My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Tuesday, April 26, 2011

Akan Tiba jua masanya...

   

Saya tahu saya siapa
Tak berpangkat apa lagi berharta
kerana itu hukum dunia kala
maka saya memang bukan sesiapa
bagi manusia seperti dia.

kalaupun saya ini sesiapa...
saya masih ingat pesan bonda
budi bicara, tutur dijaga
harta benda hanya milik dunia
jangan di lekeh yang miskin papa
kerana mereka ini lebih kaya jiwanya
lebih di kasih oleh yang yang Esa
Biarlah saya ini bukan sesiapa
biarlah apa pun yang datang menimpa
biarlah dia dengan egonya
kerana saya percaya
akan tiba jua masanya
Tuhan juga yang membalasnya

Walaupun saya ini bukan sesiapa
saya tetap akan percaya
akan tiba jua masanya
dia datang kepada saya
menadah tangannya...

Akan tiba jua masanya...

semoga diri ini tidak alpa
dengan rezeki yang diturunkankan-Nya

Thursday, April 07, 2011

Mirror, Mirror on the Wall.....










Ironinya cermin ini sangat dekat dalam kehidupan masyarakat sehingga banyak pepatah dan bidalan menggunkan frasa dan pembayang cermin.
Cermin adalah satu bentuk pembinaan keyakinan. Imej cermin Nampak kecil dan terpencil kan? Tapi hasilnya memang besar. Pembinaan imej kendiri. Kita berkeyakinankan bila Nampak diri kita kemas dalam gambaran cermin. Jadi kita dapat melangkah ke masyarakat sosial dengan yakin.

Banyak cerita saya dengan cermin. Sama juga jasanya. Membina personaliti dan keyakinan saya. Saya tidak ingat sejak bila… tapi setiap kali saya berlatih apa sahaja , saya gunakan cermin. Cermin besar yang boleh menampakkan saya dari kaki sampai kepala.

Saya bersyarah depan cermin. Saya bersajak pun depan cermin. Hasilnya bagus. Saya lenggokkan tangan… emmm kena. Saya tundukkan badan sikit… Nampak dramatis. Baru hidup persembahan saya. Baru saya pergi depan mama dan abah tunjuk hasilnya. Dapat pujian. Saya senyum sampai telinga.

Bila dah besar… saya dah tak perlu cermin besar. Saya Cuma nak tengok muka saya sahaja. Saya cuba bercakap. Buat ekspresi muka. Bayangankan saya tengah berdebat…berpidato… baguss. Muka serius.
Saya bercakap lagi. Memperkenalka diri… dengan muka yakin dan mempengaruhi. Bagus untuk interview nanti.

Bila saya sedih, atau tidak berpuashati. Saya pandang cermin juga. Saya lihat diri saya. Saya fikir… apa salah saya… mana kurang saya. Saya tengok memang tak ada kurang. Maknanya saya pun sebagus orang lain. Lain kali saya akan buat yang lebih bagus lagi.

Bila dah selalu sangat guna cermin… akhirnya dah tak payah guna cermin. Setiap kali saya bercakap seorang (memang selalu macam tu, tapi pastikan yang tak ada orang) ataupun saya bercakap dalam hati… imej cermin itu terpancar sendiri dalam gambaran otak. Saya dapat bayangkan kalau saya buat ekspressi begini Nampak bayangan saya begini.

Bagi saya itu Fungsi besar cermin yang ramai orang tak ambil peduli.
Biasanya kita pandang cermin hanya sekadar melihat diri sendiri.
Cantik tak? Comot tak? Kemas tak?
Ada cela tak?
Tapi kita tak pernah melihat sebenarnya diri itu dalam cermin.
Diri kita yang berpotensi…

Tuesday, April 05, 2011

Menggapai Lebih Tinggi





Ini Aieshah Susun sendiri ye...
Pandai anak Bonda...
Saya beli blok ini sebab Aieshah ada habit suka menyusun
semua benda nak disusun
jadi bila beli blok-blok ni
dia boleh salurkan habit dia tu

tapi masalah lain pulak datang
bila dah terlalu tinggi
dah tak sampai...
Aieshah akan menjerit 
lepas tu nangis...
geram agak nya...
sebab dah tak dapat susun
haha
Aieshah kena tunggu besar
baru lagi tinggi boleh susun

MISI BALIK KAMPUNG!!


 
Huhh!!
Misi terbaru...
nak siapkan kerja yang masih berlambak
nak habiskan sebelum jumaat
sebab jumaat nak cuti
Isnin depan pun nak cuti

persoalan??
bolehkah habis ???
banyak ni...
kalau tak 
tak boleh cuti...
: (


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih