Tuesday, June 28, 2016

Sayur kurus sayur gemok

Rumah yang sekangkang kera ni tak dapat nak bertanam banyak... dapatlah sedikit dalam pasu.

 sayur-sayur ni dulu saya letak tepi tembok bawah pargola.. dapatlah cahaya matahari yang tak berapa direct.. kira redup sikitlah gitu... kurus-kurus sayur ni dulu... ingatkan duduk tempat redup, segar bugar nanti pokok. pokok memang rajin dibaja secara tanah dan semburan... pilih yang organik walaupun mahal sikit. nak cepatkan tumbesaran... pokok tetap kurus... selalu diserang abah-abah... yelah... tempat lembap redup... memang si abah-abah suka.

sawi ni sebesar tapak tangan jee... tapi manis tak pahit langsung
bawah pargola tepi tembok

Tapi sebelum puasa tempoh hari, saya ubah sayur-sayur ke depan rumah sebelah pintu gate... tempat spot direct matahari. puncanya dah malas tengok abah-abah yang bersarang... konon nak letak sekejap sahaja bagi hilang abah-abah... masuk seminggu dah hilang plus tumbesaran naik 3 kali ganda... 

tengoklah sendiri, sayur kangkung yang kakak petik minggu lepas...... adalah dalam dua minggu lebih sejak alihkan. bukan main gemok. sampai saya pun takut nak masak... dalam hati boleh makan ker kangkung besar cam ni... beli kat pasar pun tak dapat gemok gini. itu pun tuai separuh daripada kakngkung... kangkung masih ada separuh lagi mencanak-canak belakang sawi. sawi pun kemain gemok...  satu pokok dah dituai... tinggalkan sikit bagi naik. sepokok lagi tu saya tuai beberapa hari kemudian walaupun sepatutnya tunggu seminggu lagi bagi besar... tapi stok sayur dah tak ada... jadi tebang jugaklah sawi tu...

kucai aja yang nampak tak ikut si sawi dan kangkung... masih kurus juga. pokok bayam pun tak kelihatan dalam gambar. bayam hijau tinggi semeter... bila makan hanya dipetik daun sahaja... daunnya pun tak besar sebab bayam berbunga. pokok bayam dan sawi kalau berbunga, daunnya akan kurus.. pokok pun naik meninggi. sawi kalau nampak nak berbunga cepat-cepat saya cantas putiknya.

Dah selamat masak kangkung belacan... boleh makan rupanye. tak pahit atau keras. cukup 3 orang makan... kakak paling excited makan kangkung yang dipetik sendiri.

ini giliran sawi pulak... digoreng campur. buat sahur.... gigih kerat sawi jam 4.45 pagi... 


rasanya faktor hujan pun mempengaruhi jugak tumbesaran sayur... awal2 ramadhan tempohari banyak hujan di petang hari atau malam... pokok cukup suka air hujan berbanding air paip berklorin... kalau hujan semalamnya... esoknya boleh nampak terus sayur segar bugar dan tumbesaran lebih banyak. ada juga terfikir nak siram pakai air filter... tapi tak larat nak tahan air lah pulak...

sejak bertanam sayur dirumah... dah jarang sayur daun dibeli.. sayur buah sahaja yang dibeli. kucai dan kangkung lah yang paling cepat naik bila dituai. memandangkan sawi hanya tinggal dua pokok... yang lain semua selamat masuk perut (dicantas habis), maka 2 minggu lepas saya semai lagi anak sawi. ahad tempoh hari dah pindahkan anak benih ke pasu... dua pokok yang tinggal pun sawi batang yang dah matang... cuma bila tuai tak cantas habis... hanya kerat daun sahaja... kena tunggu lagi sebulanlah baru merasa anak sawi baru. dalam perancangan supaya bekalan sayur sentiasa ada.. lepas ini mungkin semai lagi bayam dan kangkung sepasu masing2. dapatlah bergilir2 menuai hasil.

 

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...