Friday, June 29, 2012

Hyperactive n Miniconcert

Dah lama tak cerita pasal aiesyah… ok bonda story sikit…

Dah 2 minggu bawa aiesyah temankan bonda pergi check up kat klinik. Saja je bawak aiesyah buat peneman. Selalu bonda pergi sesorang jer. Bonda bonda pick aiesyah dari tadika pukul 12 dan terus ke bangi.

Minggu lepas bonda bawa aiesyah, aiesyah nakal lah sangat. Satu klinik tu aiesyah buat macam playground. Mulut aiesyah tak behenti bercakap dan menyanyi. Sampai masuk bilik doctor pun aiesyah buat tak hairan. Aiesyah terus mengomel menyanyi dan melompat. Sampai kepala doctor K tu senget pandang aiesyah.

Doc: She’s very happy kid. Ada tak sesuatu yang boleh buat dia fokus…

Bonda: Dia suka baca buku dan watching TV. Boleh berejam.

Doc : If that so… tak apalah… saya takut dia hyper… sebab doktor tengok dia tak duduk diam langsung…

Bonda:  ??? (dah kronik anak aku sampai doc suspect aiesyah hyper)

Ha ha… termalu sekejap dengan doctor. Nak cam ner aiesyah… bonda dah tak larat nak tegah mulut, tangan, kaki aiesyah yang tak tau erti penat dan letih.

Tapi doctor pesan suruh bonda biarkan je aiesyah macam tu… kata doctor bila aiesyah main… lagi banyak aiesyah main… brain lagi develop. Children have its’ own imagination without limit. Jadi kata doctor biarkan sahaja selagi tak mencederakan diri sendiri…. Kita sendiri tak tau dia tengah bayangkan main apa sesorang tu… Emmm sejuk sikit hati bonda ni.

Sambil tunggu bil bonda tengok aiesyah berjalan dari hujung dinding ke hujung dinding klinik sambil tadah tangan. Emm baca surah fatihah dan surah al-ikhlas… tapi bonda dan aiesyah sahajalah yang faham… orang lain yang dok perati aiesyah tak faham pun doa apa yang aiesyah dok mundar-mandir tadah tangan sambil mulut terkumat kamit bahasa yang tak difahami…

Minggu ni bonda bawa aiesyah lagi. Tapi minggu ni aiesyah baik sikit. Tak adalah berlari kesana sini macam minggu lepas. Tapi aiesyah buat mini konsert kat klinik. Kat klinik tu ada meja kopi yang besar… aiesyah naik dan berdiri atas tu… sambil lompat menari… buat lenggok tangan… semua lagu aiesyah nyanyi. Lagu yang teacher ajar kat sekolah… lagu yang bonda ajar… dan lagu yang tok wan ajar, lagu yang dora, barney dan mickey ajar…semua aiesyah balun dari awal masuk klinik sampai bonda jumpa doctor… kuat pulak aieyah nyanyi… tak segan… satu klinik tu terhibur denan aiesyah… sesekali aiesyah tiru gaya teacher fika.

‘ok. Lets sing together. 1-2-3 (sambil jari jemari ditunjukkan satu dua tiga)
If you happy and you know u clap your hand…….”

Tapi paling tak tahan aieyah suruh bonda ikut semua gerak geri lagu aiesyah tu… kalau bonda tak ikut nanti aiesyah nangis… ye lah aiesyah kan tengah membayangkan aieyah tu teacher kan… dengan berat hati bonda pun follow lah semua gerak lagu aiesyah tu pelan-pelan tak nak kasi mak-mak dan bapak-bapak orang lain nampak macam dua beranak tengah buat konsert…

“cepat bonda cepat… macam ni… a big watermelon” sambil tangan di bulatkan.” Cepat bonda cepat macam ni… nyanyi jugak bonda.. nyanyi…”

Nasib baiklah kelibat ayah dah sampai…. Boleh ayah bawak aiesyah jejalan kat luar sebelum giliran bonda masuk jumpa doctor….
“ok bonda wait ye. Wait… nanti kita nyanyi sama sama lagi” sambil berlalu dengan ayah…

tempat berlangsungnya mini konsert aiesyah....

Friday, June 22, 2012

Sya'ban

Amat berbesar hati dan bersyukur sekiranya kita dapat menikmati 3 bulan kebesaran islam berturut-turut iaitu Rejab yang baru berlalu, Sya’ban yang baru menyinggah dan Ramadhan yang semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lebih kurang 27 hari lagi.



Kalau di bulan rejab yang lalu peristiwa isra’ mikraj kita renungi bersama yang diturunkan bersamanya tiang agama(sembahyang fardu), di bulan sya'ban kita menantikan nisfu sya’ban. Nisfu sya’ban atau dimelayukan pertengahan sya’ban akan jatuh pada 5 Julai 2012 mengikut kelendar masihi. Walaubagaimanapun tidak ada hadith yang merujuk kepada apa-apa amalan khas pada malam nisfu sya'ban kecuali hadith mengenai Allah mengampuni dosa-dosa pada malam nisfu sya'ban kecuali bagi orang musrik. 

Pada bulan ini juga berlakunya peristiwa sembahyang dua kiblat (kiblataini). Peristiwa pertukaran arah kiblat ummat islam daripada masjidil aqsa dan berkiblatkan masjidil haram (kaabah).

Diriwayatkan oleh para sahabat, Rasulallah SAW tidak pernah berpuasa lebih banyak puasa sunnat selain daripada bulan sya’ban. 

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Tuesday, June 19, 2012

SALAHUDDIN AL-AYUBI



Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Gambar puak Kurdish sekarang (dibawah). Ramai dikalangan pejuang Islam Lahir dari puak ini. Hidup merupakah perjuangan untuk terus menegakkan agam Allah
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.

Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendengar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel-gambar) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem, malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang doktor. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur." Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan dengan nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya

Friday, June 15, 2012

Bersanggul Tudung


Dalam dua minggu lepas ada sedikit perbicaraan ringkas bersama bonda tersayang yang mengunjungi rumah… tentang wanita bertudung dan bersanggul (sama ada palsu atau betul). Terdapat banyak perbezaan dilakangan ustaz-ustaz sekalipun didalam perkara ini… umumnya selepas peristiwa tersebut saya mencari jawapan yang dikira lebih dapat memuaskan hati dan akal logical saya yang sentiasa dan tidak berhenti berfikir.

Akhirnya saya mendapat jawapan yang saya kira dapat memuaskan hati naluri saya… kesimpulan dari jawapan ini semua yang dikeluarkan pendapat dari kesemua ilmuan islam ini kesemuanya dalah betul dan tidak ada sedikit pun salahnya… yang mengatakan haram pun betul yang mengatakan harus pun betul jua.

Asas fikah sesuatu hukum adalah harus… yang menjadikan haram adalah manusia sendiri (niat dan perlakuan). Maka asas kepada pemakaian sanggul bertudung ini adalah harus, boleh dan dibenarkan selagi tidak berniat untuk menarik perhatian lelaki ajnabi atau walau tidak berniat tetapi tidak akan menjadi perhatian lelaki ajnabi. Maka jika seorang wanita itu yakin bahawa niatnya betul dan tidak akan menarik perhatian lelaki bukan ajnabi maka bersanggullah setinggi manapun…

Ia adalah sesuatu hukum dengan pantang larangnya… jawapan harus sememangnya hukum asalnya…bersama pantang larangnya seperti niat dan perlakukan (seperti mana imam malik dan hanafi meletak kan hukum). Adajuga ilmuan islam yang yakin terus memberi hukum haram. Kerana kebiasaan manusia hatinya lemah dan sakit maka dikhuatiri tidak dapat membentuk niat yang ikhlas mahupun lelaki yang tertarik dengan wanita. Maka terus diberatkan hukum tersebut kepada haram (seperti imam syafie yang selalu memberatkan hukum).

Percanggahan pendapat senantiasa terjadi. Sedang 4 imam yang muktabar/besar juga ada jalan simpangnya tapi aqidah utama tetap harus dipelihara. Bagi masyarakat Malaysia mungkin sudah terbiasa dengan memberatkan hukum (kerana mengikut mazhab syafie yang terkenal dengan lebih berat dari segi hukum berbanding mazhab yang lain) maka ramai ilmuan islam membuat kesimpulan dan menjatuhkan banyak perkara adalah haram termasuk sanggul tudung. Ia sebenarnya tidak salah dan sebagai satu langgah pencegahan yang baik dengan memberatkan hukum dari harus kepada haram daripada menanggung dosa.

Maka kebanyakkan ilmuan islam lebih suka memberi penyelesaian yang dikira lebih selamat. Seperti mensarankan tidak bersanggul atau bagi mereka yang mempunyai rambut yang panjang disanggulkan separas dengan leher/ lebih kebawah, agar tidak menjadi perhatian…

Sebelum berakhirnya artikel ini suka untuk saya kongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Muslim…

“Kepala-kepala mereka ini umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium bau syurga kerana sesungguhnya bau syurga dapat dicium walau dari jarak perjalanan yang jauh”

Pengertian maksud hadis ini ada diterangkan oleh imam al-Nawawi dalam kitab sharh sahih muslim  (sila buat rujukan sendiri).

Coca-colanisme


 Istilah ini tak wujud pun di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Ia diambil sempena dengan jenama minuman ‘unggul’ yang sinonim dengan budaya kegembiraan dan hiburan iaitu minuman cocacola.

Maka budaya coca-colanisme saya kira adalah satu bentuk budaya yang suka berhibur dan bergembira. Sama sahaja dengan budaya hedonism sebenarnya. Cuma istilahnya dan frasa yang membezakanya…

Dari mula tuhan mencipta Adam dan Hawa, hiburan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan dengan makhluk yang berasal dari tanah ini… Cuma bagaimana yang ditakrifkan berhibur itu… harus di tepuk dada dan tanya selera sendiri…

Semakin tua bumi tuhan maka semakin banyak hiburan yang melalaikan… tak perlu lihat budaya kuning, biru mahupun hitam, kita celikkan mata, tanya minda untuk bumi kita Malaysia. Generasi ‘Y’  kini sudah terlalu sinonim dengan hiburan. Tak menghairankan, generasi ini membesar dengan dunia kemudahan rangkaian Televisyen, internet dan sebagainya…. Maka lahirnya generasi coca-colanisme ini.

Menyingkap kontroversi ‘himpunan sejuta belia’ yang mendapat banyak reaksi umum kerana terlalu banyak menyelitkan elemem hiburan… ini pendapat saya..

Jika lihat Objektif dan matlamat murni Himpunan sejuta belia ini… ia amat perlu disokong pembikinannya.. Banyak aktiviti dan pameran bermanfaat yang berkaitan masa depan belia ada di sini. Namun yang menjadi pokok pangkalnya… tiada guna walau seribu manfaat terpendam tanpa pengunjung belia sendiri yang datang. ‘kerajaan’ hari ini seolah terdesak untuk menarik golongan terbesar masyarakat Malaysia ini dengan menyelitkan hiburan yang kadang-kala dilihat masyarakat bukan generasi Y sebagai keterlaluan. Kerajaan ‘terpaksa’ menyalurkan segala info melalui elemen hiburan seperti menyertai pameran di tapak ‘sure heboh’ yang sedia pasti menjadikan elemen hiburan sebagai daya penarik masyarakat. Cuba lihat program-program penjelalahan ilmu/ pameran pasti disusuli dengan kehadiran personality berasaskan hiburan malah hampir pasti terdapat elemen konsert  samada disiang hari ataupun malamnya…

Apa yang hendak disampaikankan… bukan kelemahan program-program yang telah disebutkan tadi. Ia hanya contoh dalam beribu lagi program samada di taja oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan… tetapi pembudayaan hedonism dikalangan masyarakat hari ini dilihat semakin menular. Tak perlu lihat anak melayu sahaja… malah cina india atau apa bangsa pun yang wujud di Malaysia… semuanya bertemankan hiburan. Lebih parah bila menjadikan berhibur dan bergembira sebagai satu bentuk pembudayaan dalam masyarakat…

Pembudayaan Coca-colanisme bukan hanya menjadi masalah kepada Malaysia, malah negara-negara berproduktiviti tinggi seperti Korea Selatan maupun Jepun sudah hilang akal untuk menyesaikan masalah generasi Y. Adalah menjadi kebimbangan budaya ini mengahasilkan generasi yang kurang berjati diri dan hanya mengambil tahu hal-ehwal kehidupan sendiri yang menjadikan masyarakat lebih individualistic, meterialistik dan tidak produktif. Labih membimbangkan apabila syiar islam sudah tidak lagi mendapat tempat dihati generasi cyber ini. Mereka yang dilihat jauh dari dunia hiburan dan kegembiraan dianggap kolot dan tidak dapat menerima perubahan... 
 

Timbul persepsi salah dikalangan muda-mudi bahawa zaman remaja/belia perlu dihabiskan untuk berseronok dan zaman keinsafan datang di kemudian hari. 
 
Timbul juga persepsi salah bahawa kebaikan / amalan (terutama yang berkaitan dengan agama) tidak boleh dipaksa tanpa kehendak dan keikhlasan diri sendiri. 
Jika tidak ikhlas lebih baik tidak dilakukan. Kerana ia dipanggil 'hipokrit'. 

Akhirnya generasi ini hanya melakukan sesuatu berdasarkan kehendak hati 'yang dikira ikhlas' dan tidak hipokrit.
Budaya hedonism atau coca-colanisme ini ternyata mempengaruhi sistem pemerintahan dan politik negara di masa akan datang jika tidak dibendung dari sekarang. Jelmakan seorang pemimpin yang menjamin segala kehendak (bukan keperluan) duniawi maka itulah pemimpin yang didamba oleh masyarakat… akhirnya yang menurut menikmati keindahan dunia, yang terperok langsung tidak dipedulikan. Akhirnya akan wujud zaman Neo-firaun....


TALBIAH



Wahai bumi Makkah!

Wahai Bumi Makkah!

Wahai Tanah Haram yang membangkitkan jiwa kami

Engkau telah beroleh kemuliaan dan sebaik-baik kedudukan

Hembusan bayumu menyentuh jiwa

Jiwa yang sentiasa mendamba untuk melihatnya

Lantas hati mula bertalbiah dengan penuh rasa cinta

Hati yang telah diselubungi rasa cinta…

Thursday, June 14, 2012


Pejam celik dah setahun bermastautin di rumahKajang ni…
 Waktu mula-mula masuk… kelengkapan hanya di bawa dari rumah lama dan ditambah keperluan-keperluan lain yang dikira sangat penting sahaja seperti lampu, kipas dan tak ada pun beli-perabot baru. Jadi terima kasih sangat-sangat kepada sponsor perabot rumah saya sebab perabot rumah dari apartment serdang tu hampir kesemua mama/abah/cikgu farah yang punya… ada juga perabot yang ditinggalkan dan jadi kegunaan tenant sekarang seperti katil queen, almari baju kecil, almari dapur dll yang dirasakan tidak perlu dibawa . (huh… tenant tu sekarang dah pasang aircond kat bilik. Petanda nak duduk lama tuu, panjang lagi rezeki mama).

 
Waktu ini duit memang tengah dicatu. Sebab beli dua buah rumah hampir serentak (teres yang duduki sekarang dan apartment di Cheras). Huk-huk TV pun pakai TV gerobok yang akhirnya sekarang dah jadi milik Aiesyah…


 Ni transform yang telah berlaku setelah setahun….
Semuanya dibeli perlahan-lahan. So sudah upgrade sikit… tapi setakat level tembaga je lah… lambat lagi nak jadi gold. Kalau rumah mama di kampung dah level platinum dah…

Kalau tengok beza kat dua bijik gambar ni, lain nya adalah TV, karpet, lampu chandelier dan arm chair. Langsir tak dikira sebab langsir tu di sponsor oleh nenek. Jadi tambah tolak sepanjang setahun saya telah berbelanja lebih kurang RM4300 untuk upgrade hall ini. Murah pun tak, mahal pun tak. Jugak…. kalau sekali spent +- 5000 memang terasa mahal dengan gaji ciput ni... tapi bila dibeli sikit sikit rasa berbaloi. Dapatlah beli yang berkualiti dan tahan lasak sikit ikut kemampuan.  Paling mahal adalah lampu En Wan itu okey….katanya nak guna sepanjang hayat….

Rasanya target setahun saya tu dah tercapai…. Projek setahun selepas ini adalah mentranform bilik kecik kat aras bawah ni. Dengan ada hati nak buat tile di depan rumah… Itupun kalau ada rezeki lebih. Rezeki jual rumah cukup-cukup buat bayar pinjaman-pinjaman dan buat pendahuluan untuk beli kereta baru… (ini pun berangan jugak. Sebab proses belum habis lagi)….


middle hall ni memang tak nak tranform to dining hall dan biarlah jadi tempat aiesyah dan adik-adiknya (expecting) bermain-main dulu buat tempat membesar sampai dah tahu jaga bilik sendiri ( mau lagi 5 tahun tu...)

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...