My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Monday, September 23, 2013

Mengapai lebih Tinggi: 2nd edition

Assalamulaikum...

post seeprti ini pernah ditulis dahulu pada 5 April 2011 di entry ini. penceritaannya samalah... cuma waktu ni kakak masih anak kesayangan tunggal. tapi sekarang dah ada geng.

bila diperhatikan...
dalam manyak-manyak mainan adik paling suka main block... blok yang adik main adalah versi besar heritage dari kakak aiesyah... adik tak berapa pandai susun lagi... masih perlu ditolong. tapi bab tanggalkan blok memang hobi dia. jadi... bila kakak pasang adik akan tanggalkan.
gitulah kerja dia


Menara in Progress

Satu Untuk kakak satu lagi untuk Adik... nanpak tak kakak sedang berusaha menghalang adik dari menumbangkan menaranya...

Kakak dah start pening kepala...

Menara yang dibina lebih tinggi dari adik... buat adik geram....

Gambar selingan




piano note: lagu kanak-kanak


Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni….

Lagu pertama lagu Rasa Sayang
 Menggunakan 9 key note dari B3 sampai note paling tinggi C5


Buah cempedak diluar pagar
EE      FG        GGG   AG
Ambil galah tolong jolokkan
AG   FE     EE       CDE
Saya budah baru belajar
EE     EF     FFF     GE
Kalau salah tolong tunjukkan
EC    ED     DD        BDC

 Rasa sayang hei rasa sayang sayang hei
EF GG C BA GG EF G
Hei lihat nona jauh
B    AA   GF   EG
Rasa sayang sayang hei
CE       DF     BD     C

Lagu ke dua: papa ku pulang dari kota…
Menggunakan 7 key sahaja daripada serendah B3 hingga A4


Papa ku pulang dari kota
CC   C   EG     EG   EG
Papa ku belikan kereta
CC   C     EGE     FED
Kereta kecil warna merah
BBB   DF     DF      DF
Bolehku bawa ke sekolah
GGG   AG    F    EDE

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Ayuh lah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

emmm cukup lah 2 lagu...

Wednesday, September 18, 2013

Hari malaysia @ Kuching

Assalamualaikum
Tak Pernah merancang nak ke kuching pun
last minute Mr Habib kena gantikan boss dia gi meeting, so bonda Aiesyah dan Abu Bakr tumpang 6 kaki... ha ha...
book tiket pun last minute....
jadi tiket mahal sikit....
book hotel pun nasib baik ada kosong lagi...

semua pun penuh dek kerana Hari Malaysia yang disambut besar-besaran oleh Kerajaan negeri Sarawak sempena 50 tahun Merdeka dalam Malaysia....

Semasa saya a.k.a secretary Mr Habib sedang membuat operasi book mem book di hari kerja di office.... memang lah rasa tention sangat... hotel penuh... tiket kapal terbang selling very fast... lambat beberapa minutes sahaja... saya dah terlepas book (yang murah sikit...)... air asia jangan cakaplah.... habis seharian saya buat kerja secretary en Habib sahaja... dan balik lambat sebab jam 4.00 petang baru saya buat kerja office...

kami rancang nak pergi hari jumaat balik hari ahad ... tapi akhirnya pergi tengahari Sabtu balik malam isnin... dan pergi pakai Malindo Airline dan balik pakai MAS. makna kata waktu saya book ni pergi tiket malindo lah yang paling murah... dan balik tiket MAS paling murah...
so boleh tak dapat bayangkan yang ketika itu tiket air asia lebih mahal.... betapa last minute dan ramainya sedang mahu kuching...

tapi saya tetap bersyukur sebab walaupun mahal jugak tiket masih lagi dalam promo price... after saya selesai booking bila saya bukak balik... promo price dah tak ada untuk kedua-dua airline... tinggal yang lebih dari RM 700dan angka ribu sahaja bagi MAS...  


ini second time aiesyah nak Plane... kali pertama dia baru 2 tahun... belum panjang akal lagi... kali ni dia excited sangat... setiap hari bangun tidur dia akan tanya..." bonda... hari ini ke kite naik plane??" so bolehlah bayangkan betapa excitednya budak kecik ni...

Tiba hari yang ditunggu (oleh aiesyah),  kami pun bergerak dari rumah seawal 8.30 pagi... park kereta di ERL putrajaya. beli tiket train dan isi perut dulu...

naik train dalam kul 10.00 dan sampai KLIA... check in dan depart  12.45 (sepatutnya 12.15 tapi flight sampai lambat). Malindo kasi kami naik dulu pasal ada kanak-kanak ribena ni...

dalam plane... Malindo bagi sikit makanan ringan bolehlah untuk alas perut sebelum dapat makan tengahari.. Aiesyah takut tengok tingkap dan awan jadi tingkap ditutup dan tak dapatlah bonda nak melayan view kat luar/bawah... dia kata
" tak boleh bukak tingkap nanti terjatuh.... kita tinggi niii, nanti asap-asap kat luar tu pun boleh masuk..." dalam flight aisyah layan movie kartun....
Adik?? memang memberi kerjasama yang sangat baik dengan melantak tidur dalam plane sejurus masuk dan bangun bila dah sampai....

2.30 kat Kuching terus ambil teksi ke hotel Dormani... waktu book hotel ni kami adalah customer terakhir yang dapat bilik kat sini... so tak boleh pilih bilik pasal itu je yang ada... RM 120 semalam dan bilik dia alahai comel lah sangat... tapi sangat bersih... tapi saya rasa yang superb adalah hospitality... mintalah apa je... dia akan makbulkan dengan senyuman...

waktu nak book hotel saya memang memilih sikit sebab saya nak yang walking distance dengan water front dan merdeka palace (tempat Mr Habib meeting)  supaya boleh jalan kaki setiap hari... tapi ofcourse lah semua full book... so lokasi Dormani ni masih kat waterfront tapi dah nak hujung... sebelah dengan Masjid Negeri Kuching (Mr habib sangat suka sebab dapat jemaah kat sini selalu). kawasan memang kawasan muslim so makan teramatlah senang.... dan insyaallah halal... dalam 5-10 minit nak jalan ke water front dan merdeka palace...

kami tak kemana pun selain di water front kuching... sebab bila fikir dua orang budak kecik ni... lain kali sahaja nak Sarawak Culture village dan taman-taman lain yang dipinggir kuching... paling jauh pergi pun adalah Pasar Niaga Satok pasal nak borong ikan terubok... 

Best ke Kuching waktu Sambutan Hari Malaysia ni...sebab boleh turut sama melayan aktivitinya... bermula ahad malam isnin lagi dengan perarakan kereta berhias... tapi kami tak ke water front pun sebab dah penat dan hujan pulak tu... tapi bot-bot kami dah tengok awal-awal sebab ada latihan dan di parking di tepi-tepi sungai... persembahan bunga api emmang superb dan kami tengok dari hotel sahaja... adik dan aiesyah yang asalnya tidur pun bangun dengan muka kagum...

esoknya ada perarakan... pun kami tak pergi sebab hujan jadi tengok kat tv jer... tapi persembahan udara kami layan dari view tingkap hotel... nampaklah lagi muka kagum aiesyah dan adik tatkala sukhoi beraksi memutar dan membelok bodynya ke kiri kanan atas dan bawah serta terbang rendah....

layan gambar dulu...


Naik bot sejam setengah.....

waktu naik bot matahari dah nak terbenam.....


Sepanjang menyelusuri sungai Sarawak dengan bot kami dapat tengok kapal-kapal berhias


Dewan Perundangan Negeri yang Aiesyah Claim rumah princess

Fireworks Performance memang best walaupun tak dapat the whole view....

dah datang Kuching mesti pekena Laksa serawak... yang ini dapat kat Kopi O Corner...

Ikan terubok yang segar....  dan baru digaramkan.... 


Seperkara yang saya suka dan paling ingat di sana... roti canai kat sana best lah... makan roti tak yah cicah pun dah sedap... so aiesyah dan adik memang melantak roti canai hari-hari... dah lah rotinya lebar dan besar...

hari ahad diketika Mr habib tengah meeting dua orang budak ni tanpa campur tangan mulut bonda habis dua keping roti canai yang dibeli di depan hotel... (1 1/2 aiesyah dan adik 1/2 jerr). itu pun sebab beli dua... kalu beli tiga pun mungkin habis jugak.. kerana kekenyangan dua orang budak ni tidur tengahari dengan lenanya dan kasi bonda rest... sampai ayah balik jam 2.00 petang... pagi isnin hotel punya menu memang roti canai... pun sedap jugak... dan tengahari budak dua orang ni melantak lagi roti canai kat kopi o corner... ha ha... senang betul jaga kamu berdua ni...  

Kami check out hotel jam 6.00 petang dengan extra charge 50ringgit sahaja... terus ke airport... magrib isyak dan makan malam disana... sebab flight pukul 9.30 malam.. sebelum naik flight saya susukan dulu budak berdua ni dengan harapan tak banyak kerenah dalam flight nanti... asalnya nak lepak surau... tapi surau dia kurang memberangsangkan untuk budak-budak ni tidur... last sekali beli kopi starbuck dan budak dua orang ni berjemaah baring kat sofa dia minum susu dan lepak kat sini sementara nak masuk gate kul 9.00 malam... 

Naik flight kali ni aiesyah tak takut sebab malam memang tak nampak apa... nampak lampu-lampu dan dia suka... lagi pun dia dapat kids dinner box yang complete air kotak, chocolate, keropok, buah, spegetti dan cake dalam box yang cute miut sangat... so kerja dia dalam flight adalah makan sambil layan Tom n jerry...  adik??? cam biasa dia tidur.... sampai dah nak dekat kul 12.00... naik train sampai kat putrajaya dan naik kereta sampai rumah jam 1.00 pagi... dan bila naik flight dengan budak-budak ni tak kelam kabut dan serabut... sebab polisi syarikat penerbangan memang akan layan famili trip package dulu... so kami masuk flight dulu... kami dapat makanan dulu...

esoknya Mr Habib kerja sebab ada production request (tak boleh cuti) dan bonda sibuk membuka laundry di rumah dan pos kanak-kanak ribena ni kat rumah pengasuh... sehingga post ini dutulis... baju baju belum habis dilipat...

Sekejap jer takut dia ni... dah dapat kartun dah tak ingatdah kat luar tu....

Bila tanya aiesyah apa yang paling best pergi Kuching ini jawapan dia...

" naik chungginton"
????
itu kat KL... bukan kat Kuchinglah sayang....










Tuesday, September 03, 2013

RON 95: Let me say something




Kerajaan menaikan harga ron 95….
Facebook hari ni banyak dengan caci merca
Malas dah saya nak baca
Bukan saya nak sokong harga minyak naik…
Saya pun hidup bukan mewah mana
Setakat secukup saja

Kita semua boleh tunggu…
Tapi spekulasi dah menularkan
Dia macam kalau 1 tambah 1 automatik kita jawab dua
Kita dah tak tunggu… sama ada lepas tambah tu kot-kot ada tolak atau bahagi atau dera lagi sampai darab….
So samalah bila harga minyak naik….
Harga yang lain pun turut naik….
Harga barang rumah…
Makanan
Semualah…..
Paratus nak menjadi tu adalah 90%
Kita hanya menunggu keajaiban yang 1 + 1 sebelum kita jawab 2 rupanya ada lagi tolak ½… akhirnya jawapannya 1 ½ … tak lah sampai 2…
Bolehkah???


1. On the other hand of my perception

Sama ada rakyat sedar atau tidak… pemberian subsidi kerajaan terhadap minyak kenderaan ini hanya menguntungkan golongan sederhana seperti saya, anda (kalau anda mengaku tak miskin) dan keatas…..

Kalau benar kita nak membantu golongan fakir dan miskin… let the government take the 20cent.
Mereka ini tak pakai kereta berbuah-buah
Paling hebat pun mungkin viva atau saga…
Hampir kesemuanya menggunakan motor sebagai kenderaan rasmi… mereka bukan golongan yang menghavbiskan subsidi minyak ini!

Yang banyak pakai subsidi minyak kerajaan adalah golongan peniaga, perusaha, golongan sederhana dan keatas… dalam golongan atasan inilah kereta berbuah-buah…
Sedar tak sedar mereka inilah yang menghabiskan banyak liter bagi mengisi tanki minyak masing-masing.

Itu belum masuk rakyat asing yang bekerja dalam negara… ramai yang berkereta juga… belum masuk stesin minyak di persempadanan yang selalu jadi mangsa seludup petrol ke luar sempadan….

Kerajaan yang telah menarik balik subsidi sebanyak 20 sen bagi setiap liter minyak ini perlu menyalurkan semula setiap sen tersebut kepada golongan kelas miskin dan fakir ini dan diharap ia nya akan berlaku…  supaya mereka ini dapat recover balik dengan kenaikan minyak tersebut. Jadi dapat top up balik harga minyak yang naik untuk isi minyak motor/viva/saga atau yang tiket lrt/bas yang dah tinggi sikit tuuu…

Samada ia dalam bentuk pemberian BR1M
Tak kisahlah
Asalkan objektif dan matlamat menyasarkan golongan miskin itu tercapai…
Dan
Biarlah yang dapat BR1M minyak ni yang betul miskin
Yang betul perlu ditolong

Jadi….
Apa yang anda fikir selepas membaca kenyataan ini???
Nak bising lagi pasal 20 sen tu….???


2. Still in another Hand

Saya sendiri tak yakin kenyataan pertama yang saya tulis sebentar tadi akan berjaya… walaupun pada dasarnya memang boleh berjaya
Bila kembali kepada hukum 1+1 mesti jawapannya dua
Kita sendiri boleh jangka harga barang isi rumah akan naik
Harga makanan akan naik…

Nanti membebankan jugak golongan sasar ni…

Orang miskin dikampung bolehlah nak bercucuk tanam
Kurang sikit kos barang dapur…
Tapi orang miskin kat Bandar nak tanam tepi tingkap flat macam mustahil kan???
Nak tanam cili kecik…
Nak jemur asam keping
Serai
Daun kari
Yang suami isteri bekerja sampai malam… tentulah dah tak masak sendiri nak beli kat kedai lagilah mahal…

Jadi…
Golongan miskin Bandar kena dapat BR1M lebih sikitlah
Baru adil dengan golongan miskin kampung

Boleh terima kenyataan ini???

Haa ha
Tak pasti saya ianya kedengaran releven atau tidak

3. Back to the first hand…

Hai lah minyak…
Ofcourse lah saya akan sedih kalau awak naik
Kos hidup saya pun mestilah naik…
Nasib baiklah kereta ku hybrid
Tak banyak , Sikit boleh tolong diri sendiri…
belum tengok lagi kawan-kawan yang selalu berulang alik jauh dari rumah ke pejabat....
emmmh... tarik nafas dalam-dalam

Tapi bukan minyak saja yang kita semua runsing sangat
Tak nak lah barang-barang pun naik…. Ikan naik, ayam naik…
Setakat beli udang sederhana kecik 15 ekor dan ikan selar yang tak berapa nak besar tu 3-4 ekor dah lebih 10 ringgit tau…. Tambah lah sikit bawang, cili, sawi, serai….   Haha sekali pergi kedai berapa kos habis??? Belum lah masuk yang kekadang teringin nak merasa ikan siakap, bawal, daging ke… udang besar gitu buat masak rendang…..


4. Tarik nafas dan lapangkan dada

Keputusan dah keluar
Minyak tetap naik
Bising pun bukan boleh turun
Tapi itu dah bukan rezeki saya
Harap rezeki tu pergi kat orang yang lebih layak…

Semoga Allah tambahkan rezeki kita semua di lapangan yang lain pulak….

Dan

Semoga negara ku ini terus Makmur Aman dan bertambah Hasilnya

Aminnnn….



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih