My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Thursday, December 27, 2012

Jutawan Fakir , Jutawan Berfikir




Abdul Rahman bin Auf kekayaannya memang luar biasa…Kakayaan hartanya tidak terlihat pada dirinya yang sangat merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Walaupun mempunyai kekayaan yang luar biasa hebat… dia terserlah dengan kebaikannya…

Sebaik tiba dimalam hari… dia memasukkan duitnya ke dalam guni lalu mengetuk pintu-pintu kedai…

“Apa hajat mu malam-malam begini”
“aku mahu bayar hutang”
“Kamu ini Abdul Rahman bin Auf. Kamu kaya raya dan tidak berhutang…”
“ Ya aku tidak ada hutang. Tapi aku kemari untuk membayar hutang saudara-saudara ku. Tolong maklumkan kepada ku sekarang siapa yang berhutang dengan mu, akan aku langsaikannya saat ini”

Itu Abdul Rahman… tak hairan dia dijamin syurga dengan perwatakannya sebegitu rupa dahsyat baiknya…

Jangan pula kita jadi jutawan Alibaba… macam ali baba dapat seguni harta dari gua. Balik rumah dah berubah gaya… cara jalan… cara batuk… cara duduk… semua berubah… nasib baik ali baba ada otak waras nak berfikir…. Tak teruskan gaya-gaya yang dah nampak macam beruk dapat bunga…

Sebagai manusia yang kurang ilmu… kadang-kadang saya bertanya (tertanya-tanya)  biasanya suami jadi mangsa… terutama bila menonton TV. Lihat perkahwinan yang bagai kayangan. Gilang gemilang…
Banyak betul harta… agaknya mereka ini memang kaya raya… bagaimana perasaannya bila kita sendiri yang kaya raya… hidup senang… tak perlu bertungkus lumus bekerja.. harta peninggalan keturunan makin berganda-ganda..

Itukan godaan dunia… bagi mereka yang seperti Abdul Rahman… itu jutawan yang berfikir. Dia tahu Allah turunkan ujian padanya berupa kemewahan dunia. Harta tidak dipinta… tapi rezeki berganda-ganda… itu pinjaman Tuhan untuk nya.
Bagi yang lupa kewarasan iman diulit kemewahanTerasa diri kaya rasa walhal miskin di jiwa

Sebagaimana Sulaiman Al-Rajhi… yang tidak takut kemiskinan di saat dia memiliki Kakayaan. Miskinkah dia sekarang..? Dihati saya dan jutaan umat yang lain... dia tetap seorang yang kaya dan beharta. Jutawan fakir...

Sesungguhnya kisah sebegini meruntun jiwa saya. Membuatkan saya kembali tertanya siapa lah saya di sisinya. Belum cukup garang ujian Nya pada saya, saya sudah pun rasa kepayahannya..
Cukuplah rezeki tuhan
Semoga saya tidak diberi ujian yang melupuskan ingatan dan kewarasan




Semoga Allah terus melimpahkan rezekinya dan keturunanannya (dan juga ibu bapa saya). Amin...




Wednesday, December 26, 2012

Civic Hybrid Car Review


Setelah 3 bulan try hybrid car ini…
Bolehlah dibuat sedikit kesimpulan bagi pengguna lain yang mencari review hybrid car terutamanya Honda.

Car Types: Civic 1.5 hybrid

Tech: 1497 cc I4 i-VTEC petrol SOHC engine with Integrated Motor Assist (IMA) electric motor; 110 ps; 172 Nm (outputs are for engine + electric motor); lithium-ion battery pack, CVT

ini bukanlah kereta saya...
Tidak ada lain yang istimewa mengenai hybrid car selain daripada kereta ini terserlah dengan penjimatan minyak. Selain daripada teknologi hybrid yang digunakan, kereta ini angat mesra mengguna untuk membawa kereta dengan betul (bagi tujuan penjimatan minyak cara manual). Kenapa? Sila lihat gambar berikut:



Warna pada skrin ini menunjukkan cara pemanduan. Sama ada cara pemanduan yang eco friendly (hijau), sederhana (hijau biru), atau amatlah menggunakan minyak (biru). Jadi ini menyebabkan pemandu akan cuba maintain cara pemanduan (press and speed) supaya warna biru tu jarang keluar.
tak ada gambar yang exact untuk parameter anggaran guna minyak ni. jadi boleh rujuk gambar ini. kat atas kanan adalah parameter minyak. lep[as tu ada speed '0' dan disebelah speed itu adalah parameter anggaran penggunaan minyak per liter.

Ini adalah parameter penggunaan anggaran penggunaan minyak liter/km merujuk kepada cara pemanduan semasa. Jadi lebih kilometer lebih bagus cara pemanduan driver tersebut.

  
Cruise control, membolehkan pemandu remain speed dan menyebabkan penjimatan minyak tahap optimum.

Auto stop… auto stop akan active bila kereta sedang di ‘break’ dan gear mod drive. Jadi kenderaan ini amat jimat minyak pada ketika keadaan sesak mengharungi Jem di KL. Tapi bila auto stop active, kereta berada dalam keadaan mati (enjin mati), jadi air-cond ada blower sahaja. Bagi yang tak suka mod auto stop pasal air cond tak sejuk tukarlah gear lain selain ‘D’ maka auto stop akan deactivate. Tetapi tindakan ini tidak membantu penjimatan minyak dan skrin akan berubah jadi warna biru… (pun tak ada gambar)

Bagi penjimatan minyak menggunakan teknologi hybrid pula ada beberapa peringkat. Gambar di bawah menunjukkan 5 helai daun readiness penggunaan teknologi hybrid pada kereta. Peringkat pertama hanya ada 2 helai sahaja daun ini. Bagi pemandu jarak dekat macam saya. 3 bulan baru keluar 4 helai. So saya anggarkan 5 bulan baru complete 5 helai daun ini.

ini adalah statement yang ditunggu-tunggu (pasal kalau saya pun saya nak baca yang ini sahaja...)
Ketika 2 helai daun ini, penggunaan minyak bagi 300km (KL-Taiping) adalah lebih kurang RM35-45(ikut cara pemanduan). Bila 4 helai daun ini keluar penggunaan minyak telah berkurang kepada RM25-35. jadi buatlah anggaran sendiri bila complete 5 helai daun ini keluar… ( RM 15 ???? )… ini adalah pengalaman diri sendiri. driver lain mungkin lebih jimat kot. pasal pemanduan saya ni tak lah maintain eco-friendly. nanti bila dah complete 5 helai daun ni saya update lagi...




skrin ini adalah multifunction skrin. selain daripada tunjuk imej ini, ada juga imej clock, radio skrin, anggaran jarak yang boleh pergi sebelum minyak habis...
Skrin ini akan sentiasa memberi tahu jenis mod penggunaan tenaga kereta, sama ada menggunakan minyak, bateri atau kedua-dua nya.

Diakhir pemanduan, kereta ini akan bagi markah kat kita. namanya eco score. kalau dapat penuh baguslah kita bawak kereta. tapi kalau setakat dua tiga pokok... tak berapa baguslah tu.
ada 5 pokok. bagus tu. tapi pokoknya baru 2 helai daun. boleh grow sampai optimum saving fuel 5 helai. bila parameternya dah sampai kat 5 helai daun... bolehlah isi tank minyak sebulan sekali....


Disadvantages: tak ada kekurangan yang ketara bagi hybrid civic. Tapi kalau nak juga bolehlah di senaraikan seperti berikut.
1.     Bateri hybrid perlu diganti dalam tempoh 5-10 tahun (ikut penggunaan biasanya 8thn) dan sekali tukar RM 8k. (so duit jimat minyak tu kumpullah untuk ganti bateri ni nanti).
2.    kereta ini memang tak boleh jalan kalau tak ada minyak. Jadi walaupun boleh guna bateri, bateri tu hanya support minyak sahaja…
3.    buat masa ini Honda memang tak buat pilihan untuk civic hybrid sebab tak di keluarkan (kilang) bagi pasaran asia tenggara ini. Jadi civic hybrid yang ada adalah datang seketul dari Jepun hanya dengan satu spec sahaja. Jadi kalau berhajat nak kurangkan harga dengan tukar leather seat kepada fabric… atau tak nak paddle shift dan cruise control,  Honda tak dapat nak tolong. Tapi di masa akan datang mungkin boleh… (tapi harga pun mungkin dah tak ada subsidi - sekarang gov ada subsidi for hybrid car...).

Jom layan gambar-gambar ni

interior adalah sama dengan civic 2.0. complete with paddle shift, cruse control and leather seat


keyless key...

Push start button. pastikan key seperti yang ditunjukkan di atas ada bersama anda...

Friday, December 21, 2012

Monday, December 03, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih