Wednesday, August 28, 2013

Adik kakak 14: Kerana Adik ada Kakak

Inilah penangannya bila adik ada kakak dan bukan abang.....

adik memang dah di train oleh si kakak untuk aktiviti ini sejak dia berusia 3 bulan lagi.... 

buktinya adalah gambar gambar dibawah

 ini adalah adik dan kakak pada bulan Sept 2012. waktu ni kakak belum masuk 3 tahun pun (disember) dan adik baru 3 bulan 

 Nampak tak.... adik kecik sangat lagi... jadi kakak tolong suapkan...


Gambar ini pulak baru di ambil minggu lepas, pada usia kakak 3 tahun 8 bulan dan adik yang sudah 1 tahun 1 bulan....

Adik dah boleh suap sendiri....

 






nyummy nyummy nyummy...

 

Tuesday, August 27, 2013

Lecture note: how do u survive


Assalamulaikum...

Post ini ditulis sewaktu Sedang berkursus pada 22-24 Ogos...  
bosan bosan kita write sikit.....
bila tengok penceramah sedang bercakap dan ada peserta kursus yang cemerlang menulis nota
saya teringat zaman dimana penulisan nota teramat penting dalam hidup macam nyawa saya.... kalau tak tak jawab soalan exam kan...


 Gambar hiasan


ada 3 jenis suasana yang diciptakan oleh 3 jenis lecturer...

1. lecturer yang suka cakap banyak tapi nota dia ciput..
      lecturer cam gini nota dia wajib kena salin pasal sikit sangat....
      yang tak bestnya apa dia cakap pun kena dengar betul betul dan salin yang perlu sebab penerangan dan contoh tak ada dalam nota dan beberapa maklumat penting.....
2. lecturer yang suka cakap banyak dan nota pun berjela...
     biasanya dia cakap balik apa yang dia tulis dan bagi lagi contoh dan explain lagi
     so tak ada masalah nak catch up note dia
3. lecturer yang nota dia panjang berjela tapi cakap ciput...
     lecturer cenggini yang tention.  tak sempat nak tengok slide dia pun.... cam ner nak salin note???

bagi course yang ada nota sinior ofcourse korang photocopykan
tapi ada kuliah yang tak da nota kuliah senior yang establish atau yang elok utk diikuti sebab diorang pun salin ntah apa apa

kalau ada nota senior kat tangan korang pun
adalah dinasihatkan tidak mempercayai 100% sebab diorang tu pun student jugak jadi kesalahan sangat boleh berlaku.
tapi kalau dapat nota lecturer memang waktu tu rasa heaven sikit....
Geng kuliah saya dulu ada 3 orang yang semuanya tangkas menyalin nota termasuklah waktu mengantuk.
bagi student sains/engineering dan yang seangkatan dgnnya
simbol simbol matematik sangat berguna
contohnya
membawa maksud sama dan trbitan sperti
p'=n persamaan

Jom kita tengok sikit kamus salin nota short cut kita dulu…


= sama
beza
lebih kurang
seimbang
> lebih besar
<  lebih kecil
jumlah / semua skali
tinggi / banyak/ naik
rendah/kurang/menurun
ke/pergi/kepada
bakar/panas/pemanasan
sejuk/ disejukkan
 (symbol ini adalah symbol penunu Bunsen dalam rajah sains)
X kali
bahagi
punca/sebab
∴ oleh sebab itu/maka
T˚ suhu
♒ getaran
e〰 arus/elektrik
+ve positif
-ve negatif

contoh ayat yang familiar sewaktu kuliah dulu

if ∆, , zrh2 ♒ and ppjl ➙ cecair
if terus ∆, zrh2  b’+ ♒,T˚+,  cecair ➙ gas
bentuk tapi ∑molekul =

tafsiran
“apabila pemanasan dilakukan, suhu semakin meninggi, zarah-zarah akan bergetar dan menukar pepejal kepada cecair. Sekiranya pemanasan berterusan, zarah-zarah akan lebih bergetar , suhu semakin meninggi dan oleh sebab itu cecair akan bertukar kepada gas. Walau bagaimanapun keadaan sesuatu jirim jumlah molekul zarah tetap sama. Jirim berubah bentuk namun jumlah molekul adalah sama.”

Nampak tak betapa ringkas dan jimat masanya menggunakan singkatan tersebut….

Rasanya ada banyak lagi… tapi sekarang dah lupa….

Agaknya sebab itu… bagi kebanyakkan nota hanya empunya badan sahaja yang tahu membacanya… banyak sangat symbol yang tak difahami……
Tapi kalau anda nampak nota kuliah macam ini:


 Itu tanda si penyalin nota sedang tidur/mengantuk sambil tangannya masih bergerak-gerak secara spontan.....
hoo banyak kali berlaku ye....
ha ha : )

 Tapi zaman sekarang dah banyak senang...
dulu dulu pakai paper OHP dan diletakkan dimesin pemancar...
tak semua bilik kuliah dilengkapai komputer dan projektor

sekarang...
lecturur korang edar note pakai FB je kan....

Wednesday, August 21, 2013

Kegilaan Tiada Kesudahan

Assalamualaikum

ha...
apakah???


 tidak tahu mengapakah sekarang ini saya sedang dilanda Candy Crush Saga mania.

Dalam tempoh 2 minggu sahaja saya dah menyudahkan 80 level... level skrang ni brapa... tak ley bagi tau.... masih kat bawah-bawah lagi....

dan yang tak bestnya
banyak betul support candy crush saga ni dari sahabat-sahabat ku

lagi tak best ada pulak friends yang sedang berlumba-lumba dengan kita...

terasa tak provokasi tu...

bateri Tablet cepat habis sebab game ni lah..... 

Game ini telah mencetus satu kegilaan seluruh dunia sehingga memungkinkan produk-produk berjenama Candy Crush saga ini dikeluarkan...



bukan sahaja itu...
malah terbitan mengenai cara-cara main dengan jayanya game ini
dan tak lupa cara nak main ta ya pa wau juga....

dan yang terbaru
 Candy Crush Saga The Movie...

haha 
logik tak...
asalnya adalah game yang ntah apa-apa

cam mana saya boleh terjebak???


Monday, August 19, 2013

Belum Penat aku Fikir....


Aku fikir
Itu kezaliman
Sebenarnya satu kegilaan tiada tara

Aku fikir
Mereka itu manusia
Namun tiada pula kemanusiaannya

Aku fikir
Kalian islam
Tidak pula zahirnya keislamannya

Aku fikir
Sudah demokrasi
Namun kalian menafikannya

Aku fikir
Sudah cukup dilihat patung Sphinx dan Obelisk
Tidak pula kalian semak sejarahnya
Mahupun pyramid yang berjela-jela
Hanya monument yang kalian pelihara
Hanya sekadar mencuci mata
bukan ceritanya...

Aku fikir
Kalian agungkan Salehudin dari kalangan kalian
Nyata
Kalian tidak mahu menyambung perjuangnyanya

aku fikir
kalian akan akhirnya sertai tanah-tanah yang lain
dengan cengkaman sirah islamiah
di tanah-tanah ini para nabi datang membela
dan Sejarah keegoan manusia yang tiada tara
Tanah-tanah ini yang melahirkan ramai adiwira
Pembebas Al-Aqsa
Pemusnah Rejim Tar Tar
Signifikasinya bumi ini dengan kejatuhan kekejaman
Dan syiar Agama Tuhan

itu yang kalian takutkan??



Friday, August 16, 2013

Our Aid Mubarak


Rasanya Aidilfitri tahun ini paling simple...
persiapan memang dah buat 3 bulan sebelum lagi...
dengan membeli pakaian untuk Raya sedikit demi sedikit....
jadi bulan puasa yang lepas hanya membeli biskut raya sahaja....
jadi tak adalah nak kelam kabut... 
boleh concentrate di bulan Ramadhan
tahun ini saya raya di Kajang... di rumah sendiri
Raya Kedua baru balik ke kampung.... 

Takbir raya dimalam raya..... Jam 11.15 malam di rumah....


Pagi Raya...




Raya kedua saya dah bertolak ke Kampung...
huhhh baru rasa meriah cam nak raya.... ha ha...
yang di singkap dalam gambar-gambar seperti di bawah.... meriah lah.... ramai sikit budak-budak.... kalau disebelah suami hanya anak-anak saya sahaja...

seronok sangat dapat berkumpul dengan siblings...
walaupun dah terlepas nasi dagang cikgu bolian... ada rasa cam mood raya merudum sekejap...

Seronok tengok aiesyah...
tahun lepas macam tak sedar diri lagi...
tahun ini dah pandai
baju raya...
duit raya...
ucapan selamat hari raya
bunga api tak ketinggalan



Waktu baru Tiba....

Kembar lain mak lain bapak

sepupu sepupu aiesyah....

Kek raya hanya dipotong malam raya ke empat.....


Selamat hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Bertemu lagi Ramadhan dan Syawal di tahun Hadapan









penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...