Monday, August 24, 2015

Siapa punya kerja??

 Buka galeri gambar ditalifon utk mengemaskini gambar (delete mana yg tak perlu... lapang sikit memori) terperasan gambar-gambar makhluk asing ni... 

Anak bonda yang mana buat kerja shooting ultraman nih???

24 jam Yang Berbeza


Diberi kesempatan berpuasa 3 hari bersama Ayah Bonda di kampung halaman sesuatu yang saya syukuri. Bangun dinihari, bersahur, masak bersama juadah berbuka bersama kak Nor dan Mak Pah, bingitan 6 anak kecil beraudara bertempiaran dan tak lupa bebebalan mama menjadi halwa telinga yang indah.

Setiap hari saya melihat mama akan masak juadah berbuka untuk dibawa ke masjid. Dia memilih untuk bersedekah dibulan puasa. Dalam kesibukan dia mengurus persatuan, mengendalikan butik di pekan, masih sempat mengacau senduk memasak sesuatu walau jam menunjukkan waktu berbuka puasa hampir lagi sejam….

Sesuatu yang perlu untuk saya lihat.

Selaku wanita yang bekerja seawal jam 6.30 pagi hingga ke senja baru melihat anak-anak… saya sering merasai ‘kehilangan’ waktu. Seringkali saya 'membeli masa' melalui tol-tol lebuh raya berbayar yang memungkinkan saya tiba di rumah awal sedikit dengan mengurangkan kesesakkan jalan. Biasanya, sampai ke rumah saya telah keletihan. Justeru nak melayan kerenah dua beradik ini pun  kekadang rasa membebankan… Kadang-kadang saya terasa benar-benar keletihan akibat tugas seharian di pejabat sehingga akhirnya saya menghabiskan waktu-waktu di rumah dengan berbaring… apatah lagi bila keadaan yang tidak lagi muda ini seringkali didatangi sakit di sana-sini.

Bagi meringankan penderitaan emosi , saya seringkali mengikut kata-kata suami yang sangat memahami. Justeru kerja-kerja dirumah banyak saya tangguhkan sehingga dirasakan ada kesempatan mealakukannya. Makan pun seringkali dibeli dari kedai. Kesepahan ruang rumah kerana dua anak kecil ini seolah-olah tak terlihat dipandangan mata saya…

Suatu hari saya seperti kebiasaannya sambil meredah kesesakkan ibu kota untuk pulang kerumah, saya malayani tazkirah saluran radio yang memang sentiasa terpasang. Petang itu diceritakan tentang sakaratul maut. Namun yang mengetap hati saya patang itu bukan dasyatnya sakaratul maut… tapi kata-kata ustaz yang tertangkap hebat dihati saya adalah bagaimana panjangnya waktu sakaratul maut itu kepada si mati sedangkan kepada kita yang hidup ini hanya sekelip mata. Lantas ditekan bahawa waktu itu milik Pemberi. Jika kita melihat mangsa kemalangan maut sekelip mata, tak sampai pun mata sempat berkelip, tapi bagi mangsa kemalangan yang telah didatangi sakaratul maut itu, sekelip mata itu adalah sangat panjang bagi baginya yang perlu melalaui perjalanan dari langit ke langit untuk bertemu tuhannya, perjalanan roh yang keluar dari kakinya sehingga ke ubun-ubunnya.

Sangat berkesan di hati saya adalah pemberian masa itu adalah daripada Allah, walaupun setiap hari setiap daripada kita yang bernyawa di beri 24 jam… namun atas kuasanya, masa 24 jam yang berbeza… ada antara kita menikmati 24 jam yang panjang. Ada antara kita menikmati 24 jam seperti sekelip mata.

Justeru saya memohon kepada yang berKuasa, agar memberi kesempatan waktu untuk saya menyelesaikan urusan dunia dan memudahkan urusan akhirah.

 Bayangkan... setiap hari saya akan membelanjakan hampir 10 ringgit untuk membeli waktu diperjalanan....



Friday, August 21, 2015

Hikmah Dakwah Program Realiti

Mencari pendakwah ideal melalui program TV mengundang pelbagai persepsi… ada yang menyokong tak kurang mengkritik kerana ia dilihat lebih bersifat komersil. Saya petik seorang kata pendakwah selebriti yang terkenal kerana penghijrahannya, pencarian pendakwah melalui program reality tidak mencapai objektifnya.

Kata-kata itu memang ada benarnya… penghasilan seorang pendakwah tidak akan berlaku dengan santainya dan diberi liputan meluas oleh media menjadikan ia adalah selebriti masyarakat, terkenal selip mata. Keunggulannya sukar ditemui kecuali beliau sememangnya mempunyai personaliti unggul. Justeru ramai yang menganggap program reality ini sekadar hiburan ambil mendengar ilmu-ilmu yang disampaikan secara santai dan kreatif….

Perlukah program seperti ini dihalang??

Perlukah program ini di kritik keras???

Pada hemat saya yang baru setahun agung ini, program reality adalah seperti muzik nasyid kontemporari. Bukanlah satu medium dakwah yang serius, tapi dapat menjadi halwa telinga yang baik… jauh lebih baik daripada mendengar muzik menjerit dan memuja manusia. Lebih baik mendengar alunan tenang.

Metaforanya seolah-olah membandingkan mendengar alunan muzik nasyid ini dengan mendengar bigitan lagu heavy metal. tak dapat nak dibandingkan dengan alunan bacaan Al-Quran Al Kareem. Bagi saya itulah kedudukan program-program realiti mencari pendakwah ini…muzik nasyid sekurangnya mendamaikan dan bercerita mengenai kekusaan Tuhan, kerinduan kepada Nabi Allah, sejarah islam dan keamaian alam tuhan.

Jauh lebih baik daripada menonton realiti mencari bintang muzik…. Namun tak dapat nak dibandingkan dengan menuntut ilmu, berkitab secara terus dengan guru-guru yang mengajar ilmu dunia dan akhirat ini…

Jikalau ilmu pun beredar mengikut zaman… begitu juga dengan budaya keilmuan. Ia juga berputar mengikut zaman….Tak dapat dinafikan program-program seperti ini sekurang-kurangnya berjaya menarik hati masyarakat dalam menjadi batu loncatan memahami budaya keilmuan dan dakwah yang luas.
Berhibur adalah fitrah manusia… carilah yang baik dan membawa kebaikan kepada diri. Kewujudan program-proghram seperti ini memberi opsyen dalam masyarakat.

Justeru dalam menilai sebuah program…. Ia bukan sahaja dinilai daripada peserta yang terlibat dengan dengan program reality… tetapi implikasi yang lebih meluas kepada masyarakat…

Saya masih ingat… ketika program reality AQ( Akedemi AlQuran) disiarkan… dan sempat beberapa musim… ia memberi kesan segera dalam masyarakat… ramai mendaftar untuk belajar bertarannum apatah lagi menyimpan hasrat menghantar anak-anak ke pusat-pusat tahfiz… begitu sekali kesannya….

Benar… program sesingkat ini memang tidak mampu melahirkan pendakwah dan mengajar A-Z. Namun ia boleh mencetus revolusi dakwah baru dikalangan pendakwah muda sedia ada yang menjadi peserta program ini. Kebanyakkan peserta program reality dakwah ini telah sedia ada latar belakang akedemik yang bersesuaian. Malah ada antarnya hafiz dan hafizah….

 Ramai anak-anak muda diluar sana mempunyai kebolehan berdakwah… malah sememangnya merupakan pendakwah. Namun kurang dikenali dalam masyarakat. Justeru program-program seperti ini menjadi batu loncatan kepada mereka dalam menitip usaha dakwah yang lebih serius dan menuntut ilmu secara terus daripada guru-guru yang dilantik membimbing anak-anak muda ini.

Program-program seperti Imam Muda, Mencari Daie,  Ustazah pilihan dan Pencetus Ummah sebanarnya melahirkan satu idola dikalangan masyarakat yang boleh diiukuti dan diteladani oleh anak-anak muda kita.  Nilai-nilai yang dipaparkan anak-anak muda ini adalah nilai-nilai yang baik dan wajar diteladani.

Justeru bila mengkritik program ini, berilah kritikan yang membina dalam menghidupkan kelangsungan budaya dakwah dalam masyarakat. Dakwah bukan hanya perlu dilakukan oleh golongan tinggi ilmu agama, tapi ia juga adalah perlu bagi setiap manusia dalam mengajak kebaikan...

"Dakwah itu Perlu Hikmah"



Thursday, August 20, 2015

Akhirnya kita memilih meletakkan diri kita sama sahaja dengan Si Pencuri




Boom bang boom bang saya terdengar sekumpulan lelaki pertengahan usia berbual rancak melepaskan buku terpendam dihati. Nampak ketidak puasan hati sekumpulan manusia ini. Kesalnya… bukan hanya depan mata dan telinga sahaja kedengaran unsur melepaskan geram, lebih viral di alam maya. Dengan alasan mahu menyedarkan orang ramai… kadang-kadang lebih kepada menyebarkan keburukan…

Kalau ceritanya tak betul dah jadi fitnah. Kalau pun betul kan jatuh juga hokum berdosa menyebarkan keburukan. Bukan itu namanya mengumpat dan mengata? Hari ini mengumpat dan mengata dah tak perlu ‘geng kopi’ atau ‘mensyuarat tingkap’. Cukup sekadar berseorangan ditemani key board atau semudah key pad .

Sedar tak sedar budaya mengumpat mengata ini tersebar dengan begitu meluas dikalangan masyarakat kita sekarang. Pada saya setiap kali membuka facebook akan ada sahaja manusia-manusia yang ‘memviral’ perkara mengeji seseorang dengan bersembunyi disebalik frasa ‘mendedahkan’ atau pun ‘menyedarkan’. Sama ada mereka ini sedar atau tidak, golongan ini sedang membudaya perilaku mengata dan mengumpat di alam maya. Alangkah kecewanya apabila perihal ini dilakukan oleh mereka yang berpengaruh, berilmu, ‘pembudaya bangsa’ dalam masyarakat.

Budaya amarah dan kasar semakin berleluasa dan disebarkan tanpa sebarang sekatan…

Analogi cukup mudah. 
Sekumpulan A menangkap Si B yang mencuri… marah dengan perbuatan buruk si B, sekumpulan A memukul si B. Terperciklah darah si B di kerjakan sekumpulan A ini sehingga dimasukkan ke hospital… maka virallah dilaman sesawang mengenai cerita PADAH SI PENCURI MENGUNDANG MAUT.  berbondong bondanglah kejian manusia sekelian sesawang terhadap si B.

Nampak tak kolerasi…
Kononnya perbuatan sekumpulan A ni menegakkan kebenaran. Tapi perbuatan ‘menegakkan kebenaran’ tersebut lebih kepada melempias geram (nafsu) kerana perbuatan si B termasuklah sekelian sesawang yang menyokong perbuatan sekumpulan A. Dimana orang yang nak mengajak si B menginsafi perbuatannya??? Diamana manusia-manusia berhati benar yang mahu mendoakan si B agar diberi petunjuk kebenaran?

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM!!! 

Yang maksum hanyalah Nabi. Tak ada manusia selain nabi yang tak buat Salah.... kita sendiri pun  banyak salah...

Kita sedang membudayakan bahawa perbuatan buruk perlu kita balas dengan JAUH LEBIH BURUK!!!

Sedangkan nabi mengajar kita membalas tuba dengan madu.

Ayuh kita tukarkan metadologi cerita tadi kepada budaya yang lebih Syumul….

Sekumpulan A menangkap si B yang mencuri….
Sebelum dibawa ke Balai sekumpulan A ini sempat berpesan kepada si B bahawa perbuatan mencuri adalah berdosa. Kalau ikut hukum hudud dipotong tangannya… itu baru hukum dunia…  maka sekumpulan A ini memberi amaran awal kepada si B… bersiap sedialah menerima hukum tuhan yang jauh lebih berat dari mana-mana hukum didunia, kerana disana nanti sekumpulan A ini berjanji menjadi saksi di perbicaraan Tuhan nanti. Itu pun sekiranya Si B tidak insaf… jika si B mahu berubah, sekumpulan A ini akan memaafkan perbuatan tersebut dan berdoa semoga Allah memberi petunjuk kejalan yang benar…..

Jangan hanya jaga mulut, tetapi awasilah juga jari jemari.

Ameen….


Tuesday, August 18, 2015

Life change


Assalamulaikum...

lama kan tak menulis. Lantaran kesibukan bertukar kerja ke tempat baru...(pindah HQ)
banyak out station disini kerana terlibat dengan pengurusan projek pembangunan.

Banyak lah berjalan kesana kemari dalam malaysia
ke luar belum lagi...

bab-bab keluar jauh ni yang susah bagi saya adalah meninggalkan anak-anak.
kesian en Habib nak handle sorang-sorang....

Dulu gi kerja boleh goleh-golek dari rumah... sebab tak sampai 200 meter pun dah sampai office... sebelah rumah jerr...

sekarang berulang kajang-kl. keluar rumah jam 6.30 pg dan balik pun sampai 6.30 petang... adakala sampai lagi awal. tgk trafik. tak bernasib baik lewat jam 8 malam baru sampai... sama ada ada meeting yg habis lewat atau trafik yang sesak...

so far 3 bulan kat sini dah boleh adapt dengan kerja. seronok.... dah tak caca merba kerja macam kerja kat jabatan... skop kerja sangat fokus... haha... lagipun kerja saya adalah seperti orang tengah antara kementerian dan JPM... jadi selalu berulang alik ke Putra Jaya... Putrajaya dah dekat dengan kajang...
tak ada lah suffer balik lewat selalu. So saya declere Office kedua saya kat Menera Usahawan, Putrajaya. Jabatan lama masih jadi office num 3 sebab selalu juga saya menumpang di situ untuk buat kerja urgent dan hantar eml mel situ... ye lah... kalau dah turun putrajaya ... tetiba urgent case masuk,,, nak kejar office jauh... mau 45 minit baru sampai...(kalau trafik clear).

Bos saya kali ni... cemerlang orang nyer... semua kerja cepat dan pantas.... tapi paling penting sporting....
kalau meeting pagi di putrajaya diizinkan saya bergerak dari rumah walaupun meeting tak lah diawal pagi... kalau mesyuarat petangnya habis awal... diizinkan jugak saya balik awal terus ke rumah.... tak bebaloi katanya nak ke pejabat yang nun di kl... kalau ada urgent case saya berpusing ke jabatan lama buat kerja dari sana.... kalau esoknya saya outstation lebih 200km (nak kena bermalam) dan disizinkan saya half day hari sebelum... Dipendekkan cerita saya memang enjoy kerja kat sini walaupun kerusi-kerusi kat tempat saya berkerja ni 'hot-hot' belaka...

Walaubagaimana pun dapat saya rasakan bahawa tidaklah saya akan berada lama disini walau apa sebab sekalipun.... 


Belanja gambar kat Cameron Highland sewaktu buat lawatan tapak di sana... Cantik tengok Sun Rise. Waktu kesini saya bawa skali suami dan anak-anak dan ambil cuti hari berikutnya. sambil menyelam minum air kan,.... Abu Bakr tak pernah lagi datang sini... atau secara teknikalnya pernah tapi 7 bulan dalam perut.... hahaha.

Thursday, August 13, 2015

Piano Note: Kun Anta

hahaha... nampak tak Hasna tengah bosan pukul 1 tengahari kat office... malas nak kuar makan... buka apps perfect piano kat telefon, main dan cari key untuk note kun anta nih....

Koprang Suka sangat lagu Kun Anta ni kan...
Demam sangat lah dengan Kun Anta ni kan...

penuh kat You Tube korang main gitar lah... ukelele lah sambil nyanyi lagu ni...

ha ha... sebab suara ku sumbang... biarlah piano yang mewakili suaraku...
dengan pesanan:
Muzik adalah lagho...
jangan sampai lambat atau tinggal solat yehh!!

Key yangdigunakan 7 sahaja start daripada G. rasanya  kalau korang nak start dengan C pun boleh jugak.



KUN ANTA



Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
GABBB      BB      C  BAG     A   AA         
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
AABA           G             E  G       B   AGE   G
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
GABBB      BB      C  BAG     A   AA         
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,
AAB    A  G        E  G         GBA   GBB        
La la,
B D
La nahtajul ma-la,
B   CBG        A    D
Kai nazdada jama-la,
B    DC         AA       G
Jauharna huna,
BAB CC
Fi qalbi talala,
C CC    DBAG

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la

Oh Wo Oh
GDB 
Oh wo oh o o o
GDBCBA
Oh wo oh
GDB
Oh wo oh o o o
GDBCBA
Oh Wo Oh
GDB 
Oh wo oh o o o
GDBCBA
Kun anta tazdada jamala (2x)
C     CC   DCC     DBAG

Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala

Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum

La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,

La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)  

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...