Tersenyum sahaja saya membaca kenyataan presiden CUEPACS yag membantah cadangan SPA untuk membuka permohonan jawatan bukan ijazah (diploma dan ke bawah) kepada pemegang ijazah. Saya setuju dengan kenyataannya sebagai satu langkah kebelakang kerana kerajaan memang pernah melaksanakan polisi ini dahulu. Namun saya kurang setuju dengan cadangannya untuk membatalkan hasrat SPA tersebut dengan alas an bakal mengucar-ngacirkan perjawatan. Bagi saya melangkah kebelakang tak semestinya sesuatu yang negative.
Walaupun alasan yang diberikan oleh Datuk Omar Osman itu, pada ada juga benarnya; pengambilan graduan ijazah pada jawatan bukan ijazah akan menyebabkan kekerapan kekosongan jawaan kerana graduan tersebut pasti akan terus mencari jawatan yang lebih sesuai dengan tahap pendidikan...
Pada hemat saya;
Sudah sampai masanya semua graduan tak kira ijazah, diploma, stpm mahupun spm menerima ironi bahawa mereka perlu bersaing sekiranya mahu memasuki perkhidmatan kerajaan. Hanya mereka sahaja yang mampu menyempitkan persaingan... jawatan ijazah tetap disaingi sesama graduan berijazah (yang telah berpenat belajar 5 tahun atau lebih diperingkat pengajian tinggi).
Biar hanya yang terbaik memiliki yang terbaik. Yang tercicir... maka luaskan lagi persaingan. Golongan ijazah akan bersaing dengan pemegang diploma untuk jawatan diploma.
Begitu juga selebihnya.
Cuma jika system ini dipakai.... bagi jawatan gred yang lebih rendah (bukan ijazah), sekkiranya terdapat pesaing pemegang ijazah bukan sijil yang jadi penentu. Tetapi tambah nilai yang ada pada pemohon jawatan tersebut.
Contohi Korea Selatan
Sekiranya SPA tidak melaksanakan dasar ini, saya khuatir bahawa cita-cita untuk melahirkan bangsa berilmu, mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan terbantut. Sepatutnya kita mencontohi Korea selatan yang dinobatkan sebagai negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi di dunia.... setakat seorang tukang sapu yang memiliki ijazah.... bukanlah sesuatu yang menghairankan di negara yang menguasai teknologi ini... Inilah satunya negara yang mampu menandingi penguasaan Jepun dalam ekonomi berasaskan teknologi.
Bukan Masalah Besar
Kesongan jawatan akibat lompat kerja bukan masalah besar. Dalam industry bukan kerajaan ia adalah sesuatu yang biasa. Istilah job hoppers bukan sesuatu yang luarbiasa. Yang terbaik layak mendapat yang lebih baik... SPA perlu mencari jalan untuk mempercepatkan proses pengambilan pekerja yang dirasakan amat panjang dan mengambil masa yang lama...
Piramid Perjawatan Perkhidmatan Awam sudah tidak releven...
Langkah SPA ini dilihat satu langkah positif dalam menyelesaikan isu graduan menganggur. IPTA dan IPTS yang bercambah bagai cendawan selepas hujan dilihat salah satu punca meningkatnya tahap pendidikan generasi Y. Malah bukan sesuatu yang mengejutkan jika pemegang ijazah dan diploma mengatasi pemegang sijil STPM dan SPM. Jika benar hal ini berlaku maka pyramid perjawatan dalam perkhhidmatan awam tidak lagi boleh diguna pakai. Lambakan jawatan SPM dan STPM (biasanya gred kerani) sedangkan rakyat Malaysia lebih ramai memiliki diploma/ijazah. Manakala jawatan pegawai dan penolong pegawai lebih terhad. Mahu tidak mahu... pemegang ijazah/diploma perlu diberi peluang memohon perjawatan yang lebih rendah dari tahap pendidikan yang ada.
Saya???
Dasar baru SPA ini saya lihat adalah satu tranformasi positif dalam menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif...
Malah suatu hari nanti mungkin presiden CUEPACS juga memiliki ijazah mewakili golongan bukan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan...
No comments:
Post a Comment