My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Tuesday, July 04, 2017

Selamat hari lahir ustaz.

Uishhh.... dah rasa cam malas dah nak mengarang sekarang....

update birthday ustaz (abu Bakr Al-Kauthar) semalam.

Bonda dan Ayah plan surprise celebration kat dia petangnya sebelum kejadian. so last minit jugaklah. jatuh pulak hari kerja. so sebelum balik kerja bonda singgah kedai kek beli kek yang ada... plus beli baloon. pesan kat ayah beli dua hadiah n balut cantik-cantik. 2 hadiah. satu dari bonda satu dari ayah.

surprise kecil-kecilan sahaja... tapi cukup buat ustaz terkejut dan tersipu maluu... ngeh...

balik sekolah dah nak malam. jadi diorang terus naik atas mandi. dah pesan kat kakak suh jaga ustaz jangan bagi turun sampai bonda panggil. Sementelaah bonda pun tampal belon-belon yang ada. letak hadiah (besar sungguh hadiah ayah beli. 2 bijik nampak berbijik-bijik). dan letak kek dan pasang lilin. Time ustaz turun semua lampu kami blackoutkan....





well... happy birthday ustaz. dah 5 tahun dah. semoga membesar sihat dan soleh. ayah beli hadiah kereta control dengan set ultraman...  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih