Wednesday, January 29, 2014

Ajaibnya Alam Tuhan, Episod 2: Salar De Uyuni


Sambungan dari Episod 1: Mandelhall Ice Cave

Salar De Uyuni terletak di Bolivia, merupakan lautan pepejal ais garam yang menjadi pemangkin ekonomi penduduk tempatan... manarik tentang tasik ais garam ini adalah kerataan ais yang terhasil (tak ada berbukit bertambun...dia rata sahaja) sehingga digelar bongkah atau pepejal garam rata yang terbesar didunia... (10,582 kilometer persegi)

Dengan keluasan yang besar... langit yang cerah dan kerataan yang mengkagumkan... ia menjadi kayu ukur atau penanda bagi kalibrasi untuk objek atau mesin angkasa seperti satelit dan ia juga  menghasilkan cermin pantulan yang terbesar di dunia!


Pantulan yang menakjubkan
 Pemandangan bongkah garam terbesar dan ter'rata di dunia daripada sebuah pulau ditengah-tengah lautan pepejal garam...

 Timbunan garam yang dikorek untuk diproses dan didagangkan


 Lagi imej pantulan yang mengkagumkan

 Nampak tak betapa ratanya tanah garam ni.

Rata dan berpantul

Imej dari satelite


Ada sebab kenapa tuhan jadikan ada nya bentuk mukabumi seperti ini.... boleh jadi tanda aras kalibrasi satelit.... so bila nak calibrate satelit pakai pantulan salar de Uyuni rupanya.... bagi memastikan ketepatan bacaan satelite....


No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...