My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Wednesday, December 21, 2011

.......?..... he he...

post ini dah lama pending. rasanya saya dah tulis sejak 16 dis. tapi tak di post kan. tak tahu nak postkan atau tak. hari ini bila saya buka... saya baca balik... keh keh saya ketawakan diri sendiri dan decide untuk post kan....
 On 16th December.....
_______________________________________________________________
Boss saya ketawakan saya....

sebab tengok muka saya yang tersangatlah serius dan mod tension selepas saya hulurkan telofon tunjuk mesej salam ikhlas dari pegawai tertinggi kementerian. Kata Boss

"Kan bagus nih... jadi orang penting.... semua kenal... ha.. ha..."

emm ye lah... tak semena-mena muka saya dicari oleh semua. kadang kadang terasa macam orang bermasalah disiplin pulak. Whooaaa... cepatlah semua perolehan barang saya sampai.... saya dah nak bayar nih. hari yang saya tulis blog ni dah 16 disember. saya dah mod risau.... KSU dah pesan tak nak AP58. nanti tak pasal-pasal famous saya kat kementerian sebab buat AP58...

kalau tiap tahun macam nih tahun depan nak tukar potfoliolah... tak buat kewangan lagi (merajuk).....
nanti tension hujung tahun.... tapi kalau buat yang lain macam bosan pulak.... (terfikir-fikir nak buat sumber manusia pulak tapi bunyinya pun dah rasa bosan....)

dah dua bulan saya resah gelisah macam ni... menunggu habis tahun 2011. nasiblah saya jenis yang telinga tebal (selalu training dengan dengan mama bab menahan bebelan).... dengar je lah dengan muka sepuluh sen...." ye.. ye Tok. Ok." jawapan standard kita kan.... ha... itu lah... dapat jadi pensyarah... dapat jadi pegawai penyelidik, elok-elok jadi engineer... nak jugak jadi PTD. Rasakanlah sekarang ....

Doa saya...
semoga kontraktor-kontraktor saya tak buat hal hujung tahun ni. nanti saya yang susah nak menjawab. gaji naik pun tak dapat nak nak ubat lara saya ni.

dan semoga akaun saya dapat ditutup dengan cemerlang seperti tahun-tahun yang lalu, kalau tak terjatuhlah kewibawaan saya yang berprestasi cemerlang nih (puji diri sendiri...). 

Cemburu...
seronok melihat keletah anak-anak yang belum mengerti beban dan tanggung jawab
seronok melihat burung yang berkicau terbang tanpa peduli rintang angin yang datang...

saya harap saya pun macam burung jugak... dapat menongkah semua angin yang datang tanpa patah sayap....
aminn.
_______________________________________________________________

Alhamdulillah... sehingga hari ini, 21 Dec 2011 semuanya berjalan lancar.... risau saya pun dah turun.... cuma ada beberapa projek lagi sahaja yang pending... dan harap dapat diselesaikan sebelum 30th dec.
Boss kat HQ pun dah tak tanya banyak... mungkin sebab nampak progress yang mendadak dan telah nampak gaya-gaya untuk projek akan ditutup.

dan saya dah tahu perancangan untuk tahun hadapan....

Friday, December 09, 2011

9th December already...

So tired...
almost every night tidur lepas magrib...

cepatlah 31 december....
cepatlah tahun baru muncul.....

Wednesday, November 09, 2011

Morning Sickness



memang saya rasa setiap pagi dilanda penyakit morning sickness ni. Biasa orang yang berbadan dua sahaja yang morning sicknesskan.... ini adalah tiada kaitan dengan simptom tersebut. cuma memang sejak masuk bulan november ini gejala morning sickness melanda bagaikan gelombang di cawangan saya....

emmm... hujung tahun... kerja akan bertambah dua kali ganda. inilah faktor utama penyebab penyakit ini. belum pergi kerja dah terbayang kerja yang berlambak sedang menunggu.... bila dah banyak kerja banyaklah masalah... banyak jugaklah ragam. setiap kali bangun tidur..... uhhhh beratnya kaki nak melangkah ke tempat kerja.... 

telefon pun berdering dengan luar biasa sekali.... macam tak boleh duduk diam. 

meyuarat?
jangan cakap ... kekerapannya pun bertambah duakali ganda.... 
Bila mesyuarat bertambah, kerja bertambah.... masa bila pulak nak buat kerja ye.... (tanya sama hati)

inilah namanya simptom hujung tahun penjawat awam. Rasanya disemua tempat samalah agak nya. Jadi cadangan DAP untuk mengurangkan penjawat awam memang tidak disokong.....
kalau tidak... menajadi-jadi lagilah morning sickness dikalangan penjawat awam.....

Wednesday, November 02, 2011

Polemik Ashraf : Merdekakah Seksualiti Rakyat Malaysia



Topik yang sensitif. Namun menjadi isu hangat dek kerana keberanian 20 NGO menganjurkan Pesta Seksualiti Merdeka bermula 1 hngga 13 Nov , yakni sekarang. Bagi yang kurang arif mengenai objektif penganjuran ini ia adalah mengenai kebebasan jantina. Penganjuran ini dikecam dan di cemuh…. Oleh sebahagian besar media-media dan pemimpin-pemimpin yang mewakili organisasi Masing-masing.

Pesta ini mensasarkan golongan transual yang semakin berkembang berjelaran seperti kayap. Setelah diteliti setiap agama … tidak ada yang menghalalkan transual. Aplikasi Malaysia sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam lebih jelas dengan fatwa yang telah dikeluarkan… Haram! Jika diteliti semua program yang dibuat oleh penganjur ini… tidak ada satu pun program yang berbentuk ‘ pulang ke pangkal jalan’, malah lebih kepada menjadi pemangkin kekeliruan identity.

Wed 9 Nov, 8pm
SEKSUALITI MERDEKA 2011 LAUNCH

Wed 9 to Sun 13 Nov
THE FRIENDLY POSTER SHOW

Thu 10 Nov, 8pm
CONFESSIONS CABARET

Fri 11, Sat 12, Sun 13 Nov 2011, 8pm
RAINBOW MASSACRE – Love Out Loud!

Sat 12 Nov, 2pm
POLICING SEXUALITY: Sex, Society & the State

Sat 12 Nov, 4pm
THE TRANSSEXUAL VS THE MINISTRY OF POPULATION CONTROL

Sun 13 Nov, 12pm
DEFENCE AGAINST THE DARK HEARTS: Homophobia 101

Sun 13 Nov, 2pm
UNDER A RAINBOW ROOF: The Siti & Pepper Show

Sun 13 Nov, 4pm
FIERCE & FABULOUS: Shelah’s Finishing School for Drag Queens

SPECIAL PROGRAMME

Wed 2 Nov, 8pm
HUMAN RIGHTS for LGBTIQ: Making it real in Malaysia!

Thu 3 Nov, 8pm
NINE TO FIVE: Sexuality Rights In The Workplace 

Sat 5 Nov, 8pm
JUSTICE FOR SISTERS: Nyah Rights Now!


Penganjuran ini memang patut dikritik. Sejak kes mohd ashraf @ aleesha farhana, golongan ini dilihat semakin berani…. Keberanian ini memang patut dipuji… tapi matlamatnya yang patut dikeji.

Mak nyah adalah menginai krisis identity lelaki yang mempunyai naluri kewanitaan. Sebagai manusia dan saudara seagama…  golongan mak nyah tidak sepatutnya dipinggirkan. Mereka sebahagian dari warna-warna masyarakat. Masyarakat tidak sepatutnya menolak terus… sebaliknya mendampingi dan cuba untuk membimbing agar mereka tidak tersesat jauh.

Berdamping dengan golongan mak nyah memang menggembirakan. Pengalaman saya berkawan dan bersosial dengan golongan ini mengukir senyuman dan hilai tawa yang berpanjangan. Mereka golongan yang ceria dan cukup mudah memahami perasaan saya sebagai wanita. Mereka berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa ada diskriminasi budaya, bangsa, pangkat, darjat mahupun paras rupa.

Dikalangan mereka ada yang hanya sekadar ‘nok’. Lelaki lembut. Atau lebih tepat yang sopan santun. Insyaallah masih dekat dengan tuhan. Ada yang dilihat sudah ketengah. Mempunyai aksesori wanita, berpakaian wanita. Tak kurang juga ada rakan saya yang sudah jauh… menyuntik hormone bagi menampilkan susuk tubuh wanita. Saya?…. Saya biarkan sahaja. Cuma setiapkali selepas sejam azan berkumandang akan saya Tanya ‘dah sembahyang ke belum?’. Sebahagian besar akan jawab ‘ dah kak’. Ada yang sekadar mengangguk. Tak kurang juga yang hanya tersenyum. Saya sendiri kurang pasti apa maknanya.

“kurang ilmu agama”???

Tidak. Jawapan saya pastinya tidak… ada antara mereka yang berasal dari sekolah agama. Tahu hukum halal dan haram. Mampu berbicara lebih jauh dari saya.

“ikut rasa… BINASA, ikut Hati …. MATI’

Pepatah ini patut di ia-kan. Maknyah bermula dari seorang lelaki baik, mudah didekai dan mesra dalam pergaulan. Ia bukan satu fenomena abad baru. Ia telah wujud sejak berkurun lamanya. Ciptaan tuhan itu membezakan perilaku setiap hamba yang diciptanya. Namun lelaki tetap lelaki. Biarpun ia lembut dan sopan santun, dia tetap perlu dilayan dan dihormati seperti lelaki. Namun sudah jadi penyakit masyarakat apabila melihat remaja atau seawal kanak-kanak lagi yang mempunyai perilaku sebegini ia menjadi bahan tawa dan hiburan.

‘kau ni macam perempuanlah… kau tak malu ke???’ sinis dan disambut dengan hilaian tawa.

Apa yang akan jadi kepada remaja / kanak-kanak ini bergantung kepada keutuhan institusi masyarakat. Perlu diketahui tidak semua remaja sopan santun ini, berakhir dengan dengan Mak Nyah. Ada yang terus sopan santun sehinga ke anak cucu, namun Berjaya mengekalkan identity fitrahnya. Naluri kewanitaannya disalurkan dalam masakan, rekaan busana, hiasan dan aksesori kreatif,  tak kurang juga yang menjadi kaunselor untuk menolong sesama manusia dan memahami jiwa lain (wanitakan mudah mendampingi orang lain secara psikologi). Dengan cara ini kehidupan mereka sedikit pelik dari norma masyarakat (disebabkan kelembutan itu), namun masih teguh di jalan agama.

Hanya mereka yang tidak mempunyai kekuatan (ikut hati) untuk terus berada disisi tuhan, akan berakhir dengan kehidupan yang disish masyarakat. Kerana itu… masayarakat perlu tahu… bahawa golongan ini sepatutnya mendapat sokongan dari masyarakat atau ertikata yang lain masyarakat perlu memberi sokongan untuk mereka terus berada dalam norma masyarakat Malaysia dan kehidupan yang beragama. Mengeji memang mudah namun membantu kepangkal jalan susah.

Bagi golongan Krisis Indentiti..… naluri yang ada bukan sesuatu yang negative. Ia perlu diasalurkan kearah yang betul. Ikut rasa kan binasa. Kecelaruan identity hanya bagi mereka yang tidak pasrah dan tidak redha dengan identity yang diberi. Walau bagaimana kuatpun naluri gender yang bertentangan wujud dalam jiwa… seorang manusia lelaki tetap boleh menjadi lelaki, wanita tetap boleh menjadi wanita. Agak menghairankan bila ada yang membuat pengakuan umum bahawa dia 'yakin telah membuat pilihan yang betul'. betul itu mungkin hanya sementara... kerana kebanyakkan mak nyah yang sudah senja... yang ajalnya sudah hampir tiba... ke jalan tuhan juga dia kembali kerana itu adalah 'betul' yang abadi. 

Lelaki semamangnya di label lasak,
wanita sudah sinonim dengan lembut dan cantik.
Namun tidak ada masalahnya dengan lelaki yang kekal lelaki tatapi lembut,
wanita yang kekal wanita tetapi lasak….

SAYA??
Sanjung tinggi kepada rakan-rakan ‘nok’ yang tidak lari ‘takdirnya dan hak agamanya’ dan begitu kuat menghadapi sinis masyarakat sekitarnya.


Monday, October 24, 2011

The Curly Gurl Again




Aiesyah tak ada... dah seminggu dengan nenek di kampung. kesian nenek. Mesti terkejar-kejar Aiesyah yang lasak. Rindu Aiesyah... bonda pun belek semua gambar-gambar dalam hp. terkejut waktu mula-mula nampak gambar ni. tapi baru sedar anak sendiri rupanya... haha..
Nak bawa Aiesyah masuk bilik air waktu ni. nak bagi mandi. tapi sempat pose lagi. kerinting dan ngerbang gitu. macam mana lah saya tak selalu tocangkan rambut dia. balik rumah nenek lagi best. nenek gunting terus. tapi bahagian depan sahaja. bonda pun tak tengok lagi.

 Haaa... dah siap pun mandi....

Tuesday, October 04, 2011

BUKAN MASALAH SAYA..!


HA HA….
ITULAH FRASA YANG PALING SAYA ELERGIK UNTUK SEPANJANG BULAN SEPTEMBER, SEKARANG DAN PADA MASA AKAN DATANG setelah berhadapan dengan seorang hamba tuhan yang terlalulah menjaga reputasinya…. Sehingga sanggup mencalarkan reputasi jabatan lain… walaupun berpunca daripadanya….

Tapi mukanya tetap mentain tak bersalah…. Hmmm… abaikan hamba tuhan tersebut. Sebab yang hendak dibincangkan adalah masalah bagi kakitangan atau pekerja yang mempunyai minded  ‘ BUKAN MASALAH SAYA’.

Bagi orang berfikiran sebegini….tak payahlah kita berkawan…. Ia ibarat mementingkan diri sendiri… masalah sendiri dijaga rapi…. Mohon dikasihani… tapi masAlah kawan tak ambil peduli. Pekerja sebegini bukan kategori orang boleh memberI kerjasama pasukan yang terbaik. Jadi kalau anda seorang boss …. Tak payahlah beri kerja sampingan yang bukan bukan kerja hakiki kepada pekerja seperti ini. Sebab yang disiapkan hanya kerja hakiki….

Jika dinilai pekerja begini… dia memang berprestasi tinggi. Apa tak nya… tak sibuk nak membantu orang lain. Fokus hanya untuk diri kerja sendiri.

Individu yang individualistic seperti ini… mampu memberi oprestasi tinggi pada diri sendiri namun tidak pada organisasi. Amat tidak bernilai pada organisasi.

Saya katakan begini dengan memberi  scenario berikut:

A orang yang sering mengambil tahu hal kerja rakan sepasukan yang lain walaupun mereka semua berbeza tanggungjawab. Berlainan dengan B yang hanya serius dengan kerjanya sahaja. Ketidakhadiran B dan C ketempat kerja bukan masalah bagi organisasi kerana A dapat membantu mengganti semua tugas-tugas tersebut dengan baik. Namun ketidakhadiran A ke tempat kerja memang menjadi masalah organisasi kerana tugas A yang sangat rumit dan kurang diketahui oleh rakan sepasukan yang lain. Rakan mereka C hanya mengetahui kerja yang dilakukan oleh si B yang mudah difahami  dan tidak mahu ambil tahu kerja A kerana ia amat merumitkan… AKHIRNYA tugas A sering tergendala dan sering menjadi perhatian majikan berbanding B dan C yang mempunyai rekod kerja yang baik...

Dari analogi diatas kita dapat simpulkan bahawa Si A adalah lebih bernilai dengan si B dan C walaupun diberi reputasi buruk. C berada dikedudukan tengah. Dan B jauh dibawah sekali. Kebanyakkan dari kita menjadi C. masih ambil tahu hal kerja dan masalah kerja orang lain. Tapi kita cuba untuk menhindari masalah kerja yang terlampau sukar untuk mengelakkan diri kita dibebani dengan tanggungjawab sukar…. Benarkan???

Contoh scenario yang saya berikan sememangnya adalah kejadian benar yang berlaku. Cuma bukan pada diri saya. Lebih kasihan…. Si A sukar mengambil cuti kerana tiada siapa yang mahu menganti tempatnya. Malah dia sering dimarah jika tidak hadir ke tempat kerja kerana membebani rakan sepasukan. Sedangkan si A tidak pernah mempunyai masalah untuk mengganti rakan sepasukan yang lain yang tidak dapat hadir ke tempat kerja…  ia amat tidak adil dan boleh menyebabkan masalah psikologi dan stress tempat kerja…

masalah sebegini berlaku dengan serius lagi bagi organisasi yang mempunyai bebanan kerja yang tinggi. menyebabkan setiap pekerja hanya mengambil pusing hal masing-masing....

SEBAGAI BOSS YANG BAIK… PANTAULAH PEGAWAI ANDA SUPAYA MASALAH SEPERTI INI DAN PEGAWAI DENGAN FRASA ‘BUKAN MASALAH SAYA’ TIDAK BERLAKU DALAM ORGANISASI…

SAYA???
Ada sesiapa diantara kita yang menjadi A, B atau C???

Wednesday, August 24, 2011

Akhirnya Kau pergi juga


Ketenangan ini memang ku tunggu
Kau datang dalam hidup ku
Rahmat tuhan yang memanjangkan nyawa ku
Memperkenan pertemuan aku dengan mu

Sedetik masa belalu
Pergi ibarat angin bayu
Membawa rahmat yang bukan calang selalu
Akan berpisah kita di situ

Kalau tuhan perkenan doa ku
Ku pohon kau sentiasa dalam detik hidup ku
Namun ku tahu loh mahfuz telah suratkan
Untuk semua hamba tuhan
Cukuplah sepurnama rahmat dilimpahkan

Ku lepaskan kau dengan hati yang bertakung berat
Kalau boleh…  ku dakap kau dengan erat
Kau juga menuruti perintah-Nya seperti ku jua
Moga Tuhan masih panjangkan usia
Moga runtuh langit belum lagi tiba
Agar aku masih dapat merasa
Dampingan bersama…

Semoga hijab Mu tak pernah tertutup buatku
Semoga Kau masih perkenan doa ku
dan semoga aku sentiasa dijalanmu


Pena menulis

Monday, August 22, 2011

Bila kita Hangin...!!


Pantang betul bila saya lihat muka yang masam. Ye lah… siapa suka tengok muka masamkan… bila lagi ditempat kerja. sebab kerja ni bukan hobi kita… kecuali yang workaholic macam abang saya memang kerja itu hobi dia. Tapi untuk bagi orang yang bukan sesiapa seperti kita… kerja ni ibarat hidup… hidup mesti makan dan kerja…. jadi mood tempat kerja sangat penting untuk memotivasikan kerja untuk lebih produktif.
Tak kisahlah kita ada masalah apa pun… pribadi ke??? Tengah marah kat staff ke ??? badan tengah tak sihat ke..??? Bru kena marah dengan boss??? kalau tak nak senyum pun … buatlah muka selamba yang seposen tu. Janganlah nak tunjukkan yang kita tengah tension dengan masam muka…

Percaya atau tidak… lagi masam muka kita… macam itu lah lagi kelat hati kita rasa. Bila kita susah… bila kita tention… lagi banyak kita kena senyum…. Senyum itu penawar hati yang yang tengah duka… merana… tersiksa… dek kerja atau apa sahaja… tapi kalau nak ikutkan hati… dengan memasamkan muka untuk tunjukkan pada dunia yang kita tengah tension… alamatnya kejap-kejap esok dapatlah penyakit darah tinggi….
Kalau rasa kemasaman itu sudah tak dapat dibendung… atau kalau kita bercakap dengan orang boleh manimbulkan kemarahan atau ayat yang tiak enak didengar… maka kurangkan berjumpa orang… duduk senyap-senyap dalam office… janganlah seorang yang tumpahkan tepung… semua orang kena debunya (peribahasa baru).

Kesimpulannya… macam mana tersiksanya hati kita… senyum mestilah terukir…
Rasullah yang di cerca dan dihina, Nabi Ayob yang derita dengan penykitnya, Imam hanafi yang dipenjara,  pun masih boleh tersenyum dan membuatkan orang lain sejuk hati melihat mereka… inikan lagi kita yang di uji tuhan dengan dugaan secebis zarah ibaratnya.  Orang yang begitu derita pun mampu member ketengangan kepada orang yang melihatnya… ini lagikan kita yang memang selalu tenang…

Cerita tentang senyum… antara pemimpin dunia yang sering tersenyum adalah Arwah Yasser Arafat. Walau ditekan… kelilingi dengan ugutam kematian… pernah tak kita lihat Dia tidak tersenyum…  sebab dia tahu dia pemimpin… senyuman mampu menenangkan gelisah rakyatnya.

Kita pun pemimpin jugakan… tak kiralah… boss kecil atau boss besar.. .. saya optimis pekerja lebih senang melihat kita senyum dari masam… jadi dia boleh buat kerja dengan tenang dan tak tertekan akibat muka kita yang masam. 

SENYUMLAH SELALU… Semoga Tuhan akan memurahkan rezeki bagi mereka yang selalu memberi (senyuman)….

Friday, August 19, 2011

Di Luar Lingkungan ?

Jika masih ingat dengan post terdahulu ‘ anak kucing jadi harimau’, isu kali ini ada kaitan dengannya. Ada kaitan dengan penerokaan yang penuh kebabasan dan menjanjikan ilmu pengetahuan menerusi pengalaman dan bukannya melalui institusi formal. Kerana itu seorang doctor mampu menjadi Perdana Menteri yang dipandang tinggi (Tun Dr M), jurutera mampu menjadi pengarah filem, penulis lagu dan penerbit (trio KRU), seorang yang bukan berpelaran tinggi memulakan hidup dengan menternak lempu mampu mencipta empayar besar seperti Syed Mokhtar Bukhari, Zaman kini…yang menjual goreng pisang pun mampu hidup senang tanpa hutang…  

Itu namanya perjuangan penerokaan kendiri yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berani melawan arus dan bersedia menghadapi risiko.

Saya pernah terfikir…. Zaman Ibn Sina tidak ada Universiti untuk bagi tahu jika symptom begini maka sakitnya ini dan ubatnya begini… Zaman dahulu tidak ada Institusi yang mengajar jika bangunan setinggi ini, pasaknya harus dalam begini, jika bentuk mukabumi begini, maka rekaan bangunan mesti sebegini… tidak ada yang beritahu Thomas Edison untuk mencipta satu objek yang bercahaya sepatutnya begini. Kerana itu beliau perlukan 1000x untuk penciptaan sebuah mentol…. Hari ini kita diajar kebanyakan hukum fizik alam menepati dengan MC2. Namun tidak ada yang mengajar einstain untuk terbit satu hukum sedemikian. Malah ketika penyebarannya, hokum ini dikecam hebat oleh ilmuan ketika itu…

Maka saya telah membuat kesimpulan bahawa ilmu yang ada sekarang berdasarkan penerokaan dan pemerhatian yang mendalam disamping perkembangan ilmu ketika zaman dahulu. Ilmuan dahulu amat mengkagum kita kerana kebanyakan ilmu dikongsi melalui pengalaman atau ekperimentasi yang terbatas maklumat dan sumbernya. Kita kurang mengkagumi zaman kita. Zaman dahulu adalah zaman ‘fundamental’ zaman kini zaman ‘Applied’/ gunaan/perlaksanaan.

Zaman ini menjelaskan bahawa kebanyakan daripada kita bersetuju untuk jadi pak turut… jika norma masyarakat mengatakan sebegini maka kita juga mempunyai pendirian yang sama. Kita merasakan peniaga kecilan aalah pekerjaan yang tidak berprestij…. Tanpa kita sedari harta golongan ini menjangkau ke angka juta jauh lebih kaya dari kita. Kita merasakan bidang pertanian adalah serendah kerja tampa kita mengetahui bahawa pengusahanya adalah seorang graduan cemerlang yang sedang cuba mengembangkan produknya ke luar negara….

Kita cenderung untuk membuat penilaian dan menganggap kita adalah betul. Kita cenderung memilih jalan selamat dengan mengikut arus masyarakat kerana tidak mahu dikecam. kita sanggup untuk mengetepikan pendapat kita yang bercanggah, supaya kita diterima baik oleh masyarakat yang merasakan minda mereka adalah terbuka sedangkan tidak…. Kita cenderung mengikut budaya masyarakat yang diluar dari kemampuan kita (kewangan??).

Cuba sesekali kita berfikir untuk diri sendiri (tanpa perlu bersikap individualistic), tanpa perlu campurtangan atau pengaruh luar. Jika kita cukup yakin dan optimis dengan kemampuan malah mampu untuk berada ‘diluar lingkungan’, ramai antara kita mampu Berjaya. Matlamat pembahagian ‘kek ekonomi’ negara mungkin sudah lama terlaksana…. malah mungkin ada antara kenalan kita akan menjadi seorang tokoh pemimpinan negara yang tidak pernah tercapai akal kita akan kebolehannya....

SAYA??
Menuntut ilmu itu perlu... tapi yang lebih penting bagaimana kita menganalisis ilmu yang diperolehi dan kebijaksanaan kita untuk menggunakan ilmu itu diluar lingkungan bidang ilmu tersebut....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih