Wednesday, April 20, 2016

Malas Mata???


Secara rasminya Kakak pakai cermin mata isnin lalu… napak segan-segan nak pergi sekolah… tapi bila puji muka Nampak bijak bila pakai cermin mata terus bersemangat.

Waktu umur 6 tahun lagi kakak dah Nampak tanda rabun… rabun kakak ni memang mengingatkan pada saya… saya pun dulu gitu…

sebelum masuk darjah satu mata dah tak Nampak… nak pulak cikgu Zau Zai (cikgu darjah satu saya dulu… ku ingat sampai sekarang sebab dia memang pandai mengajar. Terima kasih cikgu) letak saya dikerusi paling belakangggg dalam kelas… katanya budak dah pandai baca duduk belakang… biar kawan-kawan yang belum pandai baca duduk dihadapan… waktu itu saya kecik lagi… jadi pasrah dan redha… tapi saya stress setiap kali nak kena salin nota atau kerja yang cikgu tulis kat papan hitam… tak Nampak tauuuu… biasanya saya tiru kawan sebelah. Tapi selalu kena marah ngan cikgu sebab tak baik tiru kawan. tapi sebab bonda memang waktu tu memang tau malu… terus kedepan dan bersila betul-betul depan papan hitam dan salin atas lantai je…

Perasaan waktu tu…? puas hati ku… ada cikgu yang tak kisah… ada jugak yang perambat saya balik ketempat… ada jugak cikgu yang tolong ambik kerusi saya dan kongsi meja dengan budak kat depan… stress pulak budak kat depan sebab kena kongsi meja ngan saya… saya darjah tiga baru dapat duduk kat depan… baik cikgu kelas saya yang saya mohon maaf dah tak ingat namanya… tapi muka tetap dalam kepala saya… saya dapat cermin mata saya pada umur 10 tahun… darjah 4.

Ok … cukup cerita saya… kembali kepada kakak yang baru dapat cermin mata…

Dalam kelas kakak duduk belakang (cam bonda dulu). Kelas asalnya dulu kakak duduk dihadapan. Sebab bonda jumpa cikgu kelas bagi tau kakak rabun… bila kena tukar kelas… agaknya cikgu tak perasan nota saya dalam maklumat murid yang kakak rabun… (dan bonda pun tak gi jumpa cikgu) jadi cikgu pun letak kakak di belakang. Awal april tempohhari baru cikgu ubah kehadapan sekali…

Menyelami zaman saya tak Nampak papan hitam dulu… rasanya saya pun faham perasaan kakak yang tak Nampak papan putih tu… nak pulak kakak ni segan silu budaknya… tak macam saya yang muka tebal. Kena pulak terdengar ceramah Prof Muhaya pasal fenomena lazy eyes sewaktu perjalanan ke Melaka menerima jemputan ceramah di akedemi… lagilah menguat saya untuk pakaikan kakak cermin mata…   
Power kakak tinggi jugak… memang sebijik cam saya dulu… rabun kakak 125… power cermin pun buat 125.

Kakak lepas semua ujian mengenalpasti huruf bila pakai cermin mata ni kecuali huruf yang sangat kecil… bukannya dia tak Nampak… tapi daya pengecaman nya kurang… kakak tak dapat nak kenal pasti huruf yang terlalu kecil… inilah yang dinamakan fenomena lazy eyes atau mata malas… sebab kakak dah biasa rabun dan tak Nampak jauh… jadi perkara details kakak akan ignore. dulu pun saya mengalami perkara yang sama… Cuma waktu tu saya tak tahu sindrom ini. Benda yang Cikgu bolian suruh cari jarang sungguh saya dapat jumpa walau didepan mata… daya pengecaman saya kurang sungguh. Namun dapat dibetulkan dan meningkat dari hari ke hari.

Perkembangan otak kakak-kanak akan membangun sepenuhnya seawal usia 9 hingga 12 tahun… justeru sebarang kecacatan kepada deria utama akan mempengaruhi fungsi-fungsi otak yang berkaitan… adalah amat penting untuk mengenalpasti kecacatan dan kekurangan kanak-kanak ketika perkebangan otak sedang pesat berlangsung seawal di usia bayi… kerana itu bayi yang rabun terus diberi pakai cermin mata, bayi yang kurang pendengaran terus diberikan alat bantuan dengar… supaya tidak membantut perkembangan otak utama.

Penyakit lazy eyes atau mata malas banyak didiskusikan oleh pakar pakar opteo dan boleh scroll sahaja dalam mr google…

Selagi mana kerabunan tidak mempengaruhi perkembangan otak pada pusat-pusat utama (direct translate), sindrom mata malas boleh dibetulkan walaupun ketika dewasa…


Akhir kata… kakak ada followup check up nak tengok perkembangan pengecaman objek kecil dia lagi 6 bulan…gambar kat atas... adalah sewaktu baru ambil cermin matak kat kedai... anak ayah sangat gambar tu kan...
 


penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...