Wednesday, November 20, 2013

Nasib Hang Nadim?





Remember Hang Nadim…..

Saya ingatkan cerita hikayat ni… tentang Singapura di langgar todak
Bukankah Hang Nadim yang bagi cadangan supaya lawan ikan todak dengan batang pisang….
Hang Nadim kecil sangat waktu ni… budak-budak lagi.
Tapi dapat selesaikan masalah lebih baik dari bendahara… pegawai istana… mahupun Raja…

Tapi apa yang Raja buat…
Ada dia dengar cadangan Hang Nadim???
carilah sambungannya di kedai-kedai buku berhampiran

Ada lagikah Hikayat Hang Nadim sekarang?

Malaysia banyak cerdik pandai
Lagi hebat dari Hang Nadim
Ada yang sampai bentang kertas kerja
Kira itu kira ini
Plot graf
Cari  margin cost and benefit
Buat penyelesaian terbaik…..
bukan hanya berfirasat atau berintuisi 
Dan ajukan syor penyelesaian…..

Ada banyak Hang Nadim…..
dia bersuara
tapi kita tak dengar.....
tenggelam.... 

atau 

Hang Nadim yang takut bersuara????
takut dapat nasib yang sama
Hang Nadim tak nak pisang berbuah dua kali

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...