Tuesday, December 22, 2015

Mahu Syurga Di Dunia




MAHU SYURGA DI DUNIA

Ada sahaja yang kau cemuhkan tentang dunia mu
kesulitan mu
rintangan mu
kesakitan mu
kekurangan disekeliling mu
pengorbanan mu
ketidakpuasan hati mu
teraniayanya mu

kalau yang tenang itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang gembira itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang penuh kerehatan itu
juga bukan dunia
tapi syurga

Kalau mendapati segala yang didamba
mustahil dunia
pasti syurga

tiada bingit
tiada ketidak adilan
tiada kejahatan
tiada fakir
pastinya juga bukan dunia
ianya syurga

apa lagi yang harus kau dambakan didunia?
keadilan?
keseronokan?
ketenangan?

Terimalah perihal dunia
itu lebih menenangkan

Carilah secebis syurga di dunia
dengan mensyukuri nikmat yang ada

Tak perlu lagi kamu bebelkan...


Pena Menulis
22/12/2015

Tuesday, December 15, 2015

Vege garden

Dlm dua bulan lepas tanam start menanam sawi. Minggu lepas dah mula tuai. Tak tuai sepokok pun. Potong daun2 di sebelah bawah. Pokok sawi ada lah dlm 15 pokok. Pokok pun tak besar... renek2 semuanya... jadilah. Bila potong daun daun dr 15 pokok ni dapatlah secekak kecil.
Sawi yg ditanam sawi bunga kuning... dapat makan segar selepas petik rasanya manis amat.... sedap di buat sup.. dah dua kali masak sawi ni. Kali kedua buat goreng bihun...
 
Sebelum sawi dah memang ada kucai. import dari rumah Cikgu Bolian.
 
Bersama-sama dengan sawi ditanam daun ketumbar.. pun naik dengan baik juga.
 
 
 

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...