My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Friday, March 17, 2017

Dari sibu ke tg manis

Sebulan yg lepas.

Pertama kali singgah ke sibu.....
Bermalam disini esoknya melalui jalan darat ke tg manis mukah

2 jam perjalanan menyulusuri 5 jambatan gergasi merintangi sungai2 yg sangat lebar....

Sayangnya x byk gmbr yg diambil. Apapun saya bersyukur dpt sampai ke sini.....

Thursday, February 23, 2017

Ekspidisi sungai timun

Sungai timun terletak antara melaka dan negeri sembilan. Terkenal dikalangan pemancing udang galah. Juga menjadi kunjungan pelancong dimalam hari utk menyaksikan kelip2. Tak kurang juga tarikan penghuni disini seperti sang bedal dan beburung.

Berpeluang menunggu di hilir sungai melihat matahari terbenam. On the way balik ke jetti menyaksikan kemeriahan kelip. Rupanya dimalam haro lebih banyak pak ali (aligator) yang kami temui.

Sunday, February 19, 2017

Tomato again.

Alhamdulillah. Berpuluh biji juga dapat mkn tomato sendiri.... dalam byk2 pokok hanya 3 sahaja yg menjadi.... dah dicampur dengan sayur2 lain. Dibuat goreng sup. Masuk dalam kari sambal... dan dimakan salad. Manis sungguh. Enak dimakan begitu sahaja. Walaupun saiz hobbit....

Wednesday, November 30, 2016

Tomatoes coming!!!

Dah lama tuan tanah tak update kebun sekangkang kera. Update tomato.... dari kecik renek... membesar... mengeluarkan 2 biji buah sulong... sehingga bergayut2 buah di ranting2. Tak sangka berjaya jugak membela pokok tomato nih...

Walaubagimanpun tuan tanah tak tahu nak memancang pokok yg ditanam dlm pasu ni. maka tongkat pun jadilah... itu pun tongkatnya di pacak dalam pasu kailan....minta maaflah abang kailan...

Tomato jenis sederhana besar. bukan cheery tau. fisrt time tuan rumah tanam.Tak sabar sungguh rasanya nak tunggu merah!!! 😊😊

Buah Sulong
saiz terbesar adalah besar sikit dari bola ping pong....

Tuesday, November 01, 2016

Buat kenangan: Galeri SAS

Tak pernah dibuat orang datang galeri kul 10 malam nih. Tuan rumah dah ajak tak leh tolak kan. Boleh tengok dan berangan je lah...bolehlah nak rawat stress kerja hujung minggu.

He and She were once lived here. rumahnya comel jer. tak besar mana pun. macam nice untuk duduk berdua. saya jarang selfie nih. rasanya boleh kira dengan sebelah tangan sahaja berapa banyak gambar selfie dalam blog ni. but i made an exception... ngeh ngeh.


Jangan tengok kereta je. tengok nombor plate sekali.
ayat dia memang so sweeeeeeettt
dress room for Him and Her
dah lama dah ngidam nak naik benda alah ni.

Monday, October 31, 2016

Vege garden

3 malam bermalam di Pahang.... balik rumah pokok jugak yang dituju dulu...
hujan setiap hari. pokok pun menari-nari.

Pokok kailan dalam pasu panjang yang paling besar. dah patut tuai. daun pokok kalilan uratnya makin kasar dan berwarna keunguan. mungkin daun dah tua. agaknya masih sedap tak dimakan? malam ini baru nak menutip kailan buat goreng. 2 pokok ditanam dalam kotak gabus dibelakang tersangatlah gemok. space besar agaknya. 

pokok kobis macam tak berapa nak jadi... lambat besar atau dah bantut tak pastilah. pasunya di kanan sekali. tak nampak sebab along kawasan tengah buat lawatan (monster). dalam banyak-banyak pokok sawi cina... hanya dalam 5 pokok sahaja membesar dengan baik. pasunya yang panjang bewarna perang di kiri sekali. sawi bunga kuning hanya tinggal dua pokok. tu puan yang banyak kali dituai dan dikerat dan tumbuh semula. 

semaian baru sawi pak choi atau sawi renek. benih dah bercambah. tunggu berdaun baru jarangkankan ke pasu. 

Tomato yang dua bijik baru berputik dah tinggal sebijik. mesti kerja en squirel... waktu ke pahang, en monster pun tak ada kat rumah..  hantar hotel. berleluasalah en squirel. daun sawi pun banyak terpatah-patah.

Sebab depan rumah ni dah full haouse parking pasu, saya dah bukak cawangan kat tingkap dapur. so dapat cahaya  yang tak berapa garang. light-light gitu.  tanam dalam kotak gabus ais krim baskin robin yang tak berapa besar sangat. dapatlah pokok sup 2 pokok yang agak subur tapi renek je. satu pokok bawang. beberapa pokok ketumbar yang tak tinggi-tinggi. ada satu pokok kubis yang subur tersesat kat situ. esok lusa nak pindahkan ke pasu. 

minggu lalu dah outstation, hujung minggu ni pun sama. jawabnya minggu satu lagilah baru dapat belek pokok2 ni betul2.

Saturday, October 22, 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih