My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Friday, November 28, 2014

Singapore Part 1, The Journey & Merlion Park

 Assalamulaikum...

Trip yang dah di plan agak lama. sebab En Habib ada attachment 2 minggu di Singapore General Hospital bermula 11 hingga 26 Nov 2014. Tapi tak adalah kitorang pun follow 2 minggu. Bonda tak boleh cuti lama-lama... nak pergi sana memang kami plan berjati-hati sangat. sebab currency kat sana lebih tinggi dan taraf hidup kat sana pun sangatlah tinggi.... tak ada lah nanti terover budget. 

plan asal nak pergi ramai-ramai dengan famili. tapi last minute Atuk ada kerja tak dapat ikut. nenek pun hampir tarik diri. Bonda Aiesyah dan Abu Bakr pergi hari rabu 19 Nov 2014. nenek dan Cu Tini pergi hari jumaat 21 Nov sebab Cu tak boleh cuti.

 Saya memang confident nak bawa budak dua orang tu naik palne. rasanya diorang behave kot. tapi ajak jugak Cu Tini hantar sampai check in luggage. terus masuk waiting room. sampai sini diorang dah start lasak. nasib baik Malindo punya polisi budak2 masuk dulu. so kami lah orang first yang masuk.


 Berlari-lari.....  bising gate ni dengan jeritan diorang....

 
Dalam Kapal Terbang. Nasib baik adik and kakak behave dan tak menangis....

 Sampai Changi Airport, bonda sesat landing terminal 3 tapi keluar terminal 1... haa... dekat sejam jugak nak menguruskan luggage yang tak jumpa terminal tu... nasib baik ayah dah siap2 tunggu. naik lrt dan check in hotel. Sepanjang di sini memang kami plan nak naik mrt sahaja. jimat berkali-kali banyak. mrt kat sini memang sangat murah dan efisyen... hotel kami pilih di Bugis area... dekat dengan kampung Gelam, Malay Herritege centre. jadi senang nak cari makanan halal. Boleh jalan kaki sahaja ke Masjid Sultan...

Book hotel Santa Grand Bugis... sebab inilah sahaja hotel Budget yang ada kolam... so bila ayah pergi kerja... bonda boleh bawak budak dua orang ni mandi kolam. sayangnya kolam budak2 tak ada. yang ada jakuzzi. itu pun takat pinggang. tenggelam jugak aiesyah. tapi nak mandi kolam punya pasal... aiesyah sanggup pinggirkan ketakutan dia mandi dalam kolam pakai pelampung... heh... ini memang bonda tak sangka... hari pertama dia berenang dalam jakuzzi ... hari kedua dia berenang dalam kolam besar!. tapi tak dapat nak ambil video kolam besar sebab bonda risau biar dia masuk kolam tu tanpa bonda... bilik hotel ni standard dan sangat kecil... tapi rasanya standard hotel kat singapore ni menag bolik2 dia comel comel kalau setakat budget RM 350 / night ke bawah...


 
Kolam kat belakang tulah yang aiesyah berenang

Pemandangkan ke Merlion Park dari roof hotel.
Atas sebab sebab keselamatan dan kedalaman kolam... aiesyah cuma berenang sepanjang kolam tu bila bonda pun ada dalam kolam... Adik pun bonda angkut masuk dalam kolam.... video kat bawah ni aiesyah berenang dalam jakuzzi yang takat hidung dia....


Malamnya lepas ayah balik kerja kami ke Merlion Park... hu hu... memang happening sepanjang sungai ni.... cantik sangat pemandangannya. kami naik river cruise yang memakan masa 45 minit jugak satu round... tak dapat nak diceritakan... tengok gambar ajelah...
 

 
Dua hari kami di Santa Grand Hotel... lepas tu kami check in Clover 33 Jalan Sultan. Kami ambil famili room yang sangat cantik... dan menunggu kedatangan Nenek dan Cu Tini.... Hotel ni tak ada pool.. tapi biliknya sangat besar dan luas... selesa sungguh kami berenam duduk disini.

OK... dah panjang sangat ... sambung part 2 nanti yek...

Thursday, October 09, 2014

Bahagiakah kita dengan apa yang Kita lakukan?




Sudah lama mahu menulis mengenai pendapat ini....
Namun masa tidak mengizinkan...

Ia berikutan satu seminar yang saya hadiri memenuhkan jadual hujung minggu... dan ini kali pertama saya datang ke program sebegini bersama suami. Biasanya saya menghadirkan diri bersama teman baik. Selalunya seminar yang bercorak perkembangan kendiri dan motivasi ini tiketnya sengaja akan saya lebihkan. Asalnya mana tahu suami yang sibuk tiba-tiba berkelapangan. Jika tidak rezeki jadi milik teman baik...

Ia lebih kurang sama dengan seminar-seminar sebelumnya kerana penceramahnya adalah personaliti yang sama... seorang perunding kasih sayang dan keibubapaan yang terkenal dalam Negara bersama suaminya seorang perunding peningkatan diri kendiri. Sengaja saya ke seminarnya berulangkali... buat pelepas stress seorang ibu dan mempertahankan kesabaran dalam mendidik anak-anak. Selaku seorang wanita yang bekerja dan pulang lewat petang.... kesabaran terhadap anak-anak memang dah menipis dipenghujung waktu hari, kebanyakkannya telah diguna sepanjang waktu bekerja.

Ada satu sesuatu yang terkesan dalam seminar kali ini. Saya lihat motif seminar pada 30hb Ogos itu supaya saya tahu dan kenalpasti apa yang saya mahu.

Ketika disuruh senaraikan 3 perkara teratas yang saya paling mahu dalam hidup... saya catatkan ditempat pertama , saya mahu anak yang cemerlang. Suami saya catatkan dia mahu menjadi lelaki yang soleh. Tercatat juga dalam senarainya mencari kekayaan... dalam 30 orang peserta yang ada bermacam catatan yang tidak segan silu dikongsi.

Lalu saya dingatkan berapa banyak masa yang saya peruntukkan untuk tujuan saya itu... yang mencari kekayaan akan memperuntukkan lebih sebahagian waktu sehari mencari rezeki, palanggan, premis perniagaan... akal dan fikiran di set sehingga mahu tidur pun masih menghitung jalan kekayaan....

Justeru ada yang sanggup meninggalkan kebahagian dunia dengan kekuatan hati dan akal yang luarbiasa untuk menuju ke satu dunia yang tidak pernah digambarkan (akhirat). Kolotkah mereka?

Meninggalkan anak yang merengek-rengek dengan pelukan ibu bapa demi mencari harta siang dan malam... Gila hartakah mereka?

Berhenti bekerja dari pekerjaan yang gajinya puluhan ribu ringgit sebulan untuk berdamping dengan anak anak....dalam ketika dia masih muda serta berkeupayaan tinggi untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya... Bodohkah dia?

Saya punyai 3 rakan yang berbeza untuk 3 situasi di atas... dengan 3 sebab priority hidup yang berbeza...

Yang pertama tidak kolot. Yang kedua bukan meterialistik dan yang ketiga tidak bodoh. Ketiga-tiga mereka dikurniakan Allah dengan akal yang waras lagi cerdas dengan keupayaan akedemik yang tinggi dan salah seorangnya menggenggam sarjana. Masing-masing hanya melaksanakan satu keutamaan hidup yang berbeza. Itupun kita belum lihat keutamaan ditangga kedua dan ketiga...

Walau di kumpulan mana kita berada, jangan sesekali menyamakan hasrat diri dengan orang lain. Sejauh mana kita perlukan sesuatu (mungkin wang), parameter ‘hasrat’ diri sendiri dengan parameter ‘hasrat’ orang lain mungkin berbeza. Hatta parameter keperluan dan prioriti saya dan suami amat sonsang sekali... kerana itu kami saling melengkapi....

Justeru apabila melihat keutamaan yang ditunjukkan oleh orang lain, lebih mudah untuk kita hormati dari kita membanding-bandingkan serta akhirnya membuat kesimpulan begini lebih baik begitu lebih mudah. Ia mungkin releven hanya untuk diri sendiri tetapi bukan untuk menasihati orang lain.....
Bahagia itu subjektif, ia adalah satu bahagian hati yang tidak mudah difahami.

Jika kita merasakan banyak harta itu bahagia, kita telah menyandarkan bahagia itu pada wang ringgit.

Jika kita merasakan rumah besar, kereta besar itu bahagia, kita sandarkan bahagian kita pada material

Jika kita merasa bahagia apabila melihat orang disekeliling kita bahagia, kita menyandarkan bahagia pada orang lain.

Bahagia adalah keputusan kita untuk menentukannya. Kerana itu kita lihat ada fakir lagi miskin namun amat bahagian dari kita yang lebih mampu. Kerana itu kita lihat ada yang sakit menunggu maut, tenang menanti ajal lebih bahagia dari kita yang sihat.... kerana itu kita lihat ada yang sibuk seharian dan malamnya tanpa ada masa senggang untuk menonton televisyen, puas dengan hidupnya dan lebih bahagia dari kita yang banyak waktu.

Justeru jangan menilai keperluan orang lain tanpa anda tahu motif dan prioriti hidup yang boleh memberi kebahagian kepadanya... apatahlagi membanding diri kita atau pihak ketiga yang ‘lebih berjaya’ dari dia yang dilihat seadanya....




Wasatiyah; Pembudayaan Bangsa Malaysia




Jika merasakan isu ini remeh... semasa penulisan ini dibuat, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkannya di debat umum PBB, New York....

Ia bukan satu prinsip baru... ia ditonjolkan sejak bermula islam dan mengalir dengan aman dalam perkembangannya. justeru jika ada merasakan perjuangan Islam bertonggakkan mata pedang, perkembangan Islam dari zaman khalifah al-Rasyidin lagi telah amembentangkan pengembangan Islam melalui penaklukan wilayah tanpa pertumahan darah... tanpa runtuhan gereja... takpa paksaan memeluk agama.

Kita seketika lupa mengenai keserdehanaan kerana kebanyakkan yg lantang bersuara bukan mereka yang moderate. Dalam segala bidang, sama ada extremist agama, extremist budaya, politik mahupun isu remeh seperti extremist skim perkhidmatan sekalipun. Percaya atau tidak golongan yang jumlahnya mungkin tak sampai 1 % pun dalam Malaysia ini mampu memecahbelahkan pemikiran , mencetus perbalahan, dan mendatangkan situasi yang 'tidak aman' dikalangan masyarakat multi budaya dan agama seperti Malaysia. 

Malang bagi kita tidak ramai walaupun ada sedikit dikalangan kita reformisme yang pembawaannya adalah moderate, seimbang seanalogi secukup rasa... reformisme yang wasatiyah ini terpaksa berkerja keras untuk meneutralkan kembali situasi yang tidak seimbang dicetuskan oleh para extremisme... sedikit syukur kerana jika dilihat raja-raja kita dan pemimpin tertinggu kita terdiri dari golongan moderate ini....

Liberalisme mengertikan wasatiyah adalah amalan yg ketingalan kerana prinsip keserdehanaan. Tidak mengambil ruhul wasatiah ini dengan baik, kesederhanaan memang mengambarkan prinsip wasatiyah namun tidak keseluruhannya. Seimbang dan adil ; meletakkan sesuatu ditempatnya mungkin lebih mengambarkan wasatiyah... justeru dalam mengejar ilmu dan kemajuan, kecemerlangan tetap dikejar... namun wasatiyah dengan prinsip moraliti.

Mungkin boleh diambil korea selatan sebagai contoh yang mudah difahami... 20 atau 30 tahun dahulu mereka lebih ketinggalan daripada malaysia dengan pemerintah tentera... kemudian mereka menjadi pengilang dunia dengan produk produk antarabangsa melabur disana... pencapaian dalam jangka pendek korea selatan amat menghairankan dunia kerana sekarang mereka adalah makmal teknologi dunia bukan lagi kilang dan hasil produk korea menyaingi pencetus revolusi teknologi seperti jerman mahupun jepun... namun ketinggian ilmu dan kejayaan korea selatan tidak disokong oleh nilai -nilai moral yang kuat menjadikan korea selatan mencatat kes bunuh diri kerana tekanan hidup paling tinggi didunia... ini yang dinamakan tidak seimbang... disini perlu hadirnya wasatiyah.. belum mengangkat satu ketamadunan dengan satu aspek masih cacat! Wasatiyah perlu dilihat dengan 'big picture thinking. (Kata john mexwell).

Wasatiyah adalah To be moderate to be in the midle to be the best... not to be too much...

Analogi paling ,udah untuk memahami wassatiyah...

Air itu bagus, terlalu banyak air ... banjir! terlalu kurang... kemarau!
cahaya itu baik, terlalu banyak cahaya... silau! terlalu kurang.... suram!
makan itu perlu, terlalu banyak makan... sakit. terlalu sedikit makan... akan lapar...

Indahnya wasatiyah

Aplikasi keseimbangan ini adalah norma dan fitrah manusia....
Islam itu syumul (tinggi) dalam wasatiyah.
sehingga ajal itu datang
ia tidak dilewatkan mahupun diawalkan biarkan 1 mili-saat.

Monday, September 08, 2014

Johor Bharu, Kitty World


Assalamulaikum...

Minggu lalu ke Johor Bahru. kali kedua tahun ini ke sama. kali pertama pada bulan mei yang lalu berseorangan. kali ini saya ikut Mr Habib pergi seminar... memang saya tak berjalan. duduk di bilik hotel sahaja. aktiviti pagi dan petang terjun kolam....

hari akhir perjalanan pulang baru kami ke Kitty World....

Kakaklah paling seronok. Adik tak ada mood sangat....

 Thomas Playing Area...

Kat sini macam mini fun fair. atau indoor fun fair.... semua jenis pusing2 ada...

 


 Barney and Friends


Angelina Bellarina





Kitty homemade biscute.... (buat sendiri biskut ni...)

Ginilah rupa biskut yang AIesyah buat....
selain buat biskut aiesyah jugak buat kitty badge... tapi lupa pulak nak ambil gambar

Kitty House
kitty house ni paling banyak gambar... gambar bilik, closet area, dapur, washroom, dining and hall.

kat kitty land ni tersangatlah banyak playground. memang tempat ni untuk bebudak je...ada labih kurang 3 aras. aras pertama hanya kitty world sahaja. aras kedua barney, bob the builder, angelina bellarina.
aras ke tiga , thomas, pingu dan rasanya ada tertinggal satu lagi lah....

setiap aras ada playground yang besar betul. dan ada mini indoor play 


Sekian....
 

Sunday, September 07, 2014

Plastersin di syurga...

Kakak: bonda nak beli plastesin
Bonda: bonda baru beli dua hari tu. Tapi kakak bagi sepah2.
Kakak : bukan kakak la. Adik yg buat. ....bonda kt rumah Allah ada plastersin tak?
Bonda : ada lah. Kat syurga kan semua ada.
Kakak: tapi nak pergi syurga kena mati dulu...
Bonda : habis tu...
Kakak: habis tu kenalah naik plane. Pastu dia kena tembak dulu. Jatuh... mati.  Baru masuk syurga...
Bonda : ( emmm explain'tn up 2 date... bonda gelak je lah....)

Friday, August 01, 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum....

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin...

Terasa sangat lama tak menulis...

Beberapa gambar kenangan AIdilfitri di Rumah Mama Tercinta....







Gambar yang belum sedia posing... Susah nak buat Abu Bakr pandang camera... by the way dia ada sindrom melakap dengan bonda setiap kali bonda pakai tudung... jadi sangat susah bawah dia yang dah macam anak coala....


Tema tahun ini calor Biru... Baju Bonda..., Aiesyah dan Ayah daripada butik Qasra Nur. Baju Abu Bakr tak ada Stok kat butik nenek. jadi terpaksa import dari Omar Ali butik. Tudung dari koleksi Adra Couture... a.k.a buat sendiri...


## iklan ##

Butik Qasra Nur menyediakan pilihan pakaian muslimah dari tudung, jubah dan blause dan baju kurung setanding dengan butik-butik di lembah klang....
###################################




Aiesyah Humaira sempat buat family potret...cantik pulak tu dia lukis... baju kurung dan ayahnya yang siap bersampin....
Adik Abu ABkr Al-Kauthar Nampak macam anak coala kat kaki ayah... he he...
gambar bonda cantik sekali siap tudung....




3 anak dara cucu nenek dan atuk. Baju customade oleh Adra Couture a.k.a buat sendiri dengan kain di sponsor oleh Atuk dan Nenek....
ini first time bonda buat baju raya utk u alls semua...


Kampung Aiesyah rumah nenek... ini pulak adalah kampong nenek... geram tengok Abu Bakr yang sangat banyak cakap sekarang........


Dua orang budak ni memang sentiasa melekap bersuma. dah macam kembar siang malam... sangat suka picture ni.... Nampak nostalgic sikit kan.... Buaian bawah pokok rambutan Tok Ngah...


Post aiesyah untuk Raya kedua.... Duduk molek atas para pondok masak-masak nenek....


inilah kerja sepanjang ramadhan.... menjahit tudung yang telah ditempah oleh kawan-kawan.... kebanyakan tempahan adalah shawl triple wave dan halfmoon.... nasib baik tak banyak yang tempeh awning.... pasal awning susah sikit lah nak buat.....





Thursday, February 20, 2014

Adra Couture: Aiesya Shawl


Aiesya Shawl adalah shawl panjang yang dipotong dengan potongan gelombang tiga bagi memudahkan lilitan dan pemakaian. Aisyah shawl adalah jawapan bagi peminat shawl yang mahukan pemakaian yang pantas tanpa kerenah kerana paten gelombang tiga akan mengambil tempat secara semulajadi di hadapan dan dibelakang dengan kemas dan cantik!

Material adalah daripada Chiffon Geargette yang semulajadi membentuk alunan gelombang yang cantik. Didatangkan dengan awning condroi warna sedondon atau tona yang sama. Awning disediakan adalah jenis half cup (separuh bahagian sahaja keras) yang akan semulajadi mengikut bentuk muka pemakai. Aiesyah Shawl juga disediakan tanpa awning.

Anda boleh memakai Aiesyah Shawl hanya dalam kurang 10 saat dengan 6 langkah mudah!

Harga: RM 59 (dengan Awning) RM 49 (Tanpa Awning)
(tambah RM6 untuk kos penghantaran )

Promotion !: Dapatkan penghantaran percuma dengan belian RM 100 ke atas

 
 Pure Black

 Dark Brown

 Light Grey

 Oranges Red

 Royal Yellow

 Brownish Piech (warna lemak ketam)

 Epal green

 Mint Green

 Baby Purple

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih