Tuesday, December 03, 2013

The Best 2 weeks work life in the year...





Assalamualaikum

Special thanks  to all DRMC lecturer and my sindiket- mate and all 24 course participant…
i had gain precious  knowledge during the 2 weeks course....

The Class

The sindiket
 flower among the thorn isn't??

 The Team

 
 The Opponent
 
 The Hard Work
(which always confuse me with all the tricky cases)

i found so much weird words  that i never cross before... but i learn it here....




Wednesday, November 20, 2013

Nasib Hang Nadim?





Remember Hang Nadim…..

Saya ingatkan cerita hikayat ni… tentang Singapura di langgar todak
Bukankah Hang Nadim yang bagi cadangan supaya lawan ikan todak dengan batang pisang….
Hang Nadim kecil sangat waktu ni… budak-budak lagi.
Tapi dapat selesaikan masalah lebih baik dari bendahara… pegawai istana… mahupun Raja…

Tapi apa yang Raja buat…
Ada dia dengar cadangan Hang Nadim???
carilah sambungannya di kedai-kedai buku berhampiran

Ada lagikah Hikayat Hang Nadim sekarang?

Malaysia banyak cerdik pandai
Lagi hebat dari Hang Nadim
Ada yang sampai bentang kertas kerja
Kira itu kira ini
Plot graf
Cari  margin cost and benefit
Buat penyelesaian terbaik…..
bukan hanya berfirasat atau berintuisi 
Dan ajukan syor penyelesaian…..

Ada banyak Hang Nadim…..
dia bersuara
tapi kita tak dengar.....
tenggelam.... 

atau 

Hang Nadim yang takut bersuara????
takut dapat nasib yang sama
Hang Nadim tak nak pisang berbuah dua kali

Monday, November 18, 2013

Puisi Buat Pencinta


Ya Allah

Panjangkanlah umur nya
Murahkanlah rezekinya
Permudahkanlah hidupnya
Jauhkan fitnah darinya
Simpangkan kejahatan dari kalbunya

Andai Kau berikan ujian
Kau ilhamlah kepadanya penyelesaian
Andai Kau berikan kepadanya kesusahan
Kau kuatlah dia dengan ketabahan
Andai Kau takdirkan kesakitan
Kau datangkanlah penawar kesembuhan
Jika Kau berikan kemewahan
Mohon kau rentap kealpaan

Ku Mohon Kau beri rahmat dan pekerti
Lansung Kau ranapkan keangkuhan
Kau simpangkan jauh fitnah dan kejahatan


Ya Tuhan
Kau dengari rintih doanya
Kau Perkenankanlah permintaannya….


Pena Menulis 17/11/2013

Selamat Hari Lahir










Wednesday, October 09, 2013

TIDAK PERLU IJAZAH UNTUK BERJAYA???



Kenyataan ini adalah BENAR, namun AMAT MENGECEWAKAN!!

Artikel ini adalah terbitan sebuah akhbar perdana negara Rabu, 9 Oktober….

Persepsi pertama saya ketika membaca tajuk yang ditulis besar ini adalah cukup negatif…. Perlukah tajuk sebegini dipilih bagi artikel yang sepatutnya memotivasikan ini….

Penjurusan seterusnya saya mengagak seolah anak-anak sekarang tidak perlu/tidak semestinya melanjutkan pelajaran sekiranya mahu Berjaya…. Tajuk sebegini tidak memberikan gambaran semangat BUDAYA ILMU yang patut menjadi agenda utama sebuah akhbar perdana yang dibaca segenap pelusuk negara oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak-anak sekolah…

Terus terang saya luahkan yang saya sangat kecewa dengan penulisan dan gambaran yang diberikan oleh artikel yang menjadi fokus utama sisipan pada hari itu…. Bukan tidak percaya dengan apa yang menjadi prinsip usahawan cilik ini (malah usaha yang dilakukan oleh usahawan muda ini patut diberi pujian), malah saya pernah mewar-warkan pada beberapa artikel yang merupakan hemat pribadi saya bahawa “TAHAP PENDIDIKAN BUKAN KAYU UKUR KAJAYAAN”. Boleh sahaja soroti kembali penulisan seperti di bawah….. 3 penulisan ini sudah mengambarkan betapa saya menyokong pembudayaan ilmu namun bersetuju bukan penentu ukur kejayaan.....

Guru Paling Hebat!!
Diluar Lingkungan 
Anak kucing Jadi Harimau

Namun artikel temuramah ini jelas sekali meranapkan pembudayaan ilmu dan dan dasar pendidikan nasional dalam melahirkan para graduan yang berkemahiran…. Juga menjadi satu pengaruh tidak sihat dikalangan para penuntut ilmu terutama yang masih cilik dan cetek pemikirannya….

Ijazah itu bagi saya lebih kepada satu pembudayaan ilmu dan pembangunan pemikiran yang lebih analitis dan kritis… Berjaya memiliki ijazah sememangnya bukan penentu ukur Berjaya dalam hidup..

Analoginya mudah… Sekiranya seseorang yang memiliki ijazah pun komited dalam menjadi seorang usahawan…. Dia pasti juga menjadi seorang usahawan yang berjaya… Dipermudahkan cerita samaada seseorang itu memiliki ijazah atau tidak… dia tetap mempunyai kebarangkalian untuk Berjaya menjadi usahawan selagi mana dia komited dan berusaha tanpa putus asa.

 MAKA MEMILIKI IJAZAH ITU SEBENARNYA BUKAN SATU PERSOALAN YANG PERLU DITIMBULKAN ATAU DIPERBANDINGKAN.

Pada Hemat Saya…. Sebagai generasi yang hidup dalam dunia yang mempunyai kemudahan menuntut ilmu adalah sangat wajar kita menggalakkan dan mencabar diri sendiri, komuniti dan generasi seterusnya dalam menuntut ilmu setinggi mana pun yang boleh. Jika mahu berniaga teruskan… namun jangan ketepikan pembudayaan ilmu dan budaya menuntut ilmu di menara gading…. Hari ini kita mungkin tidak terfikir akan kesan negatif ini namun kita tidak mahu suatu hari nanti kita mendengar alasan anak-anak muda kita

“ saya tidak mahu belajar lagi kerana tanpa SPM/Diploma/Ijazah pun saya boleh Berjaya…”

 Ironinya kenyataan ini sudah pun didengari oleh rakan-rakan perguruan seluruh negara………

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...