Wednesday, November 21, 2012

Tajamkanlan Mata Pedang ku


Ya Tuhan…
Jika aku disitu
Pasti aku dengar setiap detik waktu
Tangisan yang bukan sayu
Tangisan yang jiwanya bagai kubu
Tangisan dengan onak dendam dikalbu
Tangisan yang tidak takut bom dan peluru

Ya Tuhan
Bantulah saudara-saudara kami
Semoga hati-hati itu kuat bagai Hamzah
Semoga akalnya cerdas bagai Muhammad al-Fateh
Darahnya mengalir Salehudin Ayubi
Senjatanya  meluru bagai Khalid Al-Walid

Ya tuhan
Jadikan musuh-musuh kami itu hancur
Biar semangat dan jiwa nya lebur
Biar benih pepecahan mereka terus di sadur
Walau Takbur dengan bom dan peluru yang bertabur
Pejuang kami tetap subur

Ya Tuhan
Berilah kemenangan pada Kami
Berilah kekuatan pada hati-hati kami
Satukanlah jiwa-jiwa ini
Dan semoga
kami yang jauh ini
Tidak alpa dengan ketenangan yang kau beri

Ya Tuhan
Semoga tangisan itu tidak sia-sia
Nyawa itu yang besar harganya
Kusrat yang tidak mengenal erti muda atau tua

Kamu mata pedang ku
semoga dapat kuasah dengan doa ku
biar tajam untuk kau meluru… 
Bumi Gaza tak perlu menunggu...

pena menulis 21/12/2012







Wednesday, November 07, 2012

When aiesyah draw 3

Kereta bonda parking tepi kolam kat kafe office...

Kera Sumbang??


Ini adalah entry untuk mengingat diri sendiri supaya tak jadi ##kera sumbang



Sejak masuk kerja dari cuti lepas bersalin…
Saya terperasan yang saya makin menyendiri dan buat hal sendiri… Sila semak jdual seharian saya yang sama dibawah

7.30 pagi:  punch card dan terus hantar adik ke rumah mama ana
Beli makanan pagi. Hantar aiesyah ke tadika.
8.00-8.15: masuk ke office, check office mail/emel/ FB/blog
8.30: makan pagi di pantry bersama staff (waktu nilah kalau nak berborak dunia pun)
9.00- start my duty
10.30- milk production
11.45- sambung kerja
1.00- ambil aiesyah di tadika ke rumah mama ana, susukan adik
1.35- beli makanan (biasanya kat teratak kampung ku. Sampai casher bagi dessert free pasal selalu borong dadih kat kedai ni). Balik rumah. Makan sembahyang.
2.15. masuk kerja. biasanya lewat 15 min dengan pengetahuan boss..
3.30- milk production, sambung kerja
5.00-5.30 – balik

Ok… kalau saya perasan… dah tak ada waktu bersosial di tengahari sebab biasanya time tengahari nilah saya gi lepak bersama kawan-kawan office kat kedai-kedai yang menjadi pilihan.
Disebabkan adik yang susah nak minum susu, maka di tengahari saya akan habiskan masa dengan adik. Bagi dia minum susu. Lepas tu saya pun makan sendiri kat rumah depan TV… (## kera sumbang)

Iklan:
Oh ya… saya baru find out dengan mama ana… yang adik sebenarnya bukan tak tahu minum susu botol… tapi dia dah bijak sangat memilih… tak nak layan susu botol. Pasal puting pacifier tu dia boleh je hisap. Kalau dah lapar sangat… ok je dia pakai susu botol ke… susu yang disejuk beku ke…tak ada pun nak memilih…. Ho ho… kecil-kecil dah panjang akal. Anak bertuah… selama ni kitorang punyalah ingat adik tak reti nak pakai susu botol.

Ok sambung balik cerita…
Kadang-kadang sebelum hantar aiesyah ke tadika saya bawa dia ke kafe dan makan dengan dia berdua… ## kera sumbang. Kalau ada Nampak pegawai lain dan kerusi available for two person saya joinlah… tapi biasanya penuh berempat. Jadi makan jelah dengan aiesyah…

Sejak tidak memegang belanjawan… maka tidak lagi saya ke HQ… maka jarang jugaklah saya bersosial dengan rakan-rakan di HQ dan tak ada meeting di sana yang memerlukan kehadiran saya. ## kera sumbang…

Dan oleh kerana saya telah memilih untuk membereskan kerja-kerja Sistem Pengurusan Aset sebelum berakhirnya tahun ini… maka saya sentiasa didalam bilik ofice saya didepan sistem untuk menyemak dan mengesah data-data yang telah dimasukkan oleh pegawai-pegawai jabatan saya ni. Oleh itu kerja saya hanya berkawan dengan computer didepan mata… tiada komunikasi dengan pegawai-pegawai lain… sehingga kini… telah 300 kad aset telah disemak dan disahkan secara on-line daripada lebihkurang 2000++ yang telah didaftarkan.dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa mungkin mencecah 5000.  ## kera sumbang lagi…

Disebabkan saya dah tak tanggung kerja-kerja pegawai pentadbiran maka kurang jugalah penglibatan saya dalam majlis rasmi jabatan, lawatan deligasi luar,  pameran dan seumpamanya. Kalau ada pun sekadar menolong… ## kera sumbang

Disebabkan hujung tahun… dah tak ada sebutharga atau perolehan yang dikeluarkan… kalau ada pun ciput sahaja… maka kurang jugalah komunikasi saya dengan pegawai-pegawai teknikal mahupun kontraktor…. ##kera sumbang

Disebabkan tahun ini tersangatlah kurang perolehan/ sebutharga bekalan akibat daripada tiadanya belanjawan pembangunan, maka tiadalah aksi-aksi mengejar kontraktor yang lambat hantar barang seperti tahun-tahun sebelumnya… ## kera sumbang.

Kalau saya tension kerja biasanya saya lepak (buat sesi meluahkan stress) kat dua orang pegawai di cawangan yang tak berkaitan dengan cawangan saya ni. Tapi akhir-akhir ini kalau mod tensi datang saya lagi suka buka buku yang dibawa… menghabiskan barang se-bab atau dua bab. Baru sambung balik kerja. ##kera sumbang. Tapi hakikatnya teramatlah jarang saya nak tensi… kan kerja dengan computer je… datang pun bila sistem down, ‘hang’ atau yang seumpama dengannya…

Sejak dapat boss yang rajin pergi parlimen ini… maka tidak lagi saya jadi penunggu bilik bertugas parlimen tu…. Maka tiada lagi sesi meja bulat dengan rakan-rakan pegawai bertugas parlimen… ##kera sumbang.

Walaupun kelihatan seperti ##kera sumbang, dari sudut positifnya banyak jugak…

1.   Masa saya padat diisi dengan aktiviti bermanafaat
2.   Kurang bercakap/mendengar benda-benda tak berfaedah
3.   Dah tak ada gossip mossip
4.   Tak adalah nak gaduh dengan datuk K pasal barang yang tak sampai
5.   Tak stress dengan kontraktor
6.   Tak ada masalah dengan orang… orang pun tak ada masalah dengan kita
7.   Balik rumah awal selalu….
8.   Duit jimat… sebab jarang merarau merata…

Dari sudut tak best nya (tak semestinya negative)

1.   Bosan sikit hidup. Terasa macam robot sikit
2.   Kadang-kadang teringin jugak nak story morry dengan kekawan (nafsu menggosip dan lagho)
3.   Tak ada lagi nak merayau dan merarau di tengahari
4.   Kekadang cam katak dibawah tempurung sebab kurang tahu info terkini…

Jadi… best ke tak best bila kita menghampiri ## kera sumbang ni… untuk ingatan… walau berapa banyak sekalipun perkataan ##kera sumbang keluar dalam entry ini, sentiasalah senyum dan menegur bila bertembung dengan rakan-rakan… sebab kera tak senyum. Kalau kita tak senyum samalah kita dengan kera tu kan…

ye ke kera tak pandai senyum... senyum je kera kat gambar ni...


Monday, November 05, 2012

Duhai wanita; Bersoleklah




Ha.. ha… cikgu bolian mesti suka entry ini (sebab dia selalu membebel pasal saya yang liat bersolek). Entry ini ditulis untuk memotivasikan diri sendiri yang memang selama ini teramatlah sempoi. Bila saya keluar hanya menyapu sunblok sahaja. Nasib baik sunblok saya adalah foundation jugak… maka nampaklah seperti berbedak sikit.

Hukum bersolek bagi wanita adalah harus. Bagi ulama-ulama kontemporari seperti Al-Qadrawi, wanita sememangnya bersifat cantik dan suka akan kecantikan dan hiasan. Kata Abdul Halim Abu Syuqqah, dalam bukunya Tahrirul Mara'h fi asri arrisalah, berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi wanita. Lagipun, memang fitrah wanita suka berhias....dalam batas.

Lat say that dalam batas adalah sekadarnya. Nampak kemas. Tidak berlebihan. Tak juga Nampak macam plastic apatah lagi opera cina. Atau paling senang untuk difahami, bila kita bersolek orang kenal… kita tak bersolek pun orang kenal dan cam lagi. Tidaklah sampai bila kita bersolek orang dah kurang pasti (bagi yang jarang bersolek) ataupun kalau kita tanggalkan solekkan orang dah tak cam kita (bagi yang selalu bersolek). Nampak sangatlah solekkan itu dah mengubah wajah.

Senangkan faham. Ok. Dalil bagi wanita bersolek ini dipinjam dari blog ustazah Fatimah sharha seperti berikut:

Dalam satu hadis sahih Bukhari Muslim, ada sahabiah bernama Subaiah binti al-Harits. Dia ditinggalkan suami. Bila nifasnya berakhir (habis iddah), dia bersolek untuk tarikan para peminangya. Seorang lelaki bernama Abu Sanabil bin Ba'kak datang kepadanya lalu bertanya, "Aku lihat kamu bersolek, kamu nak nikah lagi ke?" (Dalam Riwayat Bukhari kitab Talaq). (Dalam riwayat Bukhari Kitab Peperangan pula disebut), lalu Abu Sanabil meminangnya. Tapi Subaiah enggan berkahwin dengannya."

Jika ada pihak tak mengizinkan wanita bersolek sedikitpun, ia seakan-akan mahu mengongkong wanita berada dalam tempoh iddah sepanjang usianya. Luaskan ufuk minda dengan apa yang Islam longgarkan. Boleh beli bedak, krim pelindung matahari, celak, pelembap bibir dan seumpamanya.

Bila solekan wanita keterlaluan, ada ulama menegur. Kata Al-Qaradhawi, "Saya tidak memuji wanita yang meletakkan terlalu banyak warna pada wajahnya." (from blog sebarkan bahagia.blogspot)

So Jadi lepas ini marilahlah rajinkan tangan mencalit di muka. Kalau ikut “pada hemat saya’ style… macam biasa sunblock with foundation jenama Marbella. Saya sangat suka dia dan tak jumpa sunblok yang lebih best dari ini (mungkin sebab dah skali dengan foundation kot). Bedak asas Silky White. Hanya brand ini sahaja yang kena dengan kulit saya yang mudah gatal dengan brand-brand lain walaupun brand lain lebih mahal… dan silky white ini tersangatlah murah. (saya pesakit enzemma jadi pencuci muka dan sabun badan pun soap free). Tapi jarang pakai bedak asas sebab dah pakai foundation. Calit lip balm with gloss and sheer color skit. Haha… dah siap. Sempoi sangat. Cuuu pakai lipstick sikit ke…  

Saya pernah ada (masih ada lagi) eye shadow, pemerah pipi, conciller, eye liner dll. Tapi rasanya dah 3 tahun tak pakai. Tapi seandainya saya pakai pun… orang tak Nampak saya pakai pun… bagi yang suka, saya recommend jenama Kate. Sebab dia bagi Nampak bayang-bayang just nice sahaja untuk serikan wajah saya yang gelap tak putih ni. Hek eh.. cam perunding kecantikan pulak. Brand yang glamer memang tak mesra dengan saya… buat kulit saya gatal, dan muncullah ruam-ruam enzemma. Jadi bila dah dapat yang mesra alam dengan saya… saya akan setia pada yang itu sahaja.

Saya juga jarang menggunakan produk kecantikan tetapi lebih suka kepada produk penjagaan seperti pencuci muka, repair/night krim dll produk penjagaan (sangat susah mencari yang sesuai dengan kulit). Bagi yang mengalami masalah seperti saya… sila lihat ingredient. Saya tak pandai sangat… tapi saya guna pesan doc kat saya… cari produk yang soap and perfume free. Jadi biasanya tak wangilah….

Apapun yang kita calitkan… jangan lupa senyum… senyum buat muka kita lebih berseri tanpa perlu sebarang calitan dimuka…
Senyumlah….

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...