Sunday, July 22, 2012

Tiba-tiba teringat 3; i love my notes

Here i’m. In the middle of the night. Adik bangun nak refill perut. Jam satu... awal pulak anak teruna ni jaga. Jam satu hingga 3 mmang masa saya. Why?? Sebab kalau saya terjaga waktu ini, mata amatlah segar sekali. Otak pun ligat. Confirm tarak tidur balik punya. That why saya selalu pastukan sayab tidur/lena sebelum jam 12. Kalau tak, tunggulah next trip untuk mengantuk sekitar jam 3 atau 4 pagi.

Kalau semasa belajar dulu... waktu macam ni saya reserved untuk study topic yang paling susah. Kalau waktu dah nak exam, wajib saya bangun waktu macam ni. Otak tengah tersangat segar. Ilham pun banyak datang. Baca apa pun senang faham. Ho.. ho.. don’t get me wrong. Saya bukan kaki studi...

Oleh sebab sepanjang satu semester saya tak pernah study... preparation untuk exam bagi saya dah bermula lebih kurang sebulan sebelum minggu exam. What did i do?

I was making notes. Semasa membuat nota semula nilah proses memahami akan berlaku. Bila dah faham baru senang ingat. Otak saya bukan jenis yang suka menghafal. That why i hated bio. I loved physic and math. Understand the fundamental then u can easily understand the others... l really hate nota yang panjang lebar...penuh dengan tulisan-tulisan, ditambah lagi berhelai-helai muka surat. I would transform it into my kind of notes. I love graphic notes. Satu topic atas sekeping kertas a4 dalam bentuk mind mapping and i was really good in making that. People also love my note. Percaya atau tidak... nota-nota saya still exist in bumi UKM walaupun saya telah meninggalkan pengajian ijazah lebih kurang 6 ke 7 tahun. Ha ha... terutama nota kimia asas 1 dan 11 yang saya tengok dah jadi nota wajib ada pada student-student ni. Tapi dah berkarat-karat saya tengok sebab dah banyak kali lapis dah di Photostat. Agaknya kalau saya buat hak cipta nota saya ni dulu dah kaya dah saya sekarang... tapi tak pe. Demi ilmu saya kasi free sahaja. Photocopy cost tanggung sendiri. Banggakan nota yang susah payah kita buat dulu masih diguna student junior sampai sekarang.

Chinese student really love my notes. Dalam dua minggu sebelum exam, si Aling akan setia bertanya setiap hari sama ada saya sudah siapkan nota saya atau belum. Saya tau... dia tukang Tanya dan tukang dapatkan nota saya... lepas tu habis semua Chinese student kuliah saya (yang kapasitinya ebih kurang 50-50 dengan student melayu) Photostat. Tapi saya ok je. Sebab student cina ni, orang bebudi diorang berbahasa. Sebagai balasannya saya sentiasa ada bekalan stok soalan past year siap dengan skema jawapan skali. Kadang-kadang skema jawapan datang dalam bahasa cina. Jadi aling akan translate dulu.... Diorang ni bagus... setiap batch akan donate soalan exam untuk junior akan datang.

Tapi bukan semua boleh pergi dengan nota mind map ni. Sesetengah kawan saya memang tak boleh masuk dengan nota saya. Jadi saya rasa yang paling penting kenal pasti cara yang paling berkesan untuk kita study. Ha ha...percaya atau tidak... seminggu sebelum exam biasanya nota-nota saya dan complete untuk semua subjek. Itu juga bermakna saya dah faham hampir semua benda. Tinggal nak hafal mana yang patut sahaja.

Waktu saya belajar kat U lah baru saya tahu saya ada memori jenis photografik. Sebab saya sebenarnya bukan mengingat isi nota tapi saya mengingat grafik satu kertas nota yang saya buat. Siap saya boleh tau warna dengan kedudukan lagi. Siap waku jawab soalan kalau saya lupa saya boleh tulis balik nota tu sebijik sama dengan nota sebelum yang saya buat dengan kedudukan yang tidak berubah sikit pun untuk recall balik jawapan yang saya nak cari. Tapi ingatan photografik ini hanyalah ingatan jenis jangka pendek. Habis je exam maka terpadam lah semua memori yang dasyat tu...

Tapi semua tu dah jadi kenangan dah.... saya je yang tetiba teringat tengah malam buta ni...


Monday, July 16, 2012

Monday, July 09, 2012

Dasar Baru SPA langkah Kebelakang; SPA Vs CUEPACS


Tersenyum sahaja saya membaca kenyataan presiden CUEPACS yag membantah cadangan SPA untuk membuka permohonan jawatan bukan ijazah (diploma dan ke bawah) kepada pemegang ijazah. Saya setuju dengan kenyataannya sebagai satu langkah kebelakang kerana kerajaan memang pernah melaksanakan polisi ini dahulu. Namun saya kurang setuju dengan cadangannya untuk membatalkan hasrat SPA tersebut dengan alas an bakal mengucar-ngacirkan perjawatan. Bagi saya melangkah kebelakang tak semestinya sesuatu yang negative.

Walaupun alasan yang diberikan oleh Datuk Omar Osman itu, pada ada juga benarnya; pengambilan graduan ijazah pada jawatan bukan ijazah akan menyebabkan kekerapan kekosongan jawaan kerana graduan tersebut pasti akan terus mencari jawatan yang lebih sesuai dengan tahap pendidikan...

Pada hemat saya;

Sudah sampai masanya semua graduan tak kira ijazah, diploma, stpm mahupun spm menerima ironi bahawa mereka perlu bersaing sekiranya mahu memasuki perkhidmatan kerajaan. Hanya mereka sahaja yang mampu menyempitkan persaingan... jawatan ijazah tetap disaingi sesama graduan berijazah (yang telah berpenat belajar 5 tahun atau lebih diperingkat pengajian tinggi).

Biar hanya yang terbaik memiliki yang terbaik. Yang tercicir... maka luaskan lagi persaingan. Golongan ijazah akan bersaing dengan pemegang diploma untuk jawatan diploma.

Begitu juga selebihnya.

Cuma jika system ini dipakai.... bagi jawatan gred yang lebih rendah (bukan ijazah), sekkiranya terdapat pesaing pemegang ijazah bukan sijil yang jadi penentu. Tetapi tambah nilai yang ada pada pemohon jawatan tersebut.

Contohi Korea Selatan
Sekiranya SPA tidak melaksanakan dasar ini, saya khuatir bahawa cita-cita untuk melahirkan bangsa berilmu, mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan terbantut. Sepatutnya kita mencontohi Korea selatan yang dinobatkan sebagai negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi di dunia.... setakat seorang tukang sapu yang memiliki ijazah.... bukanlah sesuatu yang menghairankan di negara yang menguasai teknologi ini... Inilah satunya negara yang mampu menandingi penguasaan Jepun dalam ekonomi berasaskan teknologi.

Bukan Masalah Besar
Kesongan jawatan akibat lompat kerja bukan masalah besar. Dalam industry bukan kerajaan ia adalah sesuatu yang biasa. Istilah job hoppers bukan sesuatu yang luarbiasa. Yang terbaik layak mendapat yang lebih baik... SPA perlu mencari jalan untuk mempercepatkan proses pengambilan pekerja yang dirasakan amat panjang dan mengambil masa yang lama...

Piramid Perjawatan Perkhidmatan Awam sudah tidak releven...
Langkah SPA ini dilihat satu langkah positif dalam menyelesaikan isu graduan menganggur. IPTA dan IPTS yang bercambah bagai cendawan selepas hujan dilihat salah satu punca meningkatnya tahap pendidikan generasi Y. Malah bukan sesuatu yang mengejutkan jika pemegang ijazah dan diploma mengatasi pemegang sijil STPM dan SPM.  Jika benar hal ini berlaku maka pyramid perjawatan dalam perkhhidmatan awam tidak lagi boleh diguna pakai. Lambakan jawatan SPM dan STPM (biasanya gred kerani) sedangkan rakyat Malaysia lebih ramai memiliki diploma/ijazah. Manakala jawatan pegawai dan penolong pegawai lebih terhad. Mahu tidak mahu... pemegang ijazah/diploma perlu diberi peluang memohon perjawatan yang lebih rendah dari tahap pendidikan yang ada.

Saya???
Dasar baru SPA ini saya lihat adalah satu tranformasi positif dalam menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif...

  
Malah suatu hari nanti mungkin presiden CUEPACS juga memiliki ijazah mewakili golongan bukan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan...

Monday, July 02, 2012

A tribute to TSAB



Seawal saya memasuki perkidmatan awam dan ditempatkan di kementerian yang gah ini…

Baru berusia tak sampai sebulan, saya diberi peluang menjadi setiausaha mesyuarat tertinggi di kementerian ini. Ketika itu, saya belum pun pandai berjalan dengan betul…

Saya mengenali nama-nama besar dalam kementerian. Duduk desebelah ketua setiausaha kementerian. Kali pertama saya hadir ke mesyuarat ini, saya hanya pemerhati. Melihat bagaimana berlangsungnya mesyuarat terpenting kementerian ini, sebelum saya mengambilalih tugas keurusetiaan mesyuarat tersebut. Itu kali pertama saya melihat beliau dari jarak dekat. Kemudian itu, lebih dekat lagi (sebab duduk kat sebelah). Hanya tuhan yang tahu betapa besar dan bangganya hati saya dapat duduk di sebelah seseorang yang cukup gah dalam perkhidmatan kerajaan ini...

Kali pertama saya mendengar cara cakapnya bersahaja dengan loghat kedah bercampur KL… saya sudah mula terasa aura kepimpinannya. Saya kagum dengan semua ilmu-ilmu ketenteraan yang dimiliki. Sebut sahaja apa sahaja… semuanya ada dalam kepala. Teknikal atau tidak semuanya dikuasai olehnya… saya kagum melihat dia menyelesaikan masalah-masalah antara 3 perkhidmatan ATM dan kakitangan awam di kementerian ini. Dia seolah pemudahcara efektif diantara 3 perkhidmatan dan awam. (dah jadi 4 perkhidmatan). Ilmu diplomatic yang dikuasainya bagi saya cukup tinggi. Ketika itu beliau membuat saya kagum seolah-olah:

 ‘tidak ada apa yang tidak diketahui oleh beliau dikementerian ini”

Sepanjang menguruskan mesyuarat beliau, dia yang saya kenali cukup jitu dengan keputusan yang dibuat, berani, dan kadangkala tidak terjangka. Dia seorang ketua yang cukup mudah untuk saya berinteraksi, tidak mengambil berat hal remeh temeh dan sentiasa cuba memudahkan keadaan. Kata-katanya serius dan penuh makna dalam keadaan riak mukanya yang bersahaja memang menarik perhatian saya. Seringkali mensyuarat menjadi gamat dengan seloroh yang keluar dari lidahnya. Saya tidak pernah bosan…. Walau kadangkala berlanjutan sehingga 7 jam lamanya… adakalanya saya berfikiran keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang cukup besar… kerana itu saya panjangkan kekaguman saya dengan keberanian yang dimiliki olehnya.

Cukup senang kaki saya melangkah ke semua mesyuarat yang dipengerusikan olehnya… memandangkan ketika itu cawangan saya tidak ada 'boss', maka semua mesyuarat kementerian berkisarkan kewangan/pembangunan/perolehan yang dipengerusikan olehnya akan saya hadir sebagai wakil organisasi. Benar…. Saya memang tidak pernah bosan menghadiri mesyuaratnya… setiapkali hadir melihat beliau bersuara seolah satu motivasi bagi saya. Memandangkan saya sangat ‘muda’ dalam perkhidmatan dan biasanya saya adalah ahli yang termuda di dalam mesyuarat tersebut, teguran beliau kepada saya didalam mesyuarat sangat berhemah dan tidak pernah sedikitpun melemahkan semangat saya.

Dia boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa menyangka dia adalah seseorang dikalangan yang terbilang. Walau saya hanya secebis kecil dalam perkhidmatan awam yang tidak pernah beliau akan ingat, kekaguman saya terhadapnya berpanjangan sehingga kini. Masuk sahaja dalam perkhidmatan ini beliau telah berjaya memberikan saya satu inspirasi ‘bekerja’, ‘berkomunikasi’ dan ‘berdiplomasi’ yang cukup kuat.

Memandangkan beliau adalah antara PTD “dihadapan mata saya… “
beliau sememangnya menjadi inpirasi yang sangat kuat kepada saya.
Contoh yang dipamerkan oleh beliau kepada saya cukup positif dalam jiwa saya.
Sehingga kini pun belum ada yang menggantikan tempatnya dalam hati dan minda saya…

Ketiadaannya dalam perkhidmatan kerajaan
Bagi saya satu kehilangan permata yang sinarannya sebenarnya mampu pergi lebih jauh…
Walau hati saya direntap dalam kehilangannya dalam perkhidmatan
Seolah saya rasa hilang salah satu lampu (cahaya) dalam hidup saya
Walau saya bukan sesiapa
saya tetap sedih
sayu…
bakat besar sepertinya diketepikan...

Namun saya percaya
Beliau akan tetap seorangnya yang tabah dan gagah
sepertimana sebelumnya…
seperti mana sediakala
Dan beliau tetap menjadi inspirasi saya
Dalam mengharungan perkhidmatan saya yang masih terlalu jauh untuk saya lihat

 Tan Sri Abu Bakar bin Hj Abdullah
Semoga tuhan sentiasa merahmati hidupnya
Keluarganya…

Doa saya untuk seorang seorang pemimpin dalam hati saya

kalam akhir seorang KPPA:
 

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...