Tuesday, January 25, 2011

KL Bird Park, 15 Jan 2011

Ini adalah kunjungan saya yang ke-2 ke Taman Burung KL. Kali pertama ketika bulan puasa 2007. Waktu itu, saya pergi berdua sahaja dengan suami. Kali ini, si Kecik ni dah ada. Dah pan berlari pun. Jadi saya rasa sesuailah kalau nak bawa pergi ke taman burung.

Saya memang suka ke Taman Burung ni. Kali pertama pergi saya rasa 15 ringgit yang di bayar itu sangat berbaloi. Sebab itu saya kunjungi lagi. Harga tiket masih sama RM15 dengan MyKad. Baby enter for free.


baru sampai
Waktu kami masuk dah tengah hari. Hampir 12.00 t/hr. Cuma nasib kami baik tak panas sangat. Bird Show jam 12.30 jadi kami tak pergi berjalan dahulu, terus ke Bird Show. Aieshah memang tak rengok bird show tu. Dia tak faham pun burung dok kira-kira, naikkan bendera, berbasikal. Dia Cuma suka tengok burung terbang sahaja.

Aeishah memang seronok berjalan di atas kaki sendiri...
Di tengah persembahan saya dah tak tahan… Aieshah dah tak nak duduk. Jadi suami saya seorang sahaja yang melayan. Saya undur diri ke playground yang kebetulan dibelakang sahaja. He he… bunyi Aieshah ketawa puashati. Bonda tahu… Aieshah memang tak sabar nak naik jongkang jongket tu…

Habis Bird Show… kami pun mula lah walkaton diseluruh Bird Park yang besar tu. Kegemaran saya ialah, Nursery. Ada little chick n duck. Pegang bagi Aieshah. Huh penakut budak tu. Cakap aje yang banyak..


Puas main dengan anak itik ayam tu kami pegi kejar burung-burung yang dilepaskan dalam bird Park ini. Kebanyakkannya adalah spesis burung yang bersaiz besar macam merak, ayam, ayam belanda, burung air (entah apa nama yang ala-ala flamingo tu). 

burung nuri ni sempat tenggek atas kepala..


 Habis satu taman burung ni kami jelajah. Semua jenis burung kami tengok. Aieshah paling suka Ostrich. Sebab besar kot. Jadi jelas Nampak. Tak payah nak tinjau-tinjau. Suasana dalam taman burung ni pun sangat best dengan view dan landskap yang cantik. Favaurite Aieshah adalah view tepi air terjun. suka betul tengok air yang terjun tu. sampai tak mahu berganjak.

dalam gua air terjun. Aieshah menjerit tak nak pergi dari sini.

Destinasi akhir sebelum keluar kami lepak di kolem ikan. Punya lah penat jadi kami duduk terus tepi kolam tu sambil melayan bagi makan ikan dan itik yang ada kat situ. Aiesah memang hantu air macam nak terjun dalam kolam tu… kami keluar dalam jam 3.30 petang. Huhh! Damper 4 jam jugak berjalan rupa nya. 


Wednesday, January 12, 2011

Nota buat Sis...

(Untuk seorang sahabat yang sentiasa di hati...)


Saya tahu saya tidak layak untuk menegur apatah lagi untuk menasihati. saya baru setahun jagung dan belum banyak pengalaman saya pelajari. tapi saya sudah banyak berubah sis. saya bukan saya yang dahulu... saya bersyukur setiap kali saya bermuhasabah. saya disedarkan banyak perkara. saya juga banyak lakukan kesilapan... bukan sis seorang. hidup manusia tuhan dah ciptakan tak sempurna. cukuplah menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku. itukan ketetapan...itukan kecacatan... kita selaku hamba tuhan.

saya tahu... beban yang memikul lebih berat. nescaya mulut yang berkata memang ringan.
tapi akal kewarasan kita perlu tetap dihadapan. Ironinya, akal saya yang tidak sempurna ini telah mengatakan... cukuplah sis bawa penderitaan itu sampai sini. jangan diteruskan lagi. selagi kemarahan dan dendam itu terbuku di jiwa, selamanya tidak akan muncul bahagia dan dan tenang dihati.

cukuplah sis. berhenti menyalahkan dia walau memang dia yang bersalah. dulu memang saya kasihankan sis kerana menjadi mangsa dalam rumahtangga. tapi sekarag saya lebih kasihakan lagi... kerana belum bernokhtah rupanya kesumat dijiwa. sedangkan peristiwa itu sudah menjadi kenangan lama yang terluka. sudahlah sis. lupakan yang lalu dan mulakan hidup yang baru.

tak guna sis terus perjuang mengutuk dan mengata. itu hanya menambah beban dan kecewa dalam jiwa. hati manusia tuhan jadikan selembut sutera. usah latih dia menjadi batu perkasa. kutukan itu tak merubah apa-apa. cuma menambah sakit di dada. apatah lagi bila hebahkan...cukup lah sis bawa penderitaan itu.  lepaskanlah... lepaskan...

seandainya benar sis mahu terus perjuangkan. gunakanlah mahkamah keadilan. laporkan pada yang berkuasa nescaya tuntutan akan dibicara seperti diminta. biar mahkamah yang menentukan segala. hentikankan kutukan sis... bawalah ke muka pengadilan. sekurangnya dapatlah nafkah seperti diminta. tak guna mengaku diri teraniaya, tapi hanya mulut bersuara, tindakan tiada.

Cukuplah sis. hentikan kutukan itu. mulakan hidup baru. kutukan itu tidak membawa kebahagiaan. puaskan bila isi kutukan itu diluahkan. puaskah? bahagiakan? sudahlah sis. sudahlah. hentikanlah. kemaafan itu tiada rugi untuk diri ini. malah mengangkat kehormatan diri. mulia di sisi Yang Maha Mengetahui. carilah bahagia... kerana setiap manusia berhak menikmatinya.... 

Sis... seadainya sis membaca nota ini... ini adalah kasihan seorang adik melihat penderitaan jiwa seorang kakak. redhalah dengan dugaan yang menimpa. Nescaya kita lebih bahagia. Semoga tuhan sentiasa merahmati jiwa dan hidup kita. semoga apa jua yang berlaku tidak memutuskan persaudaraan kita. Semoga kita sentiasa bermuhasabah tentang diri kita. semoga tuhan sentiasa menunjukkan kesalahan kita. kerana tidak sempurnanya hidup kita adalah bermula dengan diri kita.

Aminn..

Tuesday, January 11, 2011

SAIFULLAH

Kuasa Parsi akan jatuh ditangan Ummat Ku...
(Rasullah SAW)



Kami adalah pahlawan yang tidak takut mati,
kami lalui hari-hari di Ubullah dan Misan dengan gempita,
Singa-singa bertempur gagah.
belum pernah disaksikan perang sedasyat ini...
Musuh yang bongkak gugur bagai daun kering,
Tokoh-tokoh Parsi telah tewas,
Huzmuz dan Rustam di tangan Khalid
kami perangi tujuh puluh ribu..
saki baki yang hancur menjadi tawanan...

Monday, January 03, 2011

Bila kali terakhir dia BERCUTI...?

Dia adalah orang yang rapat dengan saya. Saya lahir kedunia dialah antara yang senyum menyambut saya. Saya jalan... dia yang acahkan.. saya jatuh dia yang bangunkan. Saya belajar... saya perhati dia. Saya pandai sebab saya nak kejar dia. Saya pandai main keyboard sebab dia yang ajar. Pendek kata dia memang dekat dalam hati saya.

Bial saya dah kahwin saya buat hal saya... dia pun buat hal dia. Saya ada hidup saya. Dia pun ada hidup dia. Tapi dia masih tetap ada dalam hati saya. Apa yang saya nak cerita bukan fasal dia sangat... tapi masih tetap fasal dialah. Tentang kerja dia.

Saya bukan kategori orang yang rajin bekerja... workerholic. Mama saya pun tahu. Ataupun sebenarnya mama memang lagi tahu.... tapi saya bertanggungjawab dengan kerja saya. Bos saya bagilah apa pun pada saya... saya komited melangsaikan kerja saya. Saya boleh stay kat ofic sampai pukul berapa pun saya tak kisah. Saya buat kerja pun cepat dan laju. Sebab saya tak rajin... jadi nak habis cepat sahaja.... sebab tu saya selalu careless. Itu pun mama saya tahu...tapi saya bijak. Saya memang mengaku saya bijak sejak dari kecil lagi. Ini pun mama tahu jugak. Saya memang scorer dari dulu. Pendek kata kalau ada yang score lagi tinggi dari saya saya aim dia untuk kalahkan dia. Memang tak puas hati selagi bukan saya yang .....( tak la sampai nombor satu)... tapi cukuplah menyebabkan orang kagum dengan saya.

Tapi dia lain. Dia memang rajin bekerja. Kerja tu dah jadi macam bini dia. Dia buat kerja halus lagi teliti. Hasilnya... jangan kata tepat... tapi jitu! Kalau dia kerja, macam jam dah wujud. Pukul berapa pun tak kisah. Matahari dengan bulan pun tak perasan. Lain nya dia dengan saya.... satu saja yang dia sama dengan saya... dia pun bijak macam saya. Mungkin lagi bijak kot... sebab pemikiran dia tak terjangkau dek akal saya. banyak betul barangan yang telah terinovasi dek kepanjangan akal itu...

Saya memang suka cuti. Bagi saya bila bercuti saya dapat laksanakan apa yang saya suka. Saya boleh masak.... saya boleh kemas rumah saya yang bersepah tu... boleh tengoh movie, boleh membaca buku.... dan mungkin boleh melukis. Sebab saya sangat sibuk saya rasa kali terakhir saya melukis adalah....... emmm.... mungkin... lima tahun lalu. Sehingga saya tak pasti saya ni boleh melukis lagi ke??? Tapi sekurangnya saya masih ada banyak kelapangan untuk membaca....

Sekarang dia pulak... bila pulak dia cuti?? Saya tak pernah tengok dia cuti. Bila saya cuti saya balik kampung saya tengok dia tak ada kat rumah. Lewat malam baru balik. Saya balik raya kat rumah... lepas sembahyang raya saya dah tak nampak muka dia. Hooo raya pun dia kerja. Jadi... bila kali terakhir dia cuti..??? Saya pun tak pasti.... kawan baik dia adalah kerja... hobi dia pun kerja... cuti dia pun kerja... rehat dia pun kerja....

Tiba-tiba Teringat 1; Saya dan Sukan...

Waktu zaman kanak-kanak saya memang best. Saya suka sukan. Saya main raounders, bola jaring, olahraga... semua saya masuk. Saya wakil daerah untuk acara 4x100. Bola jaring pun saya suka. Waktu saya darjah lima cikgu dah pilih saya untuk jadi apprentice wakil sekolah. Tiga orang je darjah lima. Saya ingat lagi. Yang lain semua kakak-kakak darjah enam. Jadi setiap kali ada lawan netball cikgu mesti bawa kami sekali. Walaupun sorak dari tepi padang... tapi seronok tengok kakak-kakak saya main. Bila dah darjah enam. Cikgu buat pemilihan lagi untuk wakil sekolah. Cikgu buat perlawanan lawan kelas kelas. Jadi setiap kelas kena built team sendiri. Saya memang excited. Kelas saya pun excited. Tapi saya kecil hati betul diorang letak saya simpanan sahaja. Ni semua geng-geng otai kelas lah ni. Tak ada lah reti main tapi rules lebih. Saya kan waktu tu budak baik. Jadi saya memberontak dalam hati je. Sebab diorang kata nanti semua orang akan berpeluang nak main.

Tapi di hari perlawanan semua orang nak tunjuk taring. Seorang pun tak bagi saya main. Waktu tu kami tengah lawan kelas sebelah. Walaupun kitorang dah skor 6-0 tapi saya tak seronok. Sebab saya tak main. Last sekali kelas sebelah tu offer saya main. Kawan saya pun dah tak kisah. Diorang tengah gila gol belasah kelas sebelah yang offer saya main. Walaupun diorang tak terer tapi sebab nak main jugak saya setuju main dalam group kelas sebelah ni. Maknanya saya lawan kawan saya sendiri. Dalam group kelas sebelah ni ada seorang kawan saya yang sama-sama jadi apprentice netball waktu darjah lima dulu. Nama dia Suzanna (kalau tak silap saya)Jadi dia tahu yang saya pandai main. So kami buat pelan sendiri. Tak sampai 5 minit saya main ...nah amik kau... skor gol. Ha ha telur dah pecah. Tu lah.... tak bagi lagi saya main. Kan saya dah tolong kelas sebelah ni skor. Saya memang puas hati. Lepas tu ada konterversi pulak... tak bagi saya main. Sebab saya ni sebenarnya group mereka..... Apalah... rasa macam nak merajuk je dengan kawan-kawan saya ni. Cakap je lah yang takut saya skor gol lagi. Tapi saya kan budak baik.... so saya ikut je. Jadik saya main tak sampai pun 10 minit...

Akhirnya perlawanan hari itu kelas saya menang. Gol 7-1. Satu tu lah yang saya gol kan. Saya ingat kalau saya main lagi mahu boleh seri tu... he he. Tapi yang bestnya bukan tu sahaja.... minggu berikutnya waktu keluar list nama-nama player yang akan wakil sekolah (cikgu tampal)... saya yang main tak sampai 5 minit ada jugak nama. Geng-geng otai kelas saya mestilah tak puas hati. Main sikit tapi boleh pulak naik nama... Ha ha ... amik kau....10 orang je tau. tapi memang nasib saya. Mama saya tak bagi saya wakil sekolah. Dia cakap saya dah darjah enam. Nak exam.... kecewa betul saya. Saya merajuk seminggu tau...

Tapi lagenda saya tu rupanya diingati sehingga saya tingkatan 3. Waktu itu saya kelas 3k (khas-ada bahasa arab). kelas 3 S ( kelas sukan... budak-budak yang hebat sukan semua disini) ajak kami buat friendship match. kami pun setuju. Kawan saya Suzanna ingat lagi dekat saya... dia dalam kelas 3 S ni. Sebelum permainan bermula... dia pesan pada kawana-kawan dia... "korang jaga sikit dengan budak pakai cermin mata tu..." he he saya ketawa dalam hati ... saya dah tak terer dah....

Walaupun saya masuk kelas bebudak skema... (sebab saya pun skema jugak), saya masih aktif bersukan. walaupun ustaz saya kata tak manis anak dara berlari.... tapi saya wakil jugak rumah saya dalam acara 4x400m dan 4x100. saya menang tau....Cikgu rumah saya siap belanja saya makan kat kantin sekolah (Cikgu Malik). saya rasa saya seorang je dalam kelas saya yang wakilkan rumah.... hoo malu pulak saya. dengan tudung labuh saya berlari. he he. ye lah... memang betul kata ustaz saya. tak manis lah anak dara berlari...

Bila saya tingkatan 4.. saya masuk sekolah sains. Duduk Asrama. Saya masih berlari lagi... kali ni lagi banyak saya rembat. saya masuk 4x400, 1500m dan 5000m. saya menang jugak tau.... kecuali 1500m sebab kaki saya cramp. merentas desa pun saya masuk jugak. saya orang pertama (perempuan) dari rumah saya yang sampai. Waktu tu baru kawan-kawan saya tahu... kaki kuda rupanya saya ni. lepas tu baru cikgu offer masuk balapan.

Sampai saya masuk U saya masih lagi berlari. tapi dah tak wakil mana-mana dah. saya berlari untuk kepuasan diri sendiri. Waktu saya kat U, bila saya excited saya berlari... (joging), saya sedih saya pergi lari... saya bengang pun saya pergi lari... saya boleh layan lari ni seorang diri sahaja. tak payah nak berteman....

Bila saya dah kerja... saya dah kurang lari. bila saya kawin... hujung-minggu je saya pergi jogging dengan suami. tapi bila dah ada anak ni hampir dah tak berlari dah. Sampai badan saya pun dah naik. daki tangga pun dah rasa semput.. tak boleh jadi ni... saya mesti plan nak bersukan semula.

Hoo... teringat zaman dulu memang seronok kan....

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...