Thursday, May 30, 2013

Adik Kakak 11: They just did what They Love


  He Just love to bite and carry things with his mouth......


  She love to do everything in front of her princess drama / film (TV)


   He and She Love doing it together


l


Yeah...
Most of It.........

Tuesday, May 21, 2013

Mimpi Semalam, Cita-cita Hari ini, Realiti Masa Depan...



Waktu saya kecil
Saya bercita-cita nak macam mama dan abah
Itu sahaja yang saya Nampak hari-hari…
Buktinya
Saya suka main masak-masak
Main pondok-pondok
Saya akan jadi mak…
Ambil rumput, potong-potong
Buat-buat potong sayur…
Masuk dalam tin kacau-kacau…
Sekali sekala saya dodoikan anak patung yang mama belikan
macam mama yang dodoikan adik saya menangis
Terasa cita-cita tu terlaksanan walaupun tipu-tipu

Bila saya dah pergi tadika/ sekolah
Saya berangan nak jadi cikgu…
Saya main pulak cikgu-cikgu dengan adik saya
Sayalah cikgunya…

Dah lagi besar…
Bermimpi Nak jadi doctor pulak…
Sebab selalu jugak saya demam dan abah bawakkan ke klinik
Tengok doctor dengan wayar yang berbelit dileher
Dari telinga dan hujungnya bulat diletak di dada saya
“ tarik nafas….”
Saya main pulak doctor-doktor
Macam selalulah…
Sayalah doktornya…

Sehingga satu tahap
Saya pernah nak jadi PM
Waktu tu dah pandai baca surat khabar
Nonton warta berita
hari-hari Nampak PM
Seronok jadi PM ni
Cakap sana
Cakap sini
Sampai kekadang saya tak faham
Apalah yang seronok sangat orang yang mendengar sampai bertepuk-tepuk tangan
Ohh… diakan PM
Tapi tak adalah saya nak main PM-PM pulak
Dah besar
Waktu tu saya suka bercakap, mencapap (boleh kata gila glamor jugak)
Nak jadi PM…..
Pantang ada pertandingan bercerita/ bersyarah/ berdebat
Kat situlah saya berlagak jadi PM (ehh hemmm hmmm)

Bila saya masuk matrikulasi dan IPT
                                         Standard otak dah tinggi
Jadi dah sedar diri
Tak ada nak gila capap lagi
Jadi cita-cita PM tu mati sendiri…
Macam-macam saya nak jadi
Loyer, engineer, architect semua pun saya bermimpi...
mana tahu jadi realiti

Saya dah dapat dah jadi jurutera
Tapi tak sampai tahun saya berenti kerja
Rasa tak kena dengan jiwa
Rasa tak merdeka..
Saya sambung buat sarjana
Sempat merasa jadi researcher dan tutor
Konon-konon nak jadi pensyarah muda

Tok tik tok tik (bunyi jam)
Sekarang saya jadi pegawai tadbir dan diplomatik
Memang sikit pun tak pernah terdetik
Tapi tuhan lebih tahu
Sememangnya ini yang saya mahu

Benarlah hidup ini macam pusingan jam
Habis pusing kembali ke asal
Pelik…
Sekarang saya nak jadi macam mama dan abah balik
Anak membesar dan terdidik

Bezanya
Saya adalah mama yang pernah jadi engineer, researcher, tutor
Pernah bermimpi nak jadi Lawyer, Lecturer, Doctor
mahu pun Prime minister

kata mama
biar lah anak saya
paling kurang hebatpun
jadilah macam saya…

the end….

Moral of the poem (kalau boleh dikategorikan poemlah)…

Anak-anak akan bercita-cita dengan apa yang di rasa dan Nampak…
Standard ambition bagi kanak-kanak yang bercita-cita nak jadi cikgu atau doctor atau polis mahu pun princess sebab itu yang dilihat hebat pada usianya.
Dia tak kenal lawyer, tak tahu architect…
Lebih tinggi exposure kepada kanak-kanak lebih tinggi dan jauh pemikirannya

Usia yang kecil bukan penghalang ibu bapa membawa pencerahan jauh kepada kanak-kanak (kerana ramai ibu bapa memberi alasan anaknya kecil lagi… kesian nak ajar itu dan ini)
Terpulang kepada kreativiti ibu bapa untuk mengajar dengan cara yang lebih santai sambil bermain…
Biarkan anak bermimpi dan berangan menjadi apa yang dia mahu
Mimpi itu adalah kunci
Untuk sesuatu yang lebih besar dan tidak kita ketahui…

Bercita-citalah
Seperti mana
Muhamad al fateh bermimpi untuk menawan Rom
Seperti salehudin ayubi berangan-angan menakluk Jurusalem

Cita-cita hari ini
Adalah mimpi semalam
Reality di masa depan…

Saya paste sikit dari langit ilahi sedikit sirah mengenai cita-cita dikalangan para sahabat

Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab – suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut :
“ Aku ingin sekali seluruh bangunan ini terisi emas yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :
“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi dengan permata dan mutiara yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata :
“ Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah, sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Subhanallah.Subhanallah. Subhanallah.
Luar biasa hebat!
From
http://langitilahi.com/12887


Friday, May 17, 2013

Persepsi Mudah...





Selepas berakhirnya pru13 hinggalah tertubuhnya kabinet baru semalam… isu rasism belum Nampak mahu surut… mula tercalar selepas kekalahan beberapa calon kuat BN dan prestasi merosot BN. Selepas itu retaknya makin mula menjalar bila isu tsunami Cina mula dibangkitkan dan dieksploitasi barisan Pembangkang.

Tak salah sayangkan bangsa. Ia adalah lumrah. Tak salah sayangkan agama… ia adalah fitrah. Dalam satu kerajaan berbilang bangsa seperti Malaysia… modul yang paling tepat untuk dirujuk adalah Kerajaan yang dibina Rasulallah.

Apa yang menyebabkan Madinah yang mempunyai kepelbagaian agama dan Bangsa menerima mudah Rasulallah sebagai Pemimpin meraka? Tidak takutkah nanti mereka dipinggirkan… tidak risaukah kuasa ekonomi yahudi yang menguasai madinah ketika itu diambil alih saudagar islam?

Paling jelas yang tak perlu disuluh… mereka ini percaya dengan kredidibiliti yang dibawa Rasulallah. Mereka ini walaupun tidak memeluk Islam, menerima Rasulallah memimpin daerah mereka kerana rasa percaya dengan akhlak yang ditunjukkannya. Yakni mereka ini juga tidak meresa terpinggir dan sentiasa diberi perhatian adil oleh Rasulallah… Rasulallah Berjaya menyampaikan tanggungjawabnya dengan baik, adil dan amanah. Tidak ada yang merasa teraniaya mahupun terpinggir atau dipinggirkan. Tidak ada yang merasa tindakan Rasulallah itu akan berpihak kepada satu kaum sahaja tanpa melibatkan kepentingan kaum-kaum yang lain walaupun Rasulallah itu terang-terangan seorang pesuruh Allah yang diberi tanggungjawab menjadi Penyampai Agama Islam. Mohon rujuk tindakan Rasulallah yang enggan bersembahyang digereja walaupun dibenarkan oleh pengganut kristian hanya kerana Rasulallah tidak mahu ada yang beranggapan beliau mahu tukar gereja kepada masjid.
Jelas melihat bagi Rasulallah ini PERSEPSI rakyat adalah sangat penting bagi terus meyakini dirinya sebagai pemimpin, Maruah agama yang disampaikannya, dan ajaran yang di ajar oleh Tuhannya.

Mudah bukan…? (kedengaran memang agak mudah).
Prinsipnya itu yang saya maksudkan mudah. Pemimpin perlu menjaga akhlaknya, amanahnya, perbuatannya….

Kesimpulan mudah  

Memartabatkan/mengikut/memilih pemimpin yang DIYAKINI oleh rakyat adalah FITRAH tidak kira anda Melayu, Cina , India yang beragama Islam, Budha mahupun Hindu.

Justeru, jika difikirkan kembali apa yang menyebabkan berlakunya Tsunami Cina (dan Tsunami Melayu juga : kurang di highlight media) adalah satu unsur fitrah manusia. Saya tidak terkejut bila seorang melayu beragama islam mengundi Parti yang tidak sinonim dengan Melayu dan Islam. Selaku seorang yang beragama Islam memang akan ada prasangka status “memartabatkan Islam”, namun bukan pengundi yang patut disalahkan. Pemimpin perlu menilai diri sendiri. Justeru menyalahkan pengundi adalah jelas satu tindakan yang kurang baik.

Daripada kita berprangsaka negatif (Cina punyai agenda… Melayu gilakan kuasa), lebih baik kita kepangkal jalan. Pemimpin kerajaan banyak dikaitkan dengan salah guna kuasa dan budaya kaya raya, manakala pemimpin pembangkang pula banyak dihubungkan dengan budaya salah laku, demonstrasi dan agenda-agenda tersembunyi.

SAMA ADA IA BENAR MAHUPUN FITNAH,
kedua-dua pihak selaku pemimpin perlu membetulkan persepsi rakyat ini. Sudah sampai masanya pemimpin dan penyokong “jitu” kedua parti berhenti mencari kesalahan lawan, mengucarngacirkan keadaan, melainkan kembali membetulkan diri. Samada menang atau kalah… berpijaklah dibumi nyata lima tahun lagi kita bersua. Tidak akan ada apa yang akan ditolak lagi oleh rakyat jika memperlihatkan kepimpinan yang bermaruah. Aturkan strategi, berbakti, berkhidmat, Kembalikan Kayakinan Rakyat. 

 Apa yang kita dapat melalui perhimpunan sebegini selain hanya memberi provokasi kepada kerajaan ?



lebih tepat:  apalagi yang Rakyat mahu??

Kabinet baru yang akan perlu bertahan 5 tahun ini menggalas kepimpinan penuh berliku dalam membentuk dan memulihkan kepercayaan separuh rakyat Malaysia kepada kerajaan. Kerajaan perlu maklum bahawa mentaliti rakyat yang sebahagian besarnya adalah Pemuda/Remaja telah berubah dan berevolusi hasil sistem pendidikan yang baik yang dibina oleh kerajaan juga....  
semoga barisan kabinet yang dilantik dapat memberi khidmat penuh telus dan ikhlas kepada rakyat.

 saya suka kenyataan menteri Belia dan Sukan yang baru ini....

Thursday, May 16, 2013

Adik kakak 10: Selamat Hari Ibu















Buat Abah, Mama dan semua guru-guru....

Selamat hari guru buat 
Abah
Mama
Kak Nor
Guru-guru yang menjadikan saya seperti saya pada hari ini
buat rakan-rakan yang memilih profesionalisma ini
dan semua insan yang bergelar guru


Semoga kebahagian selalu menerjah
sebagaimana mereka ini membawa bahagia kepada insan lain....

 

Wednesday, May 15, 2013

PIANO: Kenangan Terindah, Samson


Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys.



Aku yang lemah tanpamu
BB    A      AG        GAB
Aku yang rentan karena 

BB   A      AG     GAB
Cinta yang tlah hilang darimu 

EE     D      D    CC     DED
Yang mampu menyanjungku

D      CB        BAAG

Selama mata terbuka 
BBA    AG    GAB
Sampai jantung tak berdetak 

BB       AA      G      GAB
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu

EE D     D  C     CD   E D     DC     BBAAG

Darimu kutemukan hidupku 
BCC       CDEF#   F#EB
Bagiku kaulah cinta sejati..

BCC     CD       EF#  F#AG
Wooo
F#EB


Bila yang tertulis untukku
GE   E      DCD        GCB
Adalah yang terbaik untukmu
CCC     B       A B           EGG
Kan kujadikan kau kenangan
A   AABC           G      CGE
Yang terindah dalam hidupku
A        AAB        EC        DCD

Namun takkan mudah bagiku
GE           ED        CD        GCB
Meninggalkan jejak hidupmu
CCC     B            A B           EGG
Yang tlah terukir abadi
A      A       ABC     GCC
Sebagai kenangan yang terindah
EFF          FED           E          DCC

Friday, May 10, 2013

Dalam Kenangan...

Masih simpan lagi tak Kad kahwin dulu?

ha ha... 

saya masih...
sebelum lunyai dimamah tahun
abdikan lah dulu dalam blog. esok-esok kalau dah tak ada nanti
boleh jugak jengok picturenya di sini.

Satu set ada rumah. diletak di atas rak.
Satu set lagi ada di pejabat.
buat penawar dikala stress...

ohhh memang saya suka tengok hari hari
kadang-kadang bukan tengok je...
belek-belek jugak... 

sangat mujarab dikala otak tengah 'sangkut' / 'hang' di office.





Design kad saya ambil yang telah sedia ada direka olah pengeluar.
manakala susun atur wording dan picture dalam saya buat sendiri.
map dibuat oleh abang saya. Kad ini dicetak bersekali untuk kedua belah pihak. Ada dua jenis. satu yang berkulit keras. satu lagi dari craft paper. kertas helaian dalam pun dari craft paper. kad ini direalisasikan oleh Doc Hasni yang waktu itu tengah study di Medan Indonesia. Terima kasih ye doktor...

Saya sangat suka semua poem dan doa yang dikandungkan dalam kad.

" Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua
dan kiranya
Allah meningkatkan darjat keterunan mereka
menjadi pembuka rahmat
sumber ilmu dan hikmah
serta pemberi rasa aman bagi umat"
(doa Rasullah pada hari pernikahan Say. Fatimah)

" Love fills the moment
And moment begins aternity
Loves fills a lifetimes
And lifetimes begin this hour....

"Y Allah Ya Tuhan Kami
Kami memohon doa dan restu
Berkatilah Majlis ini di bawah Rahmat Mu
Agar ia sempurna selalu
dan semoga jodoh pasangan ini
Nur Hasna & Mohd Redzuan
Berkekalan hingga akhir hayat
Dunia dan Akhirat
Kurniakan mereka anak yang soleh dan solehah
Kehidupan yang mawaddah dan rahmah
Amin Ya Rabbal Alamin."


Walaupun dah 5 tahun...
kertas masih baik dan elok seperti baru...
bagus betul kualiti kertasnya...
gam nya pun tak tertanggal, walau selalu dibuka.

kosnya tak semahal diMalaysia.
Kad kulit keras bersaiz 21x12 cm dalam RM1.50 dengan cetakan 1000x
kad dengan craft paper 20x10 cm
RM 1.00 dengan cetakan 500x
lagi banyak cetakan lagi murah...
ha ha... 5 tahun dulu ye...
sekarang mungkin dah naik 50sen.
cost cover delivery skali.
tapi delivery dia tu secara black market sikit....
pasal kitorang kena kutip kat pelabuhan sendiri... jadi pengeluar ni main pesan dan tumpang kapal je.... 
nasib baik sampai.

doa saya sempena pagi jumaat:
 
Ya Allah 
Engkau mempermudahkan jodoh adik-adik ku
berikan kepada nya
yang sebaik untuk nya
yang akan sentiasa disisinya
yang soleh dibawah berakah mu
yang mengangkat darjat keturunan ibu bapa ku
semoga akan lahir mereka yang menjaga Agama Mu
Dan memberi syafaat kepada ibu bapaku
Amin....


: mod nak jadi wedding planner










Rejab, bulan Allah


penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...