunjukkan
apa yang terjadi kat tempat operate (saya bolehlah tengok), tapi saya kan rabun
tahap gaban. Doc tak bagi pakai glass saya, jadi satu apa pun saya tak Nampak kat
skrin tu…
8.15 aiesyah pun lahir
dengan dimulai jeritan nagis yang nyaring amat. 3.45 kg. very healty. Mata pun
terus celik…. Rambut nya lebat panjang mencecah leher…
Masuk balik wad saya. Cikgu
bolian yang tunggu. Badan saya menggeletar akibat kesan bius. Bila saya stop
menggeletar saya pun tak ingat. En habibi tidur kat bilik pelawat yang ada sofa
besar dan TV katanya. Kat situlah dia selalu lepak sepanjang 5 hari saya kat
wad (lamakan saya kat wad). Makan??? Fuhh best giler… nasi briyani, chicken
chop, fish grill, nasi lemak ayam rendang, … korang sebut je lah semua ada dan menyelerakan. Tapi Prof dah
buat special order untuk saya (bubur nasi). HUKMSC tak caj (dia janji), kasi
free dan tak masuk bil. Makanan-makanan yang sedap semuanya dibedal oleh En
habibi.
Sepanjang 5 hari saya kat
HUKMSC anak saya sorang je kat nursery. Jadi memanglah dibelai oleh staff nurse
kat situ. Setiap pagi dalam jam 7.30 saya akan dengar tangisan nyaring. Bunyi anak
saya dimandikan. Kuat sungguh sampai boleh dengar dari bilik saya.
Isnin saya masuk, jumaat
baru saya keluar. Bil…? ribu. Tapi consider termurah. Kalau hospital yang fully
private dengan 5 hari di hospital dah 7-8k agaknya. Tapi bil saya tak sampai
5k. kata prof J, bil di labour room tak dikira. Kalau private hospital,
walaupun last skali masuk OR, berapa jam di LR tetap dikira dalam bil… wokeh…
itu bil 3 tahun lepas punya. Tahun 2013 mungkin dah lain…
Parut c-sar saya mamang
tak Nampak. Setiap kali nurse datang belek (waktu berpantang) memang akan puji…
tak Nampak kecacatannya… ok thumb up for prof J. Waktu berpantang pun sampai baik parut pun
saya tak rasa sakit… (terima kasih cikgu bolian yang pandai jaga saya). Doc
hasni waktu tu baru habis belajar pun dok belek parut saya (buat kajian).
Kesimpulannya…
HUKMSC saya kasi 5 star. Sebab
saya dah puas buat comparison dengan kekawan saya mamang tarak boleh cari punya
bil bersalin c-sar, 5 hari di wad, dengan makanan 5 star, bilik besar, bilik air
besar, dan angka bil bawah 5k (kecuali korang bersalin hospital kerajaan laa…).
Cerita abu bakr dan
hospital Annur hasanah kita sambung lain entry k…
sambungan part 2 di entry ini
Bagus betul angka yg ada dlm entri kamu.....samalah dengan angka rumah mama, appt. mama .hari jadi mama ....untung kamu..... mama bersalinkan kamu lagi mudah...tak perlu keluar belanja ribu-ribu.Mama hanya minum minyak kelapa muda 1/2 gelas. Tidak ada epidural.....Itu lah sebabnya kamu berminyak.
ReplyDeleteHasna…murah la kalau bawah 5k dengan apa yang ko dapat tu….
ReplyDeleteAku dulu pun bersalin kat HUKM tapi bukan yang private wing ni….walaupun biasa tapi layanan memang bagus…kalau ada rezki anak kedua nak je bersalin lagi kat situ..tapi jauh pulak…ada gak terpk nak bersalin kat private…boleh la tau sikit sebanyak bil hospital yang kena…..
waalaikumsalam, sama-sama uncle
ReplyDeleteila memang bersalin sini dari anak first.. masa tue 2007..anak yang terbaru lahir julai 2013..selamat berkenalan!!
ReplyDeletesalam.apa awak buat sampi student tak blh masuk.kena ambik bilik sorang ke.saya pn plan nak deliver kt hukmsc
ReplyDeleteRasanya yang dari private wing tingkat 7 tu memang student tak kacau....
ReplyDelete