My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Thursday, October 09, 2014

Bahagiakah kita dengan apa yang Kita lakukan?




Sudah lama mahu menulis mengenai pendapat ini....
Namun masa tidak mengizinkan...

Ia berikutan satu seminar yang saya hadiri memenuhkan jadual hujung minggu... dan ini kali pertama saya datang ke program sebegini bersama suami. Biasanya saya menghadirkan diri bersama teman baik. Selalunya seminar yang bercorak perkembangan kendiri dan motivasi ini tiketnya sengaja akan saya lebihkan. Asalnya mana tahu suami yang sibuk tiba-tiba berkelapangan. Jika tidak rezeki jadi milik teman baik...

Ia lebih kurang sama dengan seminar-seminar sebelumnya kerana penceramahnya adalah personaliti yang sama... seorang perunding kasih sayang dan keibubapaan yang terkenal dalam Negara bersama suaminya seorang perunding peningkatan diri kendiri. Sengaja saya ke seminarnya berulangkali... buat pelepas stress seorang ibu dan mempertahankan kesabaran dalam mendidik anak-anak. Selaku seorang wanita yang bekerja dan pulang lewat petang.... kesabaran terhadap anak-anak memang dah menipis dipenghujung waktu hari, kebanyakkannya telah diguna sepanjang waktu bekerja.

Ada satu sesuatu yang terkesan dalam seminar kali ini. Saya lihat motif seminar pada 30hb Ogos itu supaya saya tahu dan kenalpasti apa yang saya mahu.

Ketika disuruh senaraikan 3 perkara teratas yang saya paling mahu dalam hidup... saya catatkan ditempat pertama , saya mahu anak yang cemerlang. Suami saya catatkan dia mahu menjadi lelaki yang soleh. Tercatat juga dalam senarainya mencari kekayaan... dalam 30 orang peserta yang ada bermacam catatan yang tidak segan silu dikongsi.

Lalu saya dingatkan berapa banyak masa yang saya peruntukkan untuk tujuan saya itu... yang mencari kekayaan akan memperuntukkan lebih sebahagian waktu sehari mencari rezeki, palanggan, premis perniagaan... akal dan fikiran di set sehingga mahu tidur pun masih menghitung jalan kekayaan....

Justeru ada yang sanggup meninggalkan kebahagian dunia dengan kekuatan hati dan akal yang luarbiasa untuk menuju ke satu dunia yang tidak pernah digambarkan (akhirat). Kolotkah mereka?

Meninggalkan anak yang merengek-rengek dengan pelukan ibu bapa demi mencari harta siang dan malam... Gila hartakah mereka?

Berhenti bekerja dari pekerjaan yang gajinya puluhan ribu ringgit sebulan untuk berdamping dengan anak anak....dalam ketika dia masih muda serta berkeupayaan tinggi untuk pergi lebih jauh dalam kerjaya... Bodohkah dia?

Saya punyai 3 rakan yang berbeza untuk 3 situasi di atas... dengan 3 sebab priority hidup yang berbeza...

Yang pertama tidak kolot. Yang kedua bukan meterialistik dan yang ketiga tidak bodoh. Ketiga-tiga mereka dikurniakan Allah dengan akal yang waras lagi cerdas dengan keupayaan akedemik yang tinggi dan salah seorangnya menggenggam sarjana. Masing-masing hanya melaksanakan satu keutamaan hidup yang berbeza. Itupun kita belum lihat keutamaan ditangga kedua dan ketiga...

Walau di kumpulan mana kita berada, jangan sesekali menyamakan hasrat diri dengan orang lain. Sejauh mana kita perlukan sesuatu (mungkin wang), parameter ‘hasrat’ diri sendiri dengan parameter ‘hasrat’ orang lain mungkin berbeza. Hatta parameter keperluan dan prioriti saya dan suami amat sonsang sekali... kerana itu kami saling melengkapi....

Justeru apabila melihat keutamaan yang ditunjukkan oleh orang lain, lebih mudah untuk kita hormati dari kita membanding-bandingkan serta akhirnya membuat kesimpulan begini lebih baik begitu lebih mudah. Ia mungkin releven hanya untuk diri sendiri tetapi bukan untuk menasihati orang lain.....
Bahagia itu subjektif, ia adalah satu bahagian hati yang tidak mudah difahami.

Jika kita merasakan banyak harta itu bahagia, kita telah menyandarkan bahagia itu pada wang ringgit.

Jika kita merasakan rumah besar, kereta besar itu bahagia, kita sandarkan bahagian kita pada material

Jika kita merasa bahagia apabila melihat orang disekeliling kita bahagia, kita menyandarkan bahagia pada orang lain.

Bahagia adalah keputusan kita untuk menentukannya. Kerana itu kita lihat ada fakir lagi miskin namun amat bahagian dari kita yang lebih mampu. Kerana itu kita lihat ada yang sakit menunggu maut, tenang menanti ajal lebih bahagia dari kita yang sihat.... kerana itu kita lihat ada yang sibuk seharian dan malamnya tanpa ada masa senggang untuk menonton televisyen, puas dengan hidupnya dan lebih bahagia dari kita yang banyak waktu.

Justeru jangan menilai keperluan orang lain tanpa anda tahu motif dan prioriti hidup yang boleh memberi kebahagian kepadanya... apatahlagi membanding diri kita atau pihak ketiga yang ‘lebih berjaya’ dari dia yang dilihat seadanya....




Wasatiyah; Pembudayaan Bangsa Malaysia




Jika merasakan isu ini remeh... semasa penulisan ini dibuat, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkannya di debat umum PBB, New York....

Ia bukan satu prinsip baru... ia ditonjolkan sejak bermula islam dan mengalir dengan aman dalam perkembangannya. justeru jika ada merasakan perjuangan Islam bertonggakkan mata pedang, perkembangan Islam dari zaman khalifah al-Rasyidin lagi telah amembentangkan pengembangan Islam melalui penaklukan wilayah tanpa pertumahan darah... tanpa runtuhan gereja... takpa paksaan memeluk agama.

Kita seketika lupa mengenai keserdehanaan kerana kebanyakkan yg lantang bersuara bukan mereka yang moderate. Dalam segala bidang, sama ada extremist agama, extremist budaya, politik mahupun isu remeh seperti extremist skim perkhidmatan sekalipun. Percaya atau tidak golongan yang jumlahnya mungkin tak sampai 1 % pun dalam Malaysia ini mampu memecahbelahkan pemikiran , mencetus perbalahan, dan mendatangkan situasi yang 'tidak aman' dikalangan masyarakat multi budaya dan agama seperti Malaysia. 

Malang bagi kita tidak ramai walaupun ada sedikit dikalangan kita reformisme yang pembawaannya adalah moderate, seimbang seanalogi secukup rasa... reformisme yang wasatiyah ini terpaksa berkerja keras untuk meneutralkan kembali situasi yang tidak seimbang dicetuskan oleh para extremisme... sedikit syukur kerana jika dilihat raja-raja kita dan pemimpin tertinggu kita terdiri dari golongan moderate ini....

Liberalisme mengertikan wasatiyah adalah amalan yg ketingalan kerana prinsip keserdehanaan. Tidak mengambil ruhul wasatiah ini dengan baik, kesederhanaan memang mengambarkan prinsip wasatiyah namun tidak keseluruhannya. Seimbang dan adil ; meletakkan sesuatu ditempatnya mungkin lebih mengambarkan wasatiyah... justeru dalam mengejar ilmu dan kemajuan, kecemerlangan tetap dikejar... namun wasatiyah dengan prinsip moraliti.

Mungkin boleh diambil korea selatan sebagai contoh yang mudah difahami... 20 atau 30 tahun dahulu mereka lebih ketinggalan daripada malaysia dengan pemerintah tentera... kemudian mereka menjadi pengilang dunia dengan produk produk antarabangsa melabur disana... pencapaian dalam jangka pendek korea selatan amat menghairankan dunia kerana sekarang mereka adalah makmal teknologi dunia bukan lagi kilang dan hasil produk korea menyaingi pencetus revolusi teknologi seperti jerman mahupun jepun... namun ketinggian ilmu dan kejayaan korea selatan tidak disokong oleh nilai -nilai moral yang kuat menjadikan korea selatan mencatat kes bunuh diri kerana tekanan hidup paling tinggi didunia... ini yang dinamakan tidak seimbang... disini perlu hadirnya wasatiyah.. belum mengangkat satu ketamadunan dengan satu aspek masih cacat! Wasatiyah perlu dilihat dengan 'big picture thinking. (Kata john mexwell).

Wasatiyah adalah To be moderate to be in the midle to be the best... not to be too much...

Analogi paling ,udah untuk memahami wassatiyah...

Air itu bagus, terlalu banyak air ... banjir! terlalu kurang... kemarau!
cahaya itu baik, terlalu banyak cahaya... silau! terlalu kurang.... suram!
makan itu perlu, terlalu banyak makan... sakit. terlalu sedikit makan... akan lapar...

Indahnya wasatiyah

Aplikasi keseimbangan ini adalah norma dan fitrah manusia....
Islam itu syumul (tinggi) dalam wasatiyah.
sehingga ajal itu datang
ia tidak dilewatkan mahupun diawalkan biarkan 1 mili-saat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih