Kerajaan menaikan harga
ron 95….
Facebook hari ni banyak
dengan caci merca
Malas dah saya nak baca
Bukan saya nak sokong
harga minyak naik…
Saya pun hidup bukan mewah
mana
Setakat secukup saja
Kita semua boleh tunggu…
Tapi spekulasi dah
menularkan
Dia macam kalau 1 tambah 1
automatik kita jawab dua
Kita dah tak tunggu… sama
ada lepas tambah tu kot-kot ada tolak atau bahagi atau dera lagi sampai darab….
So samalah bila harga
minyak naik….
Harga yang lain pun turut
naik….
Harga barang rumah…
Makanan
Semualah…..
Paratus nak menjadi tu
adalah 90%
Kita hanya menunggu
keajaiban yang 1 + 1 sebelum kita jawab 2 rupanya ada lagi tolak ½… akhirnya
jawapannya 1 ½ … tak lah sampai 2…
Bolehkah???
1.
On the other hand of my perception
Sama ada rakyat sedar atau
tidak… pemberian subsidi kerajaan terhadap minyak kenderaan ini hanya
menguntungkan golongan sederhana seperti saya, anda (kalau anda mengaku tak
miskin) dan keatas…..
Kalau benar kita nak
membantu golongan fakir dan miskin… let the government take the 20cent.
Mereka ini tak pakai
kereta berbuah-buah
Paling hebat pun mungkin
viva atau saga…
Hampir kesemuanya menggunakan
motor sebagai kenderaan rasmi… mereka bukan golongan yang menghavbiskan subsidi
minyak ini!
Yang banyak pakai subsidi minyak
kerajaan adalah golongan peniaga, perusaha, golongan sederhana dan keatas…
dalam golongan atasan inilah kereta berbuah-buah…
Sedar tak sedar mereka
inilah yang menghabiskan banyak liter bagi mengisi tanki minyak masing-masing.
Itu belum masuk rakyat
asing yang bekerja dalam negara… ramai yang berkereta juga… belum masuk stesin
minyak di persempadanan yang selalu jadi mangsa seludup petrol ke luar sempadan….
Kerajaan yang telah menarik balik subsidi sebanyak
20 sen bagi setiap liter minyak ini perlu menyalurkan semula setiap sen
tersebut kepada golongan kelas miskin dan fakir ini dan diharap ia nya akan
berlaku… supaya mereka ini dapat recover
balik dengan kenaikan minyak tersebut. Jadi dapat top up balik harga minyak
yang naik untuk isi minyak motor/viva/saga atau yang tiket lrt/bas yang dah
tinggi sikit tuuu…
Samada ia dalam bentuk
pemberian BR1M
Tak kisahlah
Asalkan objektif dan
matlamat menyasarkan golongan miskin itu tercapai…
Dan
Biarlah yang dapat BR1M
minyak ni yang betul miskin
Yang betul perlu ditolong
Jadi….
Apa yang anda fikir selepas
membaca kenyataan ini???
Nak bising lagi pasal 20
sen tu….???
2.
Still in another Hand
Saya sendiri tak yakin
kenyataan pertama yang saya tulis sebentar tadi akan berjaya… walaupun pada
dasarnya memang boleh berjaya
Bila kembali kepada hukum
1+1 mesti jawapannya dua
Kita sendiri boleh jangka
harga barang isi rumah akan naik
Harga makanan akan naik…
Nanti membebankan jugak
golongan sasar ni…
Orang miskin dikampung
bolehlah nak bercucuk tanam
Kurang sikit kos barang
dapur…
Tapi orang miskin kat Bandar
nak tanam tepi tingkap flat macam mustahil kan???
Nak tanam cili kecik…
Nak jemur asam keping
Serai
Daun kari
Yang suami isteri bekerja
sampai malam… tentulah dah tak masak sendiri nak beli kat kedai lagilah mahal…
Jadi…
Golongan miskin Bandar kena
dapat BR1M lebih sikitlah
Baru adil dengan golongan
miskin kampung
Boleh terima kenyataan ini???
Haa ha
Tak pasti saya ianya
kedengaran releven atau tidak
3.
Back to the first hand…
Hai lah minyak…
Ofcourse lah saya akan
sedih kalau awak naik
Kos hidup saya pun
mestilah naik…
Nasib baiklah kereta ku
hybrid
Tak banyak , Sikit boleh
tolong diri sendiri…
belum tengok lagi kawan-kawan yang selalu berulang alik jauh dari rumah ke pejabat....
emmmh... tarik nafas dalam-dalam
Tapi bukan minyak saja yang kita semua runsing sangat
Tak nak lah barang-barang
pun naik…. Ikan naik, ayam naik…
Setakat beli udang
sederhana kecik 15 ekor dan ikan selar yang tak berapa nak besar tu 3-4 ekor
dah lebih 10 ringgit tau…. Tambah lah sikit bawang, cili, sawi, serai…. Haha sekali pergi kedai berapa kos habis??? Belum
lah masuk yang kekadang teringin nak merasa ikan siakap, bawal, daging ke…
udang besar gitu buat masak rendang…..
4.
Tarik nafas dan lapangkan
dada
Keputusan dah keluar
Minyak tetap naik
Bising pun bukan boleh
turun
Tapi itu dah bukan rezeki
saya
Harap rezeki tu pergi kat
orang yang lebih layak…
Semoga Allah tambahkan
rezeki kita semua di lapangan yang lain pulak….
Dan
Semoga negara ku ini terus
Makmur Aman dan bertambah Hasilnya
Aminnnn….