Thursday, May 28, 2020

MENANAM POKOK BUNGA MATAHARI



Bunga Matahari seringmenjadi pilihan penggemar tanaman dek kecantikan kuntuman bunganya yang bersinar garang umpama matahari. Bunganya sahaja bersaiz besar pasti menenggelami bunga-bunga lain disekitarnya.

Perkara yang paling menggamit hati adalah ketika tuan tanah melaksanakan sedikit penyelidikan mengenai penjagaan pokok bunga matahari, hasil carian menunjukan ianya adalah ‘low maintainance’. Tertarik dengan itu, maka bermulalah projek bunga matahari.

Tarikh semai: 10 April 2020
Cambahan : selepas 2 hari (medium peatmoss)
Tempat tanaman:  Pasu 
Medium: cocopeat sederhana halus + tanah campur
Siraman : 2 x sehari
Cahaya matahari: Penuh
Tarikh bunga pertama kembang : 26 April 2020 ( ±7weeks)
Tinggi pokok: 150m
Lebar bunga = 15cm (diameter)

Berasarkan pengalaman pertama ini, diakui bahawa, memanamam pokok bunga matahari tidak rumit. Memerlukan kuantiti air yang banyak serta cahaya matahari yang penuh sudah cukup membesarkan bunga matahari yang sihat. Tuan tanah hanya menggunakan baja standard NPK yang ditabur setiap 2 minggu.

Memandangkan dari pembacaan mengatakan pokok ini tidak suka air bertakung, maka tuan tanah gunakan medium peat sederhana halus yang dicampur dengan tanah tanaman. Mungkin disebabkan kurang tadahan air dalam medium, pokok yang ditanam ini memang cepat layu kalau tertinggal siraman 2 kali sehari. Mungkin juga disebabkan pokok yang berkongsi pasu.

WARNANYA CANTIK BERSINAR.....

Pokok yang naik memang besar. Seeloknya satu pasu satu pokok. Tapi tuan tanah tibai pasu besar (pizza domino xtra large) 4 pokok dan pasu sederhana (pizza domino large) 3 pokok. Dah main saiz pasu ikut saiz pizzah pulak. Tapi masih tumbuh membesar dengan jaya nya. Kalau asingkan mungkin tinggi pokok boleh cecah lebih 180cm.

Ikutkan baka pokok yang ditanam ini baka hobbit (common flower). Tingginya tak lebih dari 2meter. Amalan saya memang tidak pernah gunakan racun serangga. Sekitar pokok bunga matahari ada pokok bendi, cili dan tomato. Bena lebih suka pokok ini. Jadi pokok tak diserang. Musim PKP ini banyak pula ladybird datang singgah menolong kawalan serangga perosak secara semula jadi. Baka renek pun dah dekat 2 m. tak dapat bayangkan saya baka mammoth yang terkenal itu.

Paling kelakar mengenai pokok ini adalah obsesinya terhadap matahari. Disebabkan pasu diletakkan dikawasan cahaya penuh, maka pokok semuanya naik tegak dan segak. Namun apabila bunga dah mulai berputik, putik bunga boleh bergerak halanyanya dalam masa beberapa jam sahaja. Mulanya saya perasan tapi tak pasti. Jadi hari-hari saya jengok arah putik bunga. Memang ia bertukar. Pagi nya mengala kanan dan petangnya akan sengek ke kiri arah matahari terbenam. Jadi janganlah dianiaya pokok ini dengan meletakkan di tempat teduh. Senget dia cari matahari.


Ikutkan hati nak tanam berpasu-pasu pokok yang cantik ini. Tapi kawasan laman tak mengizinkan…. Sayur pun nak maintain juga…. 


PUTIK KECIL- waktu inilah dia suka menunjuk ke arah matahari dengan sangat ketara.


PUTIK BESAR - tunggu kembang




bunga yang baru kembang. kelopak belum habis terbuka.


insyaallah saya update post ini dari masa ke semasa. sebab ketika penilisan ini, tuan tanah belum tahu bunga kat taman kekal berapa minggu sebelum gugur.... eksperiment nak menanam kembali dari kuaci yang terhasil pun belum lagi dapat dibuat.

Friday, May 22, 2020

PEKEBUN PKP







Tinggal di rumah teres lot tengah memang tak banyak pilihan selain meamam dalam pasu. bermula sahaja PKP saya terus mengemas laman. sebelum ini hanya beberapa pasu sahaja ditanam sayuran. banyak tak terjaga. mana yang elok saya kekalkan. yang lain semuanya dikemas dan baik pulih. dalam seminggu saya akan ke pejabat lebih kurang 2x. yang lain saya berada dirumah. rutin PKP saya dapati hanya selepas jam 10 baru akan sibuk. jadi sebelum itu sempatlah saya jengok sekejap (kadang-kadang sampai 2 jam) kebun PKP saya. seawal jam 7.30 saya dah terpacak.



Thursday, May 14, 2020

NORMA KERJA BAHARU


Perintah kawalan Pergerakan (18 Mac 2020 - kini pun belum tamat lagi....)


Memandangkan jabatan berada dibawah kategori essential, penggiliran dilaksanakan bagi memastikan operasi berjalan. Yang lain WFH. Jadi kami datang bila sampai giliran dan datang bila memang perlu datang apabila kerja tersebut memang tak boleh nak WFH.

Tak ada beza sangat utk anak2 buah saya. Satu tim jawab aduan… 4 komputer riba di tempat kerja masing-masing kelek bawa ke rumah. Aduan dan pertanyaan kami bukan sedikit. Paling tinggi dalam agensi kerajaan. Sehari kalau tak buka… maka bergandalah yang tertunggak. Call public memang banyak macam-macam ragam. Semuanya divert ke telefon mudah alih masing-masing. Setia jawab panggilan… berada di agensi ini kami memang redha jadi agensi kerajaan yang terima panggilan tinggi. Dalam tempoh PKP, panggilan dan pertanyaan jadi berganda. Maka bergandalah usaha anak-anak buah saya sampai terpaksa extend kerja kepada anak-anak buah orang lain juga. Terima kasih anak-anak buah orang lain.

Satu tim lagi media dan publisi. Kalau kat office pun memang invisible. Terlindung dan berteleku dengan komputer masing atau pun kesana dan sini bertemu guest, buat shooting atau jumpa pihak pengurusan untuk ambil mandat. Siapkan statement media…. Siapkan design….. jawab pertanyaan public dalam media social. jawab pertanyaan media. Jadi orang tengah antara atas dan bawah, kiri dan kanan, agensi dengan agensi…. Kerja paling tabah adalah berperang dengan netizen. Had pertemuan minimum menyebabkan diskusi kami kadang kala sehingga lewat malam…. Setiap kali dasar baharu keluar, kami studi sefaham mungkin; menyedari peranan kami sebagai orang tengah.

Saya gagahkan juga untuk coretkan blog berhabuk ini untuk kenangan dan penghargaan terima kasih saya pada mereka. Semoga saya tak lupa jasa dan usaha mereka yang berganda dari norma biasa. Biasanya saya buat tribute utk x boss saya… kali ini untuk anak buah…

Kenapa kena hargai??? Perlu maklum bukan senang nak WFH dalam keadaan anak-anak juga ada dirumah. Dengan kapasiti kerja yang sama tapi selesaikan dirumah memakan masa yang lebih panjang. Gangguan dari anak2, siapkan keperluan kerluarga, masak dan pelbagai lagi. Belum masuk hand phone kena kidnap dengan anak2. Hahahah…... akan jadi kenangan masam manis semua ini.

WFH risiko memang tinggi. Berperanan sebagai orang tengah, tahap elert perlu tinggi. kadang-kadang ada mesej dan panggilan yang terlepas pandang. HP kongsi dengan anak2 yang online chat dengan cikgu-cikgu yang rajin buat kelas memang tinggi risiko nak terlepas pandang ni. pun begitu,  tiada paksaan dari cikgu untuk join. Sebab dah jadi pada diri sendiri juga. hahahah. kita paham juga kalau anak buah lambat reply dan tak angkat telefon. tak dapat bayangkan saya kalau anak yang bersekolah lebih dari 4 orang dan berlumba-lumba buat kelas online chat... yang rezeki baik, bolehlah beli gajet untuk anak2.

Nak bandingkan kami dengan dengan orang lain, kami masih berada dalam keadaan yang bernasib baik berbanding barisan hadapan yang lain yang tugasan jauh lebih mencabar. Semoga Allah memudahkan usaha dan kehidupan insan2 ini.

Biasakan yang bukan biasa.





penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...