Wednesday, January 29, 2014

Ajaibnya Alam Tuhan, Episod 2: Salar De Uyuni


Sambungan dari Episod 1: Mandelhall Ice Cave

Salar De Uyuni terletak di Bolivia, merupakan lautan pepejal ais garam yang menjadi pemangkin ekonomi penduduk tempatan... manarik tentang tasik ais garam ini adalah kerataan ais yang terhasil (tak ada berbukit bertambun...dia rata sahaja) sehingga digelar bongkah atau pepejal garam rata yang terbesar didunia... (10,582 kilometer persegi)

Dengan keluasan yang besar... langit yang cerah dan kerataan yang mengkagumkan... ia menjadi kayu ukur atau penanda bagi kalibrasi untuk objek atau mesin angkasa seperti satelit dan ia juga  menghasilkan cermin pantulan yang terbesar di dunia!


Pantulan yang menakjubkan
 Pemandangan bongkah garam terbesar dan ter'rata di dunia daripada sebuah pulau ditengah-tengah lautan pepejal garam...

 Timbunan garam yang dikorek untuk diproses dan didagangkan


 Lagi imej pantulan yang mengkagumkan

 Nampak tak betapa ratanya tanah garam ni.

Rata dan berpantul

Imej dari satelite


Ada sebab kenapa tuhan jadikan ada nya bentuk mukabumi seperti ini.... boleh jadi tanda aras kalibrasi satelit.... so bila nak calibrate satelit pakai pantulan salar de Uyuni rupanya.... bagi memastikan ketepatan bacaan satelite....


Monday, January 27, 2014

Ajaibnya Alam Tuhan, Episod 1: Mendenhall Ice Cave

Assalamualaikum...
my 1st post for 2014... mari kita mulakan dengan sesuatu yang amat menyenangkan

seperti....

sesuatu yang ajaib tapi wujud untuk dilihat...
tak dapat nak pergi tengok bertentang mata...
dalam gambar pun jadilah...

Saya coretkan sikit-sikitlah dulu... asalnya saya jumpa share dalam facebook... tapi infonya sikit sangat. jadi saya buat search sikit supaya dapat tahu lebih lanjut dan dikongsi bersama...

Mendenhall Ice Caves, Juneau, Alaska

Jika mahu lihat glasier secara langsung dari atas dan bawah.... Mendenhall Ice Cave di Juneau Alaska da tempatnya. Tempat yang diberinama Mendenhall ini menempatkan sepanjang 12km glacier dan kita bukan sahaja boleh tengok dari atas tapi juga dari bawah kerana pembentukan gua bawah tanah dibawah glacier tersebut.... lebih menarik di bawah glasier ais mengalir air sungai yang jernih dan cantik dengan pantulan kristal ais dari bumbung gua (glasier), jadi anda boleh mendaki ais di atas glasier dan berkayak dibawah glasier....

 Dari pintu gua.... buruk diluar... indah di dalam

 gua ais batu ni memang nampak macam props dalam movie.... nampak tak aliran sungai berbumbungkan glasier....

Lanskap alam ini dijangka akan pupus perlahan-lahan ekoran pencairan glaseir aban tahun.... dikatakan jika berada dalam gua glasier ini kita boleh mendengar dengan jelas (seperti bunyi yang bising) bunyi retakan ais dan pencairan ais seperti bunyi hujan lebat.... ohh itu sudah menakutkan.... justeru lanskap indah ini dipantau secara serius dan berterusan oleh ahli sains tempatan dan dunia....


Gua bersiling glasier


Ais glasier yang mencair seperti hujan turun

Inilah Pemandangan dari atas....


Cantikkan...
ini baru di Dunia... belum di Syurga... 
Allah tunjukkan betapa yang menanti kita disana adalah satu nikmat yang tak terbayang........
(ohhh tolak bunyi ais retak dan hujan lebat tu)

Bersambung ke entry seterusnya untuk Salar De Uyuni....

Gambar-gambar adalah dari www.atlasobscura.com

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...