Monday, May 30, 2011

Menerajui Perubahan... Melangkaui jangkaan...

Semasa persidangan perkhidmatan (MAPPA) awam tempoh hari lagi Datuk Sri Najib Tun Razak (DSNTR) telah umumkan bahawa beliau berhasrat menjadikan pentadbiran kerajaan sebagai lean goverment. Maksudnya tidak akan ada pengembangan jentera pentadbiran tetapi akan berkembang kapasiti pentadbiran. Di dalamkan lagi maksudnya tidak akan berlaku pertambahan jawatan tetapi akan berlaku pertambahan kerja.

Meneliti perkembangan cadangan tersebut memang menarik. Pertamanya keluarnya arahan pentadbiran mengenai pembekuan kelulusan penstrukturan jawatan organisasi-organisasi kerajaan oleh JPA. Ini sememangnya dalam jangkaan. Keduanya arahan pelupusan Jawatan-jawatan yang tidak diisi dalam kerajaan. Ini bagi saya adalah luar jangka. Kerana pada hemat akal saya, DSNTR akan mengekalkan jawatan sedia ada tanpa pertambahan. Tetapi yang berlaku memang tiada pertambahan malah berlakunya pengurangan.

Kedua-dua tindakan JPA ini merupakan perlaksanaan kepada transformasi kerajaan DSNTR. Bagi perkhidmat awam seperti saya… ia merupakan satu amaran… dalam cawangan saya sahaja ada dua kekosongan. Ia merupakan amaran untuk menambah kapasiti produktiviti kerja. Penjawat awam yang dibebani tugas melampau (memerlukan masa tambahan dan kecederaan), tidak lagi boleh mengharap pengisian jawatan kosong apatah lagi pertambahan jawatan.

Dari segi zahirnya Nampak difikiran kita bahawa kerja tidak akan berkurang. Kapasiti kerja akan terus meningkat seiring dengan perkembangan kapasiti penduduk Malaysia. 1.2 Juta penjawat awam akan terus mentadbir kerajaan Malaysia yang menaungi hampir 30 juta penduduk dan bertambah dari masa ke semasa.

Namun yang tersirat disebalik tranformasi ini adalah penjimatan kerajaan pada jawatan-jawatan yang tidak ditambah dan dilupuskan. Sekurang-kurangnya penjawat awam boleh mengharap akan kenaikan gaji (yang sememangnya sedang tersebar khabar ini). Dalam dasar tranformasi DSNTR, antara perkara yang diberi keutamaan adalah gaji anggota perkhidmatan awam yang lebih baik. Kerajaan memang sudah sepatutnya membuat penilaian semula gaji penjawat awam, memandangkan kos sara hidup meningkat saban tahun. Ini menjadikan gaji anggata perkhidmatan awam terutama gred 11 ke bawah tidak reliven untuk sara hidup di Bandar-bandar besar.

Perubahan ini perlu diambil serius oleh ketua-ketua jabatan dalam memastikan tugas yang hampir sama rata dikalangan pekerja-pekerja bagi mengelakkan dibebani tugas yang tinggi dan diakhiri oleh tekanan dalaman yang boleh mengurangkan produktiviti kerja. Perlu diberi perhatian bahawa kes-kes kesihatan mental dikalangan penjawat awam semakin bertambah sehingga kerajaan mewujudkan dan menambah jawatan-jawatan psikologi di setiap kementerian. Ia merupakan satu petanda yang tidak sihat. Seandainya fenomena ini terus berlaku maka dasar kerajaan “pencapaian diutamakan” sukar direalisasikan.

Namun apa yang diharapkan perubahan ini berjaya menjadi pemangkin kepada keberkesanan perkhidmatan jentera kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Sekurang-kurangnya anggota perkhidmatan awam tidak lagi boleh membawa budaya kerja yang lama dan lapuk; merentasi silo dan kokun masing-masing demi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Sudah sampai masanya budaya goyang kaki keluar dari kamus bahasa pentadbiran awam. Sudah samnpai juga masanya anggata perkhidmatan awam bergerak secara proaktif tanpa perlu duduk menunggu arahan… seperti pahat dan penukul.

Thursday, May 26, 2011

Tiba-tiba teringat 2; Umpama Bilah Pedang...

Yang saya maksudkan adalah masa. Saya nak coretkan tentang masa sebab saya rasa masa saya di office untuk buat kerja macam tak cukup sahaja. Tak keluar makan tengahari pun masih tak cukup. Datang awal dan balik lambat pun masih tak cukup. Ada rasa macam nak ambikl PA. Itu pun staff saya di depan bilik ni dah declare jadi PA saya. Sebab banyak sangat uruskan hal saya agaknya. Tolong taipkan untuk saya… malah kemaskan bilik untuk saya pun selalu. Untung saya kerani yang setia macam tu. Bukan senang nak cari kerani yang sanggup buat kerja diluar tugas hakiki.

Cerita pasal masa…. Semasa masuk kesekolah asrama.. saya selalu mengadu… tapi tak ada pun orang dengar (sebab dalam hati sahaja). Saya rasa tak ada masa. Sibuk lah (maklumlah active student… hehe). Kerja sekolah memang berlambak. Boarding school… standardlah..

Tapi saya rasa Tuhan dengar semua bebelan hati saya. Dia makbulkan untuk bagi saya banyakkkkkk masa. Memang banyak masa yang diberikan untuk saya. Cukup banyak. Sampai saya menangis tak tahu nak buat apa untuk isi masa.

Macam mana ye …?

Tuhan Maha adil. Diberi satu diambil satu. Ada keperitan dikedua-duanya. Diberi saya masa… diambil kenikmatan tidur. Percaya atau tidak saya tidur 5 jam untuk tempoh 48 jam. Maknanya saya tidur sekali dalam dua hari, berselang seli. Bukan saya saja tak hendak tidur,  tapi memang saya tak boleh tidur. Macam mana saya cuba tidur pun memang tak boleh tidur. Kalau nak tidur kenalah tunggu malam berikutnya. Baru boleh tidur. Saya tidur memang lena. Dua tahun begitu… sepanjang saya tidur tak pernah bermimpi. Memang tidur yang berkualiti. Maklumlah tidur dua hari sekali. saya akan lena dalam pukul 12 dan secara automatik akan bangun jam 5 pagi.  Doktor pernah beri ubat tidur, tapi kata mama dan abah kalau tak mengundang padah buat apa ubat tidur. Cuma sepanjang dua tahun itu saya kerap demam. Demam yang sangat panas.. sebab badan saya tak tahan dengan metabolism saya yang sangat tinggi (itulah sebab doctor kata kenapa saya tidur dua hari sekali).Pelik tapi benar... saya tak mengantuk dalam kelas... saya aktif bersukan, berpesatuan, berdebat dan pidato.

Apa saya buat???

Memang peritlah tak boleh tidur. Mula-mula saya habiskan kerja rumah. Kalau saya rajin saya studi lah. Tapi biasanya saya ni malas. Dah tak tahu nak buat apa saya mengaji. Boleh habis satu juzuk satu malam. Solehah betul saya dulu. Dah tak tahu nak buat apa. Saya baring dan pejam mata. Konon macam tidurlah. Tapi tak pun. Waktu nilah saya paling sayu. Sebulan yang pertama ok lagi. Masuk 4 – 5 bulan saya sayu… tengah malam tengok kawan-kawan tidur tapi saya… perasaan saya bercampur baur. Kadang-kadang sayu sangat. Mengangis.. rasa sunyi. Rasa kecil dan kerdil dibanding dengan alam sunyi. Tapi kadang-kadang saya rasa tenang. Tenang yang saya dah tak pernah lagi rasa sekarang. Tapi Alhamdulillah saya tak pernah alami peristiwa pelik.

Kalau Tanya saya sekarang… cukuplah pengalaman tu. Saya dah tak nak lalui lagi… Sebab tu sekarang walaupun rasa kurang masa saya berusaha untuk jadi lebih tajam dari mata pedang supaya saya boleh potong balik masa tu.

Monday, May 23, 2011

Aieshah Langguage

Eichah = Aieshah (nama sendiri)
Ada = Bonda
Ayah = Ayah
Tu = itu
Apa = Apa
Apa-che = apa tu
Aja.. Jua… Jaaa.. = Satu Dua Tiga…
Aaaa Ta tak = Ha ha … tak tahu…
Aya = Julia (nama doll dia)
Atom = Atok
Abam = Abang
nene = nenek
Nak nak = Nak / tak nak
Ish ish = kismis (makanan kegemaran)
Shhhh = fish
Cha = chak
Jiam = diam
Aaa… emmmm = amin
Pa.. da.. = sampai dah
Tom = jom
baa = bye
Buja.. = ?
Pu cha = ? (paling kerap sebut tapi bonda tak faham)
Anam = ?
Apat = ?
Pi chu = ?
Tin = upin ipin ( show kegemaran)

Yang lain kedengaran bebelan yang tak tahu dan tak jelas pun sebutannya….

Thursday, May 19, 2011

Setahun Sudah...

Sedar tak sedar rupanya setahun sudah usia blog saya ini. Asal saya menulis blog ini adalah untuk melicinkan kembali otak yang dah berkarat. saya sendiri terasa kekaratan otak saya. 

Kalau dulu saya terlibat dalam debat. 
Dah graduate pun saya masih aktif melatih tim debat UKM. jadi otak pun masih ligat
Semua isu dalam kepala sahaja. Hatta Statistik pun saya hafal juga...
Bila dah jadi PTD pun masih aktif terlibat sebagai juri Pertandingan Debat inter-IPT. belum berkarat lagi. 
Kepala saya sentiasa berpusing ligat. Boleh auta sini sana... haha..
Tapi sejak saya berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata... masa dirumah dah kurang diluang untuk membaca. Hatta berita utama di layar TV pun saya kurang tonton. apatah lagi forum-forum semasa.

Yang saya rajin baca ialah buku anak saya.
Tiap-tiap malam dimintanya saya baca.
sampai tak payah saya baca...'
dah hafal semuanya.

emmm
itu baru anak seorang
mama saya ada lima orang anak
semuanya ganas macam saya...

jadi macam mana otak saya tak berkarat.
itulah niat saya semasa membuka blog..

tapi saya rasa masih belum tercapai lagi objektif tu
sebab tak banyak pun topik semasa yang saya kupas...
mungkin dah tak banyak isu-isu semasa yang menarik macam dulu...
riuh rendah dengan berita politik selalu...
kurang minatlah....

nak kena banyak membaca juga...

Wednesday, May 18, 2011

Mengilhamkan Harapan... Mencipta Masa Depan

Walaupun 16 mei dah lepas saya tetap nak coretkan pasal hari guru. Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah diluluskan kenaikan pangkat dan pelbagai lagi insentif yang saya kira membawa kebaikan kepada guru-guru. Saya kira sepatutnya insentif seperti itu telah lama berlaku kerana bagi saya profesion perguruan adalah profesion yang paling kritikal. Daripada guru ini lahirnya golongan-golongan Pembina negara bermula dari yang memimpin, yang berniaga, dari setinggi gaji berjuta hinggalah yang mengemis di tepi jalan. Mungkin tidak boleh disalahkan guru sepenuhnya akan riwayat akhir sesorang itu, namun ia tetap diberi tunas oleh si pengajar yang bergelar guru.

Sebab itu saya katakan dalam banyak-banyak, profesion yang paling kritikal ialah guru. Bukan saya sahaja yang cakap begitu. Dari sekian dulu lagi jagat melayu pun akur dengan kepentingan guru. Kalau tidak tak akan terwujud pepatah

‘kalau guru kencing berdiri… murid kencing berlari’

‘berguru kepalang ajar… ibarat bunga kembang tak jadi’

Dan macam-macamlagi lah pepatah tentang guru. Tak pernah lagi saya jumpa pepatah tentang doctor, tentang jurutera, tentang ptd (he he). Dipendekkan cerita, guru sememangnya telah lama berada dekat dihati masyarakat.

Malah profesion guru diangkat dalam ruh agama islam sendiri. Sebab itu antara babak akhir doa disebut

‘ampunilah dosa-dosa muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, mujahidin dan mujahidat , muallimin dan mualimat (guru lelaki dan guru perempuan)…….’

Kalau diikutkan doa yang kita baca hari-hari ini, Nampak jelas bagaimana martabat guru ini diangkat sejelas orang yang berjihad ke jalan Allah.

Rujuk kembali dua pepatah yang saya coret tadi…. Saya kira dua pepatah ini amat menarik. Dua pepatah ini cuba memberitahu kita bahawa peranan guru amat penting. Kalau guru pun bermasalah akan lahirlah generasi bermasalah. Kalau guru cukup proaktif maka lahirlah generasi berjaya.

Semasa zaman saya belajar… nak jadi doctor mesti PNGK 3.4 ke atas (sekarang kena 4 flat), nak jadi engineer mesti 3.0 ke atas. Mungkin kerana demand dari pelajar tinggi, maka persaingan jadi sengit. Hanya yang mempunyai gred tertinggi akan dapat.

Bagi saya ia agak janggal… sepatutnya yang terbaiklah yang sepatutnya menjadi guru… bagi saya hanya yang cemerlang akan melahirkan kecemerlangan. Kerana itu kita lihat generasi dahulu… sebelum merdeka… profesion yang paling terbaik untuk Melayu ketika itu adalah guru. Maka anak-anak Melayu yang terbaik ketika itu menjadi guru… maka lahirlah generasi kita yang mengangkat martabat negara. Yang berbudaya… yang berbahasa… kerana di ajar oleh yang terbaik. Di didik oleh insan yang mengerti konsep mengilhamkan harapan untuk mencipta masa depan (saya tiru misi UKM sebab saya rasa sangat ideal dengan guru). Ya… dia adalah orang paling dekat untuk mengilhamkan harapan kepada muridnya supaya murid tersebut dapat mencipta masa depannya…

Berlainan dengan sekarang. Yang terbaik jadi doctor… jadi engineer … jadi lowyer… jadi PTD (he he)  , kerana minat anak-anak melayu sudah berubah. Sama seperti saya (tapi saya bukanlah yang terbaik…). Guru tidak lagi menjadi kerjaya yang diminati. Namun saya tidak menolak beberapa rakan saya yang cukup bijaksana menolak tawaran doctor… engineer, lawyer… akauntan malah belajar di luar negara semata-mata mahu menjadi guru beracuan budaya bangsa. Saya percaya rakan-rakan saya ini, ,malah guru guru diluar sana yang mengabdikan diri untuk negara bangsa… pasti merupakan insan-insan yang cemerlang dalam memikul tanggungjawab dan amanah ini.

SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU UNTUK MAMA DAN ABAH
PESARA-PESARA GURU YANG TELAH MENYEMAI BAKTI
GURU-GURU YANG SEDANG GIGIH BEKERJA
SERTA
BAKAL-BAKAL GURU
(SUPAYA MENDAPAT SPIRIT PERJUANGAN GURU HENDAKNYA…)

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...