My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Wednesday, February 23, 2011

Gender: Keistimewaan Vs Kesamarataan


Saya wanita yang bekerjaya. Saya pasti ramai lagi wanita di luar sana yang bekerjaya seperti saya. saya juga sangat optimis, ramai wanita duluar sana lebih berjaya dari saya. saya cukup senang dan gembira mendengar kejayaan wanita hari ini dalam turut sama membina kemajuan yang dikecapi oleh negara. lebih gembira bila melihat ramai wanita hari ini berpendidikan tinggi dan setanding dengan kaum lelaki. lebih bangga lagi bila wanita hari ini di angkat menerajui organisasi-organisasi penting dalam negara menjadikan wanita juga berkebolehan sebagai seorang pemimpin.

Lahir dari hati saya, semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin hebat seperti wanita-wanita ini. Datuk Mazlan. Datuk Zetty Akhtar, Datuk Syarifah Habsah malah ramai lagi negarawan wanita yang boleh menjadi inspirasi wanita masa kini. 

Persoalannya kalau hendak di buat perumpamaan.... "wanita lain dah ke bulan, tapi masih ada wanita yang belum kenal bulan pun". 

Kita sedia maklum kerajaan hari ini sangat terbuka dan tidak mendiskriminasikan kaum wanita dalam kerjaya. Kalau dulu kebanyakan profesion dimonopolioleh kaum lelaki tetapi kini sudah ada jurutera wanita, sudah mudah mendapatkan doktor wanita, dan hampir kesemua profesion ada wanita. hak untuk mendapatkan kesamaan gender dalam peluang pekerjaan sudah ada. Namun  apa yang dikesali adalah sikap segelintir kaum wanita yang mejadikan gender sebagai keistimewaan (alasan) untuk tidak bekerja keras ataupun mendapat pengecualian tertentu.

 Sebagai seorang pekerja yang profesional. gender tidak sepatutnya menjadi alasan. Faktor ini menyebabkan kebanyakan majikan akan memandang rendah mengenai kebolehan kaum wanita. seandainya benar tidak mampu, ia perlulah disokong oleh faktor yang lebih kukuh seperti faktor kesihatan atau lain-lain faktor yang secara logikanya lebih kukuh. 

Seandainya kaum wanita terus menerus menjadikan faktor gender itu sebagai keistimewaan untuk mendapat pengecualian. tidak hairan suatu hari nanti majikan lebih gemar mengambil hanya lelaki sebagai pekerja. Atau tidak hairan kalau anugerah Cemerlang perkhidmatan didominasi oleh Kaum Lelaki. 




Thursday, February 17, 2011

Kembali kepada keadaan yang meletihkan...

Sekarang Bos saya dah tak ada (immediate bos). Pergi sambung belajar. Master... 2 tahun. Lama tu. Bos saya ni rajin pergi meeting di luar kawasan. Jadi waktu bos saya ada saya memang duduk diam-diam sahaja di office. Dia kata tugas saya buat kerja sahaja. Kalau pergi meeting pun meeting dalaman. Jarang-jarang sangat pergi KL dan Putrajaya, itu pun hanya bila di arahkan.

Sekarang, bilik bos dah kosong. Jadi semua meeting kitalah yang nak kena pergi. Minggu lepas hari-hari pergi KL. Walaupun rumah kat serdang tapi masih kena patah balik ke Kajang ambil anak di rumah pengasuh dan patah balik serdang. Sampai rumah dah pukul 9.00 malam. Dah tercungap. Hoo penatlah.Rumah pun mulalah malas nak kemas....

Dulu kita yang buat kerja, bos tolong sampaikan. Sekarang kita yang buat kerja kita jugak yang pergi meeting. Bila nak buat kerja??? Meeting pun kena pergi kan.. tak seronok betul tak ada bos. Dah balik kembali keadaan asal. Kerja bertimbun sebab tak sempat nak buat waktu kerja.

Sebab asalnya saya memang tak pernah ada immediate bos. Waktu mula-mula kerja dulu pun tak ada. Tak ada siapa nak ajar buat itu buat ini. Semua belajar sendiri. Belajar dari kerani, belajar dari bos kawan-kawan kita yang lain. Itu pun dulu tak kawin lagi. Jadi tak kisah nak balik pukul berapa. Dulu saya lagi suka habiskan masa di office. Balik rumah pun kita seorang sahaja. Jadi dulu tak kisah balik pukul 10 malam pun. Pukul 1.00 pagi pun pernah. Tapi belum pernah bermalam di office. (sebab ada kawan-kawan sejawatan saya yang sampai bermalam di office). Bila dah kahwin pun tak kisah lagi. Suami pun tak kisah. Asal pandai jaga diri. Asal balik kerja terus ke rumah. Tak kisah pukul berapa.

Tapi sekarang saya berkisah sikit. Kesian dekat Aieshah. Nanti tak kenal Bonda dan Ayah. Sebab ayah pun selalu balik lewat. Yang kenal Mama dan Tok Wan di rumah pengasuh. Pukul 7.30 pagi bonda hantar, 6.00 petang baru bonda ambil kalau hari biasa. Paling awal pun 5.30 petang. Kadang-kadang terbabas 7.30 malam. 8.30 pun ada. Kesian Aieshah..

Rumah yang selalu bersepah tu (tahap biasa), dah jadi macam kena langgar garuda (dah kronik sikit). Tapi belum sampai tahap tongkang pecah lagi. Kejap-kejap lagi nenek datang melawat tengok rumah dia tak terurus macam ni kena bebel lah saya jawabnya.

Tapi nak buat macam mana… hidup kena teruskan macam biasa. Masa boleh cari. Tinggal nak tak nak sahaja. Letih sahaja yang buat berat kaki.

Kerja pun kena terus kan jugak. Kalau kita yang tak buat siapa nak buat. Nanti KSN keluar statement lagi “ kalau kita yang tak deliver nanti orang lain yang ambil alih untuk deliver kerja kita’. Kan tercabar jugak nanti kan. Kerja pun nak kena tetap bermotivasi. Kalau tak macam kerja dengan hati  yang mati. Tak seronok kan. Kerja banyak tak apa. Jangan tak ada kerja. Itu namanya makan gaji buta. Lagi teruk kalau ada kerja tapi tak nak buat. Dulu lagi teruk kerja. Sekarang ok sikit. Dulu pegawai ada dua sahaja. Seorang tu pun EO sahaja. Jadi kalau ikut seorang sahaja pegawai. Saya lah tu. Tapi sekarang dah tambah seorang. Kalau dulu kerja belah dua. Sekarang dah belah tiga. Ringan sikit. Sepatutnya boleh belah lima. Sebab 2 jawatan kosong.. Bersyukur dengan apa yang ada... walau bos tak ada. Jadi akhirnya saya redha sahajalah (sama macam nama suami saya).

p/a:   cepatlah pengganti bos saya ni datang… (walaupun % nak dapat pengganti sangat rendah).

Monday, February 14, 2011

Port Dickson, Negeri Sembilan


Hari itu hari Sabtu. Macam biasa saya pergi pasar Serdang pagi-pagi. Bezanya, kali ini suami saya nak temankan bersama Aieshah sekali. Jadi saya pergi lewat sikit. Dalam pukul 8 lebih baru bertolak. Pembelian barang-barang basah hari itu di Sponsor oleh Encik Poket Suami. Saya beli Ayam untuk sekali makan, ikan kerisi 2 ekor, ikan tenggiri untuk bubur si Che chah, Sotong dan Udang sekali makan, jantung pisang, kaccor Che Chah, santan, tomato, serai dan sempat beli majalah sebuah… Semua skali dalam RM 35. On the way balik kami singgah ke Restoran Al Hamra isi perut untuk makan pagi. CheChah pun makan jugak nasi lemak yang saya bahagi separuh dengan dia. Tiba-tiba keluar idea spontan nak pergi berkelah hari itu…

Suami setuju. Pikir punya pikir mana nak berkelah. Akhirnya kami setuju pergi Port Dicson sebab tak jauh sangat, sambil boleh menikmati keindahan laut dan pantai. Jadi balik rumah saya terus masak. Menu berkelah hari itu ialah:
           
1.    Nasi Putih
2.    Masak Lemak Jantung Pisang dan Udang
3.    Ayam goring Berempah
4.    Sambal Sotong

Emmm sedap. Sedap. Che Chah tengah tidur. Jadi tak dapat nak bertolak lagi. Tunggu punya tunggu last skali Che Chah bangun pukul 1.00, jadi kami pun tunggu zohor dulu. Jadi dalam pukul 2 baru bertolak. Adik saya pun turut serta. Sampai PD, pusing-pusing cari Port yang baik sikit last skali pukul 4.00 petang baru dapat makan. Haa, memang dah mengaum perut ni dari tadi. Kami makan macam harimau tak makan sebulan. Apa nama pantainya pun saya dah lupa. Tapi tepi hotel Bayu Beach Resort.

Dah Basah dari atas sampai bawah




Lepas makan kami bawa Che Chah tepi pantai. Sakan budak ni. Macam Hantu air. Dah tak peduli ayah, bonda dan Cu. Terus lari merodong ke air laut… Che Chah memang seronok sangat. Siap boleh berenang-renang di gigi air. Seronong main ombak. Menari-nari lagi. Layan budak sorang ni sampai tak perasan jam dah dekat pukul 6. Che Chah memang dah lecun. Dari kaki, baju, pampers sampai rambut. Memang nak kena basuh betul-betul budak ni. Kalau tidak nanti naik ruam. Tapi nak basuh kat mana yek??

Anak Bonda kena tanam...

 Lalu secara tidak sengaja, kami pu  buat keputusan untuk bermalam kat situ walaupun kalau nak balik rumah sejam boleh sampai. Kami menginap di Hotel yantg betul-betul di Pantai yang kami main. Bayu Beach Resort. Ha ha. Baju?? Nasib baik, emergency beg sentiasa ada dalam kereta. Cuma susu Che Chah sahaja kene beli. Ooooi, penat pusing PD tu cari Susu AnMun nombor 3. Malam tu, Che Chah tidur awal. Dia dah tidur waktu kami tengah makan lagi malam di Kirana Songkla Seafood Restaurant.


Pagi tu, lepas breakfast, Che Chah sambung mandi laut. Kali ni Bonda, Ayah dan Cu sekali Join. Jadi semua orang pun basah lecun. Bonda sempat tanam Che Chah dalam pasir. Bonda ingat Che Chah nak menjerit. Rupanya lagi suka main pasir-pasir tu.

Balik hotel, semua orang tidur kepenatan. Termasuklah Che Chah. Pukul 1 baru check Out. Sebelum balik sempat pekena Nasi Kukus ayam panggang di Gerai Koboi PD. Sedap… patut pun ramai orang datang. Tapi tempai dia memang koboi betul lah. Sempoi. Menu pun nasik ayam je yang ada.

Fikir balik, walaupun percutian ini tidak dirancang, tapi masih seronok dan release tention. Tapi haaa esok kerja balik…

Faktor Saya Beli Rumah Di sini??

Saya dah tak larat nak jawab dah. jadi saya postkan sahaja. ramai juga yang tanya. terutama kawan-kawan. Saya tahu sebab mereka pun sedang mempertimbangkan beli rumah. Pada hemat saya yang belum banyak pengalaman banyak faktor yang saya teliti sebelum saya beli rumah. Dan banyak juga dasar mengenai rumah yang perlu saya pelajari. Pertama dan utama, rumah tidak akan susut nilai kerana pembelian kedua atau ketiga atau seterusnya. Rumah hanya akan susut nilai jika, pasaran semasa turun, hutang tertunggak, atau kerosakan mengenai rumah. selain dari sebab di atas, rumah akan sentiasa mengikut harga pasaran tak kira rumah baru atau rumah lama. Saya perlu jelaskan sebab ramai yang salah anggap mengenai pasaran rumah Sub-Sale (beli dari orang lain bukan pemaju)

Itu dasar yang perlu diketahui dahulu. Sama seeprti Post saya sebelum ini. Perkara lain yang dipertimbangkan adalah seperti beriku:

1. Harga Rumah mengikut kemampuan
2. Lokasi rumah dengan bandardan jaringan jalan raya
3. Lokasi tempat kerja
4. Saiz rumah
5. persekitaran kawasan rumah
6. kejiranan
7. kemudahan runcit
8. Risiko kesesakan
9. sejauh mana kita sanggup berkorban (jika salah satu kriteria di atas tidak memenuhi kehendak).

 Saya dah biasa duduk apartment. Apartment Mama saya tu dah jadi sebahagian dari hidup saya. saya memang suka duduk situ. Sebab saya suka suasana private, senyap dan sunyi. Jadi bila saya cari rumah, kalau boleh memang saya nak kekalkan environment seperti ini. Rumah yang saya bakal duduki adalah dalam 70% environment ini. senyap dan sunyi. Kerana jalan masuk bukan jalan utama. Kalau nak bising pun disebabkan highway Lekas disebelah taman ini.

Jaringan jalan memang ok. Sebab memang tepi highway. Kedai runcit yang berdekatan memang tak ada. paling dekat adalah dalam 5km. Itu pun kena berpusing sebab jalan one way. tapi tak apa. yang itu saya tak kisah. Sekali keluar boleh beli semuakan? 

Lokasi saya rasa bagus. Sebab market kat sini sangat bagus. Projek baru Lounch, Kajang 2. Teres harganya 400k. Jadi market price rumah ni pun boleh naik lagi. Bagi saya market price ni penting. Senang kalau saya nak jual rumah tu balik, atau nak sewakan. Sebab kerja saya sangat berisiko untuk dipindahkan kemana-mana negeri samada dalam negeri mahu pun luar negeri. Status tanah adalah pegangan bebas. Jadi senang juga kalau nak jual. Mana tahu kalau rezeki saya murah untuk target rumah Semi-D pulak. Lokasi dengan tempat kerja pun ok. Kerja saya berkisar di Kajang, KL, dan Putra Jaya. Kajang memang dalam kawasan. Ke Putra Jaya 20-30 min. Dekat lagi. KL dalam 40 minit kalau tak jem. Larat lagi kalau nak berulang. habis sesak pun mungkin tak lebih dari 1 jam. Masih boleh consider. 

Lokasi dengan tempat kerja saya sangat titik berat kan. Saya memang tak sanggup nak habiskan masa seharian saya dengan bawa kereta sahaja. Sayang.. masa tersebut boleh saya luangkan buat anak tersayang. biar dapat perhatian lebih dari saya sebagai bonda. Atas faktor ini lah saya sanggup membayar lebih atas harga rumah, sedangkan saya boleh dapat Semi-D kalau saya beli di kawasan semenyih atau banglo di Nilai / Pajam. Pada saya sudah tidak ada kelangsungan hidup kalau tempat kerja berjauhan, kerana pergi kerja anak masih tidur, balik kerja pun anak sudah tidur. Itu pun kalau diri masih sihat. kalau sudah tua, dan kurang kesihatan, berulang jauh pasti sesuatu yang membebankan. Apatah lagi bagi diri saya yang sering pulang lewat dari tempat kerja kerana beban kerja perlu disudahkan. Saya sangat menyanjung bagi mereka yang sanggup berulang dari tempat jauh ke tempat kerja. Dalam pemikiran saya hairan.. bagaimana mereka ini dapat membina keluarga, dalam masa yang sama membina kerjaya.

Saiz rumah saya sederhana. cukup untuk saya yang baru mebina keluarga dan kerjaya. Tahun ini baru empat tahun saya bekerja dan baru 3 tahun mendirikan rumah tangga. Anak pun baru seorang dan baru 1 tahun. jadi cukuplah sebuah rumah teres dua tingkat. Kalau keluarga atau sanak saudara datang menziarah pun masih dapat berikan keselesaan.

Kejiranan saya terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Dalam usia saya pun ada. Pertengahan usia pun banyak. Warga emas saya rasa tak ada kot. Hampir suku dari penghuni Taman ini telah saya kenali kerana bekerja satu organisasi dengan saya sekarang. Emm senang kan.. 

Jadi saya rasa, saya memang dah fikir masak-masak. Dah ranum pun.. Untuk beli rumah ini. Insyaallah kalau ada rezeki dalam bulan Mac ini saya akan masuk rumah ini...

Monday, February 07, 2011

Nilai Hartanah.. tiada yang 2nd hand

Ya... patut lah ramai manusia nak libatkan diri dalam bidang hartanah. bagi tahun 2011, rata rata nilai hartanah di lembah klang naik hampir 10%. kalau tahun lepas rumah rumah teres di bangi/ kajang nilainya 295k, tahun ini sudah ad nak mencecah 400k.  bayangkan sesiapa yang mempunyai rumah dan menjualnya dah hampir untung 100k.

Oleh sebab itu, seandainya kita bijak, kita boleh jadi kaya hanya dengan memperdagangkan rumah dan hartanah. mungkin kerana itu, dalam istilah beli rumah tidak wujud frasa '2nd hand'. Kalau kereta, harga kereta 2nd hand susut hampir setengah nilai kereta. jadi rugi menjual kembali kereta. tapi, kalau rumah sub-sale, tak kisahlah owner yang ketiga, keempat, kesekiankalinya, harga rumah tetap mengikut harga pasaran. jadi harga rumah baru dan lama tetap sama. kalau rumah yang baru bina itu harganya 300k, jadi nilai pasaran rumah lama yang berada berhampiran boleh diandaikan mempunyai harga pasaran 300k. 

Tapi siapakata harga hartanah tak akan turun. harga hartanah di Rrawang pernah naik ketika ura-ura KLIA mahu dibina disana. tapi turun akibat kurang permintaan apabila projek tersebut dipindahkan ke Sepang. Nilai hartanah di Broga Semenyih pernah turun apabila diwar-warkan pembinaan insenerator di sana. tetapi kembali stabil apabila projek tersebut dibatalkan.

Nilai hartanah di bandar-bandar @ di Lembah Klang @ lebih dekat dengan KL, lebih bernilai tinggi. malah kenaikannya saban tahun sangat tinggi berbanding di pinggir-pingir bandar. Ada yang sanggup menghabis duit membeli aset ini dan "peram" beberapa tahun ; menunggu kenaikan nilai aset yang cukup untuk diambil untung.  contohnya menyimpan sebuah rumah dalam tempoh lima tahun dan menjualnya kembali. tuan rumah ini mungkin untung sekali atau dua kali ganda. 

Pembeli rumah biasanya ada 3 jenis tujuan (pada hemat saya). pembeli pertama membeli rumah untuk didiami selamanya. pembeli jenis ini mementingkan keselesaan rumah yang bakal dihuni. aspek, kebesaran rumah cukup diambilkira. pembeli ini tidak kisah rumahnya jauh dari tempat kerja. pembeli jenis kedua adalah yang membeli rumah untuk dijadikan pelaburan. memandangkan bidang hartanah menjanjikan peluang yang menguntungkan, aset yang dibeli disewakan ataupun dijual semula dengan harga yang lebih tinggi. pembeli ketiga adalah jenis 'jumper', membeli rumah dengan 2 tujuan. pertama, untuk didiami. namun dalam masa yang sama mencari peluang untuk mengaut untung untuk menjualnya kembali dan membeli rumah yang lebih besar tanpa kos yang tinggi kerana dibiayai oleh keuntungan rumah pertama yang dijualnya.

Namun, membeli rumah tetap ada risikonya, bagi rumah baru dibina, tetap mempunyai potensi untuk terbengkalai. bagi yang membeli rumah sub sale, berhati-hati dengan tunggakan hutang pemilik lama yang belum langsai. justeru pembeli rumah baru dinasihatkan merujuk kepada penguatkuasa yang melulis pembangunan rumah tersebut bagi mendapatkan keterangan mengenai sejarah prestasi kontraktor sebelum ini. begitujuga dengan pembeli rumah subsale, pembeli biasanya menyiasat dahilu hutang-hutang tertunggak, seperti cukai , bil-bil yang berkenaan dan lain-lain supaya tidak tertipu, terutamanya bagi nilai hartanah yang dijual lebih rendah dari harga pasaran.

Pada fikiran saya, mereka yang telah mempunyai hartanah dalam Lembah Klang cukup bertuah. pertama kerana nilainya yang cukup tinggi. Kedua, untuk dihuni, kerana dekat dengan segala kemudahan yang ada. ketiga, potensi untuk terus melambung naik kerana permintaan yang cukup tinggi... Kerana itu, kaum bumiputera perlu buka mata merebut aset-aset bernilai ini. jika tidak kita kembali ke ZAMAN PENJAJAH. MELAYU HANYA DIKAMPUNG-KAMPUNG @ dipinggir bandar.





Wednesday, February 02, 2011

Kau datangkan Dia bagai Angin

Dia datang bagai angin
Entah dari mana
hanya tiba-tiba

Dia datang dan terus menderu
bersama parang ditangan
dentuman senjata yang jelas kedengaran
Diiringi tangisan ketakutan

Dia datang tanpa aku tahu kemana harus  dituju
Tersentak bagai dihentak
mengingatkan aku kembali kepada Pencipta
Rupanya itu juga satu kuasanya

Kau bisa jatuhkan negara hanya sekelip mata
Kau bisa tarik kenikmatan dan kebahagian itu tanpa perlu diminta
Kau jadikannya  Pengajaran
Supaya sentiasa gunakan kewarasan pemikiran dan keimanan
bukan bertuhankan kegoan dan kemewahan

Doaku pada Tuhan ku
Moga Kau pulihkan kembali kecelaruan ini
Moga Kau selamatkan saudara-saudara ku agar bisa kembali
Moga kau tabahkan saudaraku yang menghadapi saat-saat ini

Doaku Pada Pencipta ku
Semoga Kau terus lindungi negara ini
Semoga Kau pertahanan kan keamanan ini
Kerana aku tahu ia juga bisa terjadi disini

Doaku pada Yang Mengasihani diriku
semoga Kau ilhamkan pemimpin ku
agar bisa mereka menahkoda negara ku
supaya anak serta cucu ku
boleh terus aman di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih