Thursday, March 31, 2011

UNIVERSITI KITA GILA RANKING??




Saya tertarik dengan satu berita akbar UTUSAN MALAYSIA 31 mac 2011halaman 7 yang bertajuk “UITM tidak berminat sertai sistem Ranking”
Komen yang diberikan oleh NC UITM Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar memang menarik.

Namun hanya saparuh kenyataannya sahaja saya setuju.
Pertama bila diterangkan sebab mengapa UITM tidak mahu menyertai sistem ranking… Alasan yang diberikan kerana UITM mempunyai agenda sendiri. Di buat perbandingan dengan Universiti Harvard (yang saya rasa bukan satu perbandingan tepat),

Saya mengucapkan tahniah kepada UITM kerana masih terus memperjuankan hak bumiputera dan mereka yang kurang berpendapatan dalam melanjutkan pelajaran sesuai dengan objektif penubuhan UITM yang asal.

Namun saya merasakan sedikit tidak kena dan terkejut apabila beliau mamaklumkan bahawa adanya sesetengah pihak yang membuat perlabelan gila Ranking.

Walaupun kita tidak mendapat manfaat secara total melalui sistem ranking, ia tetap memberi kebaikan. Pertama, dalam menyahut seruan kerajaan yang meng-antarabangsakan Sistem Pendidikan Tinggi. Dengan menyertai sistem ranking ini, secara tidak langsung, mahu tidak mahu, pihak pengurusan universiti perlu lebih berfikiran jauh untuk menjadikan sistem universiti tersebut lebih kompetitif untuk bersaing. Ini menjadikan pengurusan Universiti tidak leka, malah sentiasa berdaya maju untuk mengangkat martabat universiti ke peringkat dunia. Malah kriteria yang ditetapkan untuk pemarkahan ranking university ini amat baik untuk diaplikasikan dan menjadikan university lebih relevan. (cth: bil penerbitan ilmiah dan penglibatan di peringkat global).saya berfikir... apakah keburukan yang dibawa oleh sistem ranking ini. adakah dengan mendapat tempat tercorot adalah satu keburukan?? mungkin ya. tapi ia menjadikan satu cabaran untuk berusaha. ia menjadi atu kayu ukur kepada kita... Denagn adanya sistem ranking ini, matlamat untuk mewujudkan Universiti APEX dalam pelan strategik pengajian tinggi negara akan terlaksana.

Saya kira, universiti perdana negara ini mengambil pelajar berdasatkan sistem meritokrasi ; gred pemarkahan / keputusan peperiksaan, yang adil tidak mengambil kira status dan latar belakang pelajar (kecuali bagi ‘bumiputera’ bagi universiti yang masih mengguna sistem meritokrasi berkuota). Jadi tidak timbul persoalan keciciran  pengambil pelajar miskin. Persaingan yang diwujudkan antara IPT hari ini saya kira sangat sihat dan tidak ketepikan persoalan remeh tersebut. Seandainya pelajar miskin tersebut layak ke Universiti Malaya atau Universiti Sains Malaysia, status miskin tersebut tidak menjadikan pelajar itu tidak layak ke universiti berkenaan. Namun kredit perlu diberikan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terus menjadi penyokong pelajar tidak berkemampuan meneruskan pengajian dengan memberi dana kewangan kepada semua pelajar yang layak tidak kira di universiti manapun dia berada.

Lebih tidak kena, bila mengaitkan dengan frasa ‘gila ranking’ oleh ‘sesetengah pihak’. Justeru adalah tidak adil untuk ‘sesetengah pihak’ tersebut melabelkan universiti-universiti tempatan yang berani menyahut cabaran sistem ranking ini sebagai gila ranking.Kedudukan bahasa melayu tetap perlu dipertahanankan dan tidak boleh diketepikan hanya kerana ranking... namun saya melihat ia bukan satu sebab untuk tidak dapat menerajui ranking. dalam ranking dunia pun, banyak universiti-universiti luar yang masing-masing masih membudayakan bahasa ibunda. hanya apabila membuat penglibatan antarbangsa seperti penerbitan di dalam jurnal antarabangsa, ia ditulis dalam bahasa inggeris.

Masyarakat sepatutnya tahu, dengan inisiatif beberapa IPT inilah, nama Malaysia dapat terukir dalam Universiti-Universiti bertaraf dunia. Dengan inisiatif Universiti-universiti inilah, maka berlakunya lonjakan ekonomi dalam dalam sektor pendidikan negara (kerana kemasukan ramai pelajar asing), dan sepatutnya kita perlu berterima kasih, kerana universiti-universiti inilah yang menjadi penyelamat kepada negara agar tidak dilabel sebagai negara yang mempunyai pendidikan di takuk lama. Universiti-universiti inilah yang membuka mata dunia dalam memberi terjemahan bahawa Pendidikan Malaysia setanding dengan Universiti lain di dunia dan Malaysia semakin hampir untuk menjadi Hab kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa.

Ia sepatutnya menjadi kebanggaan bersama bukan satu sindiran. Justeru, beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan menarik nafas lega kerana tidak dilabelkan sebagai gila ranking. Ia seolah-olah tidak menghargai ketekunan dan komitmen Naib Canselor Universiti lain yang sanggup ketepikan perlabelan ‘gila ranking’ oleh ‘sesetengah pihak dalam menaikkan nama universiti dan Malaysia. Bagi saya ia tidak mengambarkan sikap menyokong dan menghargai usaha memartabatkan universiti ke peringkat global.

Bagi saya 
bila kita bersaing…
biarkanlah dengan Harvard dengan sistem pengurusan Harvard.
Bila kita mahu bersaing
 tidak semestinya kita perlu tukar kepada sistem universiti Harvard.
Ranking memang membawa kepada budaya persaingan
namun ia satu persaingan yang sihat
persaingan yang membawa kebaikan 
dan bila bersaing
sudah jadi adat
mesti ada pemenang (ranking teratas)
tak kan lah kita yang nak cakap
yang dapat nombor satu itu gila ranking
tak kan lah kita nak cakap 
yang berusaha untuk dapat nombor satu itu pun gila ranking
kerana dia dapat atas usaha dia...
 sekurangnya... hargailah dia.
namun...
jangan sampai ketepikan budaya dan bahasa....
 
mungkin kita perlu baca kembali
sebagi panduan diri
pelan strategik Pendidikan tinggi negara




Sunday, March 27, 2011

Family Day: Tepung Gomak Club

Selepas cari gula dalam tepung...
adalah pulak yang tubuhkan kelab tepung gomak..
aieshah pun ikut skali join
dah buat macam pasir pantai pulak....
siap nak buat sand castle
oppps
tepung castle













rasanya balik boleh buat goreng kan budak-budak ni...
jenuh nak bersihkan...
Hish....
Ecah.... Ecah.....

Family Day: Cari Gula-gula Dalam Tepung

Peserta bawah umur jugak...
Aieshah tak reti berebut gula pun...
dia berdiri tegak dan tengok budak-budak lain

dalam kepala...
'apalah yang bebudak ni nak korek-korek dalam tepung....'



Dapat sebiji gula-gula...


Family Day: Coloring Contest

Jabatan saya telah melaksanakan Hari Keluarga pada hari Sabtu Yang lalu.
Kami lambat sampai....
Tapi tiba juga
di Wetland Putrajaya

Aieshah masuk Coloring Contest
Ha ha
Satu-satunya peserta bawah umur....
go go aeishah

Muka yang penuh serius dan konsentrasi
Tangan yang telah siap sedia












last touch up
inilah hasilnya

Friday, March 25, 2011

Melayu Oh Melayu

 


 
1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi.

Monday, March 21, 2011

Resminya Padi...



Mama selalu pesan...

Kalau belajar
tengok orang di atas
banyak lagi yang lebih berilmu
lebih pandai
lebih bagus
lebih baik
jadi
banyak lagi tangga yang nak di daki
supaya dapat duduk sama tinggi

mama kata lagi...
kalau iman
dongak lagi ke atas
ramai lagi yang beriman
ramai lagi yang alim
maknanya
banyak lagi ibadat yang nak kena buat
supaya boleh jadi insan yang disayangi tuhan..

tapi kata mama
kalau tengok harta dan pangkat
tengok di bawah
banyak susah
banyak yang melarat
tandanya
jangan lupa diri
jangan lupa asal usul
sebab kita asalnya semua sama
semua hamba NYA

Baru lah hidup ada keseimbangannya

maknanya
merendah
bukan menghilang maruah
meninggi
jangan sampai hilang budi...

selamat hari lahir buat diri...
semoga diri sentiasa diberkati
semoga hayat yang masih berbaki
dicurahkan segala bakti
semoga segala kesalahan ini
dimpuni dan di redhai

dan semoga diri ini
sentiasa mengikut resmi padi..

Friday, March 18, 2011

Minggu Tanpa kerani...

Saya baru mulakan iklan bagi perolehan Jabatan pada hari isnin yang lepas (14/3/11) dengan 2 tawaran. 
Hari Isnin ini lagi 3 tawaran. 
Huh penatlah. 
Kerani perolehan saya tak ada sepanjang minggu ini... (isnin - jumaat)... 
Hah!
Ini lah masa Pegawai nak merasa jadi kerani kan...

Sampai waktu rehat (Jumaat) masih lagi depan komputer.
Komited betul.
Tak nak keluar lunch.
Pesan kat CC je bungkus nasi ayam.

Kertas dah bersepah-sepah salah print.
Membazir betul!
Mahu kena gelak dengan kerani nih..

Permintaan Jurutera ni pun tinggi betullah...
banyak betul nak renovate dokuman asal, nak bagi sama dengan dokumen dia. 
aduh...
dia bagi soft copy dalam excel pulak.
nak pindah dalam Words....

Saya pun satu..
tak nak ikut format dan ayat yang jurutera bagi
nak ikut format sendiri juga.
Kan dah kena taip balik...

Akhirnya dapat diselesaikan tepat jam 3.00 petang.
Huh! 
LEGA.
Dapatlah saya membuka tawaran hari Isnin ini.

Kerani saya masuk kerja hari Isnin nanti mesti senyum.
Sebutharga Complete...
Entah betul ke Salah Bos dia buat. 
Mesti kerani saya boleh goyang kaki kan...

Hah!
Jangan harap. ha ha ha!
Saya nak bukak lagi 3 lagi ni... 
minggu satu lagi.

Boleh saya tumpukan dekat RMK bajet pulak.....

 SAYA???
Cuba jadi Multi Tasking Oficer




Monday, March 14, 2011

Cuti!!



Akhirnya cuti saya diluluskan setelah hampir sebulan dibekukan....

Saturday, March 12, 2011

Wang Kertas Vs Dinar Emas




Wang hanya lah sekadar persepsi. TAK PERCAYA? 

Cuba ambil sekeping wang kertas RM50. bagi kita tinggi nilainya kan... boleh beli barang dapur basah untuk seminggu makan. itulah yang dinamakan persepsi. Realitinya sekeping not 50 itu nilainya tak sebesar mana pun. saya sendiri tidak tahu. Mungkin RM 5. mungkin juga RM 1 atau mungkin hanya 10 sen sahaja. yang pasti nilainya bukan RM50. tapi persepsinya adalah RM 50.

Kerana bermain dengan nilai wang persepsi, maka ekonomi hari ini juga boleh diibaratkan bergantung kepada persepsi. Jika menyelusuri sejarah wang persepsi ini memang panjang. namun ia di mulakan oleh Bangsawan FreeMason yang menunjangi Bank of London. bermula saat inilah corak ekonomi dunia mula dikongkong oleh Zionist. 

Persepsi zaman berteknologi kini lebih hebat. bergantung dengan sekeping kad yang dipersepsikan nilainya. KREDIT Kad lah tu. tidak begitu sahaja, nilai mata wang persepsi ini juga turut melanda alam maya. Hanya klik komputer di depan mata, boleh bayar saman, online shopping, bayar itu bayar ini. WAH ! Memang hebat. tak terjangkau akal saya apa lagi persepsi nilai wang yang akan muncul.

Kebergantungan terhadap nilai mata wang persepsi ini memang dieksploitasi oleh golongan-golongan pencengkam ekonomi dunia. Tak seronoknya. nilai mata wang tetap sama tapi nilai persepsi sentiasa berubah.

Contohnya mudah. dulu... zaman saya kanak-kanak, RM 1 boleh beli nasi lemak dua bungkus. dengan air milo 2 cawan. bila meningkat remaja, RM 1 boleh beli sebungkus nasi lemak dan secawan air teh kosong. bila dah dewasa... RM 1 hanya boleh beli air teh tarik sahaja. Perubahan persepsi ini dinamakan inflasi. ini keburukan dan ancaman terbesar seandainya kita bergantung kepada mata wang yang TIADA NILAI INI.

Dalam lonjakan inflasi yang saban hari sudah semakin lali dalam masyarakat dunia, ANEHNYA dan IRONINYA, seekor kambing zaman Rasulallah SAW boleh dibeli dengan 1 dinar emas yang kurang sedikit dari 500g (saya dah lupa berat 1 dinar emas, dalam 4xxg), zaman kini 2011, kambing masih boleh dibeli dengan nilai 1 Dinar emas. ini baru namanya mata wang bernilai, bukan mata wang persepsi.

Saya kira. seandainya semua pemimpin Islam seluruh dunia memahami konsep ini, pasti cadangan Malaysia untuk menggunakan Mata wang Dinar dikalangan negara-negara OIC tidak ditolak hampir lebih 5 tahun lepas... atau pun mungkin mereka faham, tapi menolak atas kepentingan politik negara dan daerah serantau masing-masing. Mungkin juga masih takut dengan BAYANG-BAYANG KUASA HAGEMONI DUNIA..



SAYA??
Nak simpan duit pakai dinar emas...

Friday, March 11, 2011

Boss Memilih ..Pekerja Pesimis...




SAYA optimis bahawa situasi begini tidak hanya organisasi saya bekerja, tidak hanya dalam jabatan kerajaan tapi di mana-mana sahaja.

Sebagai orang di bawah, saya mempuat interpretasi sendiri. “Ia berlaku untuk memudahkan orang yang diatas”. Pentafsiran ini mungkin satu hipotesis yang lemah. Tapi masih satu kemungkinan.

Saya hairan kenapa ia boleh berlaku. Kerana kita sebagai pekerja telah diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kalau di jabatan kerajaan, sudah termaktub dalam fail meja semua tugasan kita.  Tapi bila kerja dibentang atau diterima oleh ketua, tidak pula diberikan kepada pekerja yang sepatutnya. Seringkali kerja yang ditafsir penting oleh golongan ketua-ketua ini, hanya akan diberi kepada pekerja yang dipercayai walaupun bukan dalam bidang tugasnya; walaupun ada sebenarnya pekerja yang bertanggungjawab terhadap tugas tersebut.

Saya melihat situasi begini boleh menimbulkan akibat negative jangka masa panjang walaupun ia membawa kesan positif bagi masa pendek.

Kesan positif jangka pendek:
1.      Kerja yang diberi mudah dipantau ketua, kerana pekerja tersebut biasanya mempunyai hubungan baik dengan ketua.
2.      Mendapat hasil yang dikehendaki, maklumlah pekerja yang dipercayai membuat tegasan ini.

Kesan Negatif Jangka pendek
1.      Perkerja yang dipercayai dibebani tugas yang tinggi. Ia tidak hanya menyelesaikan tugas hakikinya, malah perlu menyelesaikan tugas orang lain yang diarahkan kepadanya.

Kesan Negatif Jangka Panjang
1.      Pembahagian tugas yang tidak sekata dikalangan pekerja
2.      Wujud sifat tidak bertanggungjawab bagi pekerja yang tidak dihiraukan.
3.      Timbul rasa stress
4.      Mewujudkan suasana yang tidak harmoni
5.      Pekerja yang tidak dipercayai tidak dapat meningkatkan kompetensi diri


Bagi saya saya tidak kisah mengenai perasaan individu tertentu. Sama ada bagi pihak yang diberi amanat ataupun bagi pihak yang tidak diberi tugas. Apa yang lebih membimbangkan adalah sikap dan tanggungjawab  pekerja yang tersisih daripada tugas ini. Rasionalnya kita, bila kerja kita diberi kepada orang lain itu bermakna kita tidak lagi kompeten. Seharusnya kita perlu memajukan diri mempamerkan keyakinan dan sikap majukan diri kepada ketua supaya kita dipercayai untuk memikul tanggungjawab dan tegasan kita. Namun, saya amat kecewa, apabila pekerja yang tidak diberi tugas ini mengambil ringan malah mengambil kesempatan. Begi sesetengah pekerja, tidak mempunyai kerja atau relex menjadi satu kebanggaan. Saya tidak faham bagaimana orang seperti ini tidak mahu memajukan diri dan sanggup melihat rakannya bertungkus lumus sedangkan dirinya atang ke pejabat tanpa tujuan. Jika rasa diri kekurangan ilmu, pergilah belajar. Tidak kira dari orang bawahan atau pun di atas. Jika rasa kurang motivasi, dapatkan kaunselor atau psikologist. Di jabatan kerajaan, bukankah sudah tersedia kemudahan tersebut. Jika rasa diri tidak sesuai dengan tegasan atau pun bidang kerja yang diberikan, berbincanglah dengan ketua untuk ditukarkan ke unit lain yang dirasaka mampu menjana tenaga untuk bekerja. Jika rasa sudah tidak sesuai bekerja makan gaji mengikut arahan orang lain… BERHENTI KERJALAH! Pendapat saya ini mungkin agak kasar. Tapi apa lagi nak dikata dengan orang yang berkerja makan gaji tapi kerjanya tak setimpal dengan besar gaji yang diterima.

Pekerja yang pesimis sebegini biasanya akan menyalah ketua masing-masing. Katanya sudah boss tak nak bagi kerja, atau boss hanya lebih kan si A… atau pun kerana boss tak suruh saya…

Pekerja adalah orang paling bersalah dalam perkara ini. Namun ketua juga harus memikul tanggungjawab kerana sedikit sebanyak menyediakan acuan untuk menjadikan pekerja sebegini. Kebanyakkan ketua, mahu tugas yang diberikan dilaksanakan segera dengan hasil yang baik. Biasanya tugas sebegini mampu dilakukan oleh pekerja yang berpengalaman. Seorang ketua perlu lebih bersabar terhadap seorang pekerja yang sering melakukan kesalahan. Bimbingan dan motivasi berterusan perlu diberikan. Jika tidak ia akan menghasilkan pekerja pesimis seperti yang telah dibicarakan  sebentar tadi. Ketua dan rakan sepasukan memang memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan dan relivensi seorang pekerja. Dalam masa yang sama pekerja tersebut perlu menunjukan sikap optimis dan ingin belajar untuk memajukan diri dan kerjaya.

 
SAYA???
Jujurnya saya sakit mata melihat orang yang tidak ada kerja dan membuang masa bila rakan disebelah biliknya berhempas pulas menyiapkan kerja dengan bebanan yang cukup tinggi. Jujurnya saya memang memandang tinggi orang yang sedang berhempas pulas itu…

Mujur situasi ini bukan di Cawangan saya. Mujur juga rakan sepasukan saya orangnya sentiasa menyokong dan membantu antara satu sama lain. Mujur mendapat rakan kerja yang mahu memikul tanggungjawab yang merentasi tugas dan bahagian.






Thursday, March 10, 2011

Over Haul




Saya sangat penat minggu ni.... OVER HAUL... 

Mohon cuti minggu depan. rehat.....

Wednesday, March 09, 2011

tHE gANG!!!

Berdiri dari kiri Deq Na dan Dini, Duduk dari kiri, Mohsin, Aieshah


Suasana di Rumah Cik Ana, Pengasuh Aieshah....

Budak-budak ni tengah melaram sakan....

tapi tak ada dalam gambar Si Amir dan Si Adam....

Muhamad mohsin dah hilang dalam gambar ni

Aieshah pula yang dah hilang...
Kat sini rupanya budak berdua ni!
baju pinjam untuk tujuan pengambaran



Dek Na, Aiesyah dan Dini


Semoga kalian sihat membesar dan ceria selalu!!!

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...