My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Wednesday, January 20, 2016

Piano Note: Do you want to build a snowman (Frozen)




Single note bagi lagu comel Do You Want To Build A Snow Man...
senang dan tak banyak key involve
start dari G yang rendah saya tandakan G3. Selain itu semuanya key dari level yang lebih atas (saya pakai 4).

Selamat mencuba.

 


Do you wanna build a snowman?
C C C G3 C E DE
Come on, let's go and play!
C C G3 C D E
I never see you anymore
 C CC  G3 C EFEC
Come out the door
E F E C
It's like you've gone away
C C  G3 C E G

We used to be best buddies
G G F E  FG C
And now we're not
C E F C
I wish you would tell me why!
E D C D E A
Do you wanna build a snowman?
C C C G3 C E DE
It doesn't have to be a snowman...
C C C G
3 C E DC

Do you wanna build a snowman?
Or ride our bike around the halls?
I think some company is overdue
I've started talking to
The pictures on the walls!


It gets a little lonely
All these empty rooms
Just watching the hours tick by...
(Tick-tock tick-tock tick-tock tick-tock)

I know you're in there
People are asking where you've been
They say, "Have courage, " and I'm trying to
I'm right out here for you

Tuesday, January 19, 2016

Jangan Terpedaya dengan Gerai Tepi Jalan.



gambar hiasan ihsan google

Matahari umpama memancar-mancar menyimbah terik cahaya menyebabkan air milo gerai tepi jalan depan sekolah itu memanggil-mangil. Anak sulung pun belum lagi keluar dari kelasnya. Nah secawan airnya habis di minum. Sementara menunggu si anak, kakak air menjadi teman berbual. Sahaja ditanya perihal perniagaan air dan jan-jan kerana didapati  dapati bukan sahaja tengahari dia berniaga di depan sekolah. Malah disebelah petang meja lipatnya kembali dibuka didepan sekolah agama pula. Komited sungguh dia dalam bisnes kecil tepi jalan ini.

“ bolehlah dik… kurang-kurang bersih RM 100 sehari”

Cerita suami ku semalam itu, mengingatkan kepada nukilan chef Li. Judul bukunya sudah ku lupa. Isinya ku ingat sampai sekarang. Jutawan tepi jalan. Jutawan goreng pisang. Memang aku percaya peniaga ‘kelas bawahan” ini mempunyai hasil lebih tinggi dari seorang pegawai kerajaan.

Percaya??? Jual goreng pisang boleh jadi jutawan?

Kalau dikira-kira pendapatan kakak air tadi… bersih sehari sekurang-kurangnya RM 100. Kalau didarab dengan 22 hari berkerja sudah 2200. Ingatkan yang RM 100 hanya paling kurang… paling tinggi tak pulak suamiku tanya. Ambil ditengah-tengah RM 150 x 22 hari sudah mencapai RM 3300. Dah mencapai gaji seorang pegawai gred 41 kan.

Kes 1. Ketika aku masih bekerja di Shah Alam (9 tahun lepas), kilang seksyen 16 dan menyewa di seksyen 18, teman rumahku pernah bawa ke sebuah gerai milik MBSA di tepi jalan. Hanya jual goreng pisang. Namun ketika kami sampai… orang ramai sudah beratur bukan main panjang. Mahu depan kami ada dalam dalam 20 orang atau lebih.

Kes 2. Sama juga gerai kuih di seksyen 7 Bandar baru bangi… macam-macam ada. Cucur ubi, pisang goreng, keropok lekor, laksa, bihun, sup malah kelapa muda. Sering juga menjadi destinasi hinggap bila tekak terasa nak menggoreng pisang…yang paking tepi jalan untuk ke gerai ni memang tak ingat. kadang-kadang mengundang kesesakkan lalu lintas.

Kes 3. Tidak ku lupa destinasi kuih popia pak cik seksyen 4 tambahan Bandar baru bangi. Rasa ku inilah popia paling sedap mengikut deria rasa tekak ku yang penggemar popia basah. 5 biji 4 ringgit. Biasanya ku beli 2-4 bungkus ( 10-20 biji). Sebab tak selalu aku dapat kesini nak membeli. Nanti ku beri sebungkus dua di pejabat dan sebungkus buat pengasuh anak ku yang juga penggemar popia macam aku.. 3 jam beroperasi beratus popia basah dan goreng dijual….. ye lah… orang lain pun macam aku juga. Dah sampai sini ada yang order sampai 5 bungkus setiap seorang.  Aku percaya kalau pakcik ni jual beribu dalam sehari. Pak cik ni memang cekap. Tengok dia buat popia basah… dalam tambah tolak 5 minit dia boleh buat lebih 20 popia sekali gus…

Ini adalah kekayaan yang di cari di tepi jalan saja… melalui meja lipat dan payung atau khemah.

Apa yang aku mahu sampaikan… jangan pandang sebelah mata orang-orang sebegini. Mereka bekerja… begitu juga kita… kita dan mereka tak ada beza. Cuba lah kira sendiri tambah tolak kali bahagi… berapa pendapatan semua kes 1,2 dan 3 tadi… mahu lebih dari gaji pegawai kerajaan gred 48 yang smart bertali leher dan berkot. Kita seringkali diperdaya dengan penampilan. Pakaian lusuh dan tudung cap pasar malam… ada antara mereka yang graduan university tauuu…

Jangan mudah terpedaya…
Banyak graduan tak pandang pun kerjaya seperti ini... wal hal income sehari lagi bagus dari kerja kerani, mc D kFC, operator kilang, mahupun executive traineee syarikat swasta...  apatah lagi yang duduk saja-saja. atau yang bekerja tapi mengomel sini sana betapa desakan hidup tinggi menghimpit graduan mahasiswa.


Kita memang selalu terpedaya dengan zahir yang dilihat.
mengasihani memang sifat orang beriman...
berlebih kasihan sampai kadang-kadang jadi viral dah terkeluar dari landasan....
macam kerja-kerja sitaan pihak majlis terhadap peniaga tanpa lesen jaja ataupun di tempat yang tidak dibenarkan menjaja.... punyalah rakyat malaysia kesian kat peniaga tepi jalan... penguat kuasa yang buat sitaan pun mungkin gaji lebih kecik macam penjaja tu juga siap kena maki hamun lagi....


Bukan aku sahaja nak bercerita begini. Carilah buku chef li yang dah terbit dalam 7-8 tahun lepas… 

Cuma nya kalau lebih baik peniaga-peniaga seperti ini… majukan diri. Pertama pasti kan ada lesen menjaja… kedua, kalau dah ada follower macam pak cik goreng pisang shah alam dan pak cik popia ni… rasanya dah boleh sewa kedai kot. atau pun sewa gerai-gerai majlis sebab nak buka kedai pun beroperasi setakat 3-4 jam tak berbaloi nak sewa kedai.  Penat maung berniaga tapi jalan diorang ni sahaja yang tahu… jadi aku Cuma bagi cadangan… dah banyak contoh-contoh daripada kedai tepi jalan, pasar malam tapi dah buka di lot-lot kedai siap ada cawangan lagi.

Peniaga-peniaga seperti ini sifat survivalnya tinggi. tinggalnya kurang nak mengambil risiko dalam memajukan perniagaan yang dijalan kecilan. mungkin dah selesa di tahap sedia ada.

tak ketinggalan yang baru mencuba nasib... yang ini bolehlah nak bagi peluang atau kesian lebih sikit.... Jangan pula  yang tak ada bakat tapi nak juga memasak... alamatnya kalau tak bungkus ... dapat rezeki secukup makan ajalah.. 

gerai-gerai ini hanya ada 2 pilihan yang akan menentukan suvival. pertama mesti murah... kalau tak murah wajib kena sedap. dapat pakej dua-dua... mesti berbaris berbaris pelanggan....

Jangan terpedaya dengan penjual gerai tepi jalan ini... kita sangka dia anakkucing... tapi sebenarnya anak harimau... dia tak nak mengaum je...

Allah jua yang Maha Mengetahui

## penjaja ini saya rujuk kepada penjaja di kawasan-kawasan bandar dan padat penduduk. penjaja kecil di kawasan luar bandar dan kurang kepadatan penduduk mungkin mengalami situasi yang berlaiann
 

Monday, January 11, 2016

Happy birthday 6th aiesyah

Back to 21st dec 2015

Meraikan birthday kakak dengan sederhana di jigar cafe bangi.... ambik kek pun slice jer... jimat tak budget bonda... setakat 5 mulut Tak habis makan whole cake.

Di saat ini Aiesyah tengah menghabiskan masa-masa sebagai kanak-kanak tadika sebelum bergelar kanak-kanak sekolah... lebih kurang 2 minggu dari tarikh ni kakak akan masuk darjah satu! baju dan peralatan sekolah bonda dan ayah dah siapkan awal.... malas nak kelam kabut esok-esok.

31st dec 2016

hari khamis...
Orientasi Aiesyah di sekolah...  
Sementara ibu bapa diberi taklimat oleh pihak sekolah... Aiesyah dan rakan-rakan menghadapi tapisan. utk sementara waktu aiesyah duduk dulu dalam kelas putih... emmm tak ada seorang pun kawan-kawan tadikanya sekelas dengan nya. totally new friends. 

Aiesyah ada ujian membaca BM dan BI, mengira dan menulis...

Bahasa Melayu memang bonda tak risau... matematik pun sama... tapi bila Aiesyah kata ujian membaca BI dia kena baca buku peter n jane... bonda pun lega sangat-sangat... memang buku tu pun kakak dok baca hari-hari...

lagi 3 minggu baru sekolah buat placement kelas balik.... harap-harap kelas tu adalah teman-teman yang kakak dah kenal... 

petang pulak kakak sekolah kafa... sebab bonda dan ayah daftar kakak lewat, jadi aiesyah pun duduk kelas paling bawah sekali... hahah.. lagi 3 bulan baru buat placement balik. 

entry lain update kakak kat sekolah pulak nanti ek...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih