My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Monday, April 29, 2013

PIANO: Single note 'Sayang' by shae



Post yang lain dari yang lain…

Di internet sangat banyak nota chord guitar…
Susah betul nak dapat nota piano…
Jadi saya nak menyokong memperbanyakkan nota piano.
Tapi kalau setakat saya je…
Alamatnya hanya single hand note saja ok.
Jadilah.
Sekurangnya tak rugi saya duduk saja2 cari note lagu-lagu yang saya rasa nak main.

For the first song: kita ambil lagu shae yang sedap dimain ni.
Menggunakan 10 key



 
Sayang apa khabar dengan mu
GE         ED  ED           EF          D
Di sini ku merindukan kamu
EDC  C      BCBC             EB
Ku harap cinta mu takkan berubah
C   BA        AA  B      CA       BCC
Kerna di sini ku tetap untukmu
GG    G  CC   C    ED        CDB

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku


Sayang dengarlah permintaan ku
CA          AGD              EFEDC
Jangan ragu kan cintaku
FG           AAA         BGE
Sayang percayalah apa kataku
CA          AGDD            EF EDC
Kerna ku sayang kamu
EE        D      CC      ED

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Friday, April 26, 2013

Rotavirus, KPJ Hospital and Pru-Link


Virus ini memang tengah popular sekarang… tak lut sangat pada orang dewasa atau mereka yang berantibodi kuat… tapi mudah menyerang kanak-kanak bawah 5 tahun… Rotavirus ini mudah berjangkit melalui sebarang bendalir dari badan pesakit mahupun melalui udara. Jadi kalau sekarang anda mendengar seseorang berkata
“ sekarang tengah musim budak2 cirit birit”

Maka betullah tu. saya memang dah perasan sejak kebelakangan ini bayak rakan yang menulis di wall FB tentang keadaan tidak sihat anak2 dengan gelaja seperti berikut:

Demam berulang
Batuk/selsema berulang
Cirit birit
Muntah
Dihidrasi (perlu di wadkan – kalau boleh)


Kerana penangan rotavirus ini ada juga client En Habib yang claim insuran Pru’ kerana anaknya yang dimasukkan ke hospital.

Cuma tak sangka pulak anak sendiri akan claim insuran warded hospital (mengambil balik kata2 en Habib).

Petang itu (selasa) memang dah bawa aiesayh dan adik ke Padiatrik Annur. Sebab budak berdua ini secara berjemaah cirit birit dan aiesyah pulak demam. Jadi waktu ke Annur Hospital, taklimat rotavirus ini dah diberi oleh Dr. disebabkan kondisi dua orang budak ni tak teruk dan tidak hidration maka doc bagi ubat sahaja lah… tapi malamnya… aiesyah mula muntah berterusan. Sampaikan semua yang disuap semuanya akan keluar balik… jadi sepanjang malam aiesyah dan bonda tak tidur… lepas muntah dia akan tidur balik… dalam setengah jam dia akan terjaga dan minta air kosong. Kesian… bagi air kosong memang habis segelas diminum menunjukkan betapa dahaganya dia. tapi lima min selepas itu dia akan muntah balik. Dan begitulah sehingga pagi. Jadi subuh itu memang Nampak dia tak bermaya.

 Tanpa berfikir panjang terus kami decide nak warded kan aiesyah sebab tak nak keadaan hidrasi ini berpanjangan. Kami terus ke KPJ kajang. Ini kali pertama saya berurusan di KPJ Kajang. memang saya selesa dengan Hospital Annur. Tapi disebabkan panel insuran di KPJ jadi kami terus ke sana awal pagi. Setelah doctor mengesahkan yang aiesyah ada symptom rotavirus dan telah hidration maka aiesyah pun di wardkan. Kalau di hospital kerajaan hidrasi awal belum tentu di wadkan… sebab wad kan selalu penuh (jadi reserved utk yang paling2 kritikal sahaja- hanya berlaku di hospital kaw lembah klang)… jadi bagus juga ada insuran sebab kes-kes pertengahan kritikal ni dapat perhatian yang baik (sebelum beralih kepada kritikal).



Bilik aiesyah mamang selesa. Tingkat 5, wad kanak-kanak. Sebilik dua orang dengan tandas sendiri. TV, almari semua pun complete. Dan wad sangatlah ceria bagai… sesuai dengan jiwa kanak-kanak. Tapi tak disangka yang aiesyah sebilik dengan baby Ammar (sepengasuhan). Baby Ammar pun di wad kan kerana factor yang sama (kan senang berjangkitkan…). Baby Ammar tua sebulan dari Adik Abu Bakr. Dia warded awal sehari dari aiesyah. Bila fikir… macam berjanji pulak nak sebilik.

Hari pertama memang lah aiesyah diam sahaja. Kerjanya tidur dan duduk diam. Tak banyak cakap. Jadi seronoklah ayah yang jaga aiesyah hari tu. Tapi hari kedua… jam 5 pagi dah bangun dan sangatlah hiper active sehingga melelapkan mata jam 6.30 petang. More than 12 hours, aiesyah mengomel macam-macam dan berlari kesana kesini bermain (banyak sangat benda yang boleh dimain di wad ni). Haiyoo letih bonda melayan kamu. Sampai doc tegur sapa yang sakit? Bonda ke aiesyah? Hari kedua ni aiesyah dan tak muntah. Tapi sangat kerap cirit sehingga perlu berganti baju beberapa kali. Masuk hari ketiga aiesyah dah ok. Dan petang tu kami dah keluar. Kami tinggalkan Baby Ammar yang masih belum sembuh. Sepanjang saya jaga aiesyah (start hari ke2) aiesyah memang lah sangat enjoy duduk hospital. Seronok sangat budak ni. Tak kisah tak balik rumah. Tu yang ligat tak tidur siang. Siap dah hafal kat bawah tingkat G tu ada kedai (jual buku), jadi tiap hari nak gi kedai beli buku dan belon. Sepanjang masa jugak saya sentiasa rasa lapar (tak tahu kenapa… mungkin aircond bilik sangat sejuk dan sangat boring). Jadi tak cukup makanan yang hospital kasi (sangat sedap sehingga menjilat jari), saya add lagi dengan menu kat kafe bawah (pun menjilat jari jugak). Jadi bonda kat hospital memang manambah berat badan.




Terima kasih kepada Prudential kerana menaja percutian 3 hari 2 malam di KPJ Kajang. (ha-ha…). Kita layan video yang diambil sendiri oleh si pesakit

 (bangau oh bangau versi Aiesyah. nayanyian terpaksa dihentikan kerana nurse dah datang nak bagi ubat)

Tapi cerita tak habis lagi… sekarang adik pulak yang berjangkit. Adik ni Nampak sangat kuat… sebab dia masih dapat makan dan minum susu dengan baik. Biasanya budak yang dapat rotavirus ni akan loya minum susu dan tak nak minum susu. Itulah menjadi penyebab hidration dan kalau minum pun dia akan muntah. Adik mungkin bernasib baik sebab dia minum susu bonda. Jadi susu bonda tak meloyakan agaknya. Jadi dr tak wadkan dia. Cuma bagi ubat treatment di rumah sahaja… tapi memanglah adik tak nak duduk… asyik berdukung sahaja… sehingga saat menulis entry ini… demam dan cirit adik dah beransur. Cuma batuk adik yang Nampak tak surut lagi….


 
Semoga Abu Bakr Al-Kauthar cepat sembuh….

Selepas insiden ini… saya dapati banyak manfaat yang saya dapat sebagai ibu bapa apabila membeli insuran untuk anak. Saya dapat buat keputusan yang saya kira paling baik. Kalau saya nak mengharap hospital kerajaan ( bukan merendahkan tapi sedia maklum bahawa pesakit GH sangat ramai dan melebihi kapasiti ), belum tentu anak saya akan dilayan dan mendapat rawatan intensif. Saya tidak risau dengan bebanan kewangan kerana bil perubatan ditanggung oleh insuran.


Ho ho… saya buat promo insuran. Boleh call Mr habib untuk keterangan lanjut….




Tuesday, April 09, 2013

Sekelumit Nyawa Yang Resah





Seketika lalu saya teringat sesuatu perkara… (lari sebentar dari isu semasa yang tidak terlepas dari sebarang media massa). Malah kembali kepada isu masalah kebejatan social yang semakin pasti tidak ada jalan penyelesaian. Saya acapkali suka berfikir…. Memikirkan… cuba merasai… menghayati… apa perasaan saya jika saya ditempat mereka?

Kita seringkali suka menghukum… sedangkan yang berhak menghukum adalah Tuhannya. Kita sepatutnya membantu. Jangan biarkan dia membuat dosa yang seterusnya. Kita sepatutnya disisinya. Memberitahu… belum terlewat untuknya kembali ke norma fitrah kehidupannya.

Bila cadangan untuk mewujudkan ‘baby hatch’ (atau istilah kasar pusat buangan bayi), dilontarkan… masyarakat membentak. Konon akan memangkinkan lagi aktiviti tidak bermoral… masyarakat memandang rendah pusat-pusat jagaan dan perlindungan ibu/remaja yang mengalami masalah social… adakah dengan tindakan itu dapat menyelesaikan masalah penzinaan/ pengguguran haram / pembuangan bayi?

Masyarakat secara tidak sengaja dan tidak sedar memangkinkan lagi tindakan tidak bermoral golongan ini. Sudahlah berzina… lalu digugurkan kandungan… atau dibuang bayi… sedangkan dipihak ‘dia’, dia merasakan itu adalah jalan penyelesaian terbaik untuk dirinya… dimana kita untuk membantu… memberitahu… menunjuk jalan. Sekurangnya menyediakan fasiliti ‘pembuangan bayi’ dapat menyelamatkan bayi yang tidak berdosa dan juga menghalang ‘dosa’ pembunuhan yang bakal dilakukan oleh ibu/bapa.

Saya tidak merasakan ia adalah satu galakan untuk terus memangkinkan isu moral dan keruntuhan akhlak. Tidak ada wanita yang sanggup bersusah payah untuk hamil 9 bulan 10 hari hanya akhirnya untuk membuang bayi tersebut. Saya yakin pasti ada sedikit sifat kemanusiaan dan keibuan yang akhirnya di pendam dengan desakan hidup sekeliling yang tidak membantu dan menyokong….

Gila namanya seorang wanita yang sanggup menahan sakit menggugurkan kandungan berulangkali, mengambil risiko kesihatan berpanjangan dan hanya kemudian tidak serik dan keruntuhan menyelubungi sepanjang hayat. Pasti ada kalau tidak banyak pun sedikit kekesalan atas perbuatan ketelanjuran yang memaksa dia menggadaikan kesihatan diri… lalu dimana kita untuk mencambah rasa kesal yang terbit itu. Kita hanya meranapkan terus rasa kesal lalu hilangkannya dalam diri dia yang telah membuat salah.

Hasilnya… golongan sebegini hilang kepercayaan kepada masyarakat dan yakin masyarakat tidak akan menerima mereka…

Sedikit kisah untuk dikongsi bersama…
Ketika menjadi felo kolej penginapan sebuah universiti perdana tempatan….

Saya menerima panggilan dari seorang pelajar… lantas saya bergegas ke bilik penginapannya yang hanya bebeza blok dari bilik saya. Bersama dengan seorang teman se-felo kami melawat seorang pelajar yang sedang kesakitan…

Mukanya pucat … badannya yang sederhana kurus itu memang Nampak lemah longlai. Dia berbaring sambil bahunya dipangku oleh rakannya. Ada 2 orang lagi rakan lain yang menunggu… berkongsi penderitaan. Bila ditanya soalan… hanya anggukan dan gelengan yang mampu diberi… dia memang tenat. Saya pegang badannya… tidak panas. Kata rakannya… semuanya sakit… sakit kepala… lamah badan.. sendi… semuanya sakit. Bercelaru kami berdua sebentar…

Cuba mencari doktor universiti yang merawat pelajar ini… akhirnya kami temui nombor telefon pribadi. Malam itu juga kami adukan masalah pesakitnya ini. Doktor tersebut meyakinkan bahawa kami tidak perlu risau… lalu telefon beralih tangan kepada sipesakit. Entah apa yang dibualkan oleh doctor-pesakit kami tidak pasti. Tapi setelah talifon dimatikan, jelas nampak muka kekecewaan pada pelajar yang sakit dan juga rakan-rakannya. Kami digesa oleh rakan pelajar tersebut untuk menghantar ke klinik / hospital lain dan mengabaikan nasihat doctor sebentar tadi… namun memikirkan doctor yang merawat pelajar ini adalah doctor yang paling mengikuti pekembangan ‘sakit’ pelajar ini, kami abaikan cadangan tersebut. Pertemuan itu diakhiri dengan kata semangat saya kepada pelajar tersebut. Hingga detik perpisahan tersebut… saya mahupun rakan saya tidak tahu apa sakit pelajar tersebut… namun saya yakin ia pasti satu sakit yang kritikal atau sakit yang perlu pemantauan doctor kerana sepanjang rawatan di hospital university dia telah ditempatkan khas di bawah pantauan doktor yang kami telifon tadi. Saya masih ingat kata-kata doctor tersebut

“ sakit si### adalah kerana masalah dia sendiri… orang lain tak boleh tolong, saya pun tak boleh tolong. Tapi tolanglah bantu dia bagi semangat….”

Malam itu saya tidur lena.. jelas saya tidak begitu risaukan pelajar semalam. Pada hemat saya insyaallah tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Hari itu hari khamis… saya perlu hadirkan diri ke makmal pelajar tahun 1… sepanjang hari saya perlu awasi pelajar yang datang untuk kelas praktikal hari itu pada sesi pagi dan petang…Saya bersiap awal namun terganggu dengan bunyi siren ambulan lebih kurang jam 8 pagi. Saya lihat pelajar yang saya ziarahi semalan diusung… mulutnya berbuih… hati saya berdebar…

Kekangan jadual praktikal makmal hari itu tidak membolehkan saya pergi menziarah pelajar tersebut yang saya yakin ke hospital universiti. Akhirnya lewat petang saya terima berita kematiannya. Saya diselubungi rasa bersalah… salahkah saya yang mengabaikan dia semalam… tidak membawa ke hospital ‘lain’.

Apa yang berlaku kepada pelajar tersebut… hanya saya tahu kemudian…
dia mati akibat kerosakkan hati… dia ambil sesuatu yang bersifat toksik pada badan (yang saya tidak tahu apa…) untuk manggugurkan kandungan… dia hamil… nyata doctor yang merawatnya itu kecewa dengan tindakan nya. Memang benarlah kata doctor tersebut… sesiapa pun tak boleh tolong. Hanya boleh bagi semangat. Tapi ketika saya menziarahi dia… saya kira sudah sedikit terlewat. Racun sudah ada dalam badan.

Namun yang mahu saya sampaikan dan kita semua fikirkan… apa yang menyebabkan arwah pelajar tersebut mengambil tindakan sedemikian. Dia anak tunggal perempuan dalam keluarga. Dialah racun dialah penawar dan dia dibuang oleh keluarganya. Dia tertekan… dia dihuni rasa kerendahan jiwa amat sangat dalam kehidupan masyarakat yang suka menghukum. Ya… dia bersalah dan dia sudah dapat hukuman dari tuhannya. Dan dia terus dihukum oleh keluarga dan masyarakat disekelingnya.

Saya memikirkan yang dia tertekan… disalut rasa bersalah yang tebal. Merindui ibu dan ayah. Tiada lagi pelukan untuknya. Tidak Nampak bayang pintu rumah itu terbuka untuknya. hilang mimpi-mimpi indah. terasa musnah ranap impiannya... terasa tiada masa depannya....Tidak ada senyuman tawa masyarakat untuknya… terasa dia sendirian membawa beban dalam perutnya. Sedangkan yang dia rasakan beban itu adalah penawar hati Tuhan untuknya. Nyawa yang bakal meneruskan darah dagingnya di bumi Tuhannya sudah tidak bernyawa… 

Sudah tidak ada apa-apa lagikah untuknya??

Dia juga akhirnya terkulai tidak bernyawa…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih