My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Wednesday, November 20, 2013

Nasib Hang Nadim?





Remember Hang Nadim…..

Saya ingatkan cerita hikayat ni… tentang Singapura di langgar todak
Bukankah Hang Nadim yang bagi cadangan supaya lawan ikan todak dengan batang pisang….
Hang Nadim kecil sangat waktu ni… budak-budak lagi.
Tapi dapat selesaikan masalah lebih baik dari bendahara… pegawai istana… mahupun Raja…

Tapi apa yang Raja buat…
Ada dia dengar cadangan Hang Nadim???
carilah sambungannya di kedai-kedai buku berhampiran

Ada lagikah Hikayat Hang Nadim sekarang?

Malaysia banyak cerdik pandai
Lagi hebat dari Hang Nadim
Ada yang sampai bentang kertas kerja
Kira itu kira ini
Plot graf
Cari  margin cost and benefit
Buat penyelesaian terbaik…..
bukan hanya berfirasat atau berintuisi 
Dan ajukan syor penyelesaian…..

Ada banyak Hang Nadim…..
dia bersuara
tapi kita tak dengar.....
tenggelam.... 

atau 

Hang Nadim yang takut bersuara????
takut dapat nasib yang sama
Hang Nadim tak nak pisang berbuah dua kali

Monday, November 18, 2013

Puisi Buat Pencinta


Ya Allah

Panjangkanlah umur nya
Murahkanlah rezekinya
Permudahkanlah hidupnya
Jauhkan fitnah darinya
Simpangkan kejahatan dari kalbunya

Andai Kau berikan ujian
Kau ilhamlah kepadanya penyelesaian
Andai Kau berikan kepadanya kesusahan
Kau kuatlah dia dengan ketabahan
Andai Kau takdirkan kesakitan
Kau datangkanlah penawar kesembuhan
Jika Kau berikan kemewahan
Mohon kau rentap kealpaan

Ku Mohon Kau beri rahmat dan pekerti
Lansung Kau ranapkan keangkuhan
Kau simpangkan jauh fitnah dan kejahatan


Ya Tuhan
Kau dengari rintih doanya
Kau Perkenankanlah permintaannya….


Pena Menulis 17/11/2013

Selamat Hari Lahir










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih