Secara rasminya Kakak pakai cermin mata isnin lalu…
napak segan-segan nak pergi sekolah… tapi bila puji muka Nampak bijak bila
pakai cermin mata terus bersemangat.
Waktu umur 6 tahun lagi kakak dah Nampak tanda
rabun… rabun kakak ni memang mengingatkan pada saya… saya pun dulu gitu…
sebelum masuk darjah satu mata dah tak Nampak… nak
pulak cikgu Zau Zai (cikgu darjah satu saya dulu… ku ingat sampai sekarang
sebab dia memang pandai mengajar. Terima kasih cikgu) letak saya dikerusi
paling belakangggg dalam kelas… katanya budak dah pandai baca duduk belakang…
biar kawan-kawan yang belum pandai baca duduk dihadapan… waktu itu saya kecik
lagi… jadi pasrah dan redha… tapi saya stress setiap kali nak kena salin nota
atau kerja yang cikgu tulis kat papan hitam… tak Nampak tauuuu… biasanya saya
tiru kawan sebelah. Tapi selalu kena marah ngan cikgu sebab tak baik tiru
kawan. tapi sebab bonda memang waktu tu memang tau malu… terus kedepan dan
bersila betul-betul depan papan hitam dan salin atas lantai je…
Perasaan waktu tu…? puas hati ku… ada cikgu yang
tak kisah… ada jugak yang perambat saya balik ketempat… ada jugak cikgu yang tolong
ambik kerusi saya dan kongsi meja dengan budak kat depan… stress pulak budak
kat depan sebab kena kongsi meja ngan saya… saya darjah tiga baru dapat duduk
kat depan… baik cikgu kelas saya yang saya mohon maaf dah tak ingat namanya…
tapi muka tetap dalam kepala saya… saya dapat cermin mata saya pada umur 10
tahun… darjah 4.
Ok … cukup cerita saya… kembali kepada kakak yang
baru dapat cermin mata…
Dalam kelas kakak duduk belakang (cam bonda dulu).
Kelas asalnya dulu kakak duduk dihadapan. Sebab bonda jumpa cikgu kelas bagi
tau kakak rabun… bila kena tukar kelas… agaknya cikgu tak perasan nota saya
dalam maklumat murid yang kakak rabun… (dan bonda pun tak gi jumpa cikgu) jadi
cikgu pun letak kakak di belakang. Awal april tempohhari baru cikgu ubah
kehadapan sekali…
Menyelami zaman saya tak Nampak papan hitam dulu…
rasanya saya pun faham perasaan kakak yang tak Nampak papan putih tu… nak pulak
kakak ni segan silu budaknya… tak macam saya yang muka tebal. Kena pulak
terdengar ceramah Prof Muhaya pasal fenomena lazy eyes sewaktu perjalanan ke Melaka
menerima jemputan ceramah di akedemi… lagilah menguat saya untuk pakaikan kakak
cermin mata…
Power kakak tinggi jugak… memang sebijik cam saya
dulu… rabun kakak 125… power
cermin pun buat 125.
Kakak lepas semua ujian mengenalpasti huruf bila
pakai cermin mata ni kecuali huruf yang sangat kecil… bukannya dia tak Nampak…
tapi daya pengecaman nya kurang… kakak tak dapat nak kenal pasti huruf yang
terlalu kecil… inilah yang dinamakan fenomena lazy eyes atau mata malas… sebab
kakak dah biasa rabun dan tak Nampak jauh… jadi perkara details kakak akan
ignore. dulu pun saya mengalami perkara yang sama… Cuma waktu tu saya tak tahu
sindrom ini. Benda yang Cikgu bolian suruh cari jarang sungguh saya dapat jumpa
walau didepan mata… daya pengecaman saya kurang sungguh. Namun dapat dibetulkan
dan meningkat dari hari ke hari.
Perkembangan otak kakak-kanak akan membangun
sepenuhnya seawal usia 9 hingga 12 tahun… justeru sebarang kecacatan kepada
deria utama akan mempengaruhi fungsi-fungsi otak yang berkaitan… adalah
amat penting untuk mengenalpasti kecacatan dan kekurangan kanak-kanak ketika
perkebangan otak sedang pesat berlangsung seawal di usia bayi… kerana itu bayi
yang rabun terus diberi pakai cermin mata, bayi yang kurang pendengaran terus
diberikan alat bantuan dengar… supaya tidak membantut perkembangan otak utama.
Penyakit lazy eyes atau mata malas banyak
didiskusikan oleh pakar pakar opteo dan boleh scroll sahaja dalam mr google…
Selagi mana kerabunan tidak mempengaruhi
perkembangan otak pada pusat-pusat utama (direct translate), sindrom mata malas
boleh dibetulkan walaupun ketika dewasa…
Akhir kata… kakak ada followup check up nak tengok
perkembangan pengecaman objek kecil dia lagi 6 bulan…gambar kat atas... adalah sewaktu baru ambil cermin matak kat kedai... anak ayah sangat gambar tu kan...