Tuesday, July 04, 2017
Selamat hari lahir ustaz.
Friday, May 19, 2017
Krabi
POST UTK AKTIVITI BULAN 3 YANG LEPAS.
12-15 Mac 2017
baru ada kesempatan nak menulis.
Asalnya plan nak ke kundasang Sabah... cuti2 Malaysiakan. ntah macam mana en Wan tak setuju. last skali pilih Krabi. trip agak budget dan ittenary boleh plan sendiri. tak payah nak travel tour bagai.
Trip ke krabi memang dah dirancang setahun yang lalu. lebih kurang time raya bulan 7.
muka excited nak gi aonang. 1 van yang luas dan selesa utk kami semua. |
Habis makan balik hotel zzzzzzzzz. petang round pekan, Gi pantai n haruslah merasa urut mengurut dia yg murah. kedai makan Melayu thai belambak kat sini. Diorang speak pattani sama macam mama... tapi tak terubit (keluar) pulak slang pattani mama kat sini. Abu bakr bantai makan banana coklat pancake banyak giler. siap mintak tapau gi hotel. 5 hari kat sana, makcik pancake dah cam sangat kami pelanggan setia dia.
Hello Aonang |
cantik kan pantai dia. belum tengok lagi kat Pulau-Pulau..... |
Malamnyer ikut pakej abg eddy, dia dah book van gi pekan krabi night market. kira cam nat kat malaysia ( pasar malam) atau uptown ... tapi penuh ngan tourist jer. ada jugaklah gerai halal. tapi kebanyakkannya tak or confuse. kul 10 sampai hotel terus zzzzzzzz.
Banyak sangat gambar pulau-pulau... tak ter upload dlm blog ni. |
Muka Abu Bakr yang cuak naik bot. |
Akhirnya stop kat satu pulau berbatu batan utk snorkle... pilot boat ada bagi tau namanya... tapi saya yang dah ingat. tapi lokasinya berdekatan dengan chicken island. memang banyak ikan-ikan meluru bila terjun dalam air..... tak dapat nak main dengan ikan lama-lama sebab 2 org budak tu menjerit2 takut tgk ikan-ikan. bot pulak bergoyang2. menangis sakan.
Banyak kan ikan-ikan dia. batu karangnya ada. tapi bleech sebab tsunami dulu. jadi tak lah nampak warna warni. |
.
pantai pranang. Byk mmat dan minah saleh. |
Kat sini 2 orang budak paling gembira. Yessss... akhirnya dapat main pasir dan mandi pantai. kami cari pot bentang tikar dan bawak makanan bekal tghr. Abah siap landing lagi. Yang lain semua terjunnnn. air jernih. makin lama makin kedalam kami sampai tak jejak kaki. 2 orang kanak-kanak riang pun ikut skali berenang-renang tak takut tenggelam. tapi dengan life jacket lah. yang lain freely swimming. Semuanya jaguh kampung sungai bayor. tak main lah life jaket. Sebab Bot kami tak kongsi dgn org lain jadi memang ikut suka hati sungguh mandi berejam sampai puas. Nasib baik prepare lunch. Naik pantai makan dan sambung swimming balik. Abu bakr makan banyak sungguh. budak 2 orang tu tak nak balik. Jenuh bonda bonda pujuk. ada lah jugak adegan nelayan tangkap ikan budak budak ni. tak tahan geli hati bila Cu boleh ikut sekali...
tak larat nak jalan kaki walaupun hotel 800 meter dari beach. penat |
Rasanya kul 3 baru kami balik. sampai pantai kami naik tuk-tuk balik hotel... tak larat nak jalan. Penat mandi. sampai terus bersihkan diri dan Zzzzzz. Makanan tengahari ada 2 paket lagi belum berusik. Dekat pulau pranang tadi abah dah call abg eddy request nak makan kari. Jadi malam tu kami turun tapi makan gulai asam pedas kuning. katanya stok kari tak dak. tapi gulai asam dia memang terbaik. banyak kami makan malam tu. Depan masjid ada gerai-gerai... kami jalan-jalan kat situ aje mlm tu.
Then tiba kat pintu masuk emerald pool. Penat sikitlah, 800 meter masuk dalam hutan jalan kaki nak tgk emerald pool. Lagi cantik extra lagi 800 meter tgk blue pool. hadoi tak larat nak jalan. Kami semua kat emerald pool jer, Geng orang bujang jer yang terlepas sampai blue pool. ohh ye. pakej land tour ni, kami ada penjaga masa... namapun pakej. jadi singgah tak dapat nak lama.
Jalan masuk ke emerald pool. jauhnya amat...... |
redah beramai-ramai. susana panas tapi redup.... jalan tengah hutan. |
ini blue pool. emerald pool ntah kat mana gambarnya. emerald pool warnanya turqoise |
Kagum sungguh dengan cara kerajaan thailand preserve nature dia. masuk ke pool langsung tak de jalan yang proper. kenderaan dilarang sama sekali. Makan minum pun tak dibenarkan. Pelawat hanya boleh mandi manda di emerald pool sahaja. Crystal pool dan Blue pool dilarang sama sekali untuk melindungi khazanah alam. yang mandi kat sini cuma abu bakr sahaja. dah dipakaikan dengan swimming suit siap2. tapi tak mandi dalam kolam pun. kat stream dia sahaja. macam anak sungai. kakak takut nak mandi sebab anak sungainya dasar berbatu dan berdebu putih... tapi jernih tau.
salah satu stream yang menuju ke emerald pool. warnanya putih silver nak ke biru..... |
abu bark sahaja yang mandi beria. kakak geli dengan mendakan halus putih kat dasar sungai tu. |
Perjalanan balik makan masa sejam setengah... baru perasan jauh juga rupanya destinasi dari tempat penginapan. Sampai Aonang terus tuju kedai abang Eddy order tomyam, tedur dadar dan kangkung belacan. Kami makan sampai licin....
Petang tu kononnya nak naik bot gi pantai Riley, tapi tak sempat dan penat. jadi balik hotel dan rehat. jam 6 petang baru bergerak ke pantai tengok sun set dan berjalan di bazaar tepi pantai. shopping kain baju sikit, perencah tom yam dan mangga kering.
sun set @ Aonang beach. |
aonang street |
Kami singgah sebuah kedai makan open air depan masjid. Order udang butter dan sotong tepung. air chocolate shake dia terbaik. Waktu tu kami berempat sahaja. kemudian disertai dengan Doc order tom yam putih. kemudiannya baru Cu dan mama sampai dan nak jam 10 malam waktu tu.
Day 4
Hari terahir kami di krabi. turun makan pagi asing-asing. kami berempat ke kedai makan number 1 cafe. memang dah niat nak order pat thai... dapat jugak makan. Budak-budak macam selalu jugalah makan pan cake pisang. order jugak udang tepung dan sring roll.
Abah rupanya dah order makan tengahari jam 10 pagi kat kedai abang Eddy. menu kari yang tertangguh hari tu. Jadi sebelum balik kami makan siap-siap. Jam 11 kami dah bertolak ke airport.
bye bye Aonang |
Flight delay 10 minit. Dalam flight seeprti biasa budak-budak mesti nak makan. jadi order 2 chocolate brownies. Sedap sungguh katanya sampai suruh bonda order lagi.
Sampai KLIA 2 dah jam 5 petang. Bagus betul parking kat sini sahaja.... tak penat nak heret bag ke tempat lain. Masuk kereta terus ke Bangi makan malam di Ana ikan Bakar Petai.
Sewa 1 bot per day plus mkn tghr + land hopping (amerald pool, elephant treking, hot stream) plus tiket masuk + night market transfer = 12000 bath utk 8 org =rm1500
Sewa 1 van dr airport ke hotel = 1000 bath rm 125
standard harga agen jugak kan.....
rasanya boleh turun ke 600/pax kalau semua tempah tiket time promo.
boleh turun lagi ke 500/pax kalau padatkan aktiviti ke 3 hari 2 malam jer dan ambikhotel lagi budget. hotel budget memang berlambak kat Aonang.
TIPS
1. booking flight semasa harga promo. JIMAT BANYAK
2. Pergi Group.8-12 orang - boleh conquer van dengan boat bila ambik pakej trip
3. kalau plan berlama kat pulau, baik sewa 1 bot private terus. boleh tentu sendiri berapa lama nak gi pulau itu dan ini. kalau ambik pakej dan kongsi dengan orang lain... singgah tiap2 pulau tapi kejap-kejap jerr. tak puas main pantai.
4. mohon tawar menawar bila beli pakej trip dari agen. terutama kalau datang group... kami tawar dari 15000 turun sampai 12000 utk whole 2 days pakej dan night market, land tour dengan island hopping. Ngheeee... jimat banyak kan.
5. boleh padatkan lagi ittenary jadi 3 hari 2 malam jer.... kami banyak masa free n easy. so boleh jimat 1 malam penginapan. Tapi penatlah kan.
6. night market Krabi town tu tak pergi pun tak rugi. cam pasar malam. dan susah nak cari yang confirm halal.
Friday, March 17, 2017
Dari sibu ke tg manis
Sebulan yg lepas.
Pertama kali singgah ke sibu.....
Bermalam disini esoknya melalui jalan darat ke tg manis mukah
2 jam perjalanan menyulusuri 5 jambatan gergasi merintangi sungai2 yg sangat lebar....
Sayangnya x byk gmbr yg diambil. Apapun saya bersyukur dpt sampai ke sini.....
Thursday, February 23, 2017
Ekspidisi sungai timun
Sungai timun terletak antara melaka dan negeri sembilan. Terkenal dikalangan pemancing udang galah. Juga menjadi kunjungan pelancong dimalam hari utk menyaksikan kelip2. Tak kurang juga tarikan penghuni disini seperti sang bedal dan beburung.
Berpeluang menunggu di hilir sungai melihat matahari terbenam. On the way balik ke jetti menyaksikan kemeriahan kelip. Rupanya dimalam haro lebih banyak pak ali (aligator) yang kami temui.
Sunday, February 19, 2017
Tomato again.
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...