Thursday, February 20, 2014

Adra Couture: Aiesya Shawl


Aiesya Shawl adalah shawl panjang yang dipotong dengan potongan gelombang tiga bagi memudahkan lilitan dan pemakaian. Aisyah shawl adalah jawapan bagi peminat shawl yang mahukan pemakaian yang pantas tanpa kerenah kerana paten gelombang tiga akan mengambil tempat secara semulajadi di hadapan dan dibelakang dengan kemas dan cantik!

Material adalah daripada Chiffon Geargette yang semulajadi membentuk alunan gelombang yang cantik. Didatangkan dengan awning condroi warna sedondon atau tona yang sama. Awning disediakan adalah jenis half cup (separuh bahagian sahaja keras) yang akan semulajadi mengikut bentuk muka pemakai. Aiesyah Shawl juga disediakan tanpa awning.

Anda boleh memakai Aiesyah Shawl hanya dalam kurang 10 saat dengan 6 langkah mudah!

Harga: RM 59 (dengan Awning) RM 49 (Tanpa Awning)
(tambah RM6 untuk kos penghantaran )

Promotion !: Dapatkan penghantaran percuma dengan belian RM 100 ke atas

 
 Pure Black

 Dark Brown

 Light Grey

 Oranges Red

 Royal Yellow

 Brownish Piech (warna lemak ketam)

 Epal green

 Mint Green

 Baby Purple

Wednesday, February 05, 2014

The curli Gurl: Potong Rambut!!!

guess what???
Aiesyah dah potong rambut...!

whaa... sayangnya rambut aiesyah yang kerinting panjang tu kan... 
tu la komen yang saya dapat... tak ada komen-komen lain...

memang dah lama saya berazam nak potong rambut kakak... huhhh percayalah... setiap pagi bergelut dengan rambut anak dara ni nak disikat diminyak ditocang. percaya atau tak... kalau saya mandikan kat rumah wajib conditioner dove tu.... setiap hari tau... tak syampu pun tak per... asalkan pakai conditioner. kalu tak mamang jangan harap nak sikat rambut. sikat rambut pun tak boleh yang lekeh dan biasa. akan berakhir dengan patah. jadi rambut aiesyah memang sikat pakai brush. kalau ditakdirkan hari tu dia ada nakal sikit main makanan ke lumpur ke sampai naik ke rambut... memang saya sub kan kat kedai jerr... 

tiap-tiap kali sampai kedai akan berakhir dengan cuci rambut jerr.. pasal dok pikir sayangnye rambut aiesyah... mana tak sayang mana-mana pergi jerr... akan ramai yang memandang rambut anak dara yang macam model iklan dove tu... tak kurang juga yang memegang geram. maklum balas begini mamang selalu dapat
" hantar kedai ke rambut anak ni... ke memang macam ni"


gambar aiesyah beberapa jam sebelum kena potong... ayu diapit dua cousin yang bam-bam comel..


saat saat dipotong.....



inilah hasilnya...

rambut di blow lurus... tapi kerinting balik bila dibasuh... waktu ni tengah perasan dora...

inilah hasilnya.... macam princess sofia the first... tak berapa nak kerinting sangat... bergelombang sahaja. jadi lepas ni tak tahu rambut dia nak kerinting balik ke tak...???

mengimbau kembali
saat saat kegemilangan

 talent kerinting dari kecik lagi

mayang mengurai.... tak nampak muka kan...

ujikaji ke atas rambut sendiri....

Antara gambar terkini.... kalau tarik rambut kerinting tu sampai pinggang tau...

menyesal ke tak potong rambut kakak...?
huhh tanya lah empunya badan...
dia gembira jerr..
bajet sofia the first....

adalah bonda rindu sikit-sikit rambut kakak yang kerinting mengurai tu.... entah nak naik kerinting lagi ke tak... terserahlah... 

tak ada pun spesis rambut cenggini dalam famili. agaknya Allah bagi sebab makbulkan hasrat saya yang suka sangat tengok todler rambut kerinting. terasa cute betul.... bila dapat satu baru tau betapa high maintenance dia....

alhamdulillah dengan apa yang ada....  






penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...