Saya sering memikirkan bahawa saya terlalu muda untuk memberi pandangan… namun zaman kini orang muda yang miskin pun telah jadi jutawan untuk berbicara dan memberi motivasi kepada khalayak mengenai pengetahuan dan pengalaman yang sedikit itu…
Semasa sesi interview PTD yang berlangsung hampir 4 tahun setengah lepas…. Saya ditanya kenapa mahu jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (soalan yang memang telah diagak). Ketiga-tiga panel bersetuju bahawa saya lebih sesuai menjadi pensyarah. Walau beberapa alasan saya berikan … perbicaraan mengenai ‘siapa perlu saya jadi’ berakhir begini:
“ jika anda adalah anak perempuan saya… saya akan nasihatkan anda untuk menjadi seorang penyarah…” kata seorang panel yang amat saya hormati kerana ilmu dan pengalamannya dalam pentadbiran kerajaan. Diandaikan ‘anak perempuan saya’ untuk menyatakan bahawa pandangannya bukan satu provokasi sesi interview tapi adalah pandangan yang jelas dan nyata…
Jawapan saya …
“ seandainya saya ada anak perempuan… saya akan beri kebebasan untuk apa perlu dia jadi. Saya cuma akan beri sokongan selagi ’siapa perlu dia jadi’ itu tidak menyalahi undang-undang. Seandainya saya telah berusia 40 tahun pun… jika saya merasakan saya telah silap menjadi PTD, belum terlambat untuk saya jadi penyarah ‘jika’ saya adalah seorang yang mengejar kepuasan bekerja dan bukan mengejar kemewahan atau pangkat… sesungguhnya kesilapan itu adalah pengalaman yang paling mengajar hidup dan ia adalah risiko yang perlu saya ambil. Saya tidak perlu menyesal kerana saya tidak gagal… ia adalah pengalaman yang menjadikan saya lebih baik dari yang lain…” saya tidak pasti ketiga mereka setuju atau tidak kerana perasaan itu saya abaikan…. dan kami peralih kepada bicara lain…
Itu bukan sebenarnya persoalan yang mahu saya sampaikan… isu yang mahu dilontarkan perlukan kita menjadi jurutera seandainya kita melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan… perlukah kita menjadi peguam jika mengambil jurusan undang-undang. Perlukah seorang yang cemerlang dalam akedemik menjadi seorang ahli akedemik. Perlukah orang yang dipandang tidak cerdik hanya menjadi pekerja kelas bawahan…Saya menghayati kursus sarjana muda saya hingga membawa saya menjadi seorang jurutera selama hampir setahun… namun ternyata itu bukan haluan dan cara hidup yang saya mahukan lantas saya meninggalkan profesyen tersebut dan melanjutkan pelajaran untuk memberi sedikit ruang kepada saya memikirkan tentang masa depan…
Hampir kesemua rakan kuliah saya kini bekerja sebagai jurutera… ada juga yang menjadi guru namun masih dalam kategori bidang yang dipelajari. Anehnya kebanyakan rakan-rakan perucapan umum saya di pelbagai university ‘tidak menjadi apa yang sepatutnya perlu jadi’. Ambil arkitek buka perniagaan, ambil kimia jadi konsultan, ambil computer jadi wartawan dan juruacara tv. Namun kebanyakan mereka menceburi bidang perniagaan… mereka yang seperti ini bukan tidak mendapat tawaran bekerja … malah kategori mereka… kerja yang cari mereka. Anehnya mereka Berjaya dalam bidang penuh risiko tersebut…
Akhirnya saya menyimpulkan bahawa ilmu pengetahuan walau bidang apa pun yang diceburi yang menjadi ‘karun’nya adalah nilai tambah yang kita dapati semasa sesi pembelajaran itu berlangsung… mahu tak mahu kita perlu akui… kalau mahu… kita dapat beradaptasi dengan kerja walau pun tiada asasnya dalam akedemik. Ketika kita mengambil ijazah… kita dikerah untuk sentiasa berfikir… meneliti dan menghayati (dalam subjek-subjek yang dipelajari) lalu ini menjadikan mereka yang lebih tinggi ilmunya sebenarnya lebih tinggi daya pemikirannya dan lebih jauh kehadapan daya tumpuannnya. Berbanding mereka yang tidak bernasib baik dan tidak mendapat pendedahan sebegini… matlamatnya lebih berjangka pendek. Sejauh mana nilai tambah yang seorang graduan dapat juga bergantung kepada daya usaha individu. Softskill perlu dilihat dari sudut yang lebih subjektif… dan perlu menerusi pengalaman / penghayatan dan bukan dari sesi pembelajaran. ‘value added’ ini adalah yang tersirat dan bukan yang tersurat…
Justeru kita belajar sebenarnya untuk hidup dan merancang kehidupan. Kita belajar untuk memajukan diri dan memajukan persekitaran. Kita belajar untuk berbakti dan meninggikan sebuah ketamadunan… walau bermula dari sekecil sel seperti kita.
Tak kira walau siapa pun kita jadi, kita tetap akan Berjaya jika pemikiran kita tidak lari dari tumpuan untuk berfikir dalam nyata…
Justeru orang yang cemerlang dalam akedemik tidak semestinya Berjaya dalam hidup… orang yang tidak mempunyai segulung ijazah mampu Berjaya jauh terkehadapan jika pemikirannya melangkaui kemampuan mereka yang mempunyai ijazah sekali pun…
Kejayaan terletak pada kuasa minda!
Anak kucing pun mampu jadi anak harimau….
No comments:
Post a Comment