My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Tuesday, October 23, 2012

Guru paling Hebat!



Selain daripada Yang Mencipta adalah pencari ilmu…
Mencari dan mengisi hati, akal, naluri adalah fitrah. Justeru jarang sekali berjumpa dengan seorang hamba yang tidak suka ilmu… tak kiralah ilmu jenis apapun asalkan yang boleh membawa kebaikan…

Tuntut ilmu hingga ke negeri china.
Belajar sampai ke liang lahad…
Sinonim dengan peribahasa melayu ini.
Ketahuilah bahawa kita belajar demi merungkai rahsia pencipta. Kita belajar demi survival hidup di dunia.

Yang salah… ramai graduan yang sedang belajar mahupun telah tamat belajar tak mengerti apa hubungkait (conection) ijazah ditangan dengan kehidupan selain daripada peluang pekerjaan. Akhirnya kita dapat saksikan pelajar dengan akademik cemerlang hidup biasa-biasa sahaja. Walaupun saya seorang graduan Fizik bahan yang berakhir dengan kerjaya PTD (hampir tidak mengaplikasikan bahagian besar ilmu bahan), namun terlalu sayang untuk dibuang, saya hanya mampu mengaplikasikan sebahagian kecil untuk kehidupan. Justeru saya tahu apa itu gas termampat, kenapa tingkap kereta perlu dibuka sesekali semasa pemanduan kereta, mengapa susu perlu dibancuh diletakkan air suam baru dituang susu tepungnya, kenapa gelas boleh retak, kekuatan bahan-bahan disekeling saya ketika saya gunakannya, bahan yang boleh dikitar dan tidak boleh dikitar, yang tahan haba mahupun yang cepat diurai, dan lain-lain. Walaupun kehidupan saya tidak berakhir dengan seorang pensyarah Bahan mahupun jurutera, saya akui ilmu yang saya belajar amat berguna dalam kehidupan seharian saya dan akhirnya saya tidak merasakan sebarang sia-sia atas tiga tahun saya bertarung mendapatkan sekeping ijazah kepujian Sains (Bahan).

Bila jarang dibicarakan, diaplikasi akhirnya kita lupa…. Pergilah ilmu begitu sahaja… yang hilang itu pastinya yang paling kurang menyumbang dalam survival kehidupan. Mungkin guru-guru kita itu belum cukup hebat untuk membuatkan kita ingat (adakah?).

Saksikan disekeling kita… ada saudara kita yang tidak perlu ke university…, institusi pengajian tinggi untuk Berjaya… siapa pula gurunya?

Justeru setiap pelajar perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa kita ke university… apa yang dicari. Persepsi ke university untuk Berjaya perlu dikikis dalam masyarakat. Ia mungkin pernah releven… namun bukan untuk zaman generasi Y yang menyaksikan lambakan para graduan yang tiada punca pendapatan.

Kalau begitu…
Siapa pula guru yang perlu kita ikut?
Ilmu apa yang perlu kita cari?
Tak payah masuk universiti?

Kautlah ilmu sebanyak yang kita mampu,
Dakilah gunung lebih tinggi dari Kinabalu
Jangan lupa
Guna akal dan fikiran untuk mencerna ilmu
Bukan hanya terima bagai disuap sudu
Canaikan barsama pengalaman lalu

Perngalaman??
Guru inilah yang menjadikan ada antara kita yang Berjaya tanpa ada apa-apa. Ia seolah guru yang paling sempurna untuk kehidupan. Mengajar yang paling releven dalam meneruskan kesinambungan hidup.

Kerana itu yang paling selalu gagal adalah yang paling Berjaya.
Yang selalu kecewa manjadi yang paling tabah.
Yang paling susah menjadi yang paling gagah.
Yang paling buruk menjadi yang paling menyerlah…
Yang pernah dibuang akhirnya bersinar

Ajaibnya pengalaman menjadikan seseorang….
apatah lagi bila penuh ilmu di dada...
 

Monday, October 22, 2012

Kaji!! BUkan hanya Nilai....





Mungkin ini adalah post yang paling ‘evergreen’. Agak terkejut apabila semalam masih ada yang sudi komen bagi topic ini. Walaupun saya kurang pasti samada anonymous komen post saya atau komen ‘komen pembaca’ post saya. Yang pasti sekali ia adalah petanda aras bahawa isu ‘lagaan’ skim tidak akan berhenti.

Terbaru apabila tersebar blog seorang jurutera yang kurang berpuashati dengan skim guru. Bila saya membaca… bagi saya riak nadanya hanya lebih kepada cemburu… namun ia mengundang kontroversi dikalangan ‘skim’ ini.

Selaku seorang yang berpendidikan tinggi dengan profession yang penuh rasa hormat dan nilai yang tinggi, abaikan sahaja kata-kata jurutera muda ini. Tak perlu dihantuk mahupun tergadah. Kata-kata yang kurang sopan hanya mengundang persepsi salah terhadap pembaca kepada skim perguruan.

Bagi saya bila berpena biarlah berhemah dan bermaruah. Bila kita berkomentar, kita bukan sahaja membawa nama kita, walaupun ia sejati atas pandangan sendiri. Namun kita secara tak langsung membawa sekali apa yang ada pada diri kita seperti profession kita, keluarga kita, ibu bapa kita…

Bagi skim-skim lain (buka juruetera sahaja) bagi saya sudah cukuplah memberi tekanan pada guru-guru. Samaada mahu percaya atau tidak, profession perguruan dicatatkan sebagai profession paling bertekanan tinggi. Bersyukurlah kita tak perlu menghadapi situasi budak nakal, tidak dimarah ibu bapa, dipandang sinis oleh masyarakat. Saya tetap mahu percaya, guru-guru dahulu pun banyak kerja… namun sentiasa berlapang dada dek kerana sokongan social yang ada. Masyarakat sekarang perlu dan masih perlu memberi sokongan sosial kepada para pendidik bukan hanya dengan dengan mencari salah. Kaji yang perlu. Buikan hanya menilai!.

Persepsi guru dibayar gaji perlu dibuang. Gaji mungkin hanya untuk mengajar tapi mendidik perlu jiwa yang ikhlas. Dan tiada sesiapa yang boleh membayar keikhlasan ini. Jika ia pun masyarakat menilai, penilaian perlu iklas dan membina. Bukan berteras emosi kecemburuan yang tinggi… ketahui juga bahawa tidak semuanya berfikiran terbuka dalam menerima teguran atau kritikan. Seharusnya setiap pada kita perlu berlapang dada. Baru minda dapat membuat satu paradigm. Bukan mencerminkan minda kelas ketiga yang memaparkan kecelaruan fikiran.

Ketahui juga bahawa perubahan senantiasa berlaku. Mahu tidak mahu, jiwa ini harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Siapkan diri. Bekerja ibarat berjuang. Hari ini kita senang, esok-esok mungkin kemarau akan datang. Tiada lagi ‘comfortable zone’.

Saya????
Terpaksa delete komen-komen yang ‘terlampau’.
antara komen yang emosi
negatif dan tidak membina...
Akhir kalam....



Friday, October 19, 2012

Bacalah



Di senggang masa memang saya suka membaca… tak boleh lari habit tu dari saya… macam mana mama buat saya jadi macam ni saya pun tak pasti… seronok bila kita tahu sesuatu yang baru. Ditambah lagi bila duduk di dunia tanpa sempadan… seronok lah saya memetik ‘key’ mencari apa pun yang saya nak cari. Sebab tu en wan belikan saya tablet waktu saya berpantang tempoh hari… senang saya nak ‘membaca’ katanya. Membaca buat saya berfikir… harap-harap lambatlah otak saya ni ‘mati’. Orang yang rajin berfikir… tak mudah nyanyuk. Nyanyuk adalah simpton yang menunjukkan bahawa otak kita mengecut. Dan banyak neuro otak sudah tidak berhubung antara satu sama lain.

Kalau dari sudut penulis… saya sangat suka gaya penulisan Pahrol Mohd Juoi. Saya rasa seawal penulisannya dia bergandingan dengan Fadhilah kamsah. Tapi namanya pun sekarang dah besar. Saya suka penceritaannya yang mudah dan menarik… ringkas amat. Tak ada berbunga-bunga. Terang dan jelas. Bukunya pun dah banyak. Terbaru dimana Dia di hatiku. Boleh juga melawat blog ‘genta rasa’.

Ada satu ketika saya suka baca buku philosophy dan kepimpinan. Mental revolusion, the no.1 leader, dan banyak jugak dalam koleksi saya… buku-buku yang biasanya writer from the west pada saya tidak ada momentum. Semuanya sebenarnya telah ada… Cuma dikomersilkan sahaja. Termasuklah ‘blue ocean’. Jadi bila saya baca saya tak ada rasa teruja…. Sejak itu… saya dah kurang menelaah buku-buku leadership dan philosophy barat.  Saya beralih kepada buku-buku life motivation yang berkisar dalam masyarakat Malaysia.. sejak itu juga saya lebih suka baca buku bibliography… menelaah hidup manusia yang ditakdir memimpin memang menarik… tapi yang ini saya tak pernah beli… saya baca di library atau online sahaja… ada juga hati nak buat koleksi… tunggulah dulu saya khatam semua buku yang saya pernah beli (ada yang tak habis baca lagi).

Jauh di sudut hati… saya nak anak-anak saya seperti saya. Biar suka membaca walaupun dikata Bangsa Melayu tak suka membaca… bagi saya buku tu penawar saya. Bila saya marah saya membaca. Saya sedih saya baca. Saya sunyi pun saya baca… habis-habis pun saya buka majalah lama. Aiesyah pun dah pandai membaca… tapi bukan baca ayat… baca gambar… jadilah… dia dah pandai bercerita. Ceritanya dia sendiri yang reka ikut gambar buku yang dia baca..

Bila tanya hati… memang ada niat nak jadi penulis. Malangnya saya rasa penulisan saya tak sebaik perucapan saya. Walaupun saya ‘pendiam’, namun saya mampu berhujah dengan baik. Tapi tak dapat di penakan dengan bagus. Otak saya ligat. Cakap pun ligat. Tapi bila menulis terkedek-kedek. Tangan lembab otak cepat, neuro kat tengah jadi ‘hang’.

Percaya atau tidak… antara wish list hidup saya ni… saya nak ada sebuah buku yang saya karang. Tapi apa yang saya nak karang saya pun tak tahu… mungkin saya patut lebih menulis….

Buku yang paling saya benci baca dan sangat ketega’rk nak baca adalah novel. Bukan saya tak suka novel. Tapi saya nih tak sabar orangnya. Saya nak tahu cepat je… kalau baca buku-buku lain plot nye cepat je. Habis satu cerita cerita lain. Satu motivasi habis… ganti yang lain. Tapi novel ni setiap bab ada kesinambungan. Nama pun cerita. Memang patutlah macam tu. agaknya sebab itu juga saya kurang gemar novel… maka saya pun kurang layan drama bersiri ala-ala telinovella.

Saya cuba nak menulis dengan proper.. opss. Dengan teratur. Tapi banyak juga perkataan-perkataan disleksia saya. Mungkin selepas ini saya kena kuatkan azam menggunakan bahasa yang betul. Bahasa Jiwa Bangsa.. Yeeah!! (memberi semangat pada diri sendiri).

SELAMAT MAJU JAYA.

Pemelihara Rumah


Minggu sudah hari sabtu, rumah jiran saya dipecah masuk…
Siang hari. Tingkap depan dikopek…
Waktu itu tuan rumahnya tak ada… rumah kosong.
Kami pulak baru balik berjalan… tidur belaka..
Hari hujan
Cuaca sejuk
Tidur nyenyak…
Tak dengar apapun bunyi.

Sebab hujan petir…
Ah tong mati kan alarm rumah…
Dah nak jadi agaknya…
Ada guard pun tak jalan…
Kawasan rumah saya ni tertutup…
Entrance Cuma Satu kecuali kalau berjalan kaki

Rumah ah tong end lot. Sebelah rumahnya rumah saya…
Sebelah satu lagi pun pernah hampir dimasuki pencuri jugak…
Risau jugak saya fikir….
Takut-takut kena rumah sendiri
Semoga dilindungi tuhan
Jauh dari sebarang kejahatan
Semoga juga
Pokok-pokok yang saya tanam ni
Doakan jugak keberkatan rumah saya…
Selalu jugak saya pesan kat pokok-pokok saya ni bila saya nak keluar rumah.

Cam orang gila  saya kan…
Dah Cakap ngan pokok sorang-sorang
Poko-pokok sekarang makin subur…
Lepas 3 bulan pantang nih
Kami punggah pasu
Ubah pasu besar
Taruk baja
Bagi pokok naik lagi tinggi
Pokok Kemboja, dan dua pasu pokok pam

Pokok buluh bukan main lagi…
Waktu 2 bulan pantang di kampung
Dia naik bukan main tinggi (sebatang)
Saya balik terus kerat…
Saya rasa sekarang mahu ada dalam 6 batang
Asalnya Cuma sebatang…

Pokok-pokok keladi
Dulu kusam banyak semut
Taruk racun
Sekarang berkilat cam pokok plastic
Saya tambah lagi dua species pokok keladi ni

Hua haha seronok tengok
Tapi kalah jugak dengan heaven on earth kat kampung
Cikgu bolian patut buat entry kongsi tips jaga pokok
Sebab saya rasa saya beli dulu pokok kemboja…
Tapi pokok kemboja dia yang naik tinggi lebih dua meter
Pokok saya macam tu jugak.
Tak acilah macam ni….

Ok. Dah merepek banyak. Objektif sebenar post ini adalah untuk berkongsi doa masuk dan keluar rumah. Semoga rumah tempat berteduh sentiasa dipelihara. Suami saya rajin baca doa manzil… tapi manzil kan panjang sangat… boleh refer entry saya Doa Manzil ada kat situ. So kit abaca doa ringkas ini sahaja disamping berpesan pada pokok-pokok disekeliling kita (saya je yang buat cam gitu… tapi pokok ni macam understand sahaja)

beli pokok ni 2 batang. mati sebatang. yang sebatang tulah beranak pinak sampai ada 6 batang sekarang...tak terambil gambar pulak.

pasu ni kecik... sekarang dah tukar pasu besar sikit...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih