My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Wednesday, May 30, 2012

Hampir Patah Gigi....


Bonda kata ‘padan muka’.
Tak dengar cakap… hati ni geram sangat… kenapalah… anak dara ni lasak dan hyper…

Ayah dah panic tengok darah mengalir dari dalam mulut keluar tu…. (ayah memang cepat panic bila tengok anak dia cedera). Ok bonda lap mulut aiesyah dan tengok ke dalam… gigi tak patah pun. Berdarah di gusi belakang gigi kacip kanan. Bergoyang sikit gigi tu. nasib baik tak patah.

Kisahnya aiesyah yang berlari macam ratu pecut dalam kedai sampai tak larat ayah nak kejar. Dia ingat ayah nak main aci ligan kot dengan dia… bonda yang mampu pandang sahaja ni geram sangat…. Kaki ni dah melangkah nak luku kepala aiesyah tu…. (kemarahan terpendam dan di luah dengan gerakan tangan). Alahai belum sempat tangan bonda ni cecah aiesyah … gedebab dia jatuh terhentak muka ke lantai… itu yang terkena gigi tuh.

Start lah baby drama kat kedai nih… daripada nak shopping terus balik rumah… tak jadi nak beli baju raya aiesyah… dalam kereta aiesyah diam sahaja. Tengok tisu yang banyak darah bonda tunjuk kat aiesyah. Muka takut…. Bonda pun membebel bagai… aiesyah angguk angguk kepala sahaja tanda konon nak dengar cakap bonda lepas nih…. (boleh percaya ke budak ni).

Balik rumah terus berkepit dengan nenek. Pandai pulak aiesyah buat muka kesian….

mulut aiesyah ni berdarah tau bonda....

Janda Baik, Bukit Tinggi....


Kisah hampir lebih 2 minggu yang lepas…

Sampai juga ke Janda baik dan Bukit Tinggi…..
Not Bad…
Tak jauhpun… 40 min KL-janda baik. Dan dalam 15-20 min janda baik ke bukit tinggi…

Tidur semalam di janda baik….sampai dah tengahari… makan dan bermain air…. Chalet kami betul-betul depan sungai. Kami panggil rumah setinggan je… tak ada TV tak ada aircond. Nasib baik tak panas. Tuan tanah pun baik hati....Tapi sungainya tak adalah best sangat. Batu nya hitam… banyak timah kot. Kalau sungai di kampung… batunya putih dan kekuningan…lebih cantik. Air sungai di kampung saya pun lebih sejuk.  lepak di depan rumah stinggan ni je saya… seronok tengok sungai… ramai rupanya yang ke janda baik di hujung minggu… hampir semua chalet dan resort penuh. Kami yang datang redah sahaja ni beruntung masih ada satu chalet untuk kami bermalam. Kalau tak… patah balik lah ke KL petangnya… so sesiapa yang nak bermalam di sini booking lah dulu… tak ingatlah chalet apa yang saya duduk ni… rasanya D’river Chalet. Lebih kurang gitulah. memang banyak chelet-chelet...bersepah di sepanjang sungai. sungainya bersih... kecil sahaja. jadilah. buat tatapan mata beristirehat ambil suasana kampung sekali sekala... sangat sesuai untuk berhari keluarga di sini.

 Ke bukit tinggi pagi esoknya… sebelum ke bukit tinggi… jam 8 lagi kaki dah mencecah sungai… sejuk pagi….


Waktu ke bukit tinggi… cuaca sepanjang hari memang redup… di KL hujan… jadi terasa kesejukkan di bukit tinggi yang diselimuti kabus… bukit tinggi ni bagi saya tempat untuk snap picture sahaja… tak banyak aktiviti pun boleh dilakukan… ke colmar, Japanese garden, animal park (sikit sahaja binatang disini), dalam 3 jam sahaja kami di bukit tinggi. Jam dua lebih kami dah menuruni bukit menuju KL.

Some picture to share…


 sungai yang mengalir di depan chelet.....

 Turun sungai seawal jam 7 pagi... lampu kat seberang sungai pun tak tutup lagi...




 Colmar..... dapat dua biji bear sebab dapat tangkap itik bernombor... tapi kecil saja...

 mendaki bukit securam 45' ke japanese garden...

 sampai pun


 animal park....

Friday, May 25, 2012

Selamat Tinggal Rumah Yang Comel


Rumah apartment di cheras/ Bandar Tun Razak dah siap… dah dalam proses jual pun… atau lebih tepat dah pun jual… masa berlalu sekejap sahaja… dah dua tahun…

Dah pergi tengok…dah ambil kunci pun… dah lama dah… adalah dalam sebulan yang lepas… sayangnya terlupa ambil gambar… excited tengok rumah baru walaupun tahu tak duduk rumah tu…

Rumahnya kecil dan comel… lebih kecil dari apartment mama di Serdang. Tapi finishingnya cantik sangat. Tak hairanlah kenapa mahal sangat developer jual…. Cantik… memang cantik (mod menyesal sebab tak ambil gambar…). Lantainya tile 2 kaki. Biliknya berlantai kayu. 3 bilik tidur 2 bilik air. Alahai… bilik-biliknya comel sangat. Pandai betul interior arkiteknya padankan dengan ruang dan saiz. Kena saja mata saya lihatnya… paling suka bila lihat kedudukan wayar untuk lampu kipas dan aircond… sangat teratur dan tersusun malah seolah telah di plan secara interior d├ęcor, untuk lampu utama, lampu malap, lampu tidur… semuanya telah tersedia … tak payah rewiring lagi……bila tengok ruang kosong pun dah suka apatah lagi bila tengok ruang contoh yang developer sediakan (kebetulan kat sebelah rumah je…). Lengkap dengan perabot dan dihias bagai… lagilah comel… (mod terasa tak nak jual… nak ambil balik…)  Rumah yang dibeli lengkap dengan cabinet dapur dan plaster siling… tak payah buyer kami tu nak tambah lagi… kecualilah kalau dia tak berkenan…

Ikut hawa nafsu… rasa macam tak nak jual…. Tapi tak bolehlah… kenalah jual jugak bagi mengurangkan komitment tanggungan setiap bulan… bukan sikit bayaran bulanan rumah tu…. satu per empat gaji pokok saya. Waktu mula mula beli… en wan yang bayar… tak banyak mana… seratus dua sahaja… tapi bila dah makin tinggi progressnya…makin tinggilah bayarannya… diserahkan tampuk komitment kepada saya pulak…  keh keh… en wan dah banyak sangat komitment lain …. Sama jumlahnya dengan insuran kami tiga beranak….

Jadi dengan rasminya terjuallah apartment Putra Suria Residensi tingkat empat end lot… itu pada seorang manager bank RHB wanita yang single tapi dah berumur…. Sesuailah dia dengan rumah tu…. LRT cheras kat sebelah sahaja… senang nak gi kerja kat KL tu…. kalau naik kereta pun… 5 minit je kan… (tolak tepi jem). Siap dah mintak dari kami nak masuk dulu buat renovation…

Untungnya bolehlah buat bayar hutang PTPTN kami berdua… plus lagi dengan Yayasan Perak…. Itu kira tengah berangan lah tu…. sebab untungnya tak dapat pun lagi… masih dalam progress… semoga segala proses dipermudahkan… (mod tangan kanan tengah gatal…
).

Sebenarnya belum siap rumah tu lagi… dah berdozen agen telefon cakap dah ada ready buyer… tak ada pun kami pasang iklan atau agen nak jual…kami sendiri pun tak tahu yang rumah dah nak siap…. Entah mana egen-egen tu dapat no telefon kami pun tak tau…. Tapi dalam banyak-banyak buyer yang diperkenalkan berkenan nak jual dengan cik bank ni….melayu… dah memang hajat nak duduk kat situ pun…yang lain banyak ca ya nun alif..(walau pun di offer dengan harga tinggi…. Mod tengah tak tamak waktu tu…)  lagi pun tengok kedudukan  kewangan pun tersangatlah mantap (patut boleh beli rumah semi D)… maka mengikut perkiraan kami tak adalah susah nanti nak opprove bank loan… (sebab dia pun kerja bank kan…). hari tu kami finalkan nak jual… esok jugak dia dah hantar cek untuk booking… ( emmm cepat tul minah ni…), seminggu lepas tu pre agreement, dua minggu lepas terus S&P (cepat betul lawyer dia buat kerja). sekarang dah mintak nak buat early renovation kat rumah tu….sebab nanti lepas tukar nama dan full payment… nak terus duduk kat situ… (semoga lepas renovation siap… belum tukar nama lagi… bolehlah saya gi tengok kan…).

Nak tukar nama susah sikit… sebab en wan beli rumah ni menggunakan keistimewaan staf DBKL (sempat rembat satu rumah sebelum kerja kat hospital). Jadi tersangatlah banyak birokrasi nak menukar nama (ni komen lawyer). Mau 2-3 bulan sebab nak kena signature datuk Bandar…

Sebab lupa nak ambil gambar… maka untuk tatapan tengok je lah iklan yang ada kat internet nih… tapi sedikit lain lah… sebab rasanya ini type yang lain sikit… (lebih kecil). Tapi lebih kuranglah… ha ha siap ada no agen lagi…. Call-call jika berminat…. Apartment ini bersebelahan dengan LRT cheras, mempunyai pusat kemudahan seperti parking, playground, 24 hr security, surau, tadika, covered parking, dan bersebelahan dengan deretan kedai-kedai yang amat berguna untuk keperluan harian….

pelan lantai

Bangunan yang dah siap

Main entrance dan dapur

Living hall

Bath Room


Thursday, May 24, 2012

Singa Tua yang memiliki Syahid

As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin

dari kerusi Roda itu...... Mata yang kabur... telinga yang hampir tuli... Dia masih menggoncang dunia hingga hembusan nafasnya.... 

hanya dengan suaranya...

hanya dengan kedegilannya...

hanya dengan kebenaran yang dipegangnya...

hanya kepercayaannya pada Tuhannya...





Dia mungkin bukan sesiapa di kalangan kita… tapi dia dimuliakan kerana pegangan, perjuangan dan kebenaran yang dibawa… di Palestin dia adalah singa tua penuh uzur namun masih memiliki syahid…. Satu kematian darinya menghasilkan beribu pejuang sepertinya…

Malam sebelumnya lagi telah kedengaran bunyi bising helicopter berlegar sehingga membimbangkan si isteri melihat seorang tua uzur dan lumpuh tetap berkeras bersolat isya’ di masjid yang hanya 200 meter dari rumah… katanya… ‘tidak akan aku bersolat dirumah hanya kerana bunyi helicopter, kalau malam ini kamatian ku, memang telah lama ku tunggu seumur hidupku… mungkin malam ini aku akan syahid” sedia maklum helicopter yang berlegar sememangnya memburu beliau…

Malam itu dia beriktikaf dimasjid… anaknya setia menunggu… hanya selepas solat subuh As-syahid keluar dari rumah Tuhan… jasadnya berderai bersama 3 peluru berpandu dari 3 buah aparche. Deraian jasadnya diiringi lebih 200,000 rakyat palestin yang berarak memberi penghormatan terhadap jasad beliau…. Beliau gugur mencipta sejarah pada 22 Mac 2004.

jiwa ini meruntun melihat deraian jasadnya... 
itu bukan miliknya... milik Penciptanya...  
gagahi juga mata kabur ini terus menjenguk
terus perutku disentap...
si kecil juga merasainya 

bukan hanya tersentap melihat deraian jasadnya
tapi seluruh 67 tahun kisah hidupnya...
Terang an Nyata
bukan bahagia dunia yang dicarinya

dalam ngeri ku tersenyum...
melihat dia masih mampu senyum...
dalam kelibat tubuhnya yang tak mampu disatu
aku simpan kekaguman itu...
semoga mengalir dalam darah anak cucu ku...

Al-Fatihah...

Wednesday, May 23, 2012


Selamat datang Rejab, semoga dipertemukan dengan Sya’ban dan Ramadhan…

Saya suka sangat bulan rejab nih… sebab apa saya pun tak tau… mungkin ia petanda untuk datangnya Ramadhan. Sebab bila dah jumpa bulan Rejab… pejam celik dah Ramadhan. Rejab adalah bulan Allah… diikuti Sya’ban Bulan Rasulallah dan Ramadhan Bulan Umatnya Rasulallah…

Istimewanya Rejab dengan Isra’ mi’raj, Syaban dengan Nisfunya, dan Ramadhan dengan lailatulkadar. 

Rasulallah mengamalkan sepotong doa apabila sampai di bulan rejab:



Saya???
Target 5 Julai 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih