Friday, August 19, 2011

Di Luar Lingkungan ?

Jika masih ingat dengan post terdahulu ‘ anak kucing jadi harimau’, isu kali ini ada kaitan dengannya. Ada kaitan dengan penerokaan yang penuh kebabasan dan menjanjikan ilmu pengetahuan menerusi pengalaman dan bukannya melalui institusi formal. Kerana itu seorang doctor mampu menjadi Perdana Menteri yang dipandang tinggi (Tun Dr M), jurutera mampu menjadi pengarah filem, penulis lagu dan penerbit (trio KRU), seorang yang bukan berpelaran tinggi memulakan hidup dengan menternak lempu mampu mencipta empayar besar seperti Syed Mokhtar Bukhari, Zaman kini…yang menjual goreng pisang pun mampu hidup senang tanpa hutang…  

Itu namanya perjuangan penerokaan kendiri yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berani melawan arus dan bersedia menghadapi risiko.

Saya pernah terfikir…. Zaman Ibn Sina tidak ada Universiti untuk bagi tahu jika symptom begini maka sakitnya ini dan ubatnya begini… Zaman dahulu tidak ada Institusi yang mengajar jika bangunan setinggi ini, pasaknya harus dalam begini, jika bentuk mukabumi begini, maka rekaan bangunan mesti sebegini… tidak ada yang beritahu Thomas Edison untuk mencipta satu objek yang bercahaya sepatutnya begini. Kerana itu beliau perlukan 1000x untuk penciptaan sebuah mentol…. Hari ini kita diajar kebanyakan hukum fizik alam menepati dengan MC2. Namun tidak ada yang mengajar einstain untuk terbit satu hukum sedemikian. Malah ketika penyebarannya, hokum ini dikecam hebat oleh ilmuan ketika itu…

Maka saya telah membuat kesimpulan bahawa ilmu yang ada sekarang berdasarkan penerokaan dan pemerhatian yang mendalam disamping perkembangan ilmu ketika zaman dahulu. Ilmuan dahulu amat mengkagum kita kerana kebanyakan ilmu dikongsi melalui pengalaman atau ekperimentasi yang terbatas maklumat dan sumbernya. Kita kurang mengkagumi zaman kita. Zaman dahulu adalah zaman ‘fundamental’ zaman kini zaman ‘Applied’/ gunaan/perlaksanaan.

Zaman ini menjelaskan bahawa kebanyakan daripada kita bersetuju untuk jadi pak turut… jika norma masyarakat mengatakan sebegini maka kita juga mempunyai pendirian yang sama. Kita merasakan peniaga kecilan aalah pekerjaan yang tidak berprestij…. Tanpa kita sedari harta golongan ini menjangkau ke angka juta jauh lebih kaya dari kita. Kita merasakan bidang pertanian adalah serendah kerja tampa kita mengetahui bahawa pengusahanya adalah seorang graduan cemerlang yang sedang cuba mengembangkan produknya ke luar negara….

Kita cenderung untuk membuat penilaian dan menganggap kita adalah betul. Kita cenderung memilih jalan selamat dengan mengikut arus masyarakat kerana tidak mahu dikecam. kita sanggup untuk mengetepikan pendapat kita yang bercanggah, supaya kita diterima baik oleh masyarakat yang merasakan minda mereka adalah terbuka sedangkan tidak…. Kita cenderung mengikut budaya masyarakat yang diluar dari kemampuan kita (kewangan??).

Cuba sesekali kita berfikir untuk diri sendiri (tanpa perlu bersikap individualistic), tanpa perlu campurtangan atau pengaruh luar. Jika kita cukup yakin dan optimis dengan kemampuan malah mampu untuk berada ‘diluar lingkungan’, ramai antara kita mampu Berjaya. Matlamat pembahagian ‘kek ekonomi’ negara mungkin sudah lama terlaksana…. malah mungkin ada antara kenalan kita akan menjadi seorang tokoh pemimpinan negara yang tidak pernah tercapai akal kita akan kebolehannya....

SAYA??
Menuntut ilmu itu perlu... tapi yang lebih penting bagaimana kita menganalisis ilmu yang diperolehi dan kebijaksanaan kita untuk menggunakan ilmu itu diluar lingkungan bidang ilmu tersebut....

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...